Mereka yang disenaraikan itu adalah anak tempatan berkelulusan dalam pelbagai bidang, antaranya bekas pensyarah, aktivis dan anggota biasa parti.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal (gambar) berkata mereka yang tersenarai itu dilihat berpotensi untuk menang, selain muda dan berkarisma untuk menjadi calon dan wakil rakyat di kawasan berkenaan.
"Nama-nama berkenaan telah diputuskan pada mesyuarat khas PAS Kawasan Kerdau pada Isnin lepas, senarai itu akan dihantar kepada pucuk pimpinan parti," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.
Beliau berkata, PAS tidak mempunyai masalah dalam memilih calon kerana ramai yang berkelayakan dan berkelulusan tinggi.
"Berdasarkan perkembangan politik semasa serta penambahan pengundi baru, PAS yakin akan dapat memenangi pilihan raya kecil itu nanti sekalipun kerusi DUN Kerdau merupakan kawasan kubu kuat Barisan Nasional (BN)," katanya.
Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63 akibat serangan jantung pada Sabtu lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagaimanapun masih belum memutuskan tarikh pilihan raya kecil di kawasan berkenaan.
Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.
7 NAMA SENARAI DUN KERDAU
Kebangkitan Rakyat: Harapan untuk Demokrasi di Timur Tengah?
Kebangkitan rakyat di Mesir untuk menggulingkan Presiden Hosni Mubarak menjadi tumpuan dunia terkini. Sesungguhnya, tidak kurang pemerhati politik yang membandingkan pergolakan di dunia Timur Tengah dengan konteks politik di Malaysia - dari cara hidup keluarga Presiden hinggalah jurang ekonomi dalam masyarakat yang menjadi faktor tercetusnya kebangkitan rakyat.
MerdekaReview bersama Free Public Forum dan Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor mengambil inisiatif untuk menganjurkan forum berjudul "Kebangkitan Rakyat: Harapan untuk Demokrasi di Timur Tengah?" pada jam 8 malam, 22 Februari (Selasa), di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor. Forum ini bakal membariskan panelis Nora Murad (Amnesty International Malaysia-AIM), Liew Chin Tong (Ahli parlimen Bukit Bendera), Mujahid Yusuf Rawa (Ahli parlimen Parit Buntar, Penulis buku "Menuju PAS Baru") dan Hishamuddin Rais (Aktivis/pengkritik sosial, penulis bebas), dengan Fahmi Fadzil sebagai moderatornya.
Kemasukan adalah percuma. Sila datang beramai-ramai.
Sinopsis Forum
Gelombang kebangkitan rakyat Mesir yang sedang berlaku amat menggemparkan seluruh dunia. Rejim kediktatoran Hosni Mubarak berakhir dengan pengunduran beliau dari kerusi Presiden Mesir dan telah menjadi simbol kemenangan kuasa rakyat dalam usaha menjatuhkan kezaliman rejim yang menindas rakyat sepanjang 30 tahun pemerintahan beliau.
Sumber: Reuters |
Antara perkara yang perlu diteliti, kebangkitan rakyat marhaen di Tunisia, Yaman dan Jordan menjadi antara faktor besar berlakunya kebangkitan rakyat Mesir. Bahkan di saat ini, kebangkitan rakyat ini telahpun berjangkit sehingga terkini di Iran dan Bahrain dan mendapat perhatian seluruh dunia.
Namun, apakah kesudahan bagi kebangkitan gerakan ini? Apakah pengunduran Mubarak sekadar akan berakhir dengan penggantian satu lagi rejim kediktatoran yang baru?
Apakah keadaan yang berlaku ini akan menjanjikan lembaran baru kepada demokrasi yang lebih sihat serta memberi ruang kepada seluruh warga tanah air di Mesir dan Timur Tengah umumnya dalam menyuarakan pandangan serta melibatkan diri terhadap proses pembuatan polisi yang akan lebih bersifat menguntungkan rakyat?
Adakah kuasa-kuasa dari blok barat khususnya AS sebagai kuasa besar politik dunia akan sekadar berdiam diri tanpa sebarang campur tangan lebih-lebih lagi bagi memastikan kepentinngan mereka terpelihara?
Di mana dan bagaimanakah pula kedudukan kumpulan-kumpulan Islam yang amat signifikan terhadap persoalan pertembungan antara blok-blok ideologi termasuklah berkaitan pembebasan tanah air dari cengkaman pemerintahan diktator-sekular negara-negara Timur Tengah?
Diskusi bersama:
1. Nora Murad (Amnesty International Malaysia-AIM)
2. Liew Chin Tong (Ahli parlimen Bukit Bendera, Research for Social Advancement-REFSA)
3. Mujahid Yusuf Rawa (Ahli parlimen Parit Buntar, Penulis buku "Menuju PAS Baru")
4. Hishamuddin Rais (Aktivis/pengkritik sosial, penulis bebas)
Anjuran bersama: MerdekaReview, Free Public Forum Malaysia (FPF), Pemuda Dewan Perhimpunan KL-Selangor.
KERAGUAN DALAM KES ANWAR
"si penuduh tertakluk kepada undang-undang jenayah Islam yang berat seandainya tidak didokongi dengan bukti yang kukuh seperti yang digariskan oleh Syari'at. Hukuman terhadap perbuatan 'Qazaf' yang termaktub di dalam al-Quran iaitu pada ayat 4, Surah An-Nur yang bermaksud, "dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq",
Mani lelaki misteri pada seluar dalam Saiful'
Doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral."
Doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.
Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.
pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.
Anwar Ibrahim di Mentakab, Kerdau Ahad ini
Menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid jamuan makan malam bagi mengutip dana pilihan raya itu akan diadakan di Dewan Taman Rimba, Mentakab bermula jam 7.30 malam.
“Selain Anwar pimpinan lain yang dijangka hadir ialah (Menteri Besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Tian Chua, Datuk Chua Jui Meng dan Leong Ngah Ngah.
“Bagi tujuan mengumpul dana PKR menyediakan kupon-kupon berharga RM40 dan meja-meja VVIP yang berharga RM2,000 dan RM1,000,” katanya kepada media di pejabatnya.
Ahmad Nizam yang juga Ketua Cabang PKR Temerloh berkata, selepas majlis tersebut Anwar dan semua pimpinan dijadualkan berceramah di tapak kompleks PAS Pahang, Kerdau.
“Di Kerdau Anwar dan yang lain akan memberi taklimat isu semasa dan pilihan raya. Walau bagaimanapun program ini tidak ada kena mengena dengan kempen awal untuk pilihan raya kecil (PRK) Kerdau kerana telah dirancang sejak Januari lalu,” tegasnya.
Mengenai PRK Kerdau, Ahmad Nizam berjanji PKR Pahang akan memberikan komitmen 100 peratus dengan mengerahkan seluruh kekuatan bagi mempastikan kemenangan calon PAS.
Swasta Saman Ekor Untuk Tampung Belanja P'Raya BN- Mahfuz
GOMBAK 17 FEB: Keputusan kerajaan menswastakan saman ekor melalui Sistem Penguatkuasaan Secara Automatik(AES) bertujuan untuk menampung perbelanjaan Umno-Barisan Nasional(BN)menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Datuk Mahfuz Omar.
Tindakan ini kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu adalah satu bentuk tekanan kepada rakyat yang sudah terbeban dengan kenaikkan harga barang ekoran kenaikkan harga minyak secara berterusan.
Pelaksanaan sistem AES yang diserahkan kepada dua syarikat iaitu Commerical Circle (M) Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.
“Saya berkeyakinan dua syarikat ini mempunyai kaitan dengan Umno-BN dan sudah pasti hasil keuntungan yang akan diperoleh nanti akan diberikan kepada parti ini, sudah pasti keuntungan yang berjuta ringgit ini pasti ada pihak yang dapat keuntungan.
“Sudah tentu ada habuan yang akan dibayar kepada Umno-BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, sebab itu kita bantah saman ekor dan bantah penswastaan saman ekor,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Anti Saman Ekor(KASE) yang diketuainya.
Tambah Mahfuz, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci mengenai dua syarikat yang diberikan kuasa untuk melaksanakan AES itu.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, tindakan kerajaan pimpinan Najib terpaksa bergantung kepada hasil wang saman ekor berbanding hasil negara.
“Kerajaan sekarang begitu kejar rakyat sampai ke lubang cacing semata-mata untuk cekik darah rakyat untuk menampung perbelanjaan negara.
“Hasil negara sudah tidak mencukupi kerana ia hilang begitu sahaja disebabkan pembaziran, ketirisan dan rasuah yang berlaku,” katanya.
Sesi penerangan tersebut akan menjelajah ke seluruh negara dengan memberi tumpuan kepada mangsa saman ekor.
Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata langkah terbaru Umno-BN itu menunjukkan mereka semakin terdesak untuk menambah perbelanjaan negara.
“Ini salah satu cara kerajaan untuk memperkayakan syarikat yang ada kaitan dengan Umno-BN, dalam pilihan raya umum ke-13 nanti Umno-BN pasti tumbang sebab itu masa sekarang mereka rompak habis-habisan,” katanya.
Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Khalil bertegas bomoh masuk Dun Perak
|
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Feb: “Saya tetap bertegas dengan mengatakan bahawa Dun Perak telah dimasuki bomoh sebelum 7 Mei 2009 dan Dewan Negeri Perak telah dijampi oleh bomoh tersebut,” tegas Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim. Beliau telah menerima surat rasmi daripada Setiausaha Dun Perak bertarikh 7 Februari lalu dan diminta hadir untuk memberi keterangan dalam sesi soal jawab kepada Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Dewan pada 25 Februari, jam 10.30 pagi di bilik mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Perak aras 2, Bangunan SUK Ipoh. “Saya dikhendaki memberi keterangan dalam sesi soal siasat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan berhubung dengan isu bomoh yang saya bangkitkan pada persidangan ketiga mesyuarat ketiga pada penggal ketiga Dewan Negeri Perak yang kedua belas pada 2 Disember 2010,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri dipanggil kerana dikaitkan dengan usul mengikut standing order di bawah fasal 36(3)(b) ke atasnya kerana sewaktu berbahas di Dun Perak telah membuat pendedahan bahawa terdapat pihak yang telah membawa masuk bomoh ke dalam Dun Perak sebelum sidang 7 Mei 2009 yang menyaksikan kerusi Speaker Sivakumar dirampas. Dalam sidang tersebut, beliau menyebut terdapat seorang Adun yang telah membawa bomoh untuk masuk ke dalam dewan. “Apabila saya enggan mendedahkan nama Adun berkenaan lalu saya diusulkan untuk disiasat oleh jawatankuasa berkenaan,” jelasnya. Beliau akan mengadakan sidang media khusus berkenaan surat panggilan tersebut dan akan memberi reaksi mengenai surat itu.
|