Tuala, botol dan berus gigi ke Tong Sampah-BERITA KECIK JA KAT UTUSAN MELOYA


Bukti tuala, botol minuman dan berus gigi ditolak

08/03/2011 1:15pm

KUALA LUMPUR 8 Mac – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, memutuskan untuk mengetepikan tuala "Good Morning", botol minuman dan berus gigi atas alasan barang-barang tersebut diperoleh dengan cara yang salah.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah turut memutuskan agar semua keterangan berkaitan dengan barang-barang berkenaan diketepikan.

Beliau berkata demikian di akhir bicara dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini. - Utusan

Anwar : Mahathir Pembohong Terdesak

Anwar : Mahathir Pembohong Terdesak. Mamak ni cakap berbelit-belit
08/03/2011



Sejak dari dulu 1998 memang aku tak percaya si Mamak ni.Cakap dia memang berbelit-belit.Kalau jumpa ulaq..baik ketuk dia dulu dari ulaq...nak tau sebab tu Tuhan bagi umoq panjang...supaya dia dapat lihat kejatuhan Umno , sebagaimana Allahyarham Ustaz Fadzil Noor doakan...

Ya lah dah tua-tua ni makan pencen tak habis 7 keturunan..jual buku la pulak..macam-macam cara orang cari makan......kiaqqq tuihhhh...


Anwar : Mahathir Pembohong Terdesak

sila baca di SINI



KUALA LUMPUR 8 MAC: Tuduhan-tuduhan yang dilontar oleh Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim dalam buku Doktor Dalam Rumah adalah untuk menutup penyelewengan semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri itu dan demi menjamin masa depan politik anaknya, Mukriz, kata Ketua Pembangkang itu.

“Sebenarnya apa yang saya lihat ialah ketakutan dia (Mahathir) terhadap perubahan kerana kezaliman yang berlaku semasa pemerintahannya seperti yang didedahkan dalam buku Barry Wain: Malaysia Maverick. Beliau menghabiskan RM100 bilion lebih (duit rakyat), kata Anwar.

"Mahathir juga mahu menjamin masa depan anaknya seperti yang dilakukan oleh Hosni Mubarak terhadap anaknya Kamal. Dia mahu menjamin anaknya dalam golongan terulung di negara. Ini yang menjadi pertimbangan dia," Anwar memberitahu TVSelangor.

Dalam buku mengenai kisah hidupnya itu, Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaan fitnah perlakuan moral Anwar.

Tuduhan-tuduhan itu sering diulangi oleh Mahathir sebagai alasan beliau memecat Anwar daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998, malah diperhebatkan setelah Mahathir berundur sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003.

Kini anaknya Mukriz, walaupun kalah dalam saingan menjadi Ketua Pemuda Umno, dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selain Pengerusi Umno Kedah.

Pemerhati politik menyifatkan Mahathir sebagai mempunyai agenda tersendiri untuk menghakis pengaruh Anwar dan Pakatan Rakyat demi menjamin kelangsungan Umno dengan Mukriz diasuh untuk kedudukan lebih tinggi dalam parti itu.

Anwar menegaskan beliau tidak terkejut dengan pusingan terbaru tuduhan liar oleh Mahathir dan menegaskan bahawa masyarakat celik terhadap motif Mahathir untuk terus menyerang beliau.

Anwar berkata pembohongan Mahathir terserlah dalam buku Doktor Dalam Rumah, khususnya apabila mendakwa beliau (Anwar) tidak menafikan tuduhan liwat terhadapnya apabila perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebelum dia di pecat dari parti.

"Nyata satu lagi pembohongan jahat ialah Mahathir mendakwa kononnya saya mengaku (tuduhan) dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Saya tidak akan terkejut sekiranya kuncu-kuncu Umno akan mengesahkan (demikian),” kata Anwar.

"Tetapi kita ada rakaman mesyuarat itu. Sepertimana yang saya ingat, perjalanan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu telah bocor dan tidak ada sama sekali pengakuan saya kononnya mengesahkan tuduhan.” kata Anwar.

Meskipun sering mendakwa Anwar kononnya mengamalkan seks liar, Mahathir tidak sekali pun menghadirkan diri di mahkamah untuk memberi keterangan pada perbicaraan Anwar tahun 1998, walaupun atas desakan peguambela mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Sebaliknya Mahathir memilih untuk terus melontarkan tuduhan-tuduhan liar itu di luar mahkamah, dan di atas takthanya sebagai Perdana Menteri ketika itu.

Selepas berundur dari jawatan itu, Mahathir meneruskan serangan ke atas Anwar dengan sokongan pemimpin-pemimpin Umno yang melihat Ketua Pembangkang itu sebagai musuh utama parti mereka yang harus ditumpaskan.

Kes Anwar : Makin Jelas Ada Agenda Politik

Kes Anwar : Makin Jelas Ada Agenda Politik
Ditulis oleh Edi Suleiman
08/03/2011 Share


KUALA LUMPUR 8 MAC : Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak bahan bukti yang diambil oleh polis untuk mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan pertuduhan itu mempunyai agenda politik dan berniat jahat, kata Anwar.

"Keterangan hakim bahawa penangkapan itu tidak sah di sisi undang-undang mengukuh hujah kita bahawa tangkapan itu adalah melanggar prinsip perlembagaan dan dilakukan dengan niat tidak baik. Ini disahkan oleh hakim. Kalau ini berlaku maknanya tangkapan itu sendiri telah melanggar perlembagaan," tegas beliau .

Ketua Pembangkang itu membayangkan pihak pendakwaraya akan terus berkeras menggunakan bukti DNA terhadap beliau sekali pun hakim menolak tiga bahan kes yang diperolehi secara haram itu.

"Kalau pun ini berlaku, kita masih akan pertikaikan kerana pakar DNA pendakwa memberi tarikh yang salah. Kononnya yang disebut itu 26 haribulan (tetapi) pemeriksaan 28hb dan penyerahan kepada Jabatan Kimia dua hari kemudiannya yang telah disimpan oleh DSP Jude,' tambah Anwar .

DSP Jude Pereira adalah pengawai penyiasat kes itu.

Hakim Mohamad Zabidin Md Diah berkata sehelai tuala, berus gigi dan botol air mineral yang dirampas dari lokap Anwar pada Julai 17 2008 diperolehi secara tidak sah dan justeru itu, tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti.

Barang-barang itu dirampas setelah Anwar ditangkap tanpa diberitahu asas tuduhan dan dipaksa bermalam di lokap itu pada 16 Julai 2008. Polis kemudian merampas tiga barangan itu untuk diguna dalam ujian DNA bagi mensabitkan Anwar atas tuduhan liwat. .

Anwar sebelum itu menolak cubaan polis mendapatkan sampel DNAnya kerana khuatir sekali lagi menjadi mangsa bukti reka cipta sebagaimana yang berlaku pada tahun 1998. Dalam perbicaraan itu, Anwar disabit kesalahan dan dihukum penjara enam tahun.

Anwar menegaskan bahawa tindak tanduk polis, sebagaimana yang didedahkan di mahkamah, menunjukkan wujud campurtangan politik untuk mensabitkan beliau menggunakan bukti rekacipta " di setiap peringkat."

Peguam Sankara Nair pula menegaskan keputusan mahkamah hari ini seharusnya mengecualikan Anwar daripada dikaitkan ujian DNA yang mengenal pasti "lelaki Y" antara orang yang meliwat pengadu Saiful Bukhari Azlan .

"Jadi mereka tidak dapat berbuat demikian sekarang. Kesimpulannya 'lelaki Y' itu tidak ada kena mengena dengan Datuk Seri Anwar," katanya.

Perbicaraan bersambung esok dengan pendakwaraya dijangka memanggil DSP Jude Periera untuk memberi keterangan.

Kes Anwar : Mahkamah Tolak Bahan Bukti Polis





Kes Anwar : Mahkamah Tolak Bahan Bukti Polis

08/03/2011


KUALA LUMPUR 8 MAC: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak bahan bukti yang diperolehi secara tipu helah oleh polis untuk mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan fitnah liwat untuk kali kedua.

"Mahkamah mendapati 3 barang yang diperoleh secara tidak adil. Justeru barang-barang ini tidak boleh diguna sebagai bahan bukti dalam perbicaraan ini," kata Hakim Zabidin Mohd Diah, merujuk kepada sehelai tuala, berus gigi dan botol air mineral yang diperolehi dari lokap IbuPejabat Polis Kuala Lumpur pada Julai 2008.

Barang-barang itu dirampas setelah Anwar ditangkap tanpa diberitahu asas tuduhan dan dipaksa bermalam dalam lokap itu pada 16 Julai 2008. Polis kemudian merampas barangan itu untuk diguna dalam ujian DNA dengan tujuan mensabitkan Anwar atas tuduhan liwat aygn didakwa berlaku pada Jun tahun itu.

Anwar sebelum itu menolak cubaan polis mendapatkan sampel DNAnya kerana khuatir sekali lagi menjadi mangsa bukti reka cipta sebagaimana yang berlaku pada tahun 1998. Dalam perbicaraan itu, Anwar disabit kesalahan dan dihukum penjara enam tahun.

Peguam Anwar, Karpal Singh hari ini menggesa mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang menolak bukti-bukti yang diambil secara tipu helah dan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Menurut Karpal, tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak.

KERDAU : SATU TRAGEDI DEMOKRASI. PENUH LAWAK, ARTIS DAN PESTA ….

March 2011
kerdau7.jpgSaya dan rakan-rakan bertandang ke DUN Kerdau dalam Parlimen Kuala Krau. Lebih kurang 20 KM dari Bandar Temerloh untuk pilihanraya kecil kali 16. Kerdau sebahagian daripada DUN Sanggang yang pernah melalui Pilihanraya Kecil tahun 2000. Sampai sekarang insiden Menteri Besar Pahang menunjukkan isyarat lucah semasa penamaan calon pilihanraya kecil tersebut tidak boleh dilupakan.

Namun orang Melayu masih belum memahami isyarat yangmemalukan tersebut. PAS tewas dalam pilihanraya itu.

kerdau6_1.jpg

3 Mac 2011. Sayaberada bersama pimpinan ketika demokrasi yang pincang dan pengamalan sumbangparti pemerintah terus berleluasa. Penggunaan sekolah, politeknik, balairaya serta jentera kerajaan (yang merupakan hartarakyat dan kita sebagai taxpayers), terus berleluasa. Tanpa rasa malu seluruhmedia kerajaan dijuruskan untuk berkempen bagi menafikan wujudkan kuasa pengimbang bagi perjalanan kerajaan. Pahang adalah satu negeri yang amat kaya dengan hasil bumi. Tetapi pada masa yang sama terpalit dengan pelbagai skanda lterutamanya pembalakan. Hutang negeri dikatakan amat tinggi sedangkan hasil melimpah ruah.

Provokasi, penyamaran, ceramah tanpa permit (dengan tindakan minima pihak Polis) melatari kempen kali ini. Cubaan menghalang calon daripada berkempen di kawasan-kawasan tertentu, penceramah-penceramah yang dicemuh dan dihalang berceramah, baner-baner dan poster yang diturunkan menggambarkan demokrasi yang tempang. Ceramah yang sengaja dibuat berhadapan dengan ceramah Pakatan Rakyat diselang-seli dengan muzik yang dipasang kuat bagi mengganggu pimpinan Pakatan Rakyat menyampaikan pandangan kedua.

ARTIS DAN CERAMAHkerdau3.jpg

PRK-PRK pasca 2008 menyaksikan kehadiran artis-artis untuk bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Renggo, Yasin,Paklong dan terbaru Bob Lokman memeriahkan pentas ceramah dan khemah-khemah. Budaya fobia artis kepada PAS dan perjuangan Islam semakin terhakis. Ini satu isyarat bahawa semua golongan sudah mula berani bersama pembangkang atau ‘in Making Government”. Apapun tahniah.

4 Mac 2011. Saya menunaikan solat Jumaat di Jengka 23. Sebuah masjid yang agak selesa walaupun menerima ramai tamu yang bertandang sempena Pilihanraya kecil. Saya tiba ketika azan berkumandang. Selesai solat sunat, bilal terus melaungkan azan kedua. Imam bangun dan membuat pengumuman. Didahului dengan mengalukan kehadiran Menteri Besar Perak Dato Seri Zambry disusuli dengan pengumuman program rakyat yang akan berlangsung jam 3 petang. Program itu akan turut dihadiri oleh Datuk Ahmad Maslan (beliau bertanggungjawab kepada Felda) Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Duta Malaysia ke Amerika merangkap AhliParlimen Rompin Dato Jamaludin Jarjis. Saya kira masih ok.

LAWAK YANG MELAWAKKANkerdau.jpg

Tuan Imam seterusnya mempersilaka nseorang pegawai tinggi Felda.. Katanya ada pengumuman penting. Penuh santun pegawai tersebut mengalukan hadirin. Beliau memperingatkan sekali lagi tentang program 3 petang. Kemudian menyebut tentang duit yang akan diberikan kepada warga Felda. Wah duit? Duit apa…duit yang hanya diberikan kepada Felda Jengka 22, 23 dan 25… lawak gila..beliau menyebut jumlahnya melebihi 1.5 juta untuk Felda Jengka 23. Duit yang diumumkan pemberiannya ketika peneroka di situ diambang PRK. Duit itu khas untuk peneroka di situ sahaja. Lebih sejuta warga Felda yang lain tidak dapat kerana mereka bukannya di ambang pilihanraya.

Beliau mengumumkan bahawa duit dalam perjalanan. Beliau dimaklumkan bahawa duit sudah bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 12 dan dijangka tiba jam 3 petang.. Beliau memaklumkan bahawa duit dalam bentuk cek yang hanya boleh ditunaikan selepas dua hari bekerja kerana cek itu bukan cektempatan. Beliau memaklumkan bahawa sekiranya perkara tersebut berlaku, makapaling awal duit akan boleh dimasukkan atau ditunaikan pada hari rabu.

Beliau memaklumkan bahawa, oleh itu pihak Felda akan menggunakan cek tempatan dan akan menulis beratus-ratus keping cek serta akan menyampaikan kepada peneroka padahari Isnin. Kah kah kah , lawak dan gila. Pening dan rasa diperbodohkan.

APA DIA

Pertama :Penggunaan secara maksimum masjid untuk tujuan politik BN. Memualkan. Sebuah Negara demokrasi yang amat tidak demokratik. Ketika pilihanraya sedang hanya berlangsung, hanya pemerintah mempunyai akses penuh kepada saluran maklumat. Ia dirancang begitu sekali, ketika khatib sepatutnya melangkah ke mimbar berwasiat tentang taqwa, pegawai Felda gunakan kesempatan berkempen tentang program parti pemerintah.

kerdau6_2.jpg

Kedua: Apa relevannya pengumuman itu dibuat di masjid ketika PRK sedang membara. Ketika felda-felda lain tidak mendapat tawaran itu, tiba-tiba Jengka 23 mendapat durian runtuh. Ketika ramai lagi peneroka memerlukan bantuan, apa istimewanyadi situ.

Ketiga: Apa relevannya diterangkan satu-satu proses untuk men’tunai’kan cek itu dicerita sebegitu rupa.

Keempat: Terdesak sangatkah peneroka Felda yang selama ni sudah sangat terdesak memerlukan duit itu.

Kelima : Terdesak sangatkah BN sehingga terpaksa mengarahkan pegawai itu beraksi sebegitu rupa.

Keenam: Berkuasa sangatkah orang politik di dalam Felda sehingga mengarahkan pegawai yang berkhidmat sepatutnya demi negara terpaksa sampai ke tahap itu.

Ketujuh: Apa relevannya puluhan projek lain termasuk jalanraya yang diturap tergesa-gesa sehingga ke malam.

MEMORANDUM UNTUKPESTA…kerdau2_2.jpg

Penggunaan secara berleluasa premis awam oleh BN amat menjijikkan. Janji-janji dalam bentuk yang kami takrifkan sebagai rasuahbersipongang di merata tempat. Yang Dipertua Majlis merangkap pegawaipilihanraya bagi PRK ini dilihat bersalut dengan “conflict of interest”. Sayaturut serta bersama Dato Tuan Ibrahim selaku Pesuruhjaya PAS Pahang da nPengarah PRK PAS bagi DUN Kerdau, Ketua Pemuda PAS Malaysia, AJK PAS Malaysia,Ketua Pemuda PAS Pahang dan lain-lain menyerahkan memorandum bantahan.

Setakat memorandum dan janji bahawa akan diambil tindakan. Takpalah,itu masih dianggap demokrasi. Pilihanraya masih lagi menjadi wasilah diMalaysia. Tapi sampai bila.. Tunggu Himpunan Bersih 2. 500 ribu!! Orang Muda makin meluat dengan demokrasi camni…

Kg Baru: MAS masih optimistik tapi ambil masa ‘lama’

March 08, 2011

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru masih optimistik usaha membangunkan semula kawasan penempatan berusia 111 tahun itu, yang terletak di ibu negara, akan menjadi kenyataan tetapi akan memakan masa yang panjang daripada dijangkakan.

Pentadbiran itu melahirkan pendirian ini di sebalik langkah Putrajaya menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 untuk bacaan kali kedua ekoran bantahan pemilik dan pewaris tanah.

Undang-undang itu membuka laluan kepada pembentukan sebuah perbadanan, yang awalnya dikatakan akan menggantikan MAS dan kuasa mutlak menteri dan imuniti daripada pendakwaan, tetapi ditentang keras oleh banyak pihak.

MAS melahirkan pandangan itu memandangkan soal membangunkan semula Kampung Baru sudah lama diperkatakan — lebih tiga dekad lalu - tetapi berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran.

Sehubungan itu, pihak MAS mahu kerajaan menyelesaikan isu-isu berkaitan sebelum meneruskan rancangan untuk membangunkan semula kawasan penempatan milik orang Melayu, yang termahal dan mempunyai “kuasa autonomi” itu.

Setiausaha Kehormat MAS Shamsuri Suradi mengingatkan bahawa mengikut kiraan mereka, usaha itu kemungkinan mengambil masa 10 tahun sebelum kerajaan boleh menyelesaikan kesemua isu setempat.

“Saya masih optimistic . . . tetapi ia memerlukan masa,” kata beliau kepada The Malaysian Insider, yang membayangkan bahawa kerja-kerja pembangunan hanya boleh selesai kerja-kerja asas selesai.

“Saya merasakan kerja-kerja asas (berkaitan dokumentasi pemilikan) sahaja akan mengambil masa 10 tahun, tetapi ia boleh dipercepatkan jika pihak-pihak terbabit sanggup tampil agar dapat diselesaikan dengan segera,” kata beliau.

Misalnya menurut beliau, isu yang paling penting ialah geran pemilikan tanah memandangkan 26 daripada 850 lot tanah masih belum ada geran sehingga kini.

“Satu lagi isu besar ialah pemilikan tanah turun-temurun. Ada kes di mana 20 orang memiliki satu bidang tanah. Mereka perlu datang dan melantik wakil mereka untuk berbincang dengan kerajaan (bagi menyelesaikan isu pemilikan),” kata Shamsuri yang turut menunjukkan sistem dokumentasi mereka mengenai soal pemilikan tanah di kawasan tersebut.

Katanya, jika pihak-pihak terbabit boleh tampil memberikan maklumat dan ia boleh dipercepatkan, kemungkinan kerja-kerja asas boleh selesai awal.

Justeru kata beliau, MAS juga mengharapkan agar diadakan satu kaedah yang betul untuk mengetahui pendirian penduduk kawasan berkenaan.

“Tanpa perundingan yang betul, kita tidak akan tahu siapa yang menyokong dan siapa yang menentang usaha pembangunan... satu hari seorang boleh membawa 500 orang mendakwa menyokong pembangunan, hari yang lain satu lagi kumpulan akan mendakwa menentang.

“Ia sesuatu yang sangat mengelirukan,” kata beliau yang dilihat merujuk kepada usaha penyelesaian yang agak rumit.

Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar.

Tujuh kampung berkenaan itu ialah Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Atas A, Kampung Atas B, Kampung Hujung Pasir, Kampung Paya dan Kampung Pindah.

Kebanyakan tanah dimiliki lebih daripada seorang pemilik disebabkan undang-undang warisan Islam.

Jelas Shamsuri, seramai 54 peratus pemilik tanah masih tinggal di Kampung Baru.

Mengenai tanggapan bahawa MAS bimbang akan hilang kuasa jika sebuah perbadanan baru ditubuhkan, Shamsuri berkata, pihaknya sanggup untuk menyesuaikan dengan pendekatan baru yang diambil selagi peranan lembaga itu tidak diketepikan.

“Jika anda melihat pada undang-undang yang ada (enakmen MAS), MAS boleh mengeluarkan seseorang yang tinggal (di Kampung Baru), tetapi kami tidak melakukan perkara itu sekarang, jadi MAS bersikap adaptif dalam hal ini,” kata Shamsuri dengan merujuk kepada Enakmen MAS 1950.

Sehubungan itu beliau juga menegaskan MAS bukannya bimbang akan “hilang kuasa” tetapi mahu mempertahankan tanah yang dikurniakan kepada orang Melayu lebih 100 tahun lalu.

Minggu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengumumkan bahawa pembentangan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru pada sesi Dewan Rakyat yang bermula semalam, ditangguhkan sehingga sesi akan datang.

Langkah itu bagi membolehkan beberapa klausa dalam rang undang-undang itu diperhalusi.

Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Disember lepas.

Raja Nong Chik berkata pihaknya juga menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai Ketua Setiausaha kementerian Datuk Ahmad Phesal Talib dan dianggotai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bagi memperhalusi klausa-klausa terbabit.

“Jika ada perkara yang belum selesai sebelum itu, jikalau perlu dilambatkan kita akan lambatkan (pembentangan). Apa yang penting suara pemilik dan pewaris didengar dan akhirnya kepentingan mereka dilindungi,” kata beliau.

Katanya sesi penerangan berkaitan klausa berkenaan akan dikendalikan beberapa NGO seperti MAS, Persatuan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) dan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Kampung Baru.

Dalam komen sebelum ini, Shamsuri berkata, Putrajaya memutuskan untuk menggugurkan peruntukan kontroversi - imuniti “tidak boleh dicabar” yang terkandung dalam Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 ekoran bantahan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru.

Peruntukan itu, yang tidak membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas perbadanan baru yang akan ditubuhkan, anggota atau pekerjanya, merupakan antara beberapa perkara yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan pemilik dan pewaris penempatan Kampung Baru selepas ia dibacakan kali pertama di Parlimen Disember lalu.

The Malaysian Insider difahamkan rang undang-undang itu juga mewajibkan sesuatu pendakwaan bagi mana-mana kesalahan tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis pendakwa raya.

Rang undang-undang itu sepatutnya dibacakan kali kedua pada sidang Parlimen kali ini, yang bermula Isnin ini, tetapi ditangguhkan sehingga Jun.

Selain MAS, Umno Titiwangsa mahu kuasa mutlak dalam akta yang digubal khusus untuk membangunkan Kampung Baru, penempatan orang Melayu paling mahal di ibu negara, dikaji balik dan “kena diubah sedikit” supaya tidak merugikan pemilik dan pewaris dalam jangka panjang.

Pemangku ketuanya Datuk Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu perlu memandangkan pemilik dan pewaris bimbang dengan kuasa menteri yang kelihatan mutlak dan tidak boleh dipertikaikan jika wujud masalah kelak.

Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’Lo’ Mohamad Ghazali juga mahu Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 ditarik balik “sepenuhnya”, bukannya ditangguhkan bacaan buat kali kedua di Parlimen sehingga Jun ini.

Kampung Baru terletak dalam bahagian Parlimen Titiwangsa.