Gesaan Anwar bersara ditolak PKR
Gesaan Anwar bersara ditolak PKR
Posted by admin on November 2nd, 2010
Sambil mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih “relevan”, pemimpin-pemimpin muda PKR membidas Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menggesa Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu berundur daripada arena politik, sambil menyifatkan bekas mufti Perlis itu sebagai “tidak realisitik”.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd berkata, kenyatan Asri semalam, yang mencadangkan agar Anwar bersara daripada politik, kononnya kerana “rentak tari politik yang makin tidak seimbang” adalah satu kenyataan pelik dan tidak berpijak pada realiti politik tanah air semasa.
Sehubungan itu, Shamsul Iskandar mempersoalkan apakah Asri lupa bahawa tercetusnya gelombang perubahan di kalangan rakyat sebenarnya adalah melalui Anwar yang juga penasihat PKR.
“Apakah beliau tidak sedar berlakunya impak kepada Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-12 adalah kerana gelombang rakyat melalui muafakat Pakatan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Katanya, AMK tidak apologetik dan kekal menegaskan, kepimpinan Anwar adalah relevan sehingga kini dan masih diperlukan berikutan pengalaman serta kredibiliti kepimpinannya yang jelas berjaya memperkukuh PR di sebalik pelbagai usaha Umno-BN untuk merincih kefahaman dan keyakinan rakyat ke atas perikatan itu.
“Di saat beliau menyarankan politik idea dan politik nilai dibudayakan, cadangan beliau seolah-olah satu bentuk perlindungan kepada Umno-BN yang jelas kelihatan tandus idea untuk mengekang kemaraan rakyat melalui kepimpinan Datuk Seri Anwar dan kesepakatan kepimpinan PKR-PAS-DAP di bawah panji Pakatan.
“Sekiranya benar beliau menjunjung politik idea dan politik nilai, maka sewajarnya Asri menyarankan agar Umno-BN bersikap jantan dan gentleman untuk menjunjung semangat federalisme dan tidak mengawal instrumen kerajaan termasuklah sistem kehakiman yang saban hari semakin menjelekkan, khususnya di dalam mengendalikan kes konspirasi kedua ke atas Datuk Seri Anwar,” kata beliau lagi.
Shamsul Iskandar juga berkata, AMK berminat untuk menyarankan agar Asri menasihati idola beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad agar insaf dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tertindas selama hampir 23 tahun di bawah hegemoni Mahathirisme yang jelas membunuh semangat demokrasi dan berterusan memanipulasi instrumen kerajaan demi memperkukuh cengkaman Umno-BN kepada rakyat.
“Jika ini gagal dilakukan Asri, terbuktilah kenyataan Asri sebelum ini adalah satu kenyataan politik yang hendak dijadikan remedi oleh Umno-BN.
“AMK mendoakan agar Asri terhindar daripada diperguna oleh Umno-BN yang gagal menerima hakikat bahawa rakyat telah membuka mata dan bersedia menolak Umno-BN yang tebal dengan rasisme dan unsur penyelewengan,” kata beliau.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pula berkata, Asri bebas memberi pendapat tetapi hanya rakyat dan ahli yang menentukan sama ada Anwar bersara atau tidak.
Namun anak sulung Anwar ini berkata, nasihat Asri itu tidak akan mematahkan semangan Ketua Umum PR itu untuk membawa PR menumbangkan Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.
“Prinsip Datuk Seri Anwar untuk lawan tetap lawan sama ada ada jawatan politik atau tak seperti dalam penjara dulu,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan Asri memberi nasihat terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kepemimpin Umno yang lain sekiranya ikhlas memperjuangkan hak rakyat.
“Saya harap Asri juga akan minta Najib dan semua (kepemimpinan) Umno bersara untuk sejahterakan rakyat.
“Dia juga patut komen tentang kelemahan Bajet 2011 kalau memang berjuang untuk rakyat (kerana) lebih ramai seperti Asri patut bersuara untuk rakyat,” ujar Nurul Izzah yang turut mempersoal motif Ahli Parlimen California, Charles S. DeVore mengaitkan Anwar dengan kumpulan pengganas di Amerika Syarikat.
Menurut beliau, rancangan DeVore mengaitkan Anwar dengan pertubuhan tidak berdaftar Ikhwanul Muslimin beralasankan Anwar pernah berpartisipasi dengan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) adalah tidak munasabah.
Dalam pada itu anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Saharin juga berpendapat kenyataan Asri sebagai gesaan yang tidak wajar dan tidak dapat diterima.
“Alasan yang menggatakan bahawa rentak politik Anwar Ibrahim tidak seimbangan dan penggundurannya akan memberi ruangan kepada politik baru tidak tepat.
“Hakikat sebenarnya, politik Malaysia sedang mengalami anjakan yang besar dari sudut kesedaran dan kepekaan terhadap politik,” kata beliau yang juga Ketua PKR Rembau.
Badrul Hisham juga berkata, penglibatan rakyat Malaysia sebagai suara pengimbang kuasa politik adalah nafas-nafas baru yang telah wujud dan Anwar merupakan faktor utama penyumbang perubahan tersebut.
“Politik Malaysia bergolak kerana rakyat khususnya golongan muda menuntut perubahan dari situasi politik berbudaya usang yang ada pada BN.
“Kuasa politik mutlak yang mahu dipegang oleh BN hari ini tercabar dengan kebangkitan anak muda dalam mempersoalkan khususnya isu-isu berkenaan dengan demokrasi dan keadilan.
“Anwar dilihat sebagai kuasa penyatu dalam politik yang dapat mencabar tindakan-tindakan kerakusan politik BN dan Umno khususnya.
“Usaha menyatukan suara-suara pembangkang bagi tujuan mendesak kerajaan memerintah dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh Anwar,” kata beliau sambil menambah, rakyat perlu ingat bahawa usaha menyatukan perjuangan pembangkang wujud sejak dahulu lagi – sewaktu timbulnya Gagasan Rakyat yang merupakan kalobrasi DAP, PAS dan Semangat 46 serta Angkatan Perpaduan Ummah yang dibentuk oleh Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha mengimbangkan dominasi BN dan Umno dalam memegang kuasa di negara ini.
“Usaha Tengku Razaleigh tidak berjaya sebagaimana berjayanya Anwar sebagai faktor penyatu dalam Pakatan Rakyat yang telah berjaya mencabar monopoli politik yang ada pada BN khususnya Umno,” kata beliau.
Malah katanya, ia merungsingkan BN-Umno sehingga pelbagai usaha dibuat untuk mematikan imej dan karier politik beliau.
“Kita lihat hari ini tindakan-tindakan terdesak kerajaan memerintah terhadap Anwar wujud kerana beliau berjaya memberi kesedaran baru, politik baru dan harapan baru kepada rakyat Malaysia.
“Ini dilihat sebagai satu ancaman kepada politik BN-Umno yang sedia ada,” katanya.
Oleh itu tambah beliau, kemantapan PR sebagai satu alternatif kepada BN adalah politik nafas baru yang sebenarnya.
“Kehadiran Anwar dalam menyatukan parti-parti ini bagi menguatkan suara rakyat adalah satu kejayaan.
“Faktor kehadiran Anwar dalam politik tanah air amat kritikal dalam kita membawa harapan baru untuk rakyat Malaysia.
“Sekiranya Anwar gagal kita percaya BN dan Umno tidak akan melakukan usaha terdesak mereka untuk melenyapkan partisipasi Anwar dalam politik,” katanya.
Malah kata beliau, generasi baru melihat Anwar sebagai ikon penyatuan yang akan menjadi suara baru dalam perjuangan rakyat.
Justeru, katanya, Asri perlu realistik dalam menuntut Anwar, Ahli Parlimen Permatang Paut, berundur dari politik.
“Alasan beliau tidak tepat dan ini juga mampu dilihat sebagai satu usaha untuk menggagalkan usaha reformasi yang dilakukan demi membebaskan rakyat dari terus ditipu oleh kerajaan memerintah.
“Anwar telah berjaya menggerakkan barisan pembangkang yang mantap dan semakin diterima rakyat Malaysia.
“Asri sepatutnya lebih kritikal dalam memberi pendapat dan tidak terikat dalam pandangan sealiran dengan BN yang telah banyak melakukan manipulasi kuasa semata-mata mahu terus menipu rakyat Malaysia,” katanya.
Malaysian Insider
N-45 Galas: Tok Guru Islamkan 3 Orang Asal Di Lojing
Click on people's faces in the photo to tag them. |
Bn JANGAN CEPAT MELATAH
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 2 Nov: Kajian lapangan yang dijalankan oleh Ilham Centre pada 29 hingga 31 Oktober mendapati BN mendahului PAS sebagai parti yang akan memenangi pilihan raya ini iaitu 22 peratus manakala PAS 15.6 peratus namun 54.1 peratus lagi respondan tidak membuat kenyataan pasti. Ilham Centre, sebuah firma penyelidikan lapangan bebas, menemui bahawa jumlah pengundi yang meletakkan jawapan TIDAK PASTI dalam jangkaan parti mana akan menang adalah paling tinggi berbanding kawasan lain dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini terutama dalam saat hampir dengan tarikh pengundian. Namun begitu, hasil kajian ini tidak perlu dirungsingkan sangat oleh PAS kerana 45 peratus respondan adalah ahli Umno berbanding dengan 20 peratus PAS dan PR dan 35 peratus lagi pengundi atas pagar. Berikut adalah sebahagian ringkasan eksekutif yang dibuat oleh penal penyelidik Ilham Centre terhadap kajian mereka ini. Dalam dapatan kaji selidik menunjukkan bahawa isu pemilikan tanah agak kritikal dibangkitkan oleh pengundi terutama di Daerah Mengundi Kampung Pulai, Batu Papan, Lepan Tupai dan Sungai Terah. Isu tanah diwakili peratusan tertinggi isu utama bagi pengundi Galas iaitu sebanyak 56.5 peratus Rungutan infrastruktur yang kurang memuaskan sebanyak 45 peratus. Sepanjang pemerhatian lapangan, kempen menerusi jentera mahupun program kerajaan agak kurang meriah berbanding beberapa siri pilihan raya kecil yang lain. Jentera kedua parti yang bertanding kelihatan sukar menghidupkan pos-pos bertugas parti. Kebanyakannya digerakkan oleh jentera daripada luar Galas. Namun, jika dibandingkan, jentera PAS dilihat lebih komited dan agresif berbanding jentera UMNO/BN setakat tempoh kajian lapangan ini dijalankan. |
SELEPAS DI TEGUR MUSA AMAN MENGELUAARKAN KENYATAAN AKAN MEMERHATI PERBICARAAN ANWAR
Badan Hak Asasai Manusia menggesa Malaysia menggugurkan dakwaan ke atas Anwar dan membidas kes itu sebagai "charade of justice," atau 'keadilan kepura-puraan' dan Amerika Syarikat telah memberi amaran bahawa ia sedang memerhati dengan teliti peristiwa berkenaan.
Namun isu ini bukanlah mudah untuk di tepis.Umno akan menyatakan bahawa Anwar adalah egen Amerika sebagaimana yang semua maklumkan.Kita tidak tahu apa yang di "gempar" atau di beri kata dua kepada Musa Aman sehingga beliau membuat kenyataan tersebut.Ini perlu ditangani dengan berhemah oleh Bn kerana ianya akan memberi kesan hebat keatas pelaburan dan rakyat akan menderita sekiranya Amerika memboikot semua pelaburan baik di dalam mahupun di luar..
Setiap kenyataan yang di buat oleh pimpinan Umno dilihat sebagai satu ejekan kepada Amerika.Mana mungkin mereka tidak tahu akan tindak tanduk yang Malaysia lakukan,apa yang pimpinan Umno cakapkan dan apa propaganda yang Umno mainkan.Maka kerana itu, sistem kehakiman,dan semua sistem yang menjurus kepada kegagalan fungsi negara ini ..dilihat sebagai satu langkah yang boleh menjauhkan para pelabur , maka kerana itu semuanya harus di tukar.Bagaimanakah menukarnya ??? hanya ada satu jalan ..iaitu tumbangkan Bn.
wrlr
SIAPA SUDAH MULA MAIN KOTOR?
Tuesday, November 2, 2010
KEMUNCAK penentuan ibarat ‘menghitung hari’ siapakah bakal dinobatkan pengundi Parlimen Batu Sapi sebagai ‘Wakil Rakyat Baru’ untuk 30 bulan lagi setelah hanya kira kira 45 jam dari sekarang percaturan politik di PRK Batu Sapi akan ditutup.
Kerancakan mengatur langkah dan strategi di pusingan terakhir bagi setiap parti politik yang bertanding seperti BN, PR dan SAPP nampak jelas begitu ketara sekali kesibukannya sehinggakan ada calon yang kebingungan kerana program debat sini dan debat sana, akhirnya calon PKR Haji Ansari tersesat ‘venue’.
Haji Ansari pada mulanya menyangkakan perhimpunan SAPP di Dewan Serbaguna Hakka, Batu 6, pada Ahad yang dihadiri kira-kira lebih 2,000 orang itu adalah ‘venue’ debat di antara Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman dengan Calon SAPP Batu Sapi Datuk Yong Teck Lee, tetapi sebenarnya debat itu telah dibatalkan.
Bagaimana pun, Ansari setelah dimaklumkan Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong bahawa debat itu telah dibatalkan beliau telah meninggalkan tempat itu walaupun dipelawa untuk duduk di kerusi depan selaku tetamu kehormat untuk mengikuti ceramah politik di situ.
Sementara itu, dipihak BN pula petugas parti itu kini sibuk mengatur strategi lain dalam usaha terakhir menarik seberapa ramai pengundi Batu Sapi untuk memihak/mengundi kepada calon BN Datin Linda Tsen pada 4 November kelak.
Di kawasan perkampungan pengundi bumiputra Islam kelihatan beberapa tompok dan longgokan barangan peralatan rumah seperti zing dan sebagainya konon untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan.
Salam Hormat,
YUSOP Z (sabahkini)
APAKAH MALAYSIA MENJADI PUSAT LONGGOKAN DADAH??
Berita hari ini amat membimbangkan.Kerajaan menyatakan bahawa memacu kejayaan dengan berbagai aktiviti yang baik,canggih dan hebat, namun terlupa untuk membanteras najis dadah???Bagaiaman dengan NEP dan juga NKRA,NKRI,EPI...yang orang kkampung sendiri tak faham..namun kerajaan masih boleh bersahaja memperkenalkannya .
Bagi aku semua ini masih tidak sampai kepada orang kampung , kerana orang kampung dan penduduk Malaysia ini hanya membaca 8 muka surat setahun..
Adakah dengan dasar ini akan menjadikan rakyat negara kita mengejar sesuatu yang selama ini pula ketinggalan yang lain di mana dadah menjadi masalah besar, dan menjadikan ibubapa merasa risau dengan anak mereka.
Fikir-fikirkan kita adakah kerajaan melepaskan semua ini hanya dengan pembanggunan yang di rancang dan memberi tumpuan kepada ekonomi tanpa mengambilkira masalah yang boleh menjatuhkan negara ini.
wrlr
APANAMA??? BERUK???
Laungan “pengecut” dan “Allahu Akbar” bergema sambil penunjuk perasaan menggegarkan pagar berkenaan.
DUN Pulau Pinang mula bersidang semalam.