WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

GANTI ORANG KEDAH..AWAT INGAT KAMI TAK CERDIK KA..

Pemuda Kedah: Gantikan pengerusi Umno negeri ‘diimport’


Pemuda Kedah: Gantikan pengerusi Umno negeri ‘diimport’

Oleh Adib Zalkapli
October 20, 2010

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Perwakilan Pemuda Umno dari Kedah hari ini menggesa agar kepimpinan parti menukar pengerusi-pengerusi perhubungan yang “diimport” dari negeri lain sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ketua Pemuda Jerai Bassori Hassan berkata, pelantikan Datuk Seri Shafie Apdal (gambar) dari Sabah sebagai pengerusi negeri sebenarnya memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk menyerang ahli-ahli politik tempatan.

“Datuk Seri Shafie ini orang hebat, dia mampu menangkan negeri Kedah ini. Tapi kita kena realistik.

“Sentimen ini dimain-mainkan oleh pembangkang, takde pemimpin baik dari Kedah sampai kena import pemimpin dari luar.

“Tolong kaji balik pelantikan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah dan negeri-negeri pembangkang lain,” kata beliau ketika menyertai perbahasan pada Persidangan Pergerakan Pemuda Umno hari ini.

Bassori berkata mereka yang memegang jawatan pengerusi perhubungan negeri juga harus mempunyai hubungan yang kukuh dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri dan istana untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Shafie dilantik sebagai pengerusi Kedah bersama dengan dua naib presiden lain iaitu Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang masing-masing menerajui kepimpinan Umno Terengganu dan Pulau Pinang.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pula merupakan pengerusi Umno Selangor manakala timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai Umno Wilayah Persekutuan.

AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, October 20, 2010 No comments:
Share

JMM serah bukti Malaysian Insider fitnah kerajaan

KALAU PORTAL PEMBANGKANG SENANG-SENANG SAHAJA NAK KENAKAN.KRITIK SIKIT DAH KATA HASUT.KALAU LIHAT AKHBAR UTUSAN ALAHAI....

20/10/2010 3:47pm

CYBERJAYA 20 Okt — Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia beberapa artikel dan dokumen yang dianggapnya sebagai bukti berhubung dakwaan kononnya portal berita, The Malaysian Insider, memfitnah kerajaan.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata artikel The Malaysia Insider yang berbentuk “fitnah, hasutan dan ugutan” itu diserahkan kepada pegawai penyiasat SKMM pada 9.50 pagi tadi.

Dua hari lepas, JMM mengadakan satu demonstrasi bagi menuntut supaya The Malaysia Insider ditutup dan penajanya diberkas.

Azwanddin berkata beliau akan menyerahkan lebih banyak dokumen untuk membantu SKMM menjalankan siasatan.

Ditanya sama ada JMM sudah membuat laporan polis berkaitan dakwaan itu, beliau berkata: “Setelah mereka (SKMM) lakukan siasatan, mereka yang bawa kepada pihak polis. Itu prosedur SKMM.” — Bernama


PERHIMPUNAN AGONG UMNO...TAPI KUTUK PEMBANGKANG, BUKAN NAK PERBETUL PARTI SENDIRI..



Pembangkang seperti raksasa satu badan, tiga kepala….

PAU2010 Pemuda UMNO menggambarkan pakatan pembangkang umpama –Cerberus-raksasa hodoh dalam hikayat klasik Rumani dengan tiga kepada terjulur dari badan. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT -20/10/2010

AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, October 20, 2010 No comments:
Share

BERAPA KALI NAK BELAJAR DAAA..

"Kita harus belajar dari keputusan pilihanraya umum yang lalu di mana jelas kita hampir kalah sebab hilang sokongan bukan Melayu," katanya yang juga ahli parlimen Rembau.


Bukan sahaja kehilangan sokongan bukan melayu , tetapi Melayu juga hilang...Namun Umno masih mengharapkan sokongan Melayu, tempat tersebut sebenarnya telah diambil alih oleh Parti PAS .

"Kalau kita mengharapkan undi orang Melayu semata-mata, kita harus ingat bahawa hanya 73 kerusi parlimen sahaja yang mempunyai majoriti dominan Melayu 70 peratus ke atas. Inilah hakikat dan realitinya," katanya.

Walau pun mempunyai dominan 70% keatas, 30% lagi Umno harus berkongsi dengan undi bangsa Cina dan India dan 70% juga terpaksa berkongsi dengan penyokong PAS dan PKR...akhirnya Umno tingal kenangan...
AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, October 20, 2010 No comments:
Share

+PERHIMPUNAN NAK MULIAKAN MELAYU?SEMUA BOLEHHH.....

Siswa UKM sertai raptai perhimpunan Umno?
Abdul Rahim Sabri | Okt 20, 10 3:00PM
Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam dua mahasiswa UKM di dalam foto yang disiarkan akhbar Berita Harian.








AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, October 20, 2010 No comments:
Share
‹
›
Home
View web version
Powered by Blogger.