Jangan pandang enteng janji Pakatan - Khir Toyo
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 24 Dis: Setelah didakwa ekoran pemilikan banglo mewahnya, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meminta Barisan Nasional agar jangan memandang enteng (mudah) janji Pakatan Rakyat dalam konvensyen mereka baru-baru ini. |
Salleh Kalbi Ahli Parlimen yang paling banyak blog di Malaysia
Salleh Kalbi Ahli Parlimen yang paling banyak blog di Malaysia | |
Sekiranya anda menyenaraikan semua ahli parlimen di Malaysia, hampir kesemua ahli parlimen memiliki laman blog masing masing. Antaranya, Perdana Menteri Malaysia yang merupakan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan laman web http://1Malaysia.com.my untuk menghubungi masyarakat umum di seluruh Malaysia. Ketua Pembambang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh pula menggunakan laman web http://anwaribrahimblog.com.my sebagai platform beliau menulis sebarang aktiviti dan ucapan rasmi. Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Hj Sallehpula mudah dilayari di http://kalabakan.ning.com/ Ahli Parlimen Kota Belud pula Datuk Rahman Dahlan boleh ditemui di blog http://mpkotabelud.blogspot.com/ Secara keseluruhan Ahli Parlimen mengetahui fungsi blog mereka mengetahui bahawa fungsi blog adalah untuk mendekati masyarakat Virtual yang berinteraksi melalui Komen dan Email. Mereka menggunakan platform blog untuk mendapatkan feedback tentang perkara perkara yang tidak mampu mereka capai. Ini adalah kerana agak sukar sebenarnya Ahli Parlimen mendapatkan maklumat masyarakat terbawah dengan turun padang yang kadang kala menyekat info sebenar diperolehi. Namun, AHLI PARLIMEN Silam tidak mengaplikasikan dunia Virtual yang mampu mendekatkan dia dan pengguna internet kawasan Parlimen Silam. Tahukah anda? Ahli Parlimen Silam YB Salleh Kalbi mempunyai lebih dari 1 blog? Anda tidak akan tahu dimana yang beliau akan update tentang pengumuman rasmi, atau maklumat terkini. Kerana semua blog tersebut menulis cerita yang berbeza. Yang mana satu blog rasmi, kita tidak tahu. Inilah dia satu satunya Ahli Parlimen paling banyak blog dan mungkin dia menyangka dengan banyaknya blog akan menjadikan sistem carian google menjadikan dia popular di internet? Adakah dengan mempunyai blog yang banyak menjadikan dia tinggi berbanding ahli parlimen lain? BLOG SALLEH KALBI http://1silam.blogspot.com Anda boleh melayari blog blog beliau seperti yang saya senaraikan. Apa matlamatnya juga saya tidak tahu. Yang pasti, dengan memiliki blog yang banyak ini menunjukkan YB Salleh seorang yang tiada fokus. Pernah pada satu ketika, seorang rakan bertanya secara terus pada beliau tentang artikel di 1Silam.blogspot.com, beliau tidak tahu menahu apa yang rakan saya katakan. Inilah satu bukti, YB Salleh Kalbi tiada fokus dalam posisi beliau. Apa sebenarnya beliau ingin pada parlimen Silam? Apa sebenarnya beliau target dengan menduduki posisi Ahli Parlimen. Bukan sahaja tiada fokus, beliau juga tidak mampu menarik golongan muda untuk dekat padanya. Secara peribadi saya menyatakan disini, YB Salleh harus melakukan rombakan besar dengan membawa diri muhasabah dan duduk seketika melihat apakah wacana perjuangan beliau akan berakhir dengan kata kata yang beliau sering ucapkan iaitu "ini salah YB yang dahulu." Adakah dia mahu kata kata itu pulang ke dahi nya? Penulisan ini adalah teguran terbuka yang saya yakin sampai ke mata YB. Pendapat saya tidak mewakili pendapat orang tua saya, kawan kawan saya atau pun masyarakat Silam. Saya sekadar blogger yang benci tengok pemimpin angkuh yang tidak bertempat. IRWAN IDRIS |
MASA MELIHAT KEBENARAN WIKILEAKS ???
Pemenang anugerah wartawan John Pilger mewawancara Julian Assange , pengasas Wikileaks dan membahas tentang sesebuah negara, yang tersembunyi dimana peperangan yang berlaku.
Di antara pendedahan Wikileaks dalam klip-video (bahagian enam): menontonbagaiaman helikopter pejuang Apache rakaman dari kokpit video yang menunjukkan bagaimana Reuters wartawan / juru kamera di Iraq ditembak mati di jalanan. Dan reaksi? "Nice." Dan melihat bagaimana orang-orang yang cuba untuk menghapuskan tubuh dan bagaimana penderaan diperlakukan. Ini adalah jenayah perang.
Berikut ini adalah sebahagian enam dan tujuh daripada siri tujuh-bahagian dari 'Perang Yang Anda Tidak Pernah Lihat'.