Kes Anwar : Hakim Terima Segala Keterangan Saksi Pendakwaraya




KUALA LUMPUR 16 MEI: Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin Mohd Diah dibidas peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakannya menerima kesemua keterangan yang diberikan oleh saksi pendakwaan walaupun mendapati sebahagiannya tidak konsisten.

Mengulas keputusan Zabidin bersabit perbicaraan kes fitnah liwat 2 itu pagi tadi, Sankara Nair mempersoal kredibiliti hakim tersebut yang dilihat gagal menyaring maklumat kurang tepat yang dikemukakan 26 orang saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan.

Ini berikutan jelasnya terdapat beberapa insiden yang mencatatkan saksi utama, Saiful Bukhari Adzlan menukar kenyataan berhubung dakwaan perbuatan liwat oleh Anwar pada hari kejadian 26 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara.

"Kita dapati ianya menyedihkan kerana anda(hakim) boleh percaya kesemua yang dinyatakan saksi pendakwaraya. Mungkin ada satu atau dua yang anda tidak boleh percayai sebab bukan semua orang memberitahu perkara betul.

"Tapi ia amat mengejutkan kerana beliau percaya kesemuanya namun saya tidak dapat memberi komen lanjutan sebab kes ini masih pra-matang. Selepas kita masuk ke peringkat membela diri dan kita akan membuat komen selanjutnya," kata beliau sejurus keluar dari galeri awam.

Berdasarkan nota kes yang dibacakan oleh Zabidin dalam mahkamah, beliau mendapati cubaan peguambela menggambarkan saksi utama iaitu Saiful tidak berwibawa adalah tidak relevan.

Ini katanya, sekiranya mahkamah menerima cadangan tersebut maka tertuduh akan dibebaskan serta merta.

"Jika mahkamah mendapati PW1 (Saiful) sebagai saksi tidak berwibawa, maka tertuduh akan bebas. Tidak mengejutkan peguambela cuba menggambarkan PW1 sebagai seorang yang tiada kredibiliti. Denga rasa hormat, saya mendapati ianya tidak relevan," ujar Zabidin.

Saiful dalam keterangannya sebelum ini berkata telah dipaksa oleh Anwar melakukan liwat namun didapati seolah-olah selesa diperlaku sedemikian apabila hadir ke pejabat Ketua Pembangkang keesokkan harinya tanpa perasaan trauma.

Saiful juga mengaku minum kopi dan makan karipada di kondominium berkenaan selepas kononnya dipaksa liwat oleh Anwar.

Hakim menetapkan 6 hingga 30 Jun 2011 untuk mendengar hujah pembelaan termasuk saksi-saksi yang akan dipanggil.

Pasukan peguambela akan memanggil Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor sebagai saksi diikuti Mumtaz Jaafar dan Ezam Mohd Nor yang ditemui Saiful selepas kejadian.

Wikileaks: Bagaimana pula dengan tuduhan terhadap Najib?

KEADILAN memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan fitnah sodomi yang dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim.

Pertamanya, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi Wikileaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterimapakai. Wikileaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai. Orang ramai bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomat. Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee Kuan Yew (gambar kanan) and agensi perisikan negara itu.

Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam ASEAN, Jepun, China dan India. Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta.

Untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan oleh Wikileaks yang terkandung di dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura:

Bilahari Kausikan

Menurut satu kabel yang merakamkan satu mesyuarat pada September 2008, Kausikan memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney bahawa "ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia" yang akan menyebabkan orang Cina "meninggalkan" Malaysia dan "menyusahkan" Singapura.

Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau: "Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa", secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Shaaribu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa "Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu".

Dia juga memanggil bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra seorang yang mengamalkan "rasuah", "sama seperti yang lain termasuklah pembangkang di Thailand". Ujarnya dalam kabel itu lagi, Thaksin "membuat kesilapan berbuat baik dengan Putera Mahkota Thailand apabila Thaksin membayar hutang judi putera itu". Katanya, putera itu "tidak keruan dan sangat mudah dipengaruhi".

Komen-komen yang lain termasuklah kenyataan beliau "lebih selesa dengan Korea Utara sebagai kuasa nuklear berbanding jika Iran mempunyai senjata nuklear". Beliau juga mengkritik Russia, yang menurutnya "berekonomi dunia ketiga dan sistem kesihatan Russia pula kucar-kacir".

Peter Ho

Dalam Mac 2008, Ho mengutuk mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad kerana "membaling batu" kepada penggantinya, Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar.

Menurutnya, "Khairy Jamaludin (gambar kanan) akan ditikam di dalam UMNO kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga".

Seperti juga rakan sekerjanya, Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu. Katanya, "Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)".

Tommy Koh

Seorang lagi diplomat kanan Singapura yang dipetik oleh kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu mengkritik negara-negara lain yang ada pengaruh di rantau ini, dalam catatan mesyuarat dalam bulan September 2009.

Dia menggelarkan Jepun sebagai "orang gemuk yang kalah dan merajuk" apabila membandingkan hubungan China dan ASEAN yang makin rancak. Dia juga menyalahkan keadaan itu kepada "kepimpinan Jepun yang bodoh, lemah dan tidak ada wawasan".

Pandangannya terhadap India juga buruk, melalui gambarannya bahawa "kawan India yang bodoh dan teragak-agak untuk berkecimpung dengan ASEAN".

Justeru, kabel sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim (gambar kiri) perlu dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya, iaitu komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia tanpa mengira parti dan latar belakang.

KEADILAN mengulangi pendirian parti bahawa pandangan-pandangan tersebut, walaupun terkandung di dalam kabel sulit diplomatik yang dibocorkan oleh Wikileaks, adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta. Untuk berlaku adil kepada semua pihak, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka.

Jika tidak, Perdana Menteri Najib Razak sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung di dalam kabel sulit yang sama; yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

Akhirnya, kita kena kembali kepada perkara pokok yang meruntun negara dan rakyat iaitu integriti sistem kehakiman yang dinodai sehingga menidakkan keadilan. Ini dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya Anwar Ibrahim diberikan ruang sepenuhnya membela diri tanpa manipulasi atau campur tangan politik; agar beliau mendapat perbicaraan yang adil dan telus.

Fitnah terhadap beliau dan keluarga telah mengheret seluruh negara ini diselubungi igauan sejak tahun 1998 lagi. Igauan tersebut boleh dihentikan sekiranya integriti dan kredibiliti institusi kehakiman dipulihkan.

Makanya, KEADILAN akan mengalu-alukan mana-mana maklumat (sulit atau tidak) dari mana-mana pihak yang boleh menegakkan kebenaran, asalkan maklumat itu adalah tepat dan berasaskan fakta. Malangnya, komen-komen yang terkandung di dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura.

*Kenyataan media oleh Saifuddin Nasution Ismail (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung KeADILan, dengan tajuk asal Laporan Sydney Morning Herald dan Kandungan Kabel Diplomatik Singapura: KeADILan menolak pendapat peribadi yang disensasikan.

Saiful mengadu ‘hanya percubaan liwat’, Peguam Negara perlu gugurkan kes- Karpal Singh

KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail perlu menggugurkan dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pendakwa tidak mempunyai asas yang kukuh untuk meneruskan kes tersebut.

“Adalah amat jelas pertuduhan ini tidak berasas. Saya menyeru Peguam Negara untuk campurtangan dengan segera dan menarik balik dakwaan ini untuk mengelakkan malu yang lebih besar kepada negara,” kata Peguam Anwar, Karpal Singh.

Menurut Karpal, berdasarkan laporan proforma yang diisi doktor Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan, pihak pendakwa gagal menunjukkan bukti yang Saiful diliwat.

Ini kerana dalam laporan itu Saiful mendakwa hanya terdapat cubaan liwat sahaja menyebabkan keterangan itu bercanggah antara satu sama lain, kata Karpal.

“Laporan proforma jelas menunjukkan aduan Saiful adalah percubaan liwat, percubaan oral seks. Dia tidak (pernah) menyatakan perkara ini dalam mahkamah.

“Ia juga bertentangan dengan laporan pertamanya (laporan polis) yang menjadi asas kepada kes ini,” kata Karpal.

Justeru, Peguam Negara perlu masuk campur dan bertindak menghentikan pendakwaan kerana di Mahkamah Tinggi, hakim tidak diperuntukkan kuasa untuk menggugurkan pendakwaan.

“Di mahkamah rendah seperti Mahkamah Sesyen dan Majistret, terdapat peruntukan di bawah Kanun Acara Jenayah, Seksyen 173 (g), mahkamah mempunyai kuasa apabila dakwaan didapati tidak berasas, mahkamah boleh melepaskan orang yang dituduh.

“Walaupun begitu tiada peruntukan sedemikian di Mahkamah Tinggi. Oleh kerana itu, di sinilah pentingnya Peguam Negara campurtangan.

“Sebagai pendakwaraya, adalah menjadi tugasnya tidak meneruskan dakwaan yang tidak berasas berdasarkan kes yang dibentang pendakwa. Saya harap Peguam Negara campur tangan. Beliau wajib (berbuat demikian),” kata Karpal.

Seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair berpendapat jika kes ini diteruskan, ia sebenarnya isyarat jelas bahawa tuduhan ini merupakan satu pendakwaan politik semata-mata.

“Jika mereka meneruskan dakwaan, ia sudah menjadi penganiayaan politik, bukan lagi dakwaan berdasarkan bukti yang kita lihat hari ini,” kata Sankara Nair.

Hakim ikut telunjuk pendakwa raya – Anwar





Hakim Zabidin mengikut telunjuk dan terikat dengan hujah pendakwa raya, tegas Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengikut telunjuk pendakwa raya apabila memutuskan beliau perlu membela diri dalam kes Fitnah II.

“Kita kesal kerana keputusan hakim itu seolah-olahnya begitu terikat sepenuhnya dengan hujah pendakwaan,” kata Anwar ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas keputusan itu dibacakan.

Hakim Zabidin hari ini memerintahkan Anwar untuk membela diri dalam kes berkenaan dengan menetapkan tarikh perbicaraan pada 6 hingga 30 Jun 2011.

Beliau membuat keputusan itu selepas membacakan nota penghakimannya selama hampir sejam lima belas minit di dalam mahkamah.

Zabidin memutuskan Anwar perlu membela diri kerana saksi utama pendakwa, Saiful Bukhari Azlan boleh dipercayai dan berwibawa’ walaupun diketahui Saiful memberikan keterangan bercanggah dengan pertuduhan.

Pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar adalah bersabit kes liwat tanpa kerelaan namun Saiful sendiri tidak melarikan diri walau pun beberapa kali berpeluang berbuat demikian.

Menurut Anwar, keputusan hari ini menunjukkan hakim bukan sahaja kelihatan seperti mengikut skrip yang sudah disediakan pendakwa raya tetapi juga beranggapan seolah-olah pertuduhan yang dikenakan terhadapnya sudah terbukti benar.

“Beliau bukan sahaja menentukan samada terdapat prima facie tetapi mengambil kesemua ‘rencah’ pertuduhan sebagai satu fakta dalam kes ini,” kata Anwar kepada wartawan di luar mahkamah hari ini.

Ratusan penyokong Anwar membanjiri perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang itu

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata Anwar akan mengambil tempat sebagai saksi pertama pihak peguam bela apabila mahkamah bersidang 6 Jun ini.

“Anwar akan jadi saksi pertama. Beliau perlu jadi saksi utama,” kata Sankara.

Beliau seterusnya menegaskan keputusan mahkamah hari ini tidak bermakna peluang Anwar untuk membuktikan kebenaran sudah tertutup.

“Ada lagi peluang. Ini bukan keputusan akhir, kita sekarang berada di peringkat pertengahan,” kata Sankara.

Wan Azizah Tekad Kaji Elaun Guru-CIKGU KENA BOHONG DENGAN PM






SHAH ALAM 16 MEI : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya tekad untuk mengkaji semula jumlah elaun dan tangga gaji para guru sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

Wan Azizah berkata demikian dalam perutusannya sempena sambutan hari guru yang jatuh pada 16 Mei, hari ini.

Justeru Wan Azizah menambah, komitmen PR ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam Buku Jingga yang dilancarkan baru-baru ini.

“Pakatan Rakyat juga bertekad akan mengkaji semula jumlah elaun dan tangga gaji para guru secara keseluruhan agar setimpal dengan bebanan yang ditanggung,” kata Wan Azizah.

Buku Jingga merupakan dokumen bersama Pakatan Rakyat yang menggariskan agenda dan program dalam masa 100 hari menawan Putrajaya.

Antara lain, Pakatan Rakyat turut menjanjikan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru dan pendidik bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam sistem pendidikan negara.

Selain mengucapkan selamat hari guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia, Wan Azizah turut mendoakan kesejahteraan atas jasa mereka yang mencurahkan ilmu selama ini.

Menurut Wan Azizah, guru adalah pembentuk siasah generasi akan datang yang mendidik dan membimbing mereka terutama dari segi nilai moral dan akhlak peribadi yang tinggi.

“Setiap tahun, 16 Mei disambut untuk menghargai pengorbanan dan jasa para guru. Guru adalah pembentuk siasah generasi akan datang yang akan mendidik dan membimbing mereka terutama dari segi nilai moral dan akhlak peribadi yang tinggi.

“Guru diibaratkan bintang-bintang yang bergemerlapan dan sinarannya itu memberikan arah tuju kepada yang memerlukan,” kata beliau.


DIBAWAH NI KOMEN CIKGU-CIKGU....HA...KAN DAH KATA..LIHAT BLOG KEMPEN GURU TERTINDAS....


KOMEN DALAM MALAYSIAKINI



  • Rahiman Harun · Sports Secretary at SMK UNGKU HUSIN
    Apalah.... Cikgu hampir 300 000 orang. Pengumuman itu hanya melibatkan 5% seluruh guru di Malaysia. Pengetua dan guru besar yg mmg dah besar gaji dpt naik gaji lagi....Cikgu biasa? yang jadi kuli batak ni.....pi mai...pi mai...tang tu jgk!
  • Koyoka Kakatuk Ma · Top Commenter
    Wahai guru2 mengajarlah bersungguh2 kerana pengumuman TPM ini sangat memberangsangkan golongan pendidik..ha2...Hidup TPM....
  • Soby Jaafar · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia
    lebih 20 tahun dulu dah mintak....tak berbaloi, minyak naik...cikgu hantar jauh2...pi mai tang tu gak......sama aje ngan 20 tahun dulu......
  • Zahanudin Harahap · Top Commenter · UKM 1982 dan UM 1989
    Rakyat yang HATINYA BERSIH..akan bersyukur dan menyokong pengumuman Perdana Menteri ini..rakyat yang HATINYA HITAM..akan memberikan ulasan yg negatif dan memberikan komen yg bertentangan dengan ajaran agama...SAKSIKANLAH ulasan2 di atas/bawah dan analisalah....
    • Jamaludin Hasran · Top Commenter · Upm serdang selangor
      rakyat yg hatinya BIRU akan sokong je apa PM kata. Rakyat yg hatinya PUTIH akan tahu menilai mana kaca mana permata. Rakyat yg bodoh bersyukur pada PM. Rakyat yg beriman bersyukur pada Allah. ZH yg mana? Berkata benar kepada pemimpin yg zalim adalah jihad. Menyokong pemimpin yg zalim adalah subahat dan munafik
    • Zahanudin Harahap · Top Commenter · UKM 1982 dan UM 1989
      Elok saudara JH kembali kepada penjelasan agama kita tentang apa yg dimaksudkan kepada hati yg bersih dan hati kotor/hitam bila membicarakan tentang HATI...dalam agama kita, ada ayat2 yg dgn jelas membicarakan tentang HATI...wallahuallam...
    • Zahanudin Harahap · Top Commenter · UKM 1982 dan UM 1989
      Seperti saya nyatakan di atas...ulasan2 mereka akan memperlihatkan hati yg bersih atu kotor...kalau keluar perkataan bodoh, maki dan sebagainya...itulah gambaran hati yg kotor..tapi, jika mengulas secara berhemah dan bertatasusila dan beretika..itulah gambaran hati yg bersih..wallahuallam...
  • Cg Mereno Exoum · Belajar abc dgn tok kat umah je
    Bodo punya pm dgn TPM ( Menteri Pelajaran ) Kebajikan guru mesti diutamakan bukannya pangkat untuk "awak-awak" pencacai UMNGOK yang pegang jawatan tu. Gaji Guru Maaysia = Gaji Tukang Sapu kat Singapura la ngok.