Mampukah Suapan RM2.71B Untuk Umno-BN Tawan Selangor

ULASAN : Pada 19 Disember lalu, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan RM2.71 bilion diperuntukkan untuk Selangor.

Sehari selepas itu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pula, Datuk Seri Noh Omar mengeluarkan kenyataan bahawa peruntukan Kerajaan Pusat untuk membangunkan Selangor lebih besar dari kerajaan negeri.

Menurut Noh lagi, di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), sebanyak RM2.62 bilion disalurkan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan 628 projek di Selangor, dan sebanyak RM83.81 juta lagi disalurkan menerusi pelbagai agensi dan kementerian.

Manakala peruntukan RM2.71 bilion yang di terima Umno/BN kali ini adalah amat besar jika dibandingkan peruntukan untuk lima tahun bagi RMK-10 tersebut.

Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan belanjawan 2012 baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM1.9 bilion wang kerajaan negeri untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunannya.

Susulan itu, Khalid menegaskan Najib dan Noh tidak perlu mendabik dada kononnya menyalurkan peruntukan yang besar untuk projek pembangunan di Selangor.

Katanya, kesemua wang pembayar cukai dan dana rakyat tersebut akan di salurkan kepada ketua-ketua Bahagian Umno/BN untuk tujuan pilihan raya umum akan datang dan bukan untuk rakyat negeri itu.

Sementara itu, wang tersebut juga di ambil dari belanjawan defisit negara dan bukannya dari perolehan sumber belanjawan berimbang. Ini meletakkan peruntukan tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat seluruh negara.

Menurut Khalid, penyaluran wang tersebut cuba 'dihalalkan' di atas nama pembangunan negeri Selangor sedangkan hakikatnya wang tersebut untuk disalur kepada pemimpin-pemimpin Umno/BN melalui ganjaran dengan membuat projek-projek 'mee segera'.

Projek-projek mee segera ini berupa projek-projek ringan seperti membina longkang, bilik gerakan pilihan raya dan sebagainya yang harganya berlipat kali ganda kerana selebihnya akan masuk ke saku pemimpin-pemimpin Umno bahagian serta kroni mereka.

Baru-baru ini ketika mengadakan kempen keindahan kediaman dan mengecat rumah pangsa di Gombak, Khalid hanya menggunakan peruntukan RM400,000 untuk menjayakan program tersebut.

Selang beberapa hari setelah pengumuman Najib, Umno Gombak pula mengumumkan peruntukan RM1.1 juta untuk tujuan yang sama. Bandingkanlah bagaimana 'pintarnya' pemimpin-pemimpin Umno mengurus tadbir wang dari dana rakyat tersebut.

Ujar Khalid lagi, wang tersebut seharusnya di salur kepada kerajaan negeri sebagai pemerintah yang sah bagi membolehkan wang tersebut diurus secara berhemah dan terancang.

"Ini adalah duit pembayar cukai dan bukan duit parti Barisan Nasional, wang RM2.71 bilion itu adalah pembangunan seluruh rakyat di Selangor dan bukan untuk kepentingan segelintir pemimpin-pemimpin Umno/BN," kata Khalid.


Pakar perampas


Najib telah melantik diri beliau sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor selepas Dr Khir Toyo meletak jawatan ekoran kes rasuah berhubung memiliki banglo di atas dua tanah lot di Shah Alam.

Perlantikan beliau tersebut memperjelaskan lagi bahawa Umno Selangor benar-benar ketiadaan calon berwibawa. Mungkin Najib sendiri tidak yakin dengan kemampuan Umno Selangor untuk merampas kembali negeri Jugra tersebut dari PR.

Najib mempunyai alasan kukuh untuk mengetuai Umno Selangor. Sebagai menteri kewangan, beliau telah merasakan betapa perbendaharaan wang negara sedang berada dalam keadaan nazak. Manakala Selangor adalah negeri yang kaya.

Lantaran itulah Najib mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dan Umno akan bertindak merampas kembali Selangor walau dengan apa cara sekali pun.

Najib mempunyai pengalaman merampas Perak pada 2009 ketika berlaku krisis perlembagaan di negeri bekas pengeluar bijih timah dunia itu. Najib juga di lantik menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Perak ketika usaha merampas Perak dari tangan PR.

Tujuan Najib berada di posisi tersebut semata-mata bagi membolehkan wang yang diperuntukkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) di keluarkan untuk membeli mana-mana pemimpin PR yang ingin melompat parti.

Dalam kehidupan peribadi beliau pun, tidak perlulah dipanjangkan susulannya kerana Najib lebih maklum bagaimana beliau membentuk keluarga yang dimilikinya sekarang.


Dana rakyat Untuk Umno/BN


Selama ini mana-mana perdana menteri pun tidak pernah memperuntukkan dana yang sebegitu besar untuk 'membela' pemimpin-pemimpin Umno bahagian. Ini disebabkan segala kontrak secara terus dapat di berikan kepada ketua-ketua bahagian tersebut.

Dari projek klas A hingga kepada tender cuci longkang dan potong rumput, semua disapu oleh kroni-kroni ketua bahagian dan mereka yang rapat dengan pemimpin.

Maka tidak hairanlah kebanyakkan ketua-ketua bahagian Umno mempunyai rumah banglo bagaikan istana hinggap.

Apabila Selangor jatuh kepada PR, semua punca pendapatan ketua-ketua bahagian tersebut hilang. Dasar tender terbuka Khalid bagaikan menutup segala periuk nasi mereka.

Disebabkan selama ini Umno menjadikan wang sebagai kuasa untuk mendapatkan sokongan maka budaya tersebut telah memakan diri apabila sumber kewangan mereka terputus.

Kemelut ini tidak pernah di alami oleh Umno/BN kerana sebelum PRU 2008 lalu hanya Kelantan dikuasai pembangkang.

Sebagai jalan pintas, Najib teleh memberikan peruntukan yang sebegitu besar dibawah JPM yang dikepalai beliau.

Berdasarkan akta parlimen, peruntukan wang tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk pihak polis, mahkamah, Jabatan Audit Negera, SPRM atau pembangkang.

Peruntukan tersebut merupakan dana eksklusif kepada perdana menteri. Melalui peruntukan tersebut wang akan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang kemudiannya akan diagih kepada Pejabat-Pejabat Daerah dan Ketua-Ketua Umno Bahagian.


Ekonomi tenat, Pemimpin Umno kaya raya


Pada akhir 2010, jumlah hutang isi rumah yang ditanggung rakyat Malaysia telah mencecah RM577 bilion bersamaan 77 peratus dari KDNK. Manakala jumlah hutang keseluruhan dan defisit negara berjumlah RM417 bilion. Jumlah ini merangkumi hampir 14 tahun negara berada dalam keadaan defisit.

Pada 7 Oktober lalu pula Najib baru sahaja membentangkan belanjawan 2012 bernilai RM232.8 bilion dengan RM181.58 bilion (78 peratus) perbelanjaan mengurus dan RM51.25 bilion ( 22 peratus) untuk perbelanjaan pembangunan.

Perbelanjaan mengurus yang sebegitu tinggi membuktikan fokas kerajaan pimpinan Najib pada 2012 bukan lagi kepada pembangunan negara tetapi usaha untuk menyelamatkan Umno/BN dalam menghadapi PRU 13 nanti.

Manakala perbelanjaan pembangunan pula bertujuan akan di beri fokus kepada projek-projek kroni yang akan membantu BN menghadapi pilihan raya nanti. Inilah amalan yang diamalkan oleh BN selama ini.

Sementara itu, menurut Indeks Prestasi Rasuah (CPI) Malaysia meningkat dari tangga 56 kepada angka 60. Angka ini memperjelaskan bagaimana amalan rasuah semakin berkembang biak dalam kerajaan dan Umno.

Didalam Umno sendiri, Isu politik wang ketika pemilihan dalam Perhimpunan Agung Umno telah menjadi darah daging yang tidak mampu diselesai hingga saat ini.

Lantaran itulah juga Najib tidak sanggup untuk di adakan pemilihan dalam Umno hampir tiga tahun disebabkan takut berlaku perpecahan dan sogokan wang yang akan dijadikan modal PR dalam PRU-13 nanti.


Penyelewengan Wang Rakyat di Selangor


Baru-baru ini bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo didapati bersalah disebabkan amalan rasuah ekoran pembelian dua lot tanah di Shah Alam. Manakala bekas menteri Besar Selangor sebelum itu, Tan Seri Muhamad Taib juga didapati bersalah kerana membawa masuk berjuta wang tunai ke Australia beberapa tahun lalu.

Begitu juga dengan kes Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar sebagimana didedahkan oleh Laporan Ketua Audit negara berhubung kehilangan  RM110 juta dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani yang diterajui beliau.

Ekoran itu petani dan pesawah di Selangor mengadakan tunjuk perasaan berhubung kehilangan dana yang di peruntukkan untuk subsidi peningkatan hasil petani di seluruh negara itu.

Sehubungan itu, Najib sekali lagi meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM117 juta lagi untuk Noh membayar kepada para pesawah selepas seminggu demontrasi tersebut berlangsung.

Persoalannya ke mana wang rakyat yang lesap dari kementerian Noh yang bernilai RM110 juta tersebut masih belum terjawab oleh beliau.

Ketika Sidang Dewan DUN Selangor November lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan bagaimana syarikat milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman menjual tanah di Cyberjaya yang berstatus milik orang Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera.

Menurut Khalid, pendedahan terperinci berhubung kes pecah amanah melibatkan Satim akan didedahkan tidak lama lagi.

Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 25 Disember lalu bahawa "siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah", membenarkan lagi bahawa rasuah dan sogokan melibatkan hampir kesemua pemimpin Umno di semua peringkat adalah suatu amalan yang telah lama berlaku.

Sokongan Rakyat


Dalam ucapan Setiausaha Agung PKR, ketika Kongres Tahunan ke-8 di Johor Bharu November lalu di Saifudin Nasution Ismail berkata berdasarkan bancian dalaman parti mendapati sokongan rakyat di Selangor amat memberangsangkan.

Katanya, dari bancian tersebut PR memerlukan lebih dari 809,000 undi untuk memperoleh dua pertiga kerusi Dun bagi menguasai kerajaan negeri. Manakala perolehan setakat November lalu mendapati sokongan rakyat terhadap PR melebihi 815,000 pengundi.

Berdasarkan pengalaman beberapa siri PRU lalu dan tindakan saat akhir yang dilakukan Umno/BN dalam pelbagai bentuk sogokan dan ugutan untuk meraih sokongan, PR memerlukan sekurang-kurang 15 peratus tambahan (lebih 100,000 undi) dari jumlah undi yang diperlukan bagi berada dalam keadaan selesa.

Pelbagai isu penyelewengan wang rakyat dan amalan rasuah dan sogokan politik seperti isu NFC dan rasuah membabitkan bekas Menteri Besar Selangor memberi impak yang besar terhadap penolakan rakyat terhadap Umno/BN.

Apatah lagi bagi pengundi di Selangor yang kebanyakkannya terdiri dari pengundi bandar dan separa bandar yang celik maklumat dan berpendidikan.

Bagi Najib dan Noh, sekiranya Selangor tidak dikembalikan pada Umno/BN semula dalam PRU akan datang bermakna Kerajaan Pusat sekarang akan kekal sebagai pembangkang.

Tanpa wang, rasuah dan sogokan telah lama Umno/BN berkubur. Ini disebabkan jentera BN hanya akan berfungsi apabila ada wang dan rasuah.

Apabila pusat jatuh ke tangan PR bererti BN akan ketiadaan sumber kewangannya. Dengan yuran tahunan keahlian Umno sebanyak RM2.00 setahun serta keahlian Umno berjumlah lebih kurang tiga juta apakah dengan RM6 juta tersebut mampu bagi parti tersebut beroperasi sebagimana sekarang.

Semua rakyat mungkin merasa hairan bagaimana kerajaan menggunakan wang berjuta ringgit untuk kepentingan Umno/BN di seluruh negara sebagaimana peruntukan RM2.71 bilion yang diberikan kepada Umno/BN Selangor.

Segala kehairanan ini setentunya akan terjawab apabila rakyat membuat keputusan meletakkan PR menerajui Putrajaya nanti.

Surat terbuka kepada Pengarah JAS Pahang


Fuziah Salleh | Dec 31, 2011 01:40:21 pm

Tuan Pengarah,

Kenyataan Tuan Pengarah yang dilaporkan oleh akhbar Sinar sewaktu taklimat tertutup anjuran JASA pada hari khamis 29 Disember berkenaan isu kilang Lynas, menggunakan fakta untuk menyelewengkan pandangan awam dan wajar diperbetulkan.

Selaku Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang pihak tuan harus bersifat lebih bertanggungjawab kepada rakyat. Apabila pihak tuan membuat kenyataan bahawa "kilang Lynas ialah kilang kimia dan bukan kilang radioaktif" ianya merupakan kenyataan "separuh benar" yang berselindung di sebalik fakta.

Mengapakah pihak tuan selaku Pengarah JAS tidak boleh berterus terang dengan status sebenar kilang Lynas, iaitu:

1. Bahawa kilang ini ialah kilang kimia yang akan mengeluarkan sisa buangan bersifat radioaktif diparas 6bq|g. Menteri MOSTI di dalam Dewan Rakyat pada 14 Nov juga telah mengakui bahawa WLP (water leach purification) solid residue - sisa berbentuk pepejal ialah sisa yang diklasifikasikan sebagai radioaktif.

2. Bahawa Kilang Lynas juga merupakan logi pemrosesan "rare earth" yang terbesar di dunia di luar negara China apabila ianya beroperasi sepenuhnya kelak dan akan mengeluarkan sebanyak 30% keperluan "rare earth" di dunia. Kilang Lynas menggunakan bahan galian yang dibawa dari Australia dan kemudian diproses di Gebeng di mana sisa radioaktifnya akan dibuang di Malaysia.

3. Sisa pepejal bersifat radioaktif (WLP solid residue) yang akan dikeluarkan nanti ialah sebanyak lebih dari 60,000 metric ton setahun dan setakat ini masih belum ada jalan penyelesaian yang ditemui oleh Lynas berkenaan dengan pengurusan jangka panjang sisa buangan radioaktif tersebut. Malah cadangan dari Lynas telah ditolak sekurang-kurangnya tiga kali oleh pihak AELB.

4. Bahawa Preliminary EIA untuk kilang Lynas diluluskan secara ekspres dalam masa tiga minggu oleh JAS Pahang. (Diterima 21 Jan 2008 dan mendapat kelulusan 15 Feb 2008)

5. Bahawa Detailed EIA tidak pernah dipinta ke atas Lynas oleh pihak JAS Pahang.

6. Bahawa pada 20 Jun 2011, pihak JAS telah pun meletakkan aktiviti seperti kilang Lynas ini di antara yang memerlukan DEIA. (Aktiviti memproses bahan radioaktif dan mengeluarkan sisa buangan radioaktif) - fakta ini menunjukkan bahawa aktiviti kilang ini termasuk di dalam aktiviti yang memerlukan penelitian dan kajian terperinci berkenaan kesan pemrosesan di kilang ini terhadap alam sekitar dan kesihatan awam.

Kesemuanya ini wajib diterangkan kepada orang ramai. Mengapa JASA perlu adakan taklimat tertutup? JASA juga telah tidak membenarkan sebahagian dari meraka yang hadir dan wartawan untuk masuk ke Dewan Auditorium RTM. Mengapa perlu JASA mengatakan bahawa isu ini isu sensitif dan juga mengatakan bahawa ada pihak yang cuba manipulasi fakta.

Mengapakah Pengarah JAS perlu bersekongkol dengan JASA dalam taklimat tertutup? Bukankah juga tanggungjawab Pengarah JAS ialah memberitahu perkara yang benar kepada rakyat dan tidak diperalatkan sebagai alat politik oleh pihak pemerintah yang mahu memutar-belitkan fakta sebenar?

Demi Rakyat, saya tuntut Pengarah JAS Pahang menjelaskan kebenaran kepada rakyat berlandaskan fakta sebenar.

*Surat terbuka oleh Fuziah Salleh (gambar kiri) selaku ahli parlimen Kuantan, kepada Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang, Dr.Ahmad Kamarul Najuib Che Ibrahim.

Lebih 500 Sertai pertandingan Blog Kreatif




SHAH ALAM, 30 DIS: Pertandingan Blog Kreatif 'Selangor Idamanku' mendapat sambutan baik dari dalam dan luar Selangor yang melihat pertandingan ini sebagai usaha menyebarluaskan informasi berteraskan platform maya yang semakin mendapat tempat masa kini.

Bagi pelajar Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Arivalagan a/l Raja Manickam, 21, yang ditemui berkata, kandungan blog yang dibuat lebih menumpukan kepada pembangunan Selangor dari segi pelancongan dan sebagainya.

Beliau yang menjuarai kategori pelajar institusi pengajian tinggi dengan capaian web Selangorku11.blogspot.com melihat Selangor sebagai negeri yang membangun dan bakal lebih maju pada masa akan datang.

"Bagi saya, saya mendapat banyak pengalaman mencari informasi berkaitan Selangor. Saya bukan orang Selangor, tapi dengan pertandingan ini saya boleh lihat apa yang dilakukan di Selangor. Ini cara terbaik untuk mengenali Selangor," katanya.

Penyertaan saat akhir pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Ikhtiaruddn Md Yasim, 23, tidak menjadi halangan untuk beliau mengungguli kategori Umum dengan capaian web www.myselangor.com.

Secara peribadi beliau melihat Selangor berada dalam keadaan baik ditambah dengan sikap prihatin kerajaan negeri yang mengutamakan kebajikan rakyat

"Saya menyertai pertandingan ini dua hari sebelum tarikh tutup. Saya bukan orang Selangor tapi sedikit sebanyak saya mengetahui mengenai Selangor seperti pelancongan Selangor, sejarah, kerajaan negeri dan sebagainya.

"Dari segi kandungan blog, saya meletakkan sejarah Selangor, segala program yang berkaitan rakyat yang dibuat di Selangor," katanya.

"Saya tinggal di Selangor sejak tahun 2006 dan banyak perbezaan yang saya lihat. Misalnya dari segi bil air memang saya tidak bayar. Dari segi kebajikan, Alhamdulillah kebajikan rakyat agak terjamin," katanya.

Dengan tema ‘Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan', pertandingan ini turut melibatkan kerjasama penuh Fakulti Industri Teknologi Maklumat, Universiti Industri Selangor (Unisel) mendapat penyertaan ramai peserta namun jumlah peserta terpaksa ditapis untuk 500 orang peserta sahaja.

 Pertandingan ini terdiri daripada tiga kategori iaitu pelajar sekolah menengah, pelajar institusi pengajian tinggi dan umum. Jumlah keluruhan hadiah berjumlah RM16, 300 dan hadiah iringan.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata pertandingan ini bakal diteruskan pada tahun hadapan memandangkan sambutan menggalakan yang diterima.

Beliau mengakui, golongan muda merupakan penggerak utama dalam pembangunan teknologi masa kini memandangkan lebih ramai berminat kepada maklumat segera dan pantas.

"Selangor agak unik ditambah sebagai nadi malaysia. Penduduk yang tinggal di sini rata-rata dari dalam dan luar Selangor. Banyak IPT di Selangor sebab sudah menjadi hub ilmu. Saya tidak hairan kalau orang lain lebih berminat," katanya.

Chin Tong: Jangan tersilap pilih medan perang

Chin Tong: Jangan tersilap pilih medan perang

Lim Hong Siang

Politik tanpa percaturan strategi yang bijak bisa membinasakan, apatah lagi seandainya terikut-ikut diheret rentak musuh, secara sedar atau tidak. Sesungguhnya, idealisme sering menemui batasnya dalam struktur politik yang mencengkam ini, namun mangsa sistem ini semestinya bukan pembangkang sahaja. Dari satu segi, pemerintah memerangkap sendiri dalam pelusuk sehingga gagal terkeluar untuk menerokai dunia baru seiring dengan arus perubahan.

Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 15 Disember 2011, Setiausaha Biro Antarabangsa DAP Liew Chin Tong (gambar kiri) mengenalpasti kekuatan Pakatan Rakyat (PR), mengupas kecenderungan pengundi berdasarkan laporan tinjauan soal-selidik, malah mencari jalan untuk mengharungi kekangan yang ada dalam senario politik terkini.

Liew Chin Tong menggolongkan isu-isu yang dihadapi kepada tiga kategori, iaitu pendemokrasian politik, pendemokrasian ekonomi dan isu budaya yang melibatkan isu identiti, agama, etnik dan sebagainya. Beliau berkata, PR perlu mengenalpasti, sejauh manakah muafakat dicapai dalam kategori isu tersebut, dan permuafakatan kategori manakah yang menjadi keutamaan rakyat ketika mengundi?

Menurut Liew Chin Tong, PR mencapai muafakat hampir 95% dalam isu pendemokrasian politik, dari isu reformasi parlimen, kehakiman, sistem pilihan raya, hinggalah pemansuhan akta zalim seperti ISA; sambil beliau mengakui bahawa mungkin wujud sedikit perbezaan pandangan dalam isu pilihan raya tempatan lantaran pertimbangan faktor perkauman.

Dalam kategori isu pendemokrasian ekonomi pula, Liew Chin Tong mendakwa bahawa PR mencapai muafakat sekurang-kurangnya 80% hingga 90%, termasuk menumbangkan kroni yang sedia ada; membuka sektor yang kini dimonopoli dan sebagainya, meskipun masing-masing mempunyai sebilangan kecil orang "kiri" dan "kanan" dalam parti.

"15%" penentu kerajaan

Beliau mengetepikan sejenak kategori isu budaya, yang diakui ada kesulitannya - mengajak wartawan untuk meneliti tinjauan soal selidik yang dilakukan Merdeka Center sebelum ini. Liew Chin Tong berkata, hasil tinjauan sebelum ini memperlihatkan trend yang berulangan, iaitu kira-kira 60% ke atas Melayu menyedari bahawa UMNO adalah sebuah parti yang korup dan haprak. Pada masa yang sama, hanya 45% Melayu pada paras tertinggi, bersedia untuk menyokong PR ke arah pembentukan kerajaan baru.

"Dengan kata lain, 60% Melayu benci pada UMNO, tetapi hanya 45% bersedia mengundi kami (PR). Saya menganggap 'vakum 15%' itu adalah cabaran kepada kita," kata ahli parlimen Bukit Bendera ini.

Liew Chin Tong berkata, UMNO-BN memilih untuk membesar-besarkan isu dalam kategori ketiga, yang mungkin mencetuskan keresahan sehingga menambat langkah "15%" Melayu ini daripada menyokong PR. Beliau mengakui bahawa selama ini UMNO-BN berkuasa untuk mendominasi ruang wacana, sehingga PR terheret dan terpaksa menjawab setiap serangan yang dilontarkan. Situasai hanya diterbalikkan apabila muncul isu BERSIH 2.0, yang memberi tekanan kepada UMNO-BN.

Menurut analisa Liew Chin Tong, senario terkini memperlihatkan majoriti bukan Melayu menyokong PR, malah beliau dengan yakin menjangkakan keadaan 50-50 dalam masyarakat India, meskipun dikatakan pengundi India telah kembali ke pangkuan BN setelah gelombang HINDRAF menyurut. Liew Chin Tong mengingatkan, sokongan itu sukar dikembalikan seandainya peralihan undi (dari BN ke pembangkang) itu disebabkan "kesedaran".

Dalam situasi sedemikian, Liew Chin Tong menganggap seandainya PR mampu meyakinkan "15% Melayu" di atas, maka pertukaran kerajaan peringkat persekutuan boleh berlaku. Justeru itu, persoalannya bukan sama ada DAP mampu menang kerusi di kawasan majoriti Melayu dalam PRU 13, tetapi adakah lebih 50% masyarakat Melayu menerima DAP sebagai komponen dalam kerajaan baru, sebagaimana masyarakat Cina menerima PAS sebagai komponen dalam kerajaan baru?

Melayu bukan "kampung" sahaja

Keyakinan Liew Chin Tong disokong dengan statistik berikut. Pada tahun 1957, hanya 11% populasi rakyat tinggal di bandar; angka ini melonjak kepada 35% pada tahun 1980; dan kini, 70% daripada populasi rakyat menduduki kawasan bandar. Chin Tong berkata, sesungguhnya 65% kerusi parlimen berada dalam kawasan kampung, namun hakikat di sebaliknya, tidak begitu ramai yang tinggal di kawasan perkampungan.

"Di Semenanjung (Malaysia), tiada lagi kampung yang tulen," katanya, sambil mendefinasikan "kampung" sebagai kawasan yang jauh dari bandar, jauh dari sistem kapitalisme yang berdagang dengan wang tunai. Komuniti yang mampu membela binatang ternakan, berkebun untuk memenuhi keperluan makanan diri sebegini hampir lenyap di Semenanjung Malaysia, katanya.

Malah Chin Tong menambah, jurang antara "kampung" dengan "bandar" semakin menyempit, tidak lagi terasing sebagaimana beberapa dekad dahulu. Perhubungan dan pengaliran manusia antara desa dengan bandar, perkongsian maklumat yang berlaku telah mengubah wajah "kampung" yang kita kenali dahulu.

Strategi untuk mengurung UMNO

Bagaimanapun, Liew Chin Tong yang pernah dilantik sebagai Penasihat Strategi Pilihan Raya kepada Lim Guan Eng ketika PRU12, menganggap parti komponen PR, khususnya PAS dan PKR mengambil strategi "kawal dengan menyerang" terhadap UMNO, ketika cuba menembusi kawasan kampung dan FELDA.

"Anda sebenarnya mencelarukan langkah percaturan musuh anda, apabila menyerang dan mengusik musuh anda di medan lawan. Pada masa yang sama, kubu anda selamat," ulas Chin Tong.

Sebelum ini, Liew Chin Tong antara yang menganjurkan pandangan bahawa medan pertarungan PRU 13 sebenarnya di "pertengahan", berdasarkan keputusan PRU 12. BN dan PR masing-masing mempunyai lebih 50 kerusi parlimen yang menang dengan undi majoriti kurang daripada 10%. Dengan kata lain, seandainya berlaku peralihan lebih 10% pada PRU 13, gandingan politik yang meraih sokongan itu akan menjadi kerajaan persekutuan.

Namun, pilihan raya kecil yang berlangsung selepas PRU 12 menyaksikan bagaimana PR menghadapi kesukaran di perkampungan, khususnya kawasan FELDA. Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada Januari 2011, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim tidak menyelindung keresahannya ketika berdepan dengan kawasan pedalaman Melayu (Malay rural heartland), sambil mengakui ia sebagai "gelanggang pertarungan yang utama... dari segi angka, kerusi, dan isu".

Bagaimanapun, Chin Tong mengakui bahawa sama ada UMNO dan PR gagal terkeluar dari wacana yang lama, dengan mengandaikan "kampung sebegini" dan "bandar sebegitu". Beliau mendakwa PR masih belum mengenalpasti gelanggang baru, dan menerokainya. Malah, beliau mengingatkan bahawa mustahil UMNO kalah sehingga sifar kerusinya dalam PRU yang akan datang. Bertitik tolak dari situ, Chin Tong melontarkan soalan, di mana PR harus meletak sumbernya?

UMNO memerangkap diri

Pada masa yang sama, Chin Tong menganggap UMNO memilih untuk mengurung diri di medan perang sendiri, dengan serangan isu dalam kategori etnik dan agama. Beliau berkata, isu dalam kategori pendemokrasian politik dan ekonomi adalah medan perang utama PR, dan ia tidak membawa "nilai tambahan" seandainya PR kembali ke medan isu kaum dan agama.

Chin Tong berkata, UMNO yang terkurung di medan Melayu gagal keluar menerokai ruang yang baru, yang lama-kelamaan akan tersingkir dengan sendirinya. Memainkan isu Melayu pada hakikatnya mengasingkan UMNO-BN dari sokongan bukan Melayu, sementara strategi ini gagal menarik sokongan Melayu di bandar yang berdepan dengan masalah yang puncanya berasal dari pendemokrasian politik dan ekonomi. Mengapa UMNO terperangkap dengan jerat diri? Kerana tidak memahami secara mendalam perubahan masyarakat, demografi dan pengaliran manusia yang berlaku sekarang, ulasnya.

Chin Tong bersetuju, bahawa sistem yang sedia ada tidak menawarkan "insentif" agar pemimpin dan parti politik membebaskan diri dari takuk lama. Misalnya, dengan 65% kerusi parlimen di kawasan desa, sedangkan 70% populasi di bandar - parti politik terpaksa akur kepada realiti untuk menawan kawasan perkampungan. Untuk pembangkang pula, dengan struktur media yang mengekang, pemimpin PR tidak berani untuk melontarkan pandangan yang progresif, kerana diasak bertubi-tubi tanpa diberi ruang untuk menjawab di media arus perdana. Chin Tong menghargai usaha PAS yang tampil dengan idea "Negara Berkebajikan", sebagai langkah kembali mengukuhkan medan pertarungan dalam isu pendemokrasian politik dan ekonomi.

Wartawan membangkitkan pengamatan bahawa mungkin sesetengah di kalangan masyarakat Melayu termakan dengan propaganda UMNO bahawa PAS khususnya sering berganjak langkah untuk memberi laluan kepada DAP, apabila membuat pendirian bersama dalam isu kontroversi, misalnya penggunaan kalimah Allah - yang mana isu ini dijuarai PAS pada masa dahulu. Malah, timbul juga keresahan sesetengah pihak yang berharap agar persepsi tersebut dapat diperbetulkan, sehingga meminta agar DAP juga berganjak langkah dalam sesetengah isu.

Untuk ini, Chin Tong menganggap seandainya ketiga-tiga parti komponen PR terkurung dalam medan (etnik dan agama) yang didominasi UMNO - maka ketiga-tiganya adalah mangsa, kerana beliau tidak melihat PR boleh ke mana-mana seandainya hanya bertolak-ansur dalam kerangka yang ditetapkan UMNO.

Menanti-nantikan gelombang besar

Sebelum mengakhiri wawancara, Chin Tong meluahkan harapannya, agar pemimpin PR bersama memikirkan sesuatu yang melangkaui "kerusi". Apa yang kurang adalah "gelombang", atau "angin" dalam masyarakat Melayu, yang mana satu wacana besar dilontarkan, disahut dengan sokongan massa keseluruhannya - sebagaimana yang berlaku pada zaman Reformasi tahun 1998.

Beliau mengakui, agak susah untuk menggembleng sokongan massa dengan "perjuangan berlandaskan nilai", berbanding memainkan sentimen perkauman dan agama di kalangan masyarakat Melayu. Nilai demokrasi dan kebebasan mungkin sukar dibincangkan, namun Chin Tong menganggap nilai "keadilan" boleh diterima di kalangan masyarakat Melayu secara keseluruhannya.

Malah, pemimpin "generasi reformasi" DAP ini mencadangkan agar konsep "meritokrasi" digantikan dengan "solidariti", mewujudkan peluang yang saksama untuk semua. Menyedari keresahan sesetengah Melayu ketika membincangkan "meritokrasi", Chin Tong mencadangkan "solidariti", iaitu mereka yang berkemampuan membantu mereka yang lemah. Peluang yang saksama itu penting, katanya, mengambil contoh bagaimana pemandu teksi merungut - saya yang bekerja dari pagi sampai malam, namun anak Menteri pula menjadi kaya, hanya kerana mereka memegang lesen teksi?

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia. Wawancara ini dijalankan pada 15 Disember 2011 di pejabat Liew Chin Tong.

Dakwat Kekal Bukan Jamin P/raya Bersih Sepenuhnya

SHAH ALAM, 30 Disember : Keputusan Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk Menambahbaik Pilihan Raya (PSC) mewajibkan penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihanraya menjelang 1Februari 2012 bukanlah satu jaminan kepada proses pilihanraya yang telus,bebas dan bersih sepenuhnya.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata merujuk kepada senarai tuntutan yang dikemukakan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH),demokrasi dan proses pilihan raya bebas dan adil sewajarnya turut didukung dengan amalan serta pendekatan yang menjurus kepada kebebasan media dan kempen terbuka.

Agensi media awam seperti RTM dan BERNAMA sewajarnya bersikap lebih adil dalam memberikan liputan untuk semua parti politik dan kempen politik parti-parti pembangkang sewajarnya tidak didiskriminasi menerusi tapisan melampau yang tidak munasabah serta mencabul hak kebebasan bersuara.

"Saya juga ulangi desakan agar tempoh masa kempen pilihan raya dilanjutkan dalam memastikan sebaran maklumat sepanjang tempoh berkempen dapat dicapai oleh segenap lapisan rakyat. Tempoh masa berkempen yang terlalu singkat - 10 hari - sepertimana yang berlaku sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru sewajarnya tidak berulang," katanya dalam kenyataan media.

Tambah Anwar, pengawasan terhadap komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu dijamin menerusi pengukuhan badan kehakiman yang lebih bebas dan adil.

"Justeru, Pakatan Rakyat komited dan menuntut supaya pihak PSC turut menumpukan penambahbaikan proses pilihan raya ini dengan mengkaji serta menimbang secara menyeluruh ke semua tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH dalam menjamin pilihan raya yang bebas, telus dan adil," kata Anwar.

PERGINYA SEORANG PEJUANG







Ibrahim Chik adalah salah seorang pemuda dari sekian banyak pemuda kampung Lubok Kawah Temerloh yang masuk ke hutan mengangkat senjata melawan penjajah dalam gerakan kebangsaan berhaluan kiri.Kebanyakkan pemuda Melayu pada masa itu begitu tebal dengan semangat patriotiknya menentang penjajah Inggeris.

Ibrahim dan rakan-rakannya yang rata-ratanya kuat berpegang dengan latar belakang pendidikan agama dan sekolah pondok telah berkornan jiwa dan raga demi cinta mereka kepada tanahair.

Dalamperjuangan mereka mengalir darah perjuangan Pahang yang terkenal dengan keberanianseperti Tok Gajah,Tok Bahaman,Mat Kilau.Pada masa Negara masih huruhara dan dan darurat, mereka tidak mempunyai banyak pilihan , kebanyakkan gerakan anti penjajah termasuk angkatan wanita sedar (AWAS), telah di tekan pergerakkan termasuk kesatuan Melayu Muda (KMM) , Angkatan Pemuda Insaf (API).

Umno yang baru ditubuhkan kemudian daripada semua gerakan ini yang dianggotai oleh elit dan golongan bangsawan.

PKM yang pada mulanya dibenarkan juga telah diharamkan,sebagai rakyat bawahan yang muda dan bersemangat, tak mungkin Ibrahim dapat memberikan sumbangan besar kepada kepada kemerdekaan tanah air, dalam Umno yang berjuangan dengan slogan hidup melayu .

Dalam API, Ibrahim yang sudah sebati dengan perjuangan berdasarkan semangat "Merdeka Dengan Darah" .Pilihan yang ada hanyalah bergabuing dengan rakan-rakan dalam regemen ke 10 yang menjadi sayap PKM seperti Abdullah CD,Rashid Maiden, Shamsiah Fakeh dan lain-lain sudah bersedia menerima kedatangan beliau.

Ibrahim yang begitu petah berpidato kemudiannya di angkat mengetuai bahagian perang saraf dan propaganda PKM.Dengan tanggungjawab itu, Ibrahim berusaha memenangi hati rakyat untuk turut sama dalam perjuangan bersenjata dan berdarah menuntut kemerdekaan.Beliau ingin melihat Malaya merdeka dan bebas dari cengkaman penjajah British.Dalam memoir ini, Ibrahim mengimbau kembali pahit getir pengorbanan beliau dan rakan-rakan seangkatannya selama empat dekat dalam PKM.

Nga Kor Ming Gesa Polis Profesional Siasat Ugutan Bunuh

SHAH ALAM, 29 DIS : Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini membuat satu laporan polis berhubung ugutan bunuh ke atas dirinya daripada pihak tidak bertanggungjawab menerusi satu kiriman surat berisi sebutir peluru hidup, semalam.

Nga berkata budaya politik samseng seumpama ini seharusnya ditentang dan dikecam daripada terus menular dalam arena politik tanah air.

"Polis berjanji akan membuat siasatan menyeluruh dan tindakan segera, dan saya berharap pihak polis menjalankan tugas dengan profesional dalam melindungi keselamatan wakil rakyat.

"Saya juga berharap polis dapat menjaga keselamatan ahli keluarga saya daripda ancaman ini," Nga berkata demikian ketika dihubungi TVSelangor.

Nga membuat laporan polis tersebut pada pukul 10 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Ipoh.

Menurut Nga, pihaknya menerima sampul surat tersebut pada pukul 2 petang semalam, yang dikirimkan ke rumah ibu bapanya di Ayer Tawar, Perak.

Nga yang juga merupakan Setiausaha DAP Perak turut menerima ancaman berbau perkauman apabila pengirim menggelar beliau sebagai "cina kurang ajar Yeop" selain memberi amaran berbunyi "Ini amaran dari orang Melayu - jangan kurang ajar,".

Antara lain, Nga juga diberi tiga pilihan bunuh iaitu: mati cepat dengan peluru; mati lambat simbah dengan asid pada muka; dan mati lambat langgar dengan kereta, pakai kerusi roda seumur hidup.

"Ugutan ini berbau perkauman dan memburukan nama baik kaum Melayu kerana memberi satu ancaman terhadap kaum cina,"katanya.

Ugutan bunuh yang diterima Nga semalam, adalah susulan selepas seorang penulis blog mendakwa beliau mempunyai peranan dalam pemberian kontrak menjahit kepada syarikat, di mana isterinya adalah "rakan kongsi tidak aktif".

Bagaimana pun, Nga dan syarikat yang didakwa itu, telah menafikan dakwaan rasuah dan mencabar penulis blog tersebut supaya membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Sekirannya terdapat perselisihan fahaman politik, ia seharusnya diselesaikan menerusi saluran demokrasi dan bukannya menerusi kekerasan (ugutan bunuh) dan budaya samseng seperti ini,"jelasnya.

Tahun 2012: Tercapaikah impian orang tua?

Tahun 2012: Tercapaikah impian orang tua?

Ooi Heng

Dalam awal usia 40-an, sepupu isteriku meninggal dunia secara tiba-tiba, meninggalkan isteri dan empat orang anak. Tidak sempat melangkau masuk ke tahun 2012, beberapa orang ahli politik juga meninggal dunia dan tidak berpeluang menyaksikan perubahan besar yang mungkin mengambil tempat apabila Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) diadakan nanti.

Saya yang masih hidup sering memikirkan: Berapa lama lagi saya akan diberikan nafas untuk meneruskan hayatku? Saya juga sering kenang kembali, setelah tsunami politik melanda tanah air kesayanganku pada 8 Mac 2008, sesetengah orang tua yang masih muda dari segi semangat berjuang demi kemajuan tanah air meluahkan perasaan kegembiraan yang luar biasa. Bagi orang tua yang mahukan perubahan yang lebih baik untuk tanah air dan anak cucu tersayang, diberikan nafas untuk melibatkan diri dalam perjuangan dan menyaksikan perubahan besar tercapai adalah sesuatu yang cukup bermakna kepada dirinya.

Sebelum 8 Mac 2008, ramai orang tua merasakan diri mereka mungkin tidak berpeluang menyaksikan perubahan sedemikian. Kerana itu, apabila tanah air kesayangan kita menjalani dan mencipta sejarah yang luar biasa untuk dirinya pada 8 Mac 2008, kedengaran perkataan "keajaiban" digunakan untuk menjelaskan apa yang telah berlaku.

Bagi orang tua yang masih hidup hari ini, "keajaiban" pertama semenjak laungan Reformasi mengepung ibu kota telah menjadi pengalaman unik yang dikongsi sesama mereka, kini yang dinanti-nantikan ialah "keajaiban" kedua yang dijangkakan berlaku dalam tahun 2012. Keistimewaan golongan tua ialah, mereka telah menjalani hidup yang panjang dan telah mengharungi segala percubaan hidup. Mereka tahu benar, apa yang dimaksudkan sebagai keajaiban bukanlah sesuatu yang dapat dinanti-nantikan tanpa diambil tindakan yang sewajanya. Kerana itu, apabila keajaiban berlaku, orang tua mengalirkan air mata mengenang kembali peristiwa-peristiwa lampau yang menyumbang kepada keajaiban dan bagaimana orang tua telah memainkan peranannya.

Semasa melangkau masuk ke tahun 2009, saya pernah membisik kepada diriku, tahun 2008 ialah tahun keajaiban dan tahun impian orang tua tercapai buat tanah air kesayangan kita. Kini tinggal beberapa hari lagi untuk melangkau masuk ke tahun 2012, saya membisik kepada diriku sekali lagi, bahawa tahun 2011 ialah tahun demonstran dan tahun wang rakyat dlembukan.

Kebangkitan rakyat merentasi etnik dan memainkan peranan demonstran secara aman - sebahagian daripada kewajipan seorang warganegara - terserlah semasa perhimpunan-perhimpunan yang menuntut kebebasan akademik dan mahasiswa-mahasiswi, pembaharuan sistem pilihan raya, pembantahan aktiviti ekonomi yang memudaratkan alam kehidupan dan ekologi, pembantahan akta baharu atau pindaan akta sedia ada yang menghina maruah seorang manusia dan seumpamanya, telah mewarnakan kedinamikan pembangunan tanah air sepanjang tahun 2011. Persamaan am antara perhimpunan-perhimpunan seumpama ialah pembentukan bangsa Malaysia bermaruah di mana tertanamnya semangat kekitaan yang semakin kuat dalam kalangan rakyat terbanyak. Dengan kata lain, rakyat terbanyak bergerak bersama-sama mengharungi masa depan tanah air tanpa mengira perbezaan etnik.

Walau bagaimanapun, usaha membentuk harapan baharu Malaysia yang diungkapkan di sini bukanlah mengikut trajektori kemajuan yang linear. Halangan senantiasa wujud, selain agenda perkauman yang dimainkan oleh ahli politik demi kelangsungan hayat rejim pemerintah, banyak skandal telah ddedahkan. Yang masih dalam ingatan saya ialah, skandal lembu menjajah kondo melibatkan keluarga menteri, mahligai seorang Menteri Besar, akaun peribadi seorang menteri digunakan untuk menerima sumbangan bukan peribadi, pemerolehan kerajaan di mana harganya berlipat ganda lebih tinggi daripada harga pasaran (kononnya tidak mengandungi elemen korup) seperti laptop dan pencetak yang harga pasarannya RM3,428 dibeli dengan harga RM11,845, binocular yang harga pasarannya RM2,827 dibeli dengan harga RM56,350 dan kereta perisai yang harga pasarannya RM4.5 juta dibeli dengan harga RM29.4 juta. (sila lihat Jadual 1)

Pemerolehan Kerajaan Harga Pasaran (RM) Harga Pemerolehan Kerajaan (RM) Perbezaan (Peratus)
Laptop dan Pencetak 3,428 11,845 245.54%
Binocular 2,827 56,350 1893.28%
Kereta Perisai 4.5 juta 29.4 juta 553.33%

Jadual 1: Perbandingan harga pemerolehan kerajaan dengan harga pasaran

Senarai skandal dan pemborosan yang kononnya tidak mengandungi elemen korup cukup panjang. Sama ada media melaporkannya atau tidak, kesannya terhadap pembangunan Negara cukup besar. Kerana itu, saya juga memilih wang rakyat dilembukan di samping demonstran yang juga menjadi pilihan media antarabangsa bagi melambangkan peristiwa penting tahun 2011.

Kalau pilihan kedua-dua perkataan dan frasa kata saya bagi tahun 2008 yakni keajaiban dan impian orang tua tercapai lebih merupakan sesuatu yang indah, pilihan saya bagi tahun 2011 yakni demonstran dan wang rakyat dilembukan lebih merupakan sesuatu yang agresif. Indah kerana impak besar yang dirasai masyarakat secara amnya ekoran keputusan PRU Ke-12. Agresif kerana dalam konteks kekayaan Negara, wang rakyat dan hak rakyat dilembukan, satu lagi peluang keemasan untuk rakyat terbanyak bergerak bersama mencipta sejarah baharu tanah air kesayangan kita kini terbuka luas di depan kita.

Kalau kita mahu kekalkan semangat kekitaan malahan memperkukuhnya, pada masa yang sama menolak parti politik dan politikus yang memainkan agenda perkauman; kalau kita mahu memberhentikan skandal yang melembukan wang rakyat atau secara am kekayaan Negara secara besar-besaran, tahun 2012 ialah tahun perubahan.

Perubahan yang dituntut bukan sekadar retorik dan program transformasi yang dirancang kerana sebuah parti politik berdepan dengan krisis kehilangan tampuk pemerintahan. Perubahan yang dituntut ialah pembaharuan secara menyeluruh dan perubahan dasar yang dapat mengangkat maruah rakyat terbanyak, bukan maruah segelintir elit politik dan kroni.

Untuk mencapai impian tersebut, kita perlukan sebuah parti pemerintah yang mempunyai idealisme dan mampu menterjemah idealisme kepada dasar yang membawa kebaikan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat terbanyak. Tidak kira betapa banyak retorik transformasi yang dipaparkan dalam akhbar saban hari, parti yang lama kehilangan idealisme yang menjadi landasan asal perjuangannya tidak mampu membawa pembaharuan yang dituntut rakyat terbanyak selaras dengan semangat zaman.

Jangan kita pandang ringan terhadap kemampuan diri untuk bersama-sama membangunkan Negara, dan mengimpikan lahirnya bangsa Malaysia yang bermaruah dan mempunyai idealisme! Sama ada saudara-saudari seorang pegawai agensi kerajaan, guru, askar, polis, pegawai perubatan, peneroka FELDA, pelajar universiti, pemandu bas atau teksi, peniaga atau suri rumah tangga, kita berkongsi nasib yang sama: Bertapak atas bumi Malaysia - tanah air kesayangan kita yang penuh dengan segala kekayaan dan kemungkinan - kita bersama-sama bergerak dan membuat keputusan berani demi melahirkan Malaysia yang dapat memanfaatkan kekayaan Negara untuk pembangunan Negara dan membentuk bangsa Malaysia bermaruah yang dapat memanfaatkan hasil ekonomi demi pembangunan insan secara manusiawi dan secara menyeluruh.

Dr.Yılmaz Akyüz, bekas Ketua Ahli Ekonomi dan Pengarah, Bahagian Globalisasi dan Strategi Pembangunan di UNCTAD, dalam rencana "The Global Economic Crisis and Asian Developing Countries: Impact, Policy Response and Medium-Term Prospects" menunjukkan bahawa, semenjak krisis kewangan Asia 1997/98, ekonomi Malaysia biarpun mengalami pertumbuhan tetapi secara am, pertumbuhannya lebih rendah daripada pertumbuhan entiti ekonomi sedang membangun dan baharu muncul (DEEs – developing and emerging economies).

Menurut Dr.Yılmaz Akyüz, purata Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi Malaysia sepanjang tahun 1991-2000 ialah 7.1%, lebih tinggi daripada purata DEEs iaitu 3.6%, tetapi purata KDNK sepanjang tahun 2002-2007 ialah 5.9%, lebih rendah daripada purata DEEs iaitu 7.0%; malahan, kadar KDNK Malaysia pada tahun 2008 dan 2009, yakni masing-masing 4.6% dan -1.7%, juga lebih rendah daripada pencapaian DEEs, yakni masing-masing 6.1% dan 2.4%. (sila lihat Jadual 2)

Tahun
1991-2000 2002-2007 2008 2009
Malaysia 7.1% 5.9% 4.6% -1.7%
DEEs 3.6% 7.0% 6.1% 2.4%

Jadual 2: Perbandingan KDNK Malaysia dengan DEEs

Melihat kepada angka ekonomi dan perbandingan di atas, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lemah. Kalau dahulu angka ramalan yang diutarakan oleh pihak korporat menyokong angka Kerajaan Persekutuan, kini ramalan pelbagai pihak tidak menyokong angka Kerajaan Persekutuan. Secara khusus, pihak korporat tidak lagi mengikut ramalan pertumbuhan ekonomi tahun 2012 sekitar 5 hingga 6% yang diutarakan oleh Perdana Menteri Najib.

Meskipun PEMANDU mendakwa bahawa rakyat terbanyak akan menjadi lebih miskin tanpa program transformasi, kalau diteliti perkembangan ekonomi Malaysia berlandaskan kajian para ahli ekonomi, satu realiti yang sukar diungkapkan secara terbuka ialah: rakyat terbanyak akan menjadi lebih miskin tanpa perubahan tampuk pemerintahan. Kerajaan Najib hanya mampu melakukan transformasi yang masih terperangkap dalam budaya involusi, kita perlukan kerajaan baharu yang mampu melakukan perubahan menjangkaui retorik dan program transformasi.

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Pakatan Mahu Kerajaan Tangguh SBPA

SHAH ALAM, 29 DIS: Pakatan Rakyat mendesak agar kerajaan menagguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan memulangkan semula hak asasi semua penjawat awam di negara ini.


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan berkata, peranan penjawat sektor awam sebagai tunjang perkhidmatan dan penggerak pembangunan negara bukan sahaja mesti dihargai tetapi kebajikan serta suara mereka mesti diberikan ruang dan dihormati.

"Salah satu bukti sektor ini dihormati dan dihargai adalah dengan memelihara maruah para penjawat melalui pendekatan musyawarah di mana, sebagai 'stakeholder', pandangan dan pendapat mereka diutamakan serta diambil kira secara tulus.

"Lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkara paling asas lagi penting, iaitu Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bukan sahaja dari aspek perundangan malah dari sudut Islam sebagai 'aqad' pekerjaan tidak boleh diperkecilkan sehingga kelihatan seperti diperlekehkan," katanya

Mengulas lanjut katanya, penyisihan, pengkelasan dan 'penswastaan' peranan sektor awam mewujudkan perbezaan di antara dua atau lebih tepat empat darjat.

"Darjat pertama sanggup mengorbankan segala etika dan peraturan pentadbiran dengan alasan 'saya yang menurut perintah' untuk memenuhi kemahuan ahli politik yang lazimnya merugikan rakyat.

"Darjat kedua mendapat kontrak kerja mewah untuk hanya menjadi orang tengah dan mandur melakukan kerja yang mampu dilakukan setaraf malah lebih baik oleh professional penjawat awam seperti yang disaksikan dalam Pemandu," katanya.

Jelas beliau lagi, darjat ketiga pula seperti dalam JUSA mendapat kelebihan yang melebihi penjawat awam lain dan darjat keempat adalah majoriti berjiwa rakyat yang melakukan kebanyakan tugas dalam diam tetapi diurus dan dimandurkan oleh ketiga-tiga darajat atasan tadi.

Beliau mencadangkan agar pihak yang terlibat memulakan perbincangan ikhlas dan menyeluruh untuk merangka SBPA secara adil dan saksama, tanpa campurtangan pihak-pihak yang berkepentingan serta mereformasikan amalan mendarajatkan penjawat awam

Isu Hasan Ali Selesai Secara Harmoni

BACHOK, 28 Dis: Isu kontraversi yang melanda PAS melibatkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali dianggap telah selesai dalam keakraban silaturrahim dan harmoni.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini dan juga berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.

Kemelut isu tersebut mula berada pada tahap kritikal apabila Dr Hassan membuat ulasan menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal untuk menubuhkan sebuah negara Islam pada 20 Disember lalu.

Tindakan itu bagaimanapun disanggah beberapa kepimpinan tertinggi parti termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan dakwaan itu tidak berasas.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan 'Negara Berkebajikan' diputuskan semasa Muktamar tahunan PAS dan disahkan oleh Majlis Syura Ulama.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu bagaimana pun menarik balik kenyataannya sebelum ini yang mengatakan bahawa konsep 'Negara Berkebajikan' itu adalah tersasar daripada matlamat perjuangan parti.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz yang dipetik dari Harakah Daily.

Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.

Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Dalam perkembangan yang sama, Nik Aziz yakin hikmah disebalik kemelut ini menjadikan jurang perbezaan pendapat dalam parti semakin ditutup rapat dan tidak mungkin untuk Umno menyerang PAS dengan taktik yang sama.

ANAK : Minta SKM Perjelas Status Isa Samad





KUALA LUMPUR, 28 DIS : Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) hari ini mengesa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memberi penjelasan berhubung status sebenar Tan Sri Isa Samad yang didakwa dilantik sebagai Pengerusi koperasi Permodalan Felda Berhad (KPFB).

Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman berkata aduan yang diserahkan hari ini ekoran penjelasan SKM bercanggah dengan satu surat perdana menteri bertarikh 15 Ogos yang menyatakan bahawa Isa merupakan pengerusi KPFB.

Sedangkan, jawapan yang diberikan SKM dalam satu surat bertarikh 10 November lalu menunjukkan Isa belum disahkan sebagai pengerusi KPFB, kata Mazlan.

Lebih malang lagi, surat SKM itu juga tidak menyebut mengenai status keahlian bekas menteri besar Negeri Sembilan itu sebagai ahli KPFB.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Suruhanjaya mendapati bahawa sehingga kini, Tan Sri Isa Samad masih lagi belum dilantik sebagai Pengerusi KPFB.

"Kita minta satu pendirian daripada SKM sama ada Isa benar-benar ahli koperasi Felda," katanya

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Suruhanjaya mendapati bahawa sehingga kini, Tan Sri Isa Samad masih lagi belum dilantik sebagai Pengerusi KPFB," Mazlan berkata demikian kepada pemberita sejurus selepas menghantar aduan berkenaan di pejabat SKM, Kuala Lumpur.

Merujuk Undang-undang Kecil KPFB dengan jelas menyatakan hanya peneroka, keluarga peneroka, kakitangan Felda (Kumpulan) Tetap dan Koperasi Gabungan sahaja layak memegang jawatan Pengerusi.

Mengulas lanjut, Mazlan Aliman berkata pelantikan ini juga menimbulkan rasa tidak senang hati dikalangan Peneroka dengan penjelasan SKM sebelum ini, berhubung pelantikan tersebut.

Tambahnya, penjelasan daripada SKM amat diperlukan kerana pelatikan Isa Samad ini berkait rapat dengan isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Sdn Bhd ke Bursa Malaysia.

Sebelum ini, Anak mempersoalkan kewajaran kerajaan menyenaraikan FGVH di bursa saham tahun depan dengan mendakwa tindakan tersebut bakal menyaksikan agensi itu kehilangan pendapatannya daripada RM 2.3 billion setahun kepada hanya RM508 juta sahaja.

Mazlan turut mendakwa usaha kerajaan itu juga menyebabkan tanah ladang kelapa sawit milik FELDA Plantation Sdn Bhd seluas 360,067 hektar bakal terkorban ekoran ia akan dipajakan kepada FGVH selama 99 tahun sekirannya rancangan itu terus dilaksanakan.

MENGADAP YGP AGONG JIKA USAHA MENGHALANG PENYENARAIAN FELDA GAGAL.





Temerloh –Satu saman PEMULA yang difailkan di Mahkamah Tinggi Termerloh telah dilakukan oleh peneroka dan ahli yang berkepentingan dalam saham anak syarikat FELDA Holding agar usaha Tan Sri Isa Samad supaya diadakan satu mesyuarat agong luar biasa diadakan pada tanggal 5 Januari depan.Notis saman PEMULA ini yang difailkan oleh peguam Haris Ibrahim juga akan turut menghalang agar penuyenaraian ke Bursa Malaysia dihalang dan juga saman pemula iaitu berbeza iaitu seakan –akan usaha menuntut gantu rugi dan ini adalah satu cara yang ringkas dan cepat.Cara ini ialah agar kita meminta injunsi satu perintah mahkamah bahawa Koperasi Felda BHD atau KPF dilarang mengadakan mesyuarat agong pada 5 Januarui 2012 kerana mesyuarat ini dilihat sebagai usaha bagi menyenaraikan 10 anak syarikat felda kepada Felda Global Ventures BHD yang mana 3.13 billion harta Felda plantation akan hilang , yang mana ianya akan di pindah kan kepada anak syarikat kepada satu syarikat.

Menurut peguam Haris Ibrahim lagi saman pemula ini ialah agar satu perintah agar KPF dilarang mengadakan mesyarat Agong 2012 kerana melalui mesyuarat ini ialah agar dilupuskan harta Felda Holding dan 10 anak syarikatnya yang bernilai 3.13 billion dan dipindahkan kepada Felda Ventures Bhd.Selepas disenaraikan, mereka bercadang untuk melupuskan separuh ikuiti dalam KPF melalui proses penyenaraian dan saham ini akan dijual kepada orang ramai.Jika berlaku spekulasi dan manipulasi dan Felda Ventures akan menjadi syarikat utama, maka saham ini jika dibeli oleh pihak luar,maka hak warga Felda akan hilang, malah menurut beliau lagi, jika modal semasa membuka tanah dahulunya mengunakan wang Felda , iaitu wang atas titik peluh peneroka, tiba-tiba harta tersebut yang mebnilai keuntungan 2.2 billion setahun mahu disenaraikan dan diniagakan dan kemungkinanya pihak yang mempunyai banyak wang akan membeli dan memanupulasikanya

Selain itu juga saman pemula ini ialah agar membatalkan pemindahan saham ,iaitu menghentikan pemindahan ikuiti KPF kepada Felda Global Ventures , dan menghentikan penyenaraian Global Ventures di Bursa Saham.

Pengumuman Perdana Menteri lalu dalam budget 2012 pada tangal 7 oktober lalu dimana felda global venture akan menyenaraikan kepentingan felda dalam Bursa Malaysia dimana tanah Felda Platation seluas 360,000 hektar akan di senaraikan sebagai tanah untuk di perniagakan.Menurut Mazlan Aliman selaku pengerusi ANAK yang menentang penyenaraian ini, tindakan Isa Samad yang memangil notis mensyuarat Agong Luar biasa pada 5 Januari ini adalah kerana untuk mengesahkan bahawa isteri beliau yang akan di lantik sebagai pengerusi Koperasi Felda Bhd.Penentangan ini dilakukan oleh seluruh kakitangan Feldan,Peneroka Felda kerana bertentangan dengan kehendak warga felda sendiri.

Ekoran dari pada itu persatuan anak felda kebangsaan anak pada 12 hb yang lalu telah bertemu dangan menyerahkan bantahan di jalan semarak kepada Yusof Abdul Wahab, tetapi apabila kita menerima notis AGM yang akan dilakukan oleh KPF Bhd , nampaknya tindakan kerajaan semakin jauh dan dengan tindak tanduk yang tidak dihiraukan kepada 1.6 juta warga felda agar ianya dibatalkan maka pihak ANAK dan NGO lainya telah berusaha mendapatkan pembatalan dan atas pandangan semua pihak dan peguam, maka satu saman pemula telah dilakukan untuk menghalang KPF dari mengadakan mesyuarat agong luar biasa pada 5 januari akan datang.

Selain daripada itu , pada tangal 28hb ni , pihak kita juga akan menyerahkan satu laporan ke SPRM atas tindak tanduk yang dilakukan oleh Tan Sri Isa Samad dan tindakan lain yang dilakukan . Namun jika semua usaha ini gagal bagi menghalang tindakan kita tidak ada tujuan lain kecuali kita akan melakukan pendekatan seperti BERSIH , PPSMI ,dan ISA, malah kita akan menjemput semua rakyat selain 1.6 juta warga Felda bagi mendapatkan sokongan YDPA Agong agar Tuanku dapat memberikan nasihat kepada Perdana Menteri agar 90% instutiusi ini akan kekal di tangan orang Melayu dan di asaskan dengan segala kesusahan dan kepayahan warga Felda dan yang mempunyai nilai tanah terluas di dunia.

“Jangan jadi macam nasib peneroka Labu Johnson ,Sendayan,Felda Sg Buaya,dan juga lain-lain institusi bumiputera lainya seperti Bank Bumiputera,BERNAS,Amanah saham negeri yang semuanya lingkup dibawah tangan pimpinan Umno.Sudahlah duit peneroka digunakan bagi membangunkan tanah Felda Plantation seluas 360,000 hektar, yang membawa keuntungan 2.2 billion setahun, yang sepatutnya dipulangkan kepada peneroka atau anak-anak peneroka ,kini ianya bakal dimiliki oleh sesiapa sahaja yang mempunyai modal untuk mengaut keuntungan ” Demikian jelas Sdr Mazlan Aliman lagi.

Menurut Mazlan lagi, Datuk Sabri Ahmad yang merupakan CEO Global Ventures BHD yang pernah memegang CEO Golden Hope Plantation yang juga mempunyai dalam skandal membaitkan kerugian120 juta ringit dalam saham syarikat tersebut.Bayangkan jika orang-orang ini menjadi tungak kepada penyenaraian Felda pLantation ini

sebelum 1990 tanah ini dijanjikan kepada peneroka dan apabila Mahathir kemudiannya telah mengubahnya dengan tidak mengambil peneroka baru,dan isunya ialah tanah seluas 360,000 hektar ini yang sepatutnya diberikan kepada peneroka , tiba-tiba ianya cuba disenaraikan walau sebelumnya telah mengunakan dana dari Felda.

Salah satu dalam janji BUku Jingga, ialah kita nak kembalikan semula kepada dsar awal iaitu kepada peneroka dan hasilnya kini adalah 2.1 billion setahun namun dengan penjanjian dengan Felda Global Ventures BHD setelah disenaraikan , perjanjian selama 99 tahun ini akan hanya membawa pulangan 231 juta setahun sahaja.

Malah kita telah menerima report anak syarikat Felda Global Ventures yang mempunyai prestasi yang sangat buruk iaitu di Amerika ,China,Arab Saudi, semuanya lingkup.Kita akan membuat pendedahan prestasi Felda Global Ventures ,jika dilihat kepada prestasinya kita percaya tidak akan ada sesiapa pun yang akan tertarik ,malah cukup teruk.Sebab itulah usaha pengambilan tanah ini dilakukan.

Perhimpunan tanpa permit di 12 lokasi

Meskipun Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman telah diluluskan parlimen, namun sekumpulan warga yang enggan akur telah melancarkan gerakan "civil disobedience", dengan penampilan dalam warna kuning di 12 lokasi tanpa permit polis pada 24 Disember 2011.

Antara lokasinya termasuk KLCC, tasik Taiping di Perak, Melaka, Kluang Johor, stesen keretapi di Segamat, padang golf Johor Bahru, muzium Sarawak, feri yang menjalin antara Seberang Prai dengan Pulau Pinang, pantai Kuantan, pusat beli-belah Seremban dan sebagainya. Bantahan terhadap RUU Perhimpunan Aman dengan cara yang kreatif ini kebanyakannya berlangsung pada jam dua petang.

Ketika dihubungi MerdekaReview, koordinator di Teluk Cempedak, Cik Yew berkata, seramai 53 orang peserta hadir dalam perhimpunan itu, lebih ramai daripada jangkaannya sebelum ini. Cik Yew mendakwa dirinya seorang siswi berumur 22 tahun, menyedari kepentingan kuasa rakyat selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

Beliau mendapati sesetengah rakan sebayanya di Kuantan tidak faham apa itu RUU Perhimpunan Aman lantaran kekurangan maklumat dari media arus perdana. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk menganjurkan aktiviti ini untuk memupuk kesedaran di kalangan rakan sebayanya.

Selain itu, beliau berharap dirinya dapat melakukan sesuatu untuk negara dan generasi akan datang. Beliau tidak mahu dipersoalkan kelak oleh anaknya mengapa tidak membantah akta sedemikian. Beliau mahu memberi jawapan sekurang-kurangnya dirinya pernah melakukan sesuatu demi masa depan anaknya. Malah beliau menyeru agar mahasiswa sedar dan jangan sekadar "bincang", tetapi tampil ke depan untuk memperbaiki kerajaan yang dianggap "haprak" dari kaca mata mereka.

RM900 dibelanja di KLCC

Sementara itu, seorang warga kota mengajak rakannya di Facebook untuk meraihkan hari jadi dirinya di KLCC. "Mereka tidak perlu mengenali saya. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menarik perhatian ramai terhadap RUU Perhimpunan Aman. Kebetulan hari itu hari jadi saya."

Salah seorang peserta, Pow Kiew An berkata, seramai 52 orang hadir dalam sambutan hari jadi tersebut, termasuk 10 orang kanak-kanak. Beliau menambah, pegawai keselamatan berada di sekeliling mereka ketika mereka duduk dalam restoran sambil memegang belon dalam tangan. Kira-kira RM900 telah dibelanjakan di KLCC, dan mereka meninggalkan situ setelah habis menyanyi lagu dan bergambar di depan pokok krismas.

Lebih menarik, Anne Ooi yang terkenal sebagai Aunty BERSIH, turut hadir dalam majlis sambutan hari jadi tersebut.

Menghina rakyat

Di samping itu, seorang peserta perhimpunan di Tasik Taiping, Toh memaklumkan kepada MerdekaReview bahawa kira-kira 30 orang hadir untuk menyertai perhimpunan tersebut. Mereka mengelilingi tasik tersebut, dan memberi belon berwarna kuning kepada orang yang berada di situ. Toh mendakwa tujuan aktiviti tersebut adalah untuk membantah tindakan kerajaan meluluskan RUU Perhimpunan Aman secara keras.

Menurut Toh, perhimpunan ini dianjurkan untuk menunjukkan kekuatan rakyat. Bagi Toh, kerajaan meluluskan RUU Perhimpunan Aman tanpa berunding atau mendapat pandangan rakyat - satu tindakan yang disifatkan sebagai "menghina rakyat".

Di Sarawak, kira-kira 30 orang hadir di muzium, termasuk ADUN Batu Lintang See Chee How.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 24 Disember 2011.

Anwar : Program ETP,Kerajaan Gagal Jawab Isu Utama

SHAH ALAM, 27 DISEMBER : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak gagal menjawab persoalan utama , iaitu menjelang tahun 2020, sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar.

"Jumlah ini merangkumi sehingga 51 peratus tenaga kerja negara ini dalam tahun 2020, berbanding 56 peratus bagi tahun 2009, angka itu menunjukkan selepas berbilion ringgit dibelanjakan, hanya penambahbaikan yang tidak seberapa," kata Anwar dalam kenyataan medianya.

Anwar sebelum ini dalam ucapannya di Kuala Lumpur pada 15hb Disember lepas bertajuk Debunking ETP: Widening Income Gap menegaskan kaedah yang sedang dilaksanakan kerajaan iaitu Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) merupakan suatu kebijakan ekonomi lapuk dan gagal membawa sebarang perubahan.

Menurut Anwar , ETP ialah sebuah program ekonomi yang tidak berjaya meningkatkan pendapatan rakyat terbanyak malah menambah bilangan rakyat termiskin merupakan perancangan ekonomi yang tempang dan membelakangkan kebajikan rakyat.

"Apatah lagi apabila hujah saya dikemukakan dengan mengambil kira unjuran-unjuran ETP meragukan. Misalnya unjuran pertumbuhan upah 3.6 peratus setiap tahun, dari tahun 2010 sehingga tahun 2020 yang bertentangan dengan pertumbuhan upah pekerja tahun 2000 hingga 2009 yang hanya menokok sekitar 2.6 peratus setiap tahun manakala kos sara
hidup meningkat mengatasi pertumbuhan upah," katanya.

Tambah Anwar ,kenyataan ini diperkukuhkan oleh Kajian Pasaran Buruh 2009 yang melibatkan 24,000 majikan dan 1.3 juta pekerja.

Laporan tersebut menyatakan, 33.8 peratus dari jumlah pekerja tersebut mendapat upah kurang dari RM 700 sebulan.

Angka ini sekiranya diunjurkan kepada keseluruhan tenaga kerja negara menyimpulkan 34 peratus dari jumlah keseluruhan tenaga kerja negara berada di bawah paras kemiskinan. Justeru berdasarkan fakta-fakta ini, unjuran pertumbuhan upah pada paras 3.6 peratus adalah tidak tepat.

Katanya, unjuran kerajaan bahawa inflasi akan berada pada paras 2.8 peratus setiap tahun sehingga tahun 2020 juga tidak realistik apabila kadar inflasi sejak 12 bulan lalu sentiasa melangkaui paras 3 peratus.

Sasaran untuk mencapai pendapatan kasar kebangsaan (gross national income) per kapita sebanyak RM 48,000 setahun pada tahun 2020 tidak akan dicapai sekiranya inflasi melebihi dari 2.8 peratus untuk tahun mendatang.

Jika inflasi purata sehingga tahun 2020 mencecah 4 peratus setiap tahun, dianggarkan seramai 7.6juta rakyat Malaysia akan berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan dalam tahun 2020, meningkat sebanyak 1 juta berbanding jumlah 6.6 juta dalam tahun 2009.

Menurut Anwar , keadaan ini lebih parah sekiranya inflasi purata mencecah 6 peratus setiap tahun apabila jumlah rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan adalah 8.3 juta orang.

"Persoalan paling utama yang langsung tidak dijawab adalah kesimpulan saya bahawa kekayaan negara akan semakin dibolot golongan kaya di bawah ETP sementara rakyat
terbanyak dipinggirkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib langsung tidak menafikan analisa saya bahawa nisbah upah pekerja kepada pendapatan kasar negara akan berkurangan dari 40 peratus (tahun 2009) kepada 33 peratus sahaja (tahun 2020)," katanya.

Jelas Anwar, ini merupakan permasalahan utama negara , manakala golongan kecil, keluarga dan kroni mengaut kekayaan, sementara majoriti rakyat dibebankan dengan kos sara hidup yang melonjak sedangkan pendapatan tidak meningkat.

"Persoalan-persoalan ini adalah isu besar ekonomi negara apabila pentadbiran sedia ada menyalurkan seluruh kekayaan negara untuk membiayai projek-projek besar di bawah ETP.

"Malang sekali apabila kesannya kepada rakyat adalah menambah golongan miskin dan melebarkan jurang di antara yang miskin dan kaya menjelang tahun 2020 nanti," katanya.

Haniza: Najib Takut Shahrizat Dedah Skandal pemimpin Lain?

SHAH ALAM, 27 DIS : Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil sebarang tindakan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat.

Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat berbuat demikian.

"Apakah Najib takut bertindak disebabkan bimbang Shahrizat mendedahkan pelbagai lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk keluarga Najib sendiri sekiranya beliau dipecat?.

"Apakah juga disebabkan ada pemimpin lain yang turut terlibat, Kalau tidak mengapa Najib masih membisu" kata beliau mencabar Najib bertindak menjawab segala persepsi yang ada bagi membersihkan imej kerajaan dimata rakyat.

"Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya mendepani masalah ini kerana beliau adalah ketuanya," tegas Haniza yang juga Timabalan Speaker Dun Selangor.

Melihat kepada kepincangan yang dicetuskan oleh Shahrizat (gambar), Haniza menzahirkan rasa kecewa kerana tidakannya itu bukan sahaja mengkhianati wang rakyat, malah turut mengaibkan kaum wanita.

"Ia amat memalukan sebagai seorang ketua wanita dari satu organisasi yang besar pada masa yang sama mewakili kaum melayu terbabit dalam salah laku seperti ini," katanya.

"Ini adalah pertama kali pemimpin wanita negara melakukan kesalahan secara terang-terangan," jelas Hanzia ketika dihubungi TVSelangor.

Katanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat pemimpin yang terlibat dengan skandal akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

Haniza berkata ini tidak mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Umno-BN.

Mengulas lanjut, Haniza (gambar) berkata penyelewengan tersebut adalah dilema hebat dalam kepimpinan Umno kerana apa jua tindakan yang bakal diambil tetap akan menerima hukuman dan kritikan daripada rakyat.

"'Luah mati emak, telan mati bapak' bagaimana cara sekalipun, Umno tidaka akan terlepas daripada diadili oleh rakyat dan tidakan mereka itu akan dilihat sebagai sebuah janji yang telah mengkhianati rakyat, " kata beliau

PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam 'kucar-kacir' seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu.

Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.