NUTP DINASIHAT JANGAN BERAT SEBELAH

NUTP DINASIHAT JANGAN BERAT SEBELAH

20 Muharram 1432H.

PARIT BUNTAR, 27 Dis : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) melalui Presidennya Hashim Adnan yang menyifatkan tawaran imbuhan khas pendidik RM500 setiap bulan oleh Pakatan Rakyat adalah sebagai tidak masuk akal dan ia sekadar gimik politik.

Menurut Presiden NUTP dipetik sebagai berkata bahawa jumlah dijanjikan itu luar biasa kerana Pakatan Rakyat andai memerintah Kerajaan Pusat, perlu RM215 juta setiap bulan dan RM2.58 bilion setahun untuk menyalurkan imbuhan kepada kira-kira 430,000 guru di seluruh negara.

“NUTP sepatut konsisten menjaga kabajikan para guru, bebanan guru yang banyak adalah isu yang tidak pernah selesai, tekanan terhadap guru lebih berbaloi dengan adanya imbuhan yang lebih oleh kerajaan,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs . Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Tambahnya, kerajaan dikatakan tidak memiliki wang sebanyak itu untuk menyalurkan imbuhan dengan amaun sebesar itu adalah satu kenyataan yang menimbul persoalan serta meragukan.

Sedangkan menara warisan yang menelan belanja 5 bilion juga wang kerajaan, persoalannya benarkah kerajaan tiada wang?soal Drs. Khalil.

Selain itu beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Perak menjangkakan lebih banyak ketirisan dalam perbelanjaan negara akan menyelamatkan wang rakyat dan itu juga lebih dari mampu untuk dikembalikan kepada guru .

“Adalah tidak logik apabila Pakatan Rakyat menawarkan tambahan gaji RM 500 untuk setiap guru , Muhyiddin sebagai menteri pelajaran dan presiden NUTP, terus membela kerajaan dengan katanya kerajaan tiada wang ,” tegasnya.

Menurutnya lagi yang merupakan ADUN Titi Serong, NUTP sepatutnya menyokong sebarang langkah serta usaha oleh mana-mana pihak untuk menjaga kebajikan guru, bukannya hanya menidakkan usaha itu..

“Saya kira beliau (Presiden NUTP) tidak layak bercakap mengenai kemampuan kewangan negara kerana beliau tidak tahupun kapasiti serta kemampuan kewangan Negara ” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan guru patut bersuara bagi mendesak beliau berundur dari jawatan tesebut, perlu ganti dengan individu yang benar-benar ikhlas mahu berjuang atas nama guru.

“NUTP jangan jadi kuda tunggangan Umno dan BN, NUTP wajib bertindak sebagai sebuah badan yang komited membela kebajikan guru di Malaysia dengan tanpa memperdulikan dari mana cadangan itu datang,” ujarnya.

ISA SAMAD MENTERI BARU FELDA...HA..HA..HA


Kontroversi

Harapan 500 peneroka Felda Sendayan , Labu, Negeri Sembilan untuk menjadi jutawan sepertimana peneroka di Felda LBJ Johnson, Labu hanya tinggal impian. Sebelumnya Isa Samad berusaha menukar status tanah peneroka itu agar lebih lumayan.

Pejabat PM umum lantikan Isa Samad

Nak tutup saman lama peneroka keatas Dr Yusoff Noor..kini Isa Samad di bawa masuk untuk .Masih

Digantung keahlian UMNO

Lembaga Disiplin Umno menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang .Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.Salim Shariff yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol turut digantung keahlian selama sepenggal atau tiga tahun.[2] .Semua jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ketua Umno bahagian Teluk Kemang digantung. Pada 6 Julai 2005 , Majlis Tertinggi (MT) Umno menolak rayuan Isa Samad tapi mengurangkan hukuman penggantungan dari 6 tahun kepada 3 tahun sahaja. Pada 23 Jun 2008, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menghantar surat kepada Isa Samad.

Kes Isa Samad ini berkait dengan kenyataan oleh Datuk Seri Rais Yatim tentang 18 orang yang akan ditahan untuk disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah. Ketika itu Rais Yatim merupakan Menteri Kehakiman Malaysia.

Berikutan daripada digantung keahlian, Mohd Isa telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 Oktober 2005.

MAK AII GAJI......

Salary of TNB CEO

NOW YOU KNOW WHY YOU HAVE TO PAY MORE FOR YOUR MONTHLY ELECTRICITY BILL




SOSIAL: SOAL TUDUNG

KIRIMAN SHAMSUL



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwukiWebSX2W_2PwsciJyHOLJcNfEJosDqC4BLPQUT2MeT-ibtTZDpqXHF-kss6m6RPT1MAZezsl8BCf7Wt6ttFhsHK0YWnrRy7nvtqaCz_LYpdZ3lDsl9Gn-PAtpvTY9sdWrCXNrXwgA/s400/tudung.jpg



Bermula dari sesi pengenalan peserta Mari Menari (MM) lagi, Dita yang baru saja tersingkir pada minggu ke-3 MM telah dihambat dengan pelbagai isu panas terutama sekali isu berkaitan tudung. Isu ini dianggap berat kerana Dita atau nama sebenarnya Rudita Mohd Yusop telah berstatus sebagai seorang ibu kepada 5 orang anak.




Menjawab segala pertanyaan berkaitan isu yang berbangkit ini, Dita yang ditemani suaminya Mohamad Faidzal, 42, seakan sudah bersedia bagi menjelaskan isu tersebut. "Sebenarnya, saya memang seorang wanita yang bertudung. Terus-terang, saya buka tudung pun atas kerelaan saya sendiri tanpa ada paksaan atau hasutan dari sesiapa. Masa saya pergi ke uji bakat, saya masih lagi bertudung. Pun begitu, selepas berbincang dengan suami dan kerana tidak mahu mengecewakan hasrat anak yang mahu kami beraksi dalam MM , saya pun telah bersetuju untuk buka tudung".


Dia tidak kisah apa orang nak nilai dan kata tentang dirinya. Malah, dia mendakwa orang bertudung tidak semestinya mempunyai perilaku yang baik hati budi. "Saya bukan nak riak atau nak cakap saya ni baik. Hakikatnya, orang yang tak tinggal solat 5 waktu pun belum sah dapat masuk syurga. Sesungguhnya bagi saya, siapalah kita sebagai manusia biasa untuk menghukum atau menilai seseorang berdasarkan luaran saja".


"Apapun, kami masuk MM bukannya nak menang semata. Cukuplah sekadar dapat menunaikan impian anak kami yang mahu melihat ibu bapa mereka masuk TV". Menyokong pendapat isterinya itu, Faidzal yang bertugas sebagai bodyguard VVIP mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri.


"Hal bertudung ini susah nak dibahaskan. Semua terletak atas individu itu sendiri. Saya sebenarnya tak tahu nak cakap apatah lagi mengulasnya dengan lebih terperinci. Namun, saya hanya boleh kategori apa yang dilakukan isteri saya ini adalah pengorbanan dari seorang ibu untuk anak-anak".


Dita menegaskan bahawa selepas ini dia akan kembali bertudung seperti biasa. "Saya akan berimej seperti dulu. Saya buka tudung pun kerana masuk pertandingan sahaja. Sejujurnya, mak mentua saya seorang yang alim. Dia tak ada pula marah dengan tindakan saya"



***
dalam dunia ni orang berjalan ke depan, memandu kereta ke depan bukannya ke belakang. sepatutnya yang bermini tekekung berubah ke tudung labuh, bukannya londeh buang. cik kak oii, sapa kata orang sembahyang 5 waktu, orang berpuasa dapat masuk syurga. kita masuk syurga bukan kerana ibadat kita, tapi kerana rahmat Allah. kalau nak harap rahmat Dia, kenalah ikut peraturan yang disediakanNya. tak gitu?. cik kak, cik abang oii, masuk dok menari depan orang tupun sebenarnya Islam tak bagi, buka aurat kerana nak menari lagi-lagilah Islam tak bagi. cik abang oii, memang susah nak berbahas jika kita tak betoi. buat apalah berkorban untuk anak hingga melanggar perintah agama. lagi satu betul atau salah bukan terletak pada cakap mak mentua, cik kak oii. kena rujuk Quran dan hadis.***


Keadilan Islam selamatkan Melayu bukan ‘ketuanan Melayu’, kata Asri

Keadilan Islam selamatkan Melayu bukan ‘ketuanan Melayu’, kata Asri

December 27, 2010
Gambar fail Dr Mohd Asri Zainul Abidin
KAJANG, 27 Dis — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan, masa depan orang Melayu akan terjamin jika sistem pentadbiran negara berlandaskan kepada prinsip keadilan Islam, bukan Ketuanan Melayu yang menjadi polemik baru-baru ini.

“Yang boleh selamatkan orang Melayu bukan Ketuanan Melayu, bukan Raja-raja Melayu tetapi adalah Allah s.w.t.

“Jadi, kita perlu berlandaskan kepada prinsip keadilan Islam yang mana Islam untuk semua sama ada orang Melayu atau bukan Melayu.

“Setiap kaum perlu diberi nilai dengan Islam, tiada nilai orang Melayu tanpa Islam. Umno dibina atas dasar Melayu tetapi kalau dibina atas dasar Islam ia akan jadi lebih luas,” katanya pada Forum Polemik Ketuanan Melayu di Dewan Majlis Perbandaran Kajang di sini malam tadi.

Beliau juga mempersoalkan apabila istilah Ketuanan Melayu menjadi laungan dan slogan pihak tertentu sedangkan maksud sebenar ungkapan itu tidak dijelaskan dengan baik.

“Kena jelaskan perkataan Ketuanan Melayu ini, apa yang dipertahankan dan diperjuangkan melalui istilah ini? Adakah ia bermaksud hak keistimewaan orang Melayu atau ada maksud lain? Adakah hak keistimewaan orang Melayu ini menggunakan istilah ini (Ketuanan Melayu)?

“Maksudnya tidak dijelaskan, adakah keistimewaan orang Melayu dan Ketuanan Melayu ini mempunyai maksud sama? Jadi bagi saya relevan jika orang Melayu berpegang kepada prinsip keadilan Islam.

“Ini kerana ketuanan merujuk kepada prinsip keadilan Islam bukan Melayu atau rakyat, apa yang berlaku adalah kekeliruan istilah. Kita kena perpandukan kepada prinsip keadilan Islam,” katanya.

Turut menjadi ahli panel dalam program anjuran PAS itu adalah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Dr Hasan Mad, Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Sabky Yusof dan Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abdul Rahman.

Tambah beliau, isu Ketuanan Melayu tidak perlu dibangkitkan kerana ia bukan satu keperluan untuk diperdebatkan.

“Istilah Ketuanan (Melayu) ini adalah istilah yang kabur, jadi ia bukan keperluan untuk dibangkitkan kecuali kalau ia diperjelaskan. Malah, tindakan orang Melayu yang menggunakan istilah ini menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan orang bukan Melayu yang mana mereka beranggapan Islam melakukan diskriminasi kaum.

“Mereka (orang bukan Melayu) bukan musuh, saya tidak nampak keperluan orang bukan Melayu adalah musuh kita, cuma banyak tindakan orang Melayu yang beri tanggapan sebaliknya.

“Kita perlu berbalik kepada Islam, Islam lebih luas tapi saya bimbang apabila istilah ini dimainkan ia akan meruncingkan lagi keadaan. Islam bukan eksklusif untuk orang Melayu sahaja, ia adil untuk semua,” katanya.

Sejak bulan lalu, pendebatan isu konsep Ketuanan Melayu ini begitu hebat diperkatakan selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasar Kongres Naional PKR meminta supaya Ketuanan Melayu ditinggalkan.

Malah Perkasa juga mengkritik dengan menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai “pelacur politik” dan kacang melupakan kulit kerana meminta ungkapan Ketuanan Melayu diketepikan bagi memajukan orang Melayu.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mencadangkan Raja-raja Melayu agar perkenan mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya mengambil berat tentang nasib orang Melayu di negara ini.

Dalam menyentuh polemik ungkapan Ketuanan Melayu, Mursyidul Am PAS itu berkata, Raja-raja Melayu yang memperlihatkan kebimbangan mengenai kedudukan orang Melayu sejak kebelakangan ini, perlu tampil mencari jalan penyelesaian menggunakan lunas al-Quran.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu, Dr Hasan Mad menyifatkan polemik Ketuanan Melayu yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini sebagai “gegaran politik”, yang dimainkan pihak tertentu termasuk parti politik semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat.

Oleh itu, Hasan menggesa supaya perkara tersebut dihentikan serta-merta memandangkan ia tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga berkata, isu Ketuanan Melayu dibangkitkan selepas pilihan raya umum 2008 yang mana ia diperkatakan oleh orang Melayu bukan orang bukan Melayu.

“Sebelum pilihan raya umum 2008, tidak ada sesiapa pun yang sentuh perkara ini (Ketuanan Melayu), ia berlaku selepas pilihan raya umum 2008 dan yang timbulkan perkara ini juga adalah orang Melayu.

“Sebenarnya Ketuanan Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, cuma kalau boleh dikatakan ia adalah gabungan beberapa perkara yang dikumpulkan di bawah Perlembagaan.

“Jadi isu Ketuanan Melayu ini adalah gegaran politik, tidak lebih dari gegaran politik. Orang bukan Melayu tidak pernah persoalkannya pun, ia timbul secara tiba-tiba,” katanya.

Menurut Hasan, ada tiga kelompok yang menyebabkan isu Ketuanan Melayu menjadi polimek sehingga ia sukar untuk dihentikan termasuk pemimpin parti politik, cendekiawan dan kemungkinan orang bukan Melayu yang cuba mengambil kesempatan.

“Ada tiga kelompok, yang pertama adalah pemimpin parti politik yang mana mereka menjadikan politik sebagai satu perniagaan sehingga perkara yang tiada isu juga dijadikan isu termasuk Ketuanan Melayu.

“Sepatutnya lepas habis pilihan raya umum fokus kepada pembangunan negara tetapi sebab terlalu banyak berpolitik akhirnya bercakap perkara yang akhirnya mengelirukan,” katanya.

“Yang kedua adalah cendiekiawan yang mana kelompok ini menulis dalam media-media tentang apa yang mereka tahu sahaja.

“Banyak cendekiawan menulis dari sudut pemahaman mereka sahaja yang akhirnya juga memberikan kefahaman yang berbeza dalam perkara ini.

“Dan yang ketiga mungkin kelompok orang bukan Melayu yang akan mengambil kesempatan daripada pertelagahan orang Melayu ini. Kalau diteruskan tidak mustahil kelompok ini akan menangguk di air yang keruh,” katanya.

Beliau juga berkata perkataan Ketuanan Melayu tidak boleh diterjemahkan kepada perkataan “Malay supremacy” kerana maksudnya berlainan.

“Ketuanan Melayu bukan isu, ia bukan sesuatu yang harus diperdebatkan, ia cuma gegaran politik.

“Ketuanan Melayu ini hanya propaganda yang berlaku selepas pilihan raya 2008 yang mana pola pengundian ketika itu bersifat perkauman.

“Jadi ia dibangkitkan untuk mengekang pola pengundian itu daripada terus berlaku,” kata Ahmad Sabky.

Beliau berkata istilah Ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan oleh sesetengah pihak tidak termaktub dalam mana-mana perjanjian termasuk perjanjian kemerdekaan.

“Istilah Ketuanan Melayu sendiri saya tidak jumpa di mana asalnya, dalam Perlembagaan tiada, perjanjian kemerdekaan pun tiada cuma yang ada dalam wikipedia.

“Istilah ini tidak wujud, ia cuma politik, Kita perlu cari maknanya dulu baru boleh nak cakap. Apa yang adalah dalam Perlembagaan adalah hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera sahaja,” katanya.

Sementara itu, Ezaruddin juga berpendapat polemik Ketuanan Melayu juga sekadar “gegaran politik” yang dimainkan untuk meraih sokongan.

“Ini satu gegaran politik sahaja, ia dimainkan golongan tertentu untuk meraih sokongan.

“Tiada maksud Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan tetapi ia diguna pakai oleh ahli politik, jadi saya harap tafsiran ini perlu diperjelaskan supaya tiada mazhab yang berbeza-beza,” katanya.