Perlu Ambil Calon Timbalan Presiden yang "Kebal UMNO"




Abg Mat Sabu seorang yang telah menghabiskan hampir seluruh umur beliau melawan UMNO. Bak kata orang tua-tua, kalau Abg Mat dicincang 30 pun, beliau tetap tidak akan duduk bersama dengan UMNO dalam satu saf.

...Di zaman UMNO gagah dan perkasa dan di zaman PAS lemah dan ditindas (antara pilihanraya 1982 ke 1995), Abg Mat dengan berani melawan dan menentang UMNO sehingga merengkok dalam ISA sebanyak 2 kali.

Ada pun calon2 lain untuk jawatan Timbalan Presiden masih belum teruji.

Komitmen Ustaz Nasaruddin kepada agenda PERPADUANG dengan UMNO adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan lagi.

Adapun Ustaz Tuan Ibrahim bukanlah terkenal dengan agenda ini.

Namun, Ustaz Tuan Ibrahim terkenal dengan sikap "wala'" beliau.

Apa akan jadi sekiranya Tok Guru pergi meninggalkan kita dan Majlis Syura Ulama pula dikuasai oleh mereka2 yang jelas komited dengan agenda PERPADUANG?

Adakah Dato Tuan Ibrahim akan menolak arahan Syura untuk "BERPADU" dengan UMNO?

Tulang Besi sendiri merasakan ianya tidak akan berlaku.

Lebih lebih lagi Dato Tuan Ibrahim mempunyai hubungan rapat dengan PAS TErengganu.

Tidak hairanlah akhbar2 harian serta MUBARAK (persatuan yang 100% UMNO) juga menyokong Dato Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden PAS.

Bukan kerana Dato' Tuan Ibrahim ini PRO PERPADUANG sangat. Tapi, mereka amat arif dengan sikap WALA' Dato Tuan Ibrahim yang akan membantu agenda PERPADUANG mereka.

Adapun, Abang Mat Sabu, kita boleh harap untuk memastikan AGENDA PERPADUANG tidak menjadi kesampaian.

Kalau Ustaz Nasa, memang confirm akan terjadi PERPADUANG, tak payah wala'2.

Itu sahajalah "reservation" Tulang Besi berkaitan Dato Tuan Ibrahim. Bukan Tulang Besi kata dia jahat atau PRO UMNO. Tapi, tak konfiden beliau mampu melawan agenda PERPADUANG atas sikap beliau yang wala' itu.

Tulang Besi
See More

Zaid Ibrahim dan KITA Kini Tukang Karut Umno?




KOMENTAR




31 MEI : Banyak pihak sebelum ini mempersoalkan tujuan Datuk Zaid Ibrahim menerajui KITA. Langkah ini sekaligus menambah jumlah parti pembangkang di negara ini, sesuatu yang dilihat kurang bijak dari segi strategi untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Namun jawapan kepada persoalan itu terungkai dalam tempoh beberapa bulan lalu dan semakin jelas dengan langkah terbaru pemimpin parti itu menganjurkan peraduan mirip Anwar Ibrahim yang diumumkan semalam.

Peraduan itu menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.

Hadiah lumayan itu diatur oleh Pengerusi KITA di Kedah Zamil Ibrahim adalah sebuah sandiwara yang bertujuan membantu Umno meneruskan proses mengaibkan Anwar bersabit video seks Datuk T.

Mungkin kerana “sambutan” orang ramai khususnya masyarakat Melayu terhadap cubaan untuk mengaitkan video itu kepada Anwar semakin hambar, maka KITA tampil membantu Umno memberi kekuatan baru kepada kempen anti- Anwar dengan peraduan sebegitu.

Hubungan Umno-KITA memang akrab pada masa ini, walaupun Zaid Ibrahim pernah digelar kaki kuda dan kaki arak oleh Utusan Malaysia (akhbar milik Umno) khususnya ketika beliau dalam Parti Keadilan Rakyat dan menjadi calon parti itu pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 13 bulan lalu.

Namun, Zaid menjadi “anak emas” Utusan dan Umno apabila beliau mengkritik Anwar secara terbuka dan pada masa sama serangan beliau terhadap Najib menjadi makin luntur.

Pada masa sama, KITA mencatat sejarah kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran parti itu, hanya tiga bulan selepas Zaid mengambil alih kepimpinan AKIM yang kemudian diubah menjadi KITA.

Hindraf yang membuat permohonan untuk didaftar sebagai NGO pada tahun 2009, masih belum mendapat jawapan daripada ROS.

Begitu juga dengan Pakatan Rakyat yang memohon pendaftaran untuk menjadi entiti politik seperti BN. Permohonan dibuat tahun lalu namun ROS masih membisu.

Berbalik kepada peraduan mencari mirip Anwar – Zamil berkata kereta Rolls Royce yang ditawarkan itu adalah miliknya sendiri. Kereta mewah sebegitu lazimnya sinonim dengan kekayaan yang dimiliki juak-juak Umno.

Bagaimanapun bukan harta mahu pun gaya hidup Zamil atau Zaid yang dipertikaikan. Apa yang perlu diperjelaskan ialah kenapa Zamil dan Zaid dan pemimpin KITA merelakan diri diheret dalam permainan Umno.

Ketika rakyat bergelumang dengan kenaikan harga barangan termasuk tarif elektrik yang diumumkan semalam, pemotongan subsidi barangan keperluan dan risiko cukai GST diperkenalkan, Zaid dan juak-juak dalam KITA masih sibuk dengan video lucah, malah mempunyai “ilham” menganjurkan peraduan mirip Anwar.

Namun itu hak mereka. Tentunya peraduan mirip Anwar yang diumumkan oleh Zamil bertujuan mengisi agenda tertentu yang perlu didokong oleh KITA demi kelangsungan politik parti itu sendiri.

Kesahihan video lucah itu sudahpun diputuskan di dalam mahkamah rakyat. Laporan polis yang dibuat oleh pihak yang menerima video itu menerusi pos, atau menjumpainya di masjid cukup membuktikan rasa mual rakyat dengan isu ini.

Dalam keadaan sebegitu, tampil pula pemimpin KITA menawarkan hadiah kereta Rolls Royce untuk mencari seorang yang seiras Anwar. Tujuan khusus peraduan ini adalah semata-mata untuk mengkitar semula, memerah dan menghangatkan kembali isu berkenaan demi mencari keuntungan politik.

Hakim untuk peraduan mirip Anwar ditetapkan sebagai Presiden KITA, Zaid Ibrahim sendiri, bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohamad Nor yang kini bergelar Senator selepas lompat masuk Umno, serta ahli perniagaan Sharyzl Eskay – satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi video lucah itu.

Zamil berkata peraduan berkenaan beserta dengan barisan hakim yang disediakan bertujuan “membela” nama baik Anwar. Pada anggapan orang-orang “bijak pandai” seperti Zamil dan Zaid ini mungkin kenyataan yang dianggap sinis dan menyindir secara cerdik.

Namun hakikatnya ialah, peraduan mirip Anwar anjuran mereka hanya menyerlahkan budaya politik murahan yang semakin didokong oleh Zaid dan pengikut-pengikutnya.

Alangkah baiknya jika kereta Rolly Royce itu dilelong dan duitnya diguna untuk membela nasib penduduk yang dihimpit kepayahan akibat langkah kerajaan memotong subsidi dan mengizinkan harga barangan perlu melonjak.

Alangkah baiknya jika Zaid memberi tumpuan untuk menggerakkan rakyat supaya bangun dan menuntut kerajaan Umno-BN menghentikan amalan kronisme dan penyelewengan kuasa.

Kenapa desakan ini yang cukup lantang ketika Zaid dalam PKR semakin lesu apabila beliau beralih ke KITA?

Yang dirasakan lebih mendesak ketika ini bukan isu video lucah atau agenda yang tersirat di sebaliknya . Yang lebih utama adalah keperluan untuk bertanya kepada pemerintah kenapa rakyat terpaksa menanggung beban hidup yang semakin meningkat akibat salah urus kewangan negara.

Dan jika ia bukan salah urus kerajaan Umno-BN, salah siapa apabila subsidi untuk rakyat dipotong manakala subsidi untuk syarikat IPP dikekalkan.

Apakah manfaat meluluskan RM5 bilion untuk bangunan setinggi 100 tingkat apabila rakyat yang hidup tidak jauh dari situ tidak berupaya menyara hidup walaupun dengan pendapatan RM3,000 sebulan.

Rasanya persoalan-persoalan seperti ini lebih penting, bukannya peraduan huntuk mencari mirip Anwar dengan kereta Rolls Royce sebagai ganjaran.

PKR Tak Pernah Gagal Bayar Sewa




PETALING JAYA 31 MEI : Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata parti itu tidak pernah mengabaikan perjanjian kontrak sewa bangunan yang menempatkan pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana.

Ini katanya berdasarkan pengetahuan beliau, pihak parti tanpa gagal, membayar sewa bangunan terbabit saban bulan.

Justeru beliau menolak dakwaan pihak dalaman mengatakan parti itu tidak membayar sewa bangunan tersebut selama 30 bulan.

"Sangat susah untuk respon dengan laporan yang mengatakan "orang dalaman" parti. Saya adalah orang dalam parti dan saya tidak tahu menahu tentang perkara ini.

"Jadi ia amat susah sebab tiba- tiba wujud orang dalaman ini. Tapi saya boleh pastikan sepanjang saya dalam Biro politik dan majlis pimpinan pusat, isu ini tidak pernah dibincangkan," jelas beliau.

Menurut laporan minggu lalu unit tiga tingkat yang menempatkan pejabat PKR itu akan dilelong oleh Affin Bank pada 9 Jun nanti setelah pemilik gagal melangsaikan hutang tertunggang kepada bank itu.

Terdahulu menurut Bendahari PKR yang juga ahli parlimen Selayang, William Leong berkata parti tidak tahu menahu tentang sewa yang tidak dibayar memandangkan kesemua urusan pinjaman bank dilaksanakan oleh tuan punya unit pejabat berkenaan.

William kemudian menegaskan PKR hanya bertindak sebagai penyewa justeru beliau parti tidak dimaklumkan mengenai sebarang masalah.

Mengulas isu itu, Rafizi berkata, PKR hanya mengetahui tentang perkara tersebut setelah mendapat surat daripada bank.

"Kami tidak sedar mengenai perkara ini hingga kami dapat surat daripada bank. Jika kami tidak bayar maka ianya akan menjadi subjek perbincangan dan kita akan mencari pilihan," jelas beliau.

PKR Fail Permohonan Mahkamah Halang ROS


KUALA LUMPUR 31 MEI : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran mendakwa Pendaftar Pertubuhan (ROS) berniat jahat dan mempunyai agenda tersendiri apabila menghantar notis pengharaman pertubuhan parti itu pada 9 Mei lalu.

Malah menurut Surendran, tindakan ROS itu juga disifatkan sebagai sebahagian daripada strategi politik kotor Umno-Barisan Nasional(BN) demi mengekalkan kuasanya menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

"ROS hanya mengikut telunjuk Kerajaan (BN). Pada tahun 1998, Saifuddin Nasution yang kini Setiausaha Agung PKR, Roslan Kassim dan beberapa lagi telah dipecat serta-merta oleh UMNO kerana dilihat berada di rumah Anwar Ibrahim, yang juga dipecat serta merta oleh UMNO. Mengapa ROS tak hantar notis ketika itu?," kata Surendran kepada media di lobi Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

PKR hari ini memfailkan permohonan di mahkamah bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan (ROS) daripada membatalkan pendaftaran parti itu yang jelas melanggar perlembagaannya.

Jelas Surendran lagi, permohonan semakan semula pembatalan itu juga disusuli dengan satu Perintah Larangan bagi memastikan ROS tidak menjalankan perintah notis mereka selagi semakan kehakiman tidak dilakukan.

Selain Surendran, PKR turut diwakili oleh R. Sivarasa, Latheefa Khoya dan Fadiah Nadwa Fikri.

Awal Mei lalu, PKR menerima notis pembatalan pendaftaran partinya bermula 9 Jun ini kerana didakwa telah memecat seorang ahli bernama A. Jayagopal pada April tahun 2009 tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Displin parti itu.

Namun peruntukkan yang dirujuk RoS itu tidak terkandung dalam perlembagaan parti dan telah melanggar Fasal 32.2.1. Malah nama ahli yang dipecat juga adalah salah.

Tindakan RoS itu juga disifatkan pimpinan PKR sebagai berniat jahat dan bertujuan mengekang penyertaan parti itu pada pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan dipanggil tidak lama lagi.

Bagaimanapun Surendran menyanggah hal tersebut dengan menyatakan Fasal itu tidak pernah wujud.

"Hal ini berlaku pada 2009 tapi mengapa tahun 2011 baru nak beri notis?. Adakah kerana UMNO BN terdesak kerana kurang sambutan rakyat yang menyebabkan mereka cuba mensabotaj dan melumpuhkan PKR dan PR sebelum pilhan raya?. Banyak persoalan di sini," kata beliau lagi.

Tambah Surendran lagi, taktik mengharamkan parti pembangkang hanya merupakan taktik pemerintahan diktator.

"Di Burma atau Mnyanmar, Junta yang berkuasa mengharamkan NLD, parti Aung San Suu Kyi. Di Afrika Selatan pula pihak pelampau Apartheid kulit putih mengharamkan Parti Nelson Mandela? Adakah UMNO nak guna cara ini," kata beliau.

Mahkamah dijangka akan mengambil masa seminggu bagi memproses permohonan mereka dan menetapkan tarikh pendengaran kes.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mulakan Siasatan Kes Lynas




KUALA LUMPUR 31 MEI : Panel pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang bermesyuarat di Kuantan pada harini memulakan pertemuan kerja mereka dengan wakil-wakil pihak berkuasa negeri dan jabatan-jabatan teknikal negeri yang berkaitan bagi menyiasat aspek kesihatan dan keselamatan cadangan pembinaan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam berkata panel itu juga akan menemui wakil kumpulan-kumpulan termasuk "kumpulan warga prihatin Kuantan" yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Bagaimanapun dalam penghujahan Fuziah kepada panel pakar itu berkata panel itu tidak memasukkan seorang pakar perubatan dalam pasukan itu.

Panel pakar yang dilantik oleh IAEA terdiri daripada pakar-pakar mengenai isu-isu kesihatan dan keselamatan berkaitan radiasi, kata MITI.


Peguam tetap heret Najib, Rosmah ke mahkamah


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memberi keterangan di mahkamah dalam kes Fitnah II.

Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan, lapor Keadilan Daily.

Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan.

Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar.

“Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu,” kata Sankara kepada Keadilandaily.com

Najib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.

Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta.

Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor.

Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan.

Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah.

Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.


Eletrik Naik : Daya Saing Negara Turun, Kata Teresa




Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus akan memberi kesan negatif kepada sektor perindustrian sekali gus menjejaskan daya saing negara.
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor Teresa Kok Suh Sim berkata kenaikan itu akan memberi kesan kepada industri pembuatan di negeri ini yang bergantung kepada penjanaan tenaga letrik yang tinggi untuk menghasilkan produk masing-masing.
Beliau berkata kenaikan mendadak tujuh peratus bil elektrik bermakna kos menghasilkan barangan seperti peralatan elektrik akan meningkat di Malaysia berbanding negara lain.
" Ia (Kenaikan tariff elektrik akan menjadikan industri pembuatan yang banyak menggunakan tenaga elektrik ini menjadi kurang kompetitif atau hilang daya saing berbanding negara lain. Produk yang dikeluarkan industri tempatan akan mengalami kenaikkan harga barangan terbabit.
Teresa berkata kerajaan persekutuan harus memikirkan pendekatan yang sesuai untuk meringankan beban rakyat ekoran kenaikan tariff elektrik.
Usaha juga harus dibuat oleh memastikan orang ramai tidak membazir menggunakan bahan tenaga itu.
" Saya ingin menyeru kerajaan melancarkan satu kempen untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan memberi lebih banyak insentif untuk menggunakan peralatan elektrik,” kata beliau.
“Saya rasa kerajaan juga perlu menambah lagi insentif bagi orang ramai yang menggunakan alat elektrik supaya menggunakan alat yang menjimat tenaga seperti plug penjimat tenaga dan kuasa solar di mana boleh,” tambah beliau.
Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus itu sebagai langkah mengurangkan subsidi yang dikatakan semakin menghauskan perbendaharaan negara.

Selain itu harga gas asli juga dinaikan kepada RM3 mmBtu setiap enam bulan sehingga mencapai paras pasaran menjelang 2016 setelah diapung sepenuhnya.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamad mendakwa kenaikan itu hanya akan memberi kesan minima kepada kadar inflasi negara yang kian tertekan ekoran kenaikan harga minyak dan barangan seperti gula baru-baru ini.

Menteri Tenaga Teknoloji Hijau dan Air Datuk Peter Chin pula mendakwa kenaikan kadar elektrik itu hanya memberi kesan kepada 25 peratus daripada pengguna yang menggunakan lebih daripada 300KW tenaga setiap bulan.

Sebelum ini Perdana Menteri Najib Razak menyatakan subsidi yang diumpamakan seperti 'candu' harus dikurangkan bagi membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Rakyat Malaysia terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi selepas kerajaan pimpinan Najib Razak memotong subsidi yang mengakibatkan harga barangan keperluan seperti gula dan petrol meningkat secara mendadak.

Kerajaan sebelum ini menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.

Keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barangan berpaksi kepada dasar-dasar tidak seimbang kerajaan khususnya yang membabitkan pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat besar.

Harga barangan meningkat turut disebabkan tata urus kewangan negara, khususnya keghairahan mengadakan projek-projek mega yang akhirnya menyebabkan defisit negara antara yang tertinggi di rantau ini.


Elektrik : Kerajaan Bela IPP, Hukum Rakyat






SHAH ALAM 30 MEI: Kenaikan mendadak tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus oleh Putrajaya akan menyebabkan kadar inflasi melonjak dalam tempoh tiga bulan, kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli.

Beliau berkata peningkatan itu sepatutnya boleh dikekang jika kerajaan menyemak semula pemberian subsidi kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP), namun ini tidak dilakukan dan sekali lagi rakyat terpaksa menanggung akibatnya, tambah beliau.

"Sepatutnya subsidi untuk IPP patut diuruskan (terlebih dahulu). Rundingan dengan IPP penting untuk mengurangkan bayaran elektrik yang dikenakan supaya TNB boleh jual elektrik kepada rakyat pada kadar yang berpatutan dan pada masa yang sama tidak terlalu bergantung kepada subsidi gas untuk mengekalkan tarif elektrik," kata beliau.

Kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kw sejam daripada 31.31 sen kw sejam, berkuatkuasa Rabu ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Peter Chin dalam kenyataannya mendakwa ianya sebahagian daripada proses merasionlisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Beliau mendakwa langkah itu hanya memberi kesan kepada 25 peratus pengguna domestik yang menggunakan lebih daripada 300 kw elektrik sebulan.

Rafizi menegaskan rakyat bukan sahaja berdepan dengan kenaikan harga bil elektrik tetapi harga barangan juga akan naik akibat peningkatan kos elektrik dalam sektor perindustrian.

Pelajar universiti yang menyewa rumah dengan kelengkapan komputer dan penghawa dingin juga akan terbeban memandangkan tenaga elektrik digunakan secara komprehensif.

Rafizi berkata dakwaan bahawa mereka yang menggunakan 300 kilowatt ke bawah terkecuali daripada kenaikan harga itu tidak relevan kerana purata penggunaan elektrik sesebuah keluarga khususnya di bandar melebihi jumlah itu.

Beliau menambah purata bil elektrik bagi sebuah keluarga lebih RM200 sebulan dan mereka akan terpaksa membayar lebih susulan kenaikan tarif yang diumumkan hari ini.

Justeru, Rafizi mahukan kerajaan pusat untuk memberi tumpuan serius kepada mengkaji subsidi yang diberikan kepada IPP.

"Kerajan harus fokus kepada perjanjian dengan IPP kerana perjanjian itu merupakan punca semua masalah tarif elektrik di Malaysia ini. Mereka yang telan subsidi gas, dapat banyak untung sebab paksa harga mahal kepada TNB. Tapi kerajaan ambil jalan hukum rakyat dan hukum TNB," katanya lagi.

Dalam pada itu ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata polisi yang sering bertukar-tukar berhubung IPP mencetuskan kemusykilan terhadap layanan kerajaan kepada rakyat.

"Pada tahun 2007, Menteri Tenaga ketika itu Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik telah berjanji dan menyatakan secara terbuka kalau subsidi gas dihentikan kepada IPP, ianya tidak akan memberi kesan kepada tarif elektrik.

"Maka pada saya, pengumuman kenaikan tarif elektrik ini perlu diperincikan tentang siapa yang akan terkesan, bagaimana mekanisme itu terjadi, dan saya takut kalau ianya menjadi satu lagi sandiwara kepada Umno-Barisan Nasional untuk menjustifikasi kenapa akhirnya mereka terpaksa memotong subsidi RON95,"katanya.

Pertahankan Putrajaya dari korupsi, salah guna kuasa… – oleh Muhammad Zir

Pertahankan Putrajaya dari korupsi, salah guna kuasa… – oleh Muhammad Zir


30 MEI – Bagi kebanyakan remaja yang menghadiri pesta Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya sepanjang hujung minggu lalu, ia memang menjadi sumber hiburan kepada mereka. Lagi pun ia persembahan percuma, hasil kutipan wang sumber asli negara dan cukai rakyat.

Bermacam-macam acara diadakan selama tiga hari yang berakhir malam tadi. Acara-acara yang penuh meriah ini meliputi persembahan artis, karnival, forum, pesta buku, acara keagamaan, gerai pameran dan jualan, perhimpunan persatuan anak-anak yatim, perhimpunan warga belia OKU, belia orang asli, pertandingan nyanyian dan hiburan, kempen-kempen kesedaran dan keselamatan oleh badan-badan berkanun, pertandingan sukan motor, sukan lasak dan sebagainya.

Dari satu segi, ia boleh dilihat sebagai usaha kerajaan untuk menghargai peranan belia dalam pembangunan negara. Pesta ini menghimpunkan ribuan pengunjung yang bukan sahaja dari golongan belia, malah bapa-bapa dan ibu-ibu belia pun turut sibuk dengan pelbagai acara itu.

Dari segi yang lain pula, ia mendedahkan betapa terdesaknya Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan undi orang muda berpihak kepada UMNO dan Barisan Nasional. Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu secara terang-terang menjadikan pesta hiburan itu sebagai medan propaganda politik.

“Kalaulah di Mesir, sejuta belia negara itu berhimpun di Dataran Tahrir untuk menunjuk perasaan supaya pucuk pimpinan kerajaannya diganti dengan yang lain tetapi di Malaysia, sejuta belia berhimpun untuk mempertahankan Putrajaya.

“Sanggupkah belia pertahankan Putrajaya? Sanggupkah?” bersungguh-sungguh Najib merayu di di hadapan hadirian pada malam minggu yang lalu.

Mengapa perlu Putrajaya dipertahankan? Daripada siapa Putrajaya mahu dipertahankan? Siapa musuh negara? Apakah yang cuba dimaksudkan oleh Najib dengan menggunakan perkataan tersebut secara terbuka di khalayak?

Seperti para pemimpin UMNO yang lain, Najib masih menganggap kebanyakan belia tidak ada kesedaran politik, tidak peduli tentang masalah negara, dan dengan itu menganggap mudah untuk dicucuk hidung mereka.

Yang Najib mahu hanyalah belia mempertahankan Putrajaya agar UMNO dan BN terus berkuasa. Tidak salah dari segi propaganda politik kalau guna duit parti tetapi masalahnya UMNO dan BN adalah parti politik – jadi bagaimana mungkin acara rasmi anjuran kerajaan, peruntukan wang kerajaan dan jentera kerajaan yang semuanya hasil wang sumber negara dan cukai rakyat, boleh menjadi medan untuk kempen parti politik mereka?

Kenyataan Najib ini tidak menggambarkan beliau mewakili kerajaan untuk semua rakyat, sebaliknya kerajaan yang pro-UMNO sahaja. Ucapan Najib amat bertentangan dengan ungkapan Abraham Lincoln iaitu “government of the people, by the people and for the people”. Malah Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Perdana Menteri sebagai “rayuan BN yang sudah terdesak” hingga sanggup menyalahgunakan pentas “rakyat” untuk kempen sempit parti politik mereka.

Dan, tambah menarik lagi, adakah ini bererti Najib mahu menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk melakukan perkara yang sama – menggunakan pentas kerajaan untuk kempen politik?

Garis pemisah di antara keperluan kempen untuk parti dan peranan sebagai kerajaan harus jelas dan dipraktikkan. Agar kita semua melaksanakan apa yang kita pernah katakan. Jadikanlah peristiwa ini sebagai teladan buat kita pada masa hadapan. Menyalahgunakan tempat, harta dan kuasa adalah budaya yang harus ditinggalkan oleh kita semua.

Memang UMNO sudah kemaruk undi khususnya undi belia. Pakatan sepatutnya lebih tinggi standard dan tidak perlu mengikut jejak langkah UMNO dan BN yang terus menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka.

Mungkin Najib tidak sedar apabila para belia berteriak balas “Sanggup” untuk mempertahankan Putrajaya, mungkin mereka maksudkan mahu memastikan Putrajaya bersih dari anasir-anasir korup, menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa. Bukankah itu yang dilakukan oleh sejuta belia di Kaherah dahulu? – Roketkini.com

Saifuddin : PAS Cukup Kuat, Anwar Bukan Faktor




SHAH ALAM 30 MEI: Reputasi dan kredibiliti pimpinan yang menjadi tunjang dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang merupakan antara parti terawal di Malaysia, tidak mudah dipengaruhi atau diganggu gugat oleh elemen luar, menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Ini kerana, ketokohan dan disiplin yang diterapkan dalam jiwa setiap ahli parti itu menjadikannya sebagai sebuah entiti yang matang dan tidak gentar dilanda badai.

Meskipun bergabung di bawah satu nama yang menyatukan parti tersebut bersama PKR dan DAP di bawah satu wadah perjuangan yang sama, namun menurut Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang, masing-masing menghormati sejarah perjuangan setiap parti terutama PAS, yang jauh lebih berpengalaman.

Kenyataan Saifuddin itu sekaligus menyangkal dakwaan bahawa PKR dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai faktor wujudnya pembahagian puak dalam PAS seperti yang dibangkitkan pihak pro Umno-Barisan Nasional mutakhir ini.

"Suatu parti (PAS) yang matang tidak boleh dipengaruhi mana-mana elemen yang dikaitkan dengan elemen luar apatah lagi dengan pengaruh Anwar Ibrahim.

"Tidak pernah menjadi amalan Anwar atau parti Keadilan sendiri untuk campur tangan dalam urusan rumah tangga parti lain," kata Saifuddin ketika dihubungi Tv Selangor.

Menjelang Muktamar PAS ke-57 hujung minggu ini, media pro Umno-BN dilihat sering kali menuding jari ke arah Anwar dan PKR sebagai faktor wujudnya puak 'erdogan' dalam parti yang ditubuhkan sejak 31 Mei 1955 itu.

Malah ada pihak yang turut berani mempersoalkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Ketua Pembangkang dari tuduhan liwat kedua dan rakaman video seks selain menyifatkan beliau meletakkan PAS dalam bahaya.

PAS sebelum ini menolak tanggapan kononnya wujud dua kumpulan dalam barisan kepimpinan parti Islam itu yakni persaingan antara pihak pro Anwar dengan golongan ulama yang dilihat ‘berpengaruh’.

 Malah PAS menegaskan yang wujud hanyalah kelainan pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan sokongan ahli dan rakyat dalam parti itu.

Saifuddin kemudiannya menegaskan bahawa asas penubuhan yang didokong setiap parti komponen dalam Pakatan Rakyat juga berbeza, sekaligus tidak mengganggu atau mempengaruhi perkembangan setiap parti.

Jelasnya lagi, fokus utama Pakatan Rakyat adalah untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang semakin tidak relevan kepada masyarakat majmuk negara ini termasuk menjaga kepentingan bersama.

"Asas kerjasama dalam Pakatan Rakyat ialah Barisan Nasional adalah musuh utama. Jadi kita tidak bercakap asas parti. Mustahil parti PAS, DAP dan Keadilan boleh disatukan dengan polisi yang sama.

"Tetapi atas nama Pakatan Rakyat kita ada satu persamaan iaitu musuh kita yang satu (BN) dan kita memperjuangkan prinsip keadilan sejagat. Jadi siapa pun kepimpinan yang dipilih oleh PAS, saya yakin kerjasama dalam Pakatan Rakyat akan hanya diperkuatkan dan tidak akan terjejas sama sekali," ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, calon Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kecaman media terutama akhbar Utusan Malaysia mengenai ulasan Nik Aziz terhadap pemfitnah Anwar perlu diabaikan.

Ini kerana menurut beliau laporan yang disiarkan hanya bertujuan untuk memburukkan imej penasihat parti itu.

"Tidak perlu komen sebab (laporan) seperti tidak siuman. Tak perlu ulas," katanya.

Tarif Eelektrik : Putrajaya Umum Keputusan Petang Ini




KUALA LUMPUR 30 MEI : Kementerian Tenaga, Hijau dan Air akan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang ini, tiga hari selepas kerajaan mengatakan bahawa ia sudah memuktamadkan kajian semula tarif elektrik, yang ramai meramalkan ia akan mengalami kenaikan.

Pegawai-pegawai kementerian yang dihubungi Reuters tidak memberikan butiran lanjut.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan satu mesyuarat telah diadakan pagi tadi berhubung perkara tersebut.

Laporan itu berkata kerajaan dijangka mengumumkan kenaikan tarif dalam usahanya mengawal kos subsidi.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan meneliti laporan hasil mesyuarat Majlis Ekonomi Negara (NEC) berhubung dengan tarif elektrik.

“Apa pun kita akan tengok dulu. Kita tak boleh kata apa. Itu laporan... terpulang kepada mereka,” kata Najib.

Mengulas mengenai pendirian kerajaan mengenai subsidi serta kesannya kepada rakyat, beliau berkata: “Saya sudah maklumkan dasar kita tetapi banyak orang tidak berapa faham.”

“Ini bukan pengurangan subsidi tetapi sebenarnya kurangkan kenaikan subsidi. Subsidi bukan sahaja tetap diberikan tetapi bertambah daripada RM11 bilion kepada RM20 bilion.

“Jadi, kerajaan terpaksa cari tambahan lebih RM8 bilion, bukan satu jumlah kecil,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata isu berhubung semakan harga gas dan tarif elektrik telah dibincangkan dalam mesyuarat NEC, Jumaat lalu.-TheMalaysianInsider

Petronas tanggung RM21 bilion kerugian dari perjanjian IPP-Rafizi

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa kerajaan mengkaji semula keseluruhan industri penjanaan dan pembekalan tenaga di negara ini supaya berlaku adil kepada rakyat.

Menurut beliau, selepas menjadikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai kambing hitam oleh kerajaan, Petronas pula terpaksa menanggung bebanan sehingga RM21 bilion setiap tahun.

“Untuk berlaku adil, keseluruhan industri penjanaan dan pembekalan elektrik perlu dikaji. TNB dipaksa menandatangani perjanjian membeli elektrik dari penjana bebas pada kadar yang tinggi. Lebih dari separuh kos TNB adalah untuk membayar Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP). Yang dimarahi rakyat adalah TNB kerana TNB yang menjadi kambing hitam dan budak jahat.

“Lebih teruk, apabila perjanjian itu juga menyebut kalau ada sebarang kenaikan kos bahan api (gas, arang batu), IPP ini tidak perlu menanggungnya.

“Akibatnya Petronas pula yang terpaksa menanggung sehingga berjumlah RM21 bilion setiap tahun berdasarkan anggaran terbaru kita,” kata Rafizi yang juga bekas Pengurus kanan di Petronas.

Untuk rekod, TNB dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal manakala Petronas pula diarah menjual gas dengan harga lebih murah kepada syarikat tersebut.

IPP pula kemudian membeli tenaga lebih mahal daripada Indonesia dan kawasan minyak JDA di sempadan Malaysia-Thailand.

Rafizi baru-baru ini mendakwa Petronas terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Katanya, ekoran keresahan Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan rakyat berhubung kenaikan tarif elektrik, mereka terpaksa menenangkan rakyat kononnya kerajaan memotong subsidi korporat.

“Bila rakyat mula bangkit, BN resah dan mahu menenangkan rakyat dengan menghebahkan kononnya memotong subsidi korporat. Tetapi jalan yang diambil adalah dengan menghukum rakyat, apabila tarif elektrik dinaikkan supaya kenaikan harga bahan api (arang batu dan gas) ditanggung oleh rakyat.

“Ini akan beri kesan kepada harga barang dan melonjakkan lagi kadar inflasi yang sudah tinggi akibat beberapa siri kenaikan harga baik gula, harga petrol, diesel dan lain-lain sejak kebelakangan ini.

“Dalam keadaan gaji rakyat yang tidak naik akibat kegagalan BN mewujudkan agihan kekayaan yang adil, ini akan menyukarkan lagi hidup seharian rakyat,” kata beliau kepada Keadilandaily.com.

Selain itu katanya, kerajaan perlu mengambil inisiatif yang bijak bagi mengelakkan kenaikkan tarif elektrik yang membebankan rakyat.

“Runding dengan IPP supaya caj yang terlampau mahal yang dikenakan kepada TNB atas elektrik yang dijual dikurangkan, kerana caj yang terlalu tinggi hingga memberi keuntungan besar dan berat sebelah inilah yang menyebabkan tarif elektrik di Malaysia tinggi.

“Apabila caj dari IPP ini dikurangkan, barulah beban kewangan TNB boleh dikurangkan dan subsidi bahan api (gas dan arang batu) boleh dikurangkan agar wang boleh digunakan untuk tujuan lain sementara tarif lektrik dikekalkan kerana penjimatan dari caj IPP yang lebih rendah boleh digunakan untuk menampung kenaikan kos bahan api,” kata beliau.

Skandal Scorpene: Gelombang Perancis bermula

LAPORAN kemas kini tiga kumpulan hak asasi Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjangkakan tuntutan mahkamah berkenaan rasuah yang difailkan ke atas syarikat senjata api tentera laut Perancis DCNS akan didengari di mahkamah terbuka dan perbicaraan akan bermula pada Mei atau Jun ini.

Ini akan membuka jalan bagi rakyat Malaysia untuk akhirnya mendapatkan akses kepada butiran yang boleh dipersoalkan mengenai perjanjian kapal selam RM6.7bilion yang ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan mereka pada tahun 2002, dan terus dirahsiakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

DCNS merupakan vendor kapal selam tersebut dan Najib telah dituduh memberi keuntungan kepada teman rapatnya, Razak Baginda dengan komisen 114 juta euro melalui perjanjian tersebut.

“Terdapat bukti kukuh mengenai rasuah dan antaranya adalah maklumat baru mengenai rasuah baru yang didedahkan semasa penyiasatan.

“Sebahagian daripada ini boleh menjadi sesuatu yang sensitif atau memalukan kepada kerajaan Malaysia tapi ini adalah sebahagian daripada proses untuk membantu pembayar cukai Malaysia mendapatkan semula wang mereka yang hilang melalui perjanjian korup,” kata Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael kepada Malaysia Chronicle.

Pada Disember 2009, Suaram memfail tuntutan awal terhadap DCNS di mahkamah Paris untuk ‘rasuah aktif dan pasif, pertukaran untuk pertolongan dan penyalahgunaan aset syarikat’ selepas gagal membuat sebarang kemajuan dengan kerajaan Malaysia, yang enggan memberikan sebarang butiran walaupun tidak henti-henti didesak oleh ahli-ahli pembangkang di Parlimen.

Perjanjian yang dipersetujui antara Najib yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu, dan DCNS melibatkan penjualan dua kapal selam Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada kerajaan Malaysia.

Di bawah konvensyen OECD 2000 di mana Perancis merupakan ahli, mana-mana individu rakyat Perancis ataupun syarikat Perancis yang didapati terlibat dalam perjanjian korup dengan kerajaan asing boleh dihukum 10 tahun penjara dan didenda 150,000 Euro.

Keputusan ini memberikan ruang terhadap permohonan Suaram untuk mencuba dan mendapatkan kembali wang pembayar cukai yang hilang melalui transaksi yang salah.

“Kami telah memohon agar hakim siasatan untuk mempengerusikan perbicaraan terbuka. Ini akan membuat perbicaraan itu lebih bebas dan kami pasti akan mendesaknya untuk mengarahkan lebih banyak penyiasatan dan siasatan yang lebih terperinci,” kata Cynthia dipetik.

Sememangnya, seorang hakim yang dilantik kerajaan Perancis mungkin kurang neutral memandangkan DCNS yang berpengaruh ini merupakan salah satu syarikat terbesar di Perancis.

Seks dan pembunuhan C4 Altantuya

Aspek sensasi dari perjanjian taruhan tinggi ini adalah pembunuhan rakyat Mongolia berusia 28 tahun, Altantuya Shaariibuu, seorang penterjemah dan perantara yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah kepada Razak Baginda dan syarikat Perancis tersebut.

Dia dibunuh di Kuala Lumpur dengan bahan letupan C4 di hutan cerang di Shah Alam setelah dia dikatakan cuba mengganggu Razak untuk bahagiannya daripada komisen tersebut.

Dua daripada bekas pengawal Najib telah dijatuhi hukuman gantung bagi pembunuhan itu, tapi perbicaraan mahkamah mereka telah dikecam sebagai tidak adil.

Bekas-bekas polis itu mendakwa mereka dibayar RM100,000 untuk membunuh Altantuya, tetapi testimoni ini telah ditolak oleh hakim perbicaraan Malaysia, yang juga menangkis segala usaha oleh peguam pembela untuk bertanya tertuduh, siapa yang memerintahkan mereka untuk membunuh Altantuya.

Akhbar Perancis – La Liberation melaporkan bahawa si rupawan Altantuya, yang boleh bercakap empat bahasa termasuk Russia, memberitahu kedua-dua pembunuh itu bahawa dia mengandung dan telah merayu agar dirinya tidak diapa-apakan sebelum mereka menembaknya di kepala, mengikat C4 di tubuhnya dan kemudian meledakkan bahan letupan yang hanya tersedia untuk tentera di Malaysia.

Seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razakmenyatakan bahawa Najib yang bertemu Altantuya di pameran berlian di Singapura, dan mereka mempunyai hubungan sebelum beliau ‘melepaskan’ Altantuya kepada Razak.

Tetapi Altantuya akan dipertonjolkan dalam perbicaraan Perancis itu, bahagian yang lebih besar dari perbicaraan itu akan berpusat kepada kapal selam dan kos transaksi antara DCNS dan kerajaan Malaysia.

Kos perjalanan Razak dan Altantuya 2.5 juta Euro

Kemungkinannya, di antara saksinya adalah bekas pengurus pentadbiran dan kewangan DCNS, Gerard-Philippe Menayas, yang telah disoal siasat oleh polis Perancis melibatkan kes serupa di Pakistan. Gerard telah mengaku mempunyai bukti untuk menyokong sogokan yang terlibat dalam perjanjian Malaysia tersebut.

Pada mulanya, Amaris, anak syarikat DCNS dan Thales, telah disyaki membayar komisen sebanyak 114 juta euro kepada sebuah syarikat Malaysia bernama Perimekar, yang diterajui oleh isteri Razak.

Namun, maklumat terkini menunjukkan bahawa bukan Armaris tetapi kerajaan Malaysia yang telah membayar 114 juta euro kepada Perimekar, untuk membolehkan syarikat Perancis itu memintas konvensyen OECD.

Perlu diambil perhatian bahawa ia bercanggah dengan penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin di Parlimen pada tahun 2006 di mana Zainal mengatakan bahawa kerajaan Malaysia yang telah membayar US$100 juta komisen bagi perjanjian untuk membeli tiga kapal selam tersebut.

Sementara itu, dua bukti baru yang telah ditemui, termasuk bayaran 30 juta euro oleh DCNS kepada salah satu syarikatnya sendiri dan bayaran 2.5 juta euro kepada perantara yang masih tak dikenali.

“Para penyiasat kami masih menyiasat perantara tersebut tetapi kami mendapati bahawa sebuah syarikat bernama Gifen telah ditubuhkan di Malta oleh seseorang bernama Jean-Marie Boivin untuk memudahkan pemindahan kewangan bagi tujuan membiayai perjalanan Baginda dan Altantuya,” tambah Gabriel.

* Rencana ini dipetik dan diterjemah dari Malaysia Chronicle.

Skandal Scorpene dibicara di mahkamah terbuka Perancis


KUALA LUMPUR: Siasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis.


Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkata Kementerian Pertahanan termasuk kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberikan keterangan, manakala bukti akan didedahkan sepanjang perbicaraan tersebut.
Menurut Cynthia, pendakwa Perancis telah menyimpulkan siasatan awal dan satu permohonan untuk perbicaraan terbuka dibuat akhir Mac lalu.


“Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar. Malah, dalam siasatan sebelum ini terdapat penemuan 2 lagi bayaran komisen berjumlah 30 juta Euro kepada Thales dan 2.4 juta yang Euro yang penerimanya tidak lagi dipastikan,” katanya ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Jalan Maharajalela di sini hari ini.

Justeru, Suaram akan menganjurkan dua program jamuan makan malam bagi mengumpul dana guaman Suaram pada 21 dan 23 Julai di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Berita selanjutnya menyusul

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14360

AMK Persiap Jentera Pilihan Raya




PETALING JAYA 30 MEI : Angkatan Muda Keadilan (AMK) bakal menggerakkan jentera pilihan rayanya seawal Jun ini bagi mendepani arus Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Walaupun masih belum diputuskan mana-mana kawasan yang perlu diberikan tumpuan oleh sayap parti itu, namun perbincangan awal mengenainya sudah dibuat.

“Jentera Angkatan Muda Keadilan ini akan kita gerakkan di semua kawasan tumpuan di mana masih lagi belum dimaklumkan oleh pimpinan pusat tetapi saya dan pimpinan pusat telah berbincang.

" Jentera khususnya Angkatan Muda Keadilan akan disiapkan dahulu. Pada peringkat pertama ini, ia dilakukan di kawasan yang mana kita bertanding,” kata ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat AMK di Ibu Pejabat PKR, di sini semalam.

Menurut beliau, tumpuan akan diberikan kepada kawasan yang ditandingi oleh calon AMK selain calon PKR di seluruh negara.

Jelasnya, perbincangan mengenainya telah dijalankan dengan pimpinan pusat biarpun belum dipastikan secara khusus kawasan mana yang akan ditandingi.

Berdasarkan perkembangan semasa, AMK menjangkakan PRU ke-13 akan diadakan dalam masa terdekat iaitu kemungkinan pada Julai ini.

Ujar Shamsul, AMK akan membantu semua calon Pakatan Rakyat khususnya PKR yang bertanding bagi mengekalkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) selain calon lain bagi meraih kemenangan pada PRU ke-13 nanti.

Katanya, gerak kerja itu akan dilakukan jentera AMK yang akan memberi tumpuan khusus di semua negeri termasuk di Sabah dan Sarawak bermula Jun ini.

Selain itu jelasnya, AMK juga akan mengenal pasti individu dari angkatan itu yang akan diketengahkan sebagai calon di peringkat Parlimen atau DUN.

“Kita (juga) akan buat tapisan dan saringan kerana kita mahu kekalkan rekod bahawa calon-calon Angkatan Muda Keadilan yang bertanding dan menang kita kekalkan dan istiqamah bahawa calon Keadilan yang menang tidak ada seorangpun yang melompat parti,” katanya.

Bagi tujuan itu, katanya, AMK telah memilih 18 Jun ini supaya semua jentera pilihanraya AMK dan bakal calon dapat dihimpunkan untuk satu program khas iaitu sehari sebelum konvensyen pilihan raya PKR yang dijangka diadakan pada 19 Jun.

Jelasnya, AMK juga akan memastikan segala hubungan dan jaringan yang berkaitan dengaan angkatan itu diberikan tumpuan khusus seperti golongan profesional muda.

Satu pertemuan khusus anjuran AMK telah diadakan semalam di antara kumpulan itu dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada pertemuan itu, golongan profesional muda ini diberi peluang untuk bertukar pandangan dan berbincang mengenai isu semasa.




AMK Jamin Bersih 2.0 Capai Sasaran




PETALING JAYA 30 MEI : Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan bersama-sama 100,000 rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, agama dan fahaman pada 9 Julai ini dalam perhimpunan Bersih 2.0 sebagai menyatakan sokongan kepada objektif perhimpunan itu.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin yakin, perhimpunan itu nanti bakal mengumpulkan ratusan ribu rakyat Malaysia yang mendokong sepenuhnya demokrasi tulen supaya pilihan raya di negara ini dijalankan dengan bersih, adil dan telus.

“Angkatan Muda Keadilan telah bermesyuarat dan membincangkan tentang mobilisasi jentera AMK di seluruh negara untuk bersama-sama dengan perhimpunan Bersih 2.0 ini yang dijangka diadakan pada 9 Julai dan kita menjangkakan bahawa sasaran 100,000 rakyat, yang mana kita nyatakan daripada awal akan berjaya kita capai,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di sini, malam tadi.

Tambahnya, AMK tidak memerlukan sebarang pengumuman seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Najib Razak pada Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya yang gagal mencapai sasaran.

Difahamkan himpunan itu hanya berjaya mengumpulkan 8,000 belia iaitu kurang 10 peratus daripada yang disasarkan.

Walau bagaimanapun menurut Shamsul, Bersih 2.0 yang mempunyai objektif jelas pastinya akan mendapat sambutan rakyat pelbagai kaum dan usaha untuk mengumpulkan rakyat akan diperhebatkan.

Perhimpunan ini jelasnya amat penting kepada rakyat untuk menyampaikan mesej jelas kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) betapa sesebuah pilihan raya itu perlu diadakan dengan telus.

“Kali ini kita nak pastikan yang betul-betul hadir itu adalah rakyat daripada pelbagai agama, kelompok dan fahaman berkumpul dan jumlahnya mencecah 100,000 dan itu peranan yang cukup besar yang akan dimainkan oleh AMK dan sebenarnya dalam tujuan itu kita telah pun mengatur sesi jelajah seluruh negara.

“Kita ingin menyatakan dengan tegas bahawa sudah sampai masanya SPR harus memahami bahawa mereka tidak boleh selama-lamanya diperalatkan oleh jentera di bawah kepimpinan Umno dan juga Barisan Nasional,” katanya.




Najib-Muhyiddin Tak Setuju Tarikh PRU-13?




TEMERLOH 29 MEI : Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin dilaporkan berselisih mengenai tarikh untuk memanggil Pilihanraya Umum ke-13 akibat pergelutan kuasa dalam parti itu, kata seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat.

Muhyiddin dilaporkan mendesak Najib untuk mengadakan pilihanraya secepat mungkin walaupun Timbalan Presiden Umno itu menyedari langkah itu mengundang padah untuk Umno berasaskan sentimen semasa pengundi, kata Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid.

Menurut beliau, kekalahan untuk Umno pada PRU-13 akan membuka laluan untuk Muhyiddin mencabar Najib pada pemilihan parti yang akan datang, dan jika menang, Muhyiddin sekali gus akan menjadi Perdana Menteri menggantikan Najib.

"Ramai yang ramalkan PRU bulan julai ini, saya ingin berkongsi, teman-teman saya di dalam Umno memberitahu apa yang berlaku ialah terdapat desakan daripada kumpulan pro Muhyidin Yassin mendesak supaya Najib Razak istihar pilihanraya dan bubar parlimen dalam waktu terdekat."

"Kerana penguasaan, Muhyidin ingin berkuasa tetapi Najib masih berbelah-bagi, Namun kumpulan ini terus mendesak (mahukan PRU cepat)," kata Nizam.

Nizam berkata kumpulan pro Muhyiddin menggunakan taktik yang sama untuk mengusir Tun Abdullah Ahmad Badawi dari Putrajaya selepas beliau memanggil PRU ke-12 pada Mac 2008 atas desakan pihak tertentu.

Keputusan itu berakhir dengan Umno-BN hilang majoriti dua pertiga dalam Parlimen.
Pakatan Rakyat turut menawan Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah disamping mengekalkan Kelantan.
Tidak lama selepas itu, Muhyiddin dilaporkan antara pemimpin utama yang mendesak supaya Abdullah berundur "demi masa depan Umno."

Nizam berkata apa yang berlaku dalam Umno ketika itu adalah kes "kawan makan kawan" dan kini episod itu sedang berulang sekali lagi antara Muhyiddin dan Najib.

"Muhyidin mahu perangkap Najib agar nasib yang diterima oleh Abdullah Ahmad Badawi akan terjadi kepada Najib, sebab apa ianya berlaku...dari maklumat yang kita terima Muhyidin mengesa anak buahnya kerana beliau sudah berumur berbanding Najib. Jadi sebab itu Muhyidin mahu jadi Perdana Menteri"

Hadir sama pada majlis itu Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim, Adun Kuala Semantan, Syed hamid Syed Mohamad dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Fauzi Abd Rahman.

Kira-kira 300 orang dan pemimpin masyarakat memenuhi perkarangan Markas Pas Temerloh menghadiri majlis itu.



NAJIB SILAP TENTANG BELIA



















Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghimpunan belia-belia di Putrajaya dan merayu undi mereka memperlihatkan rasa gusar perdana menteri terhadap kebangkitan golongan itu yang kini menuntut perubahan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib semalam mendakwa sejuta belia yang hadir di Putrajaya untuk sambutan Hari Belia Negara selama tiga hari, kononnya untuk “mempertahankan” pusat pentadbiran negara dari diambil alih oleh Pakatan Rakyat. TV Selangor memetik Anwar berkata, hakikatnya ialah persatuan-persatuan belia itu dibawa untuk mengisi pelbagai program riadah yang dianjurkan bersama oleh agensi-agensi persekutuan dan badan-badan koperat sempena Hari Belia Negara. “Dia kata di Mesir satu juta orang muda tuntut perubahan. Jadi di sini dia minta orang muda sokong Barisan Nasional. “Orang muda ini dikaitkan dengan idealisme, cita-cita murni. Orang muda ini benci dengan kemungkaran, benci dengan rasuah, benci dengan kezaliman. anwar ceramah at kerdau pahang to felda settlers“Najib silap. (Sebenarnya belia) yang minta perubahan tumbangkan kerajaan yang ada. Jadi saya nak sambut dengan katakan sudah sampai ketikanya anak muda Felda, anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan,” kata Anwar kepada ribuan peneroka Felda dan penduduk kampung di Kerdau, Pahang malam semalam untuk mendengar ceramahnya.

Kaya-raya

Anwar malam tadi juga mengupas ucapan Najib pada majlis sambutan Hari Belia itu yang dialas dengan gesaan supaya belia menyokong Umno-BN sebagai syarat menikmati kemakmuran. Kenyataan sedemikian, kata Anwar hanya menunjukkan rasa terdesak Perdana Menteri. Menurut Anwar beliau tidak menuduh Umno sebagai parti yang tidak pernah membuat apa-apa. Namun yang dipersoalkan adalah kemungkaran dan kezaliman yang menyebabkan rakyat menderita manakala pemimpin hidup dalam keadaan kaya-raya. anwar ceramah at kerdau pahang to felda settlers"Saya tidak samakan Umno dengan Firaun, Firaun pun buat bangunan dan jalan, negara komunis, Zimbabwe, mahupun Bangladesh pun buat pembangunan, soalnya kita ini mahu nilai apa kekurangan besar yang membolehkan sebuah perubahan kuasa itu perlu," katanya. Sehubungan itu, Anwar mengajak rakyat supaya merenung hala tuju negara di bawah pemerintahan Umno-BN dan tidak termakan dengan dakyah dan gula-gula politik yang disebarkan parti itu. "Saya tidak pertikai hak sesiapa untuk sokong parti mana-mana, tetapi kita sanggupkah pertahankan kezaliman, bolehkah kita diam tentang rasuah, mampukah kita biarkan fitnah, lucah termasuk qazaf dan semulanya berlaku?” tanya Anwar. Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Sabu, Ketua Serikandi Siti Aishah Shaik Ismail dan Presiden ANAK, Mazlan.


Hakim Korup Akan Disingkir, Janji Anwar








SUBANG JAYA 29 MEI : Hakim yang “korup dan melaksanakan undang-undang rimba” akan menjadi sasaran utama dalam pembaharuan badan kehakiman jika Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk ,menawan Putrajaya, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Maklumat terperinci mengenai rombakan badan kehakiman akan ditentukan kelak, namun matlamat pembaharuan adalah memastikan hakim menjalankan tanggungjawab secara amanah dan bebas, tambah beliau.
"Langkah yang spesefik akan dibincangkan, tetapi yang lebih penting pembaharuan badan kehakiman itu akan dilakukan. Individu yang korup akan disingkirkan," kata beliau dalam dialog dengan hampir 400 golongan professional beliau di sebuah hotel di sini.

Dalam dialog hampir tiga jam itu, Anwar ditanya pelbagai isu, khususnya mengenai hala tuju dan rancangan masa depan Pakatan Rakyat, kebebasan dan hak asasi, standard penggunaan Bahasa Inggeris yang semakin menurun di negara ini.

Anwar juga ditanya perancangan gagasan pembangkang itu untuk mengembalikan kredibiliti sistem kehakiman negara yang dilihat sebagai tercalar sejak pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu yakin Malaysia masih mempunyai hakim-hakim yang berwibawa namun tidak juga kurang hakim yang membelakangkan prisip-prinsip keadilan.

"Ada hakim yang masih okay, tetapi ada yang masih mendokong prinsip yang salah. Contohnya pada tahun 1998 badan juri antarabangsa membuat laporan mengenai badan kehakiman negara (hilang kewibawaan). Saya kadang-kadang hairan orang semua tahu ini, tetapi hakim masih buat tak tahu, “ kata Anwar.

Akibatnya ramai pihak yang menjadi mangsa keputusan-keputusan hakim yang tidak berpaksi kepada undang-undang dan prinsip keadilan.

"Hakim kata saya tidak peduli, saya hanya ikut undang-undang, undang-undang mana? Undang-undang hutan ke? Perkara ini masih berlaku dalam negara kita," kata Anwar.
Anwar dilihat sebagai mangsa perbicaraan berat sebelah apabila beliau didapati bersalah atas tuduhan liwat dan rasuah setelah dipecat dari kerajaan dan Umno oleh Mahathir pada tahun 1998.

Beliau merengkok enam tahun dalam penjara sebelum Mahkamah Rayuan mendapatkan mantan timbalan kepada Mahathir itu disabit dengan bukti yang rapuh dan tidak boleh dipercayai.

Setelah memimpin Pakatan Rakyat kepada kejayaan besar pada pilihanraya umum 2008, Anwar sekali lagi diheret ke mahkamah untuk tuduhan liwat kali kedua.

Seperti kes pertama, perbicaraan kali ini juga penuh dengan keterangan rapuh saksi dan pengadu serta bukti yang mencurigai.

Malah pengadu Saiful Bukhari Azlan bertemu Perdana Menteri Najib Razak dan menalifon Ketua Polis Negara ketika itu Musa Hassan beberapa hari sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

Bagaimanapun Hakim Zabidin Mohamad Diah menerima segala bukti dan keterangan saksi pendakwaraya dan mengarahkan Anwar untuk membela diri mulai 6 Jun depan.

Peningkatan Jumlah Undi Di Selangor : SPR Perlu Telus




AMPANG 29 MEI :Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendakwa Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita berhubung pertambahan jumlah pengundi di Selangor baru-baru ini disifatkan sebagai tidak berasas, kata Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Menurut Abdul Hadi, SPR seharusnya menyiasat laporan yang dibuat beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berhubung perkara tersebut dan bukannya berusaha untuk merumitkan lagi keadaan sedia ada.

"Kita tidak percaya pihak yang berkenaan (SPR) kerana mereka tidak bebas. Sebenarnya SPR masih di jabatan Perdana Menteri, begitu juga dengan SPRM yang jelas menunjukkan tidak ada ketelusan dalam pentadbiran negara. Sebab itu mereka perlu memahaminya dan tidak sepatutnya menuduh PR sebegitu, malah sebaliknya perlu menyiasat setiap laporan yang dilakukan." ujarnya ketika ditemui selepas menziarahi mangsa tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat yang kini ditempatkan di Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut, semalam.

Mengulas lanjut keputusan Pakatan rakyat untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Abdul Hadi berkata, pihaknya menyerahkan segala keputusan pembubaran tersebut kepada kepimpinan tertinggi.

Jelas Abdul Hadi lagi, pihaknya juga kini sedang merangka strategi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang

"Perkara itu akan dikaji oleh PR melalui strategi politik yang akan diguna pakai dalam membuat keputusan tersebut."katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng berkata, DAP akan menyarankan semua negeri Pakatan Rakyat tidak membubarkan DUN masing-masing jika PRU diadakan tahun ini.

Malah, Pakatan Rakyat juga telah sebulat suara untuk tidak membubarkan DUN di setiap negeri Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Selangor mahu memastikan pentadbiran di negeri itu dilaksanakan bagi tempoh sekurang-kurangnya empat tahun sebelum berhasrat membubarkan DUN.

Manakala di Georgetown, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata pakatan pembangkang kekal dengan cadangannya untuk tidak membubarkan DUN yang dikuasai mereka walaupun membabitkan kos yang tinggi.

Syabas Pula Tawar Air Percuma Sepanjang Tahun




SHAH ALAM 29 MEI : Kerajaan Selangor mengalu-alukan cadangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengecualikan keluarga miskin di negeri ini daripada membayar bil air untuk tempoh setahun.
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok Suh Sim berkata demi terus membela golongan penduduk itu, Syabas kini perlu memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dalam melengkapkan penstrukturan semua industri air Selangor.
Ini akan memastikan penduduk terbabit terus menikmati kemudahan air pada kadar yang munasabah selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, tambah beliau kepada TV Selangor.
" Saya mengalu-alukan cadangan Syabas ini, tetapi apa yang penting adalah Syabas mempercepatkan proses pengambilalihan syarikat terbabit oleh Kerajaan Negeri Selangor," kata Teresa.
Beliau berkata langkah terbaru Syabas mengecualikan terus keluarga miskin daripada membayar bil air menyusul tindakan kerajaan negeri memberi air percuma 20 meter padu sejak tahun 2008.
" Kerajaan Negeri telah memberikan 20 meter padu air percuma kepada semua rakyat di Selangor dan kami telah menunjukkan prihatinan kami. Jadi jika Syabas ingin menghulurkan bantuan tersebut kepada keluarga miskin kami mengalu-alukanlah," kata beliau.
Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail berkata, syarikat itu akan memberi kelonggaran kepada keluarga berpendapatan rendah dan golongan tidak berkemampuan dari membayar bil air sepanjang tahun.
Rozali berkata keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai ahli keluarga yang ramai pula akan diberi keutamaan dalam pemberian air percuma kerana mereka dibeban dengan perbelanjaan mengurus pendidikan anak-anak.
Kerajaan Negeri sebelum ini membuat tawaran untuk mengamil alih aset Syabas dan tiga syarikat konsesi lain dalam hasrat untuk menjamin harga air tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya seperti masa-masa lalu.
Kerajaan negeri dijangka mengadakan mesyuarat dengan kerajaan persekutuan bulan depan dalam usaha terbaru untuk mengatasi kemelut pengambilalihan itu.

MB Pahang: MCA perlu yakin, yakinkan kaum Cina hadapi PRU-13

Nada ketidakyakinan Bn terhadap pengundi sendiri...





GENTING HIGHLANDS, 29 Mei — Pemimpin-pemimpin MCA perlu memperbaiki dan melengkapkan diri jika komponen Barisan Nasional (BN) itu mahu menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-13, kata Datuk Seri Adnan Yaakob di sini malam tadi.

Menteri Besar Pahang (gambar) itu berkata, satu-satunya cara bagi MCA memenuhi matlamat itu adalah pemimpin-pemimpinnya yakin pada kekuatan mereka.

“Kita harus tahu kekuatan kita sebelum (boleh) menghadapi pilihan raya umum... kita perlu tahu kekuatan kita.

“MCA perlukan keyakinan. Jika anda teragak-agak, sah kita akan kalah,” kata Adnan pada sesi pemukiman MCA di sini semalam.

Beliau yang juga Pengerusi BN Pahang berkata, apabila MCA diperkuatkan, maka ia boleh bekerja dengan Umno sebagai perikatan yang mantap.

“Kaum Cina mesti diyakinkan bahawa MCA boleh berjuang untuk masyarakat Cina. Kita tidak boleh kata kita ini (menggambarkan) kepelbagaian kaum jika tiada perwakilan Cina dalam BN,” kata beliau.

Pada pilihan raya umum 2008, MCA berhadapan dengan prestasi buruk selepas kehilangan lebih separuh daripada kerusi yang ditandinginya.

Ia hanya menang 15 daripada 31 kerusi Parlimen yang diperuntukkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disebut-sebut akan memanggil pilihan raya umum ke-13 bila-bila masa dari sekarang.

Desas-desus mengenai tarikh pilihan raya itu berterusan ketika BN masih bekerja keras untuk mendapatkan sokongan pengundi kalangan Cina yang beralih kepada pembangkang tiga tahun lalu.

Dalam aspek ini, MCA dan Gerakan dilihat berhadapan dengan saingan DAP, komponen Pakatan Rakyat, bukan sahaja di Pahang tetapi di kebanyakan negeri termasuk di Sabah dan Sarawak.