NURUL IZZAH:RAKYAT PERLU BANGUN DAN SEDAR


PAKMAN KADIR @ PAK JABIT (KIRI) CIKGU JALALUDDIN PENYELARAS DUN LANCHANG(KANAN)


SDR NIZAM KETUA CABANG TEMERLOH DAN YB NURUL IZZAH(KANAN)





LANCHANG-Puteri Reformasi itulah gelaran yang diberikan suatu ketika dahulu dan kini menjadi ahli Parlimen Lembah Pantai , ibu kepada 2 orang anak ini bukan sahaja menjadi idola anak muda khasnya kaum muda dan wanita , petang tadi telah memberikan ucap utama dalam jamuan bersama 150 orang penyokong PKR di DUN Lanchang petang tadi.


Turut sama menyertai ceramah kecil tetapi padat dengan kupasan ini ialah Ketua Cabang Temerloh Sdr Nizam Hamid, Penyelaras DUN Lanchang Cikgu Jalaludin ,dramatis Pak Jabit atau Pak Man Kadir, para penyokong dan juga sebahagian besar ahli wanita di kawasan DUN Lanchang.


Beliau menjelaskan mengenai peranan Umno yang dilihat bukan sahaja gagal membantu kaum Melayu , malahan telah menjadikan duit rakyat sebagai duit mereka sendiri. Beliau berkata demikian dalam sebuah majlis ringkas namun penuh bermakna kerana turut menandatangani buku Jingga yang dibawa bersama .

YB Nurul menjelaskan beerapa contah misalnya mengenai syarikat Hati Budi yang merupakan sebuah syarikat umno setelah didesak oleh Sdr Kit Siang pada tahun 1986,telah mendapat kontal lebuhraya dan umpama masuk duit poket kanan dan masuk juga poket kiri kerana Umno mengunakan wang negara seumpama menggunakan duit mereka szendiri.

Malah menurut beliau lagi, skandal BMF,yang mana melibatkan kebocoran kewangan negara sejak dahulu dan sehingga kini keadaan kebocoran kewangan negara semakin serius dan berterusan, namun tiada apa tindakan bagi membetulkanya.

YB Nurul juga menjelaskan mengenai bagaimana Buku Jingga dan janji janji Pakatan Rakyat bagi membantu rakyat bagi mengurangkan permasalahan yang berlaku dan yakin Pakatan Rakyat mampu untuk melaksanakan kerana janji kita kepada rakyat bukanlah sebuah janji semata-mata namun mahu melaksanakanya.Jadi menurut beliau lagi, rakyat harus sedar dan bersama menyertai bantahan bukan sahaja ketidakadilan mengenai pengurusan wang negara, malahan kenaikan harga barang dan jatuhnya kuasabeli rakyat menjadikan kaum Melayu di kampung-kampung antara kaum yang termiskin.Beliau berlepas ke Indera Mahkota untuk sessi ceramah umum malam ini.

LIVE DARI TEMERLOH :PROSES PENAMAAN CALON

SEKITAR PERARAKAN PENAMAAN CALON SEBENTAR TADI..






TEMERLOH-Perarakan untuk penamaan calon bagi DUN Kerdau baru sahaja berakhir dan sekarang semua penyokong berada di Dewan Tun Razak menunggu keputusan penamaan calon masing masing.
Lebih 15,000 penyokong hadir dalam peraakan yang bermula jam 8 pagi tadi.Ikuti live dari temerloh sebentar lagi..