WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Tiada bukti: Siasatan dakwaan Tee Keat terima RM10j ditutup?

27/04/2010 8:02pm

PUTRAJAYA 27 April – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap beliau kerana didakwa menerima RM10 juta daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Dimensi Sdn. Bhd., Datuk Seri Tiong King Sing, telah ditutup dan tiada siasatan lanjut.

Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh SPRM dalam surat yang diterimanya pada 22 April lalu yang menyatakan bahawa tiada bukti yang dapat mengaitkan beliau dengan dakwaan berkenaan.

"Kes ini saya dimaklumkan bahawa ia telah tamat siasatan dan tidak akan dilanjutkan siasatannya. Tiada sebarang bukti yang membuktikan tuduhan-tuduhan liar itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen “Red Means Stop" anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya bersama Sun Media Corporation Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Tahun lepas, SPRM memanggil Tee Keat untuk disoal siasat berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan dakwaan kononnya beliau menerima RM10 juta daripada King Sing untuk aktiviti MCA.

Ketika itu, Tee Keat adalah Presiden MCA, manakala Kuala Dimensi adalah kontraktor utama bagi pembinaan PKFZ.

"Kini telahpun jelas senario sebenarnya, walaupun jawapan ini saya terima agak lewat sedangkan saya sedia maklum kes ini telahpun tamat siasatannya agak awal sebelum ini.

"Tanpa atas apa sebab, saya baru dapat maklum balas atau jawapan pada 22 April lalu,” katanya. – Bernama

MACAMANA TAK ADA BUKTI APABILA PEMBERI MENGAKU MEMBERI.PELIK DAN TAK FAHAM JUGA ..

AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, April 27, 2010 No comments:
Share

PORTAL UMNO BERI PANDANGAN : Sekilas pandang: Kenapa hanya majoriti 1,725 undi...

Sekilas pandang: Kenapa hanya majoriti 1,725 undi...

Oleh: ROSLAN BIAN



BUKAN TERPENGARUH DENGAN BUDAYA PAS..TETAPI KERANA ORANG CINA LEBIH CERDIK KERANA BANYAK MEMBACA DAN AKHBAR MEREKA LEBIH BEBAS.ORANG CINA TAK TENGOK TV3 SUKU,TV1 PENIPU.MEREKA TENGOK ASTRO.

Jika asalkan menang dijadikan ukuran, majoriti 1,725 undi diperolehi calon Barisan Nasional (BN), P.Kamalanathan dianggap memadai.

Namun, jika mahu dijadikan ukuran rakyat khususnya pengundi-pengundi Parlimen Hulu Selangor mengatakan mereka sudah kembali menyokong kerajaan BN, ianya masih jauh lagi.

Pemimpin-pemimpin dan jentera BN boleh berpuashati hati dapat merampas semula kerusi Hulu Selangor ekoran kekalahan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Ayam sabung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memperolehi 23,272 undi berbanding Kamalanathan yang mendapat 24,997 undi.

Andai diteliti, calon PKR walaupun tewas tetapi undi diperolehi meningkat berbanding yang dimenangi calon parti sama pada pilihanraya umum lalu, allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad sebanyak 23,177 undi.

Ini bererti pengundi-pengundi yang menyokong pembangkang masih utuh di Hulu Selangor.

Ini juga bermakna, Kamalanathan diselamatkan oleh peningkatan jumlah pengundi berdaftar serta peratus keluar mengundi pada 25 April.

Pada pilihanraya umum lalu, calon BN Datuk G.Palanivel yang tewas kepada Dr Zainal memperolehi 22,979 undi tetapi Kamalanathan dapat sokongan undi sebanyak 24,997.

Amat jelas pertambahan 2,018 undi kepada calon BN ini disebabkan peningkatan jumlah pengundi serta yang keluar mengundi seramai kira-kira 49,000 berbanding 47,622 pengundi pada pilihanraya 2008.

Meneliti angka-angka di atas, BN tidak boleh selesa dengan kemenangan di Hulu Selangor.

Kemenangan ini tidak boleh menutup fakta BN tewas tujuh daripada sembilan pilihan raya kecil sebelum ini.

Kejayaan kecil ini juga tidak boleh dijadukan ukuran Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan – Pencapaian Diutamakan’ bergerak laju menuju matlamatnya.

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pastinya berusaha yang terbaik bagi memenuhi tuntutan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya.

Apapun, pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor memberi banyak pengajaran kepada Perdana Menteri untuk menilai sama ada golongan bukan Melayu mahu terus bersama-sama kerajaan mencapai matlamat Gagasan 1Malaysia.

Walaupun belum ada angka rasmi tetapi umum sudah mengetahui sokongan pengundi-pengundi Cina masih ketara belum memihak kepada BN begitu juga dengan masyarakat India.

Kenapa jadi begini?

Pasti Najib sebagai pengerusi BN dan barisan kepimpinan parti komponen dapat mengesan masalah-malasah ini dalam ‘post mortem’ terhadap keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Bagaimanapun, sekilas pandang perkara-perkara ini harus diberikan perhatian.

Pengundi-pengundi Cina nampaknya sudah terpengaruh dengan budaya PAS dalam membuat keputusan pilihanraya.

Ungkapan ‘Beri kain pakai, beri gula makan, beri pitih (wang) ambil’ yang cukup popular dikalangan PAS boleh dikatakan sudah dipraktikkan juga oleh pengundi-pengundi Cina.

Ketika kempen pilihanraya, walaupun kerajaan memberikan bantuan dan menyelesaikan masalah-masalah kaum ini tetapi ternyata hasil undi Cina kepada calon BN amat mengecewakan.

Ada pula pendapat mengatakan undi protes dikalangan ahli-ahli MCA sendiri yang tidak berpuashati dengan keputusan pemilihan parti itu bulan lalu kerana Datuk Seri Chua Soi Lek bukan dipilih presiden parti dengan majoriti dua pertiga.

Faktor penyokong-penyokong Timbalan Presiden MIC, G.Palanivel yang tidak dicalonkan semula juga turut memberi kesan.Undi protea kumpulan ini juga tidak dapat dielakkan.

Satu paktor lain yang perlu dipandang pimpinan BN adalah mesej jelas bahawa pengundi-pengundi Melayu masih menolak calon MIC bertanding di kawasan itu.

Ini dapat dilihat dengan jumlah lebih 6,000 undi yang memenangkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen Hulu Selangor pada 2008 masih ‘belum kembali’ kepada BN berdasarkan jumlah pengundian Ahad.

Dalam erti kata lain, lupakan apa sahaja pembangkang akan kata mengenai punca kekalahan Zaid tetapi sekilas pandang, BN hanya menang tetapi berhati-hatilah kerana tidak guna menang sorak jika kampong tergadai pada pilihanraya umum akan datang.

Justru itu, cabaran terbesar adalah memahami sikap pengundi-pengundi sama ada Melayu. Cina ataupun India pada tempoh berbaki tidak sampai tiga tahun lagi bagi pilihanraya umum ke 13.

Perlu diingat juga, pilihanraya kecil Parlimen Sibu Sarawak 16 Mei ini pasti menjanjikan sesuatu lebih sengit dengan pembangkang khususnya DAP yang akan meletakkan calonnya sudah tentu mahu menebus kekalahan pakatan pembangkang di Hulu Selangor.-26/4/2010



Printable Version | Email to a Friend
AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, April 27, 2010 No comments:
Share

Faktor kekalahan PR di Hulu Selangor

Faktor kekalahan PR di Hulu Selangor


Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Parti perasuah besar di Malaysia, BN kini berbulan madu selepas kemenangan mereka di Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi walaupun membelanjankan jutaan ringgit selain dengan cara kotor dan jijik dalam Pilihan Raya paling tersebut.

Namun, apa yang pasti Pakatan Rakyat (PR), harus mengambil apa jua iktibar akibat kekalahan itu termasuklah faktor-faktor berikut.

Jentera PR tidak digerakan semaksima mungkin.

Parti Barang Naik, BN, yang memulakan kempen kotornya dengan mengaitkan calon PR, Datuk Zaid Ibrahim dengan arak, walaupun dibalas dengan penerangan ratusan ribu risalah oleh Angkatan Muda PKR bersama jentera Pakatan Rakyat tetap dilihat gagal.

Ini kerana tinjauan erapakatan.com mendapati ada beberapa buah kampung kecil langsung tidak menerima bahan kempen itu.

Anehnya, di kampung tersebut turut tiada bendera PKR selain jentera BN awal-awal lagi telah mendirikan bilik gerakan mereka.

Malah, di salah sebuah papan kenyataan di balai raya tersebut jelas menunjukkan risalah BN dengan propaganda fitnahnya jelas tertera di situ.

Perpecahan ahli PKR di Hulu Selangor

Selain itu, walaupun tindakan Dr. Halili Rahmat yang keluar parti tidak diikuti oleh orang rapatnya teermasuklah mereka yang bersamanya seawal tahun 1998 dulu, namun perpecahan yang wujud dikalangan ahli parti itu dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor bukan lagi rahsia besar.

Sumber memberitahu, sekurang-kurangnya terdapat empat kem PKR dalam kawasan itu terutamanya selepas kemenangan PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Empat kem itu pula bukan sahaja mengadakan aktiviti mengikut kumpulan masing-masing malah wujud usaha untuk menjatuhkan antara satu sama lain termasuklah dalam satu mesyuarat beberapa bulan sebelum pencalonan Datuk Zaid Ibrahim.

Empat kem itu yang antaranya bergerak di bawah sekretariat tertentu, juga bergerak mengikut Cabang, Parlimen dan pemimpin tertentu sekaligus melumpuhkan jentara PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini.

Antara Ofensif dan Defensif

Turut menjadi faktor kekalahan PR pada kali ini juga ialah apabila jentera parti lebih bersikap defensif atau bertahan berbanding startegi ofensif atau menyerang seperti yang dilakukannya sebelum ini.

Ini terbuti apabila awal-awal lagi jentera BN melakukan serangan dan provokasi melalui bebarapa bill board dan kain rentang, sesuatu yang berbeza dari sebelumnya yang mana pihak Pakatan Rakyat lebih mendahului.

Bill Board itu termasuklah mengaitkan calon PR dengan arak, selain menggambarkan gabuang parti PKR, PAS dan DAP sebagai bermasalah yang diletakkan di jalan-jalan utama dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Kesimpulan

Walaubagaimanapun, PRK di Hulu Selangor sudah pun menjadi sejarah, tinggal lagi bagaimana PR mengambil iktibar dari kekalahan itu kerana jumlah majoriti 1,725 yang diraih oleh BN itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan jutaan ringgit campur perbuatan keji yang dilakukan oleh mereka.

Malah, keputusan itu bolehlah disifatkan sebagai ‘kalah’ kerana jumlah keseluruhan undi BN jika dicampur dalam ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam kawasan Parlimen itu seperti mana dalam PRU lalu adalah jauh lebih tinggi berbanding angka 1,725 itu.

Sebelum ini, BN meramalkan mereka akan menang kira-kira 5,000 majoriti dan angka 1,725 undi itu jauh lebih kecil selain bantuan Suruhanja Pilihan raya (SPR) yang memindahkan ribuan pengundi termasuklah ke kawasan Selayang yang dilihat bertujuan untuk memenangkan BN sepertimana yang didedahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh.

Tetapi yang pasti, undi masyarakat Cina terhadap PR bukan sahaja terus mencatatkan peningkatan malah pastinya menjadi igauan ngeri buat BN menjelang PRK Parlimen Sibu Mei ini.

Untuk rekod, masyarakat Cina di Hulu Selangor terdiri daripada luar Bandar berbanding masyarakat Cina di majoriti kawasan Bandar dalam Parlimen Sibu yang pastinya membuatkan fakta ini mengganggu tidur Presiden Umno, Najib Razak.

AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, April 27, 2010 No comments:
Share
‹
›
Home
View web version
Powered by Blogger.