MANA YANG TAK MAHU DUIT...BAGI PADA KAMI...

Wang judi: Warga emas tolak fitnah Umno
Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.

Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.

Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.

Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.

"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.

Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.

"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.

Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.

"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Bagi Sambasivam (kanan) pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.

Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.


KERJA KOSONG

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Dimaklumkan bahawa, pihak Majlis akan mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti dilampiran. Sehubungan itu, c ara-cara memohon adalah seperti berikut:-

CARA MEMOHON :

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ.BP 1/2002) yang dijual dengan harga RM5.00 sekeping di Kaunter Bahagian Sumber Manusia, MBPJ bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari bekerja mulai 5 Oktober 2010 atau mengemukakan satu sampul surat bersaiz 32sm X 23sm yang beralamat sendiri, bersetem 60 sen dan Wang Pos RM5.00 di atas nama Datuk Bandar MBPJ. Borang juga boleh dimuat turun dari Laman Web MBPJ ( www.mbpj.gov.my ). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan :-

(a) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.

(b) Salinan Sijil-sijil Persekolahan.

(c) Salinan Kelulusan Akademik (sila sertakan surat pengesahan

pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara – ( jika yang

berkenaan)

(d) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester -( jika yang

berkenaan)

(e) Sekeping gambar ukuran pasport (Warna).

(f) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri

sampul surat permohonan.

PERHATIAN :

Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab “A” dan pastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama.

PENTING :

(a) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak .

(b) Permohonan yang lewat akan ditolak.

(c) Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga .

(d) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6

bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya .

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:-

DATUK BANDAR,

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA,

JALAN YONG SHOOK LIN,

46675 PETALING JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN.

(u.p. : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 18HB OKTOBER 2010 (ISNIN)

3. Sila hebahkan dan pamerkan di Papan Kenyataan Jabatan/Bahagian tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

TP(SM)


HATI-HATI JIKA MENERIMA KEMASUKAN MEREKA.?

Lebih ramai ahli Gerakan akan sertai Pakatan, PCM
Susan Loone
Okt 12, 10
3:22pm
Kongsi 0
Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Gerakan Pulau Pinang yang berakhir Ahad lalu dilihat masih belum meredakan krisis kepimpinan parti itu. Ia berikutan beberapa bahagian yang tidak berpuas hati, mengugut untuk menyertai parti lawan.

Menurut bekas naib presiden Gerakan, Huan Cheng Guan, parti yang baru ditubuhkannya, Parti Cinta Malaysia (PCM) telah didatangi oleh beberapa ahli Gerakan yang bercadang membubarkan bahagian mereka kerana tidak berpuas hati dengan keputusan EGM berkenaan.

EGM pada 10 Oktober lalu memutuskan bahawa lebih separuh daripada 322 perwakilan yang mengundi menyokong Datuk Dr Teng Hock Nan kekal sebagai ketua Gerakan Pulau Pinang. Beliau menang dengan kelebihan 29 undi, manakala 145 perwakilan mahu Teng dilucutkan jawatannya. Terdapat satu undi rosak.

Di sebalik kemenangan Teng, ada perwakilan yang berpendapat rasa tidak puas hati terhadap mereka yang mahu beliau dipecat diberikan tumpuan khas agara pembaharuan dapat dilakukan.

Huan yang sekarang ini adalah naib presiden PCM berkata beberapa pemimpin peringkat bahagian dan cawangan juga telah menyatakan minat mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat atau PCM.

Antara mereka, dakwanya adalah Kebun Sireh yang bercadang membubarkan bahagiannya bagi membolehkan ahlinya menyertai PKR manakala ahli bahagian Bukit Tengah pula dikatakan berminat menyerati DAP.

"Lebih banyak bahagian akan mengambil tindakan yang sama dan membubarkan bahagian masing-masing dan anggota mereka akan menyertai PCM. Orang yang patut dipersalahkan ialah diri Teng sendiri, kerana mengamalkan politik berpuak-puak,” Kata Huan.

Ketika dihubungi, ketua bahagian Kebun Sireh, Sim Chooi Kung mengesahkan anggota bahagiannya bercadang meninggalkan Gerakan kerana tidak berpuas hati Teng kekal ketua parti itu meskipun mereka mengundi menentangnya.

Menurut Sim, anggota Kebun Sireh yang dianggarkan berjumlah 250, bebas menyertai mana-mana parti tetapi kebanyakan mereka memilih PKR, meskipun parti itu tidak mempunyai bahagian di kawasan itu.

“Kami bercadang letak jawatan beramai-ramai dan menubuhkan bahagian PKR yang baru. Ahli akan bermesyuarat minggu ini sebelum kami mengumumkan keputusan rasmi,” katanya.

Ketua bahagian Bukit Tengah Lee Nam Sim pula keberatan untuk mendedahkan rancangan pembubaran bahagian itu tetapi memberitahu mereka akan bermesyuarat dalam sehari dua ini bagi membincangkan tindakan susulan.

"Selepas berbincang, kita akan membuat keputusan rasmi,” kata Lee.

Sementara itu, Teng berkata beliau tidak mempunyai maklumat berhubung desas desus ada bahagian yang mahu meninggalkan Gerakan berikutan EGM berkenaan.

"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Saya juga tidak akan memanggil untuk bertanyakan mengapa mereka mahu meninggalkan Gerakan. Kita akan lihat apa yang terjadi selepas ini,” katanya ketika dihubungi.

Adalah dipercayai ketua bahagian Kepala Batas Gerakan Jeffrey Beh meletakkan jawatannya hari ini bersama 300 penyokongnya.

[Baca berita penuh]

Tanam semula: Ahmad guris perasaan peneroka


Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Datuk Ahmad Maslan diminta menghentikan segera pembohongan dan dolak dalik berhubung isu Felda khususnya wang tanam semula kepada peneroka persendirian.

Gesaan itu dibuat Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman merujuk kepada beberapa kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang dianggap bukan sahaja cuba memperbodoh peneroka malah tidak wajar keluar dari mulut seorang menteri.

Antaranya kenyataan Ahmad yang mendakwa kebun peneroka tanam sendiri menjadi hutan, penuh dengan babi, ular sawa, tikus dan kumbang.

Beliau juga mendakwa wang tanam semula RM17,000 diguna peneroka membeli motor, kereta dan membaiki rumah.

"Saya gesa beliau menarik balik kenyataan yang mengguris perasaan lebih 14,00 peneroka sawit yang mengurus kebun mereka secara persendirian dengan kadar segera.

"Jika tidak, laporan polis besar-besaran akan di buat di seluruh negara," kata Mazlan pada sidang media di parlimen hari ini.

Hadir sama pada sidang media tersebut, wakil-wakil peneroka yang menanam sendiri dan bekas kakitangan yang bekerja hampir 30 tahun Felda.

Selain itu beliau turut mempersoal adakah Felda memberi kebebasan kepada peneroka untuk mengurus kebun secara persendirian, sedangkan pada masa yang sama Felda juga mengeluarkan pekeliling melarang peneroka berbuat demikian.

"Kalau tiada paksaan, kenapa Felda mengeluarkan pekeliling mengugut peneroka agar mencabut anak sawit yang telah ditanam secara persendirian?" soalnya.

Menurutnya lagi, terdapat peneroka yang telah menanam sendiri hampir 10 tahun, namun wang tanam semula yang dijanjikan Felda tidak diperolehi.

Sehubungan itu, beliau juga mendesak Ahmad dan Felda jangan berdolak dalik, sebaliknya menjelaskan bayaran wang tanam semula dalam masa tiga bulan.

"3,000 peneroka di Pahang sekarang ini masih lagi menunggu wang tanam semula mereka.

"Jika gagal berbuat demikian, Anak akan atur rombongan peneroka setiap minggu ke Ibu Pejabat Felda di jalan Semarak setiap minggu," katanya lagi.

Kumpulan pertama yang akan dihantar adalah dari Felda Gugusan Sungai Dusun Ulu Selangor yang dijanjikan wang tanam semula oleh Felda pada pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

"Jika tidak dapat wang tanam semula, peneroka tidak teragak-agak membawanya ke mahkamah.

"Peneroka pilih mahkamah sebab itu jalan terakhir setelah perundingan dibuat begitu lama namun Felda belum bayar," jelasnya.