ADA APA DENGAN PERGANTUNGAN INI?

1.Karpal Singh berkata bahawa mereka akan membawa speker ke mahkamah kerana bias.Kita tidak akan biarkannnya kata karpal.

2. Dengan pergantungan ini, Bn di lihat mudah untuk meluluskan beberapa perkara termasuklah juga perubahan dalam sistem persempadanan semula kawasan pilihanraya.

3. Mudah untuk memunggah dan membatalkan beberapa perkara yang boleh menguntungkan bn..

4. Tindakan speker berat sebelah








GANTUNG SUPAYA SENANG NAK PUNGGAH APA YANG PATUT

Gantung Anwar: Dewan kecoh, MP Pakatan berdemo
Nazri Abdullah dan Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Perbahasan usul penggantungan Anwar selama 6 bulan, sedang berlangsung di Dewan Rakyat.

10.00 am: MP Shah Alam bangun mengemukakan usul projek sakit, Hospital Shah Alam lambat siap, sehingga menyebabkan seorang pesakit terpaksa menangguh rawatan dan pergi hospital lain.

10.15 am: Speaker tolak usul Shah Alam dan mahu teruskan untuk bahas usul gantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

10.30 am: MP Pakatan Rakyat bagaimanapun Dibantah oleh MP PR termasuk Sivarasa Rasiah, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Kamarudin Jaffar dan Yusmadi.

Mereka masing-masing mempertikai tindakan Speaker dan menyatakan Speaker salah dalam mentaksirkan, pertunkan 83 (1) peraturan mesyuarat.

Akibat bantahan itu, kekecohan terus berlaku antara MP Pakatan Rakyat dengan wakil rakyat kerajaan.

11.00 am: Dalam suasana kecoh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bangun membaca usul untuk menggantung Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk dibahaskan.

Usul yang dibaca Nazri hanya sayup kedengaran dicelah suara kekecohan yang tidak terkawal oleh Speaker.

11.15 am: MP Rembau Khairy Jamaludin, bagun untuk bahas, selepas Nazri pergi ketempat Khairy, namun terus dibantah MP Pakatan Rakyat.

MP Pakatan Rakyat memberi alasan Speaker belum buay rulling terhadap dakwaan salah prosedur terhadap beberapa peraturan mesyuarat.

Mereka juga mendesak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berundur, kerana didakwa gagal menjalankan tanggungjawab dan mengawal keadaan.

11.20 am: Speaker bagaimanapun cuba meneruskan perbahasan, dan mengugut akan nama Ahli Parlimen yang tidak mendengar arahan Speker untuk digantung.

11.25am: Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, semua MP Pakatan Rakyat diketuai Anwar, keluar dewan dan mengadakan sidang media di lobi parlimen.

11.30am: Datuk Nazri Aziz kemudian mengemuka usul kedua, iaitu untuk menggantung tiga lagi Ahli Parlimen iaitu, Bukit Gelugor, Subang dan Gombak.

11.40am: Dalam keadaan MP PR sedang mengadakan sidang media, Ahli Parlimen BN kini sedang berbahas sesama senidri.

Dalam kenyataan sebelum ini, PAS membantah syor pihak tertentu untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika keptusan penggantungan itu dilaksanakan, bermakna satu lagi tragedi hitam akan terpahat dalam demokrasi negara.

"Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ianya adalah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita.

"Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk mengangkat kedudukan Parlimen Malaysia ke taraf antarabangsa, tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, lebih malang apabila Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dinafikan hak untuk membela diri.

"Penafian hak ke atas Datuk Seri Anwar untuk membela diri dalam isu ini, merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman," kata Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Apa yang berlaku hingga kini katanya, kerajaan bukan sahaja gagal memberikan hujah balas, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan terhadap isu dibangkitkan Anwar sebelum ini.

"Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat dari pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil," tambahnya lagi.

Menurut Islam, katanya, setiap pihak yang dituduh, wajib diberi hak membela diri.

Malah di zaman Rasulullah SAW sendiri, ujarnya sudah adanya pemisahan kuasa di antara eksekutif, legaslatif dan kehakiman.

"Apabila suatu peristiwa yang melibatkan Rasulullah SAW sendiri, penyelesaian kes masih diserahkan kepada hakim untuk dibicarakan dengan adil, walaupun Rasulullah SAW adalah pemimpin ulung ummah," katanya.

Sehubungan itu, PAS tegasnya mahu kesilapan yang sedang berlaku dalam kes Anwar ini diperbetulkan segera.

"PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara.

"Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini," tegasnya.

Bookmark and Share

Akta: Aset Melayu Kampung Baru bakal dilupus.Tahniah Umno/Bn

Akta: Aset Melayu Kampung Baru bakal dilupus
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Dis: PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan hasrat kerajaan untuk memansuh dan membubarkan Enakmen Malay Agricultural Settlement (MAS) dan Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu (Lembaga MAS) apabila Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 dikuatkuasakan kelak.

Rang Undang-undang Akta tersebut telahpun dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen pada Selasa lalu oleh Datuk Raja Nong Chik, Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Rang undang-undang tersebut akan dibahaskan pada sesi Parlimen bulan Mac akan datang.

Seksyen 57(1) dan (2) Rang Undang-undang tersebut secara jelas menyatakan berkenaan pembatalan dan pembubaran enakmen dan Lembaga MAS tersebut dan perkara ini mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap survival pemilikan hartanah orang-orang Melayu di Kampung Baru.

Menurut Penasihat Undang-Undang PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, ini kerana kaedah-kaedah yang digariskan di bawah Enakmen MAS tersebut secara jelas memperuntukkan bahawa hartanah di Kampung Baru hanya boleh dimiliki dan dipindahmilik oleh orang-orang Melayu sahaja.

“Apa yang dibimbangi ialah dengan pemansuhan tersebut, tidak ada jaminan lagi hartanah Kampung Baru akan terus kekal seratus-peratus milik orang-orang Melayu di masa akan datang,” ujarnya.

Tambahan pula, jelasnya tafsiran “kepentingan orang Melayu” yang dimaksudkan dalam akta tersebut hanya merujuk kepada budaya, adat resam dan seni bina bangunan masyarakat Melayu sahaja dan tidak secara jelas menyatakan berkenaan pemilikan hartanah mesti kekal di tangan orang Melayu.

Ini, tambahnya diperkuatkan lagi dengan fungsi perbadanan yang dinyatakan di bawah Seksyen 14 akta tersebut bahawa perbadanan boleh berurusan dengan “mana-mana orang” untuk mengurus serta memindahmilik dan melupuskan aset Kampung Baru.

Kesudahannya, kata beliau jika rang undang-undang ini diluluskan kelak, maka milikan hartanah orang Melayu di Kampung Baru akan terancam dan tidak ada jaminan ia akan terus kekal.

Pembubaran Lembaga MAS juga, katanya merupakan satu tindakan yang langsung tidak menghormati badan tersebut yang telah berkhidmat lebih satu abad lamanya dan terus berkhidmat untuk penduduk Kampung Baru sehingga kini.

Menurutnya, tindakan kerajaan tersebut bukan sahaja membelakangkan penduduk Kampung Baru, malah ia menafikan langsung suara dan penglibatan wakil-wakil penduduk dalam proses pembangunan tanah dan masa depan mereka sendiri.

Tegasnya, Umno jelas sekali lagi mengkhianati amanah untuk menjaga survival dan milikan tanah orang-orang Melayu di negara ini.

“Selepas tanah-tanah rezab orang Melayu semakin hari semakin mengecil jumlahnya, kini kampung-kampung tradisi dan warisan orang Melayu pula cuba diintai oleh tauke-tauke elit yang mendambakan keuntungan maksimum di kawasan segitiga emas bandaraya Kuala Lumpur ini,” katanya.

Beliau menambah, cadangan penubuhan Majlis Penasihat di bawah Seksyen 19 Akta tersebut yang diwakili oleh lima belas orang wakil masyarakat Kampung Baru pula sekadar melepaskan batuk di tangga dan jelas menampakkan ketidakjujuran dan ketidaktelusan Kerajaan.

Ini, katanya kerana akta tersebut menyatakan dengan jelas bahawa kerajaan tidak terikat untuk mengikut apa-apa, nasihat daripada wakil-wakil penduduk Kampung Baru tersebut.

Oleh itu, jelasnya peranan Majlis Penasihat tersebut hanya sebagai gimik politik semata-mata dan jelas tidak relevan langsung di kaca mata kerajaan.

PAS Wilayah Persekutuan, tegasnya mengulangi pendirian membantah penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru tersebut dan menyokong penuh saranan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali untuk menubuhkan Badan Amanah yang diwakili oleh wakil-wakil penduduk Kampung Baru dan mereka yang berkepentingan langsung dalam pembangunan Kampung Baru tersebut.

“Proses pembangunan Kampung Baru perlulah dilakukan dengan telus dan mengikut pandangan dan suara hati anak-anak Kampung Baru sendiri,” ujarnya.