PETALING JAYA, 20 April: Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata pemimpin Umno juga ramai mengambil alkohol sepertinya dahulu namun tidak berniat untuk mengaibkan mereka.
Beliau sewaktu wawancara eksklusif bersama Harakah dan Harakahdaily semalam memberitahu, isu itu sengaja ditimbulkan pemimpin Umno/BN setelah beliau menyertai Pakatan Rakyat kerana mahu menjatuhkan karier politiknya.
"Saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri-menteri macam saya dulu, tapi tidak menjadi isu pada waktu itu.
"Peribadi saya, karektor saya, Islam saya dipersoal setelah saya bersama-sama Pakatan Rakyat,” katanya yang juga pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menurutnya, apa yang berlaku itu adalah sejarah lampau yang sudah lama ditinggalkannya yang berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruk itu.
"Saya manusia, dalam lumrah hidup kita adalah salah silap, tapi yang pentingnya apakah saya insaf dan sedar.
"Itulah beza saya dengan menteri Umno, saya berterus terang bukan hipokrit," tambahnya lagi.
Mengenai serangan peribadi oleh Umno terhadapnya, beliau menyerahkan kepada pengundi Hulu Selangor untuk menilai sikapnya setelah membuat pengakuan jujur sebelum ini.
Berhubung tuduhan bahawa beliau kaki judi pula, Zaid berkata semua tohmahan yang dilemparkan Umno itu tidak betul, sebaliknya perkara itu dilakukan pemimpin Umno.
"Kaki judi ini sebenarnya langsung tidak betul, yang berjudi besar sebenarnya di kasino-kasino adalah menteri-menteri Umno, berjuta-juta ringgit, hutang tak bayar, tidak ada apa-apa tindakan terhadap mereka.
"Tapi saya tak nak sebut dan tak nak aibkan mereka," jelasnya.
Sewaktu bertanding sebagai calon Umno/BN pada PRU 2004 di Kelantan, katanya, PAS sebagai parti lawan pada waktu itu langsung tidak menyentuh isu peribadinya biarpun parti Islam itu tahu latar belakang dirinya.
Tetapi pemimpin Umno kini sangat terdesak dan sangat takut sehingga terpaksa menggunakan taktik jahat menyerang peribadinya.
"Inilah budaya politik Umno sebenarnya, politik manusia yang takut kuasa mereka hilang.
"Inilah petanda mereka sedang cemas," katanya.
DEDAHKAN SIAPA YANG TERTIDUR DI MEJA KASINO DI LAS VEGAS....
HABISLAH MENTERI NI.BUKAN MAIN LAGI CAKAP DALAM DEWAN.....
Kes Bung, Zizie: Abang, adik, rakan dituduh bersubahat
KUALA LUMPUR 20 April – Dua abang dan adik Zizie Ezette Abdul Samad serta dua rakan Datuk Bung Mokhtar Radin mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini atas tuduhan bersubahat dengan Bung Mokhtar melakukan poligami tanpa kebenaran mahkamah.
Kesemua mereka dibebaskan dengan bon jaminan lisan RM250 setiap seorang.
Mahkamah juga menetapkan tarikh 18 Mei ini untuk menjatuhkan hukuman ke atas mereka dan juga juga pasangan suami isteri itu. – Utusan
AKIBAT LANGGAR KONTRAK F5E..ATM DI SAMAN.GAMAKNYA SEBAB ENJIN F5E HILANG
Keputusan kes saman RM480 juta ditunda 7 Jun
KUALA LUMPUR 20 April - Keputusan kes saman Langkawi R&D Academy Sdn. Bhd. (Lasdac) terhadap Menteri Pertahanan dan dua lagi bagi menuntut ganti rugi RM480 juta kerana didakwa melanggar kontrak berhubung kerja-kerja menaik taraf pesawat pejuang F5 akan diumumkan pada 11 Jun.
Keputusan kes tersebut yang sepatutnya diketahui 14 Mei ditunda ke tarikh tersebut atas permintaan Peguam Kanan Persekutuan, Noramilia Saad yang mahukan penambahan masa bagi beliau memfailkan hujahan bertulis yang sepatutnya diberikan pada 16 April lalu.
Pengerusi Lasdac, Brid. Gen (B) Datuk Amirul Ghani Abd. Ghani berkata, Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh baru bagi membolehkan Noramilia memfailkan hujahan bertulis beliau pada 20 April ini.
“Pihak kami pula akan memfailkan hujahan bertulils pada 15 Mei dan seterusnya Noramilia akan memfailkan jawapannya pada 26 Mei,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Utusan
LAIN KALI NAIK GAJI KAMI SAMA...SEBAB ITU JPJ MENGAMUK
1000 jika lakukan kesalahan jalan raya
KUALA LUMPUR, 19 April — Kadar kompaun maksimum yang boleh dikenakan bagi mana-mana kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 apabila pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikuatkuasakan kelak.
Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat, hari ini.
Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuklah menaikkan umur kelayakan bagi memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.
Selain itu, pindaan akta itu juga bertujuan memasukkan seksyen baru 13A yang memperuntukan mana-mana orang yang didapati bersalah membuat, mengeluar, mengedar, menjual atau memasang plat nombor pendaftaran palsu boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 atau dipenjarakan tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Pindaan Akta JPJ itu turut menaikkan penalti bagi kesalahan tidak memperagakan plat nombor pendaftaran mengikut syarat yang ditetapkan daripada RM200 sebelum ini kepada tidak melebihi RM3,000.
Pindaan itu turut mencadangkan supaya mana-mana orang yang didapati bersalah kerana menyebabkan bahaya, halangan atau menimbulkan kesusahan yang tidak patut kepada pengguna lain jalan dikenakan penalti tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 atau dipenjara tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, pindaan akta itu memasukkan subseksyen 117 (11) baru untuk menjadikan imej kesalahan lalu lintas yang dirakamkan melalui kamera boleh diterima sebagai keterangan, dan boleh menjadi bukti prima facie di dalam mana-mana prosiding mahkamah.
Turut dimasukkan adalah seksyen baru 27A mengenai pangkalan data pemandu bertujuan memudahkan sebarang maklumat termasuk notis mahkamah, penggantungan, pembatalan atau kehilangan kelayakan mana-mana orang untuk memegang atau mendapatkan lesen memandu dimasukkan ke dalam pangkalan data berkenaan.
Mana-mana orang yang lesen memandunya telah digantung, dibatal atau dihilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak boleh semasa tempoh digantung, dibatal atau kehilangan kelayakan itu memandu mana-mana kenderaan di jalan raya.
Mana-mana orang yang melanggar peraturan itu boleh didenda tidak kurang daripada RM3,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun. — Bernama
DEKLARASI 1 MEI 2010
DEKLARASI MEI 1, 2010
Rakyat Bantah GST
Cukai Yang Memiskinkan Rakyat
Tahun 2010 ; Dunia dan negara masih belum keluar dari kemelut Krisis Ekonomi yang melanda kita tahun lepas. Ramai pekerja yang masih belum mendapat kerja, ditambah pula dengan masalah rumah di lelong, harga barangan naik dan melalui keadaan dimana, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Dalam keadaan ini, Kerajaan Malaysia hendak mengimplementasi Cukai GST iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Dalam keadaan 80% rakyat Malaysia tidak bayar cukai sebab pendapatan mereka kurang dari RM 3000, kerajaan Malaysia hendak memaksa semua rakyat tidak kira tua, muda, kurang upaya, pelajar , miskin, kaya, semua orang untuk membayar cukai.
Alasannya, defisit kerajaan perlu dikurangkan dan pendapatan negara harus ditingkatkan. Namun, persoalannya adakah rakyat punca defisit kerajaan? Pastinya tidak . Punca defisit kewangan kerajaan ialah korupsi, penyalahgunaan kuasa, projek yang tidak bermaanfaat, bail out, politik wang dan pembaziran. Semua ini bukan dilakukan oleh rakyat biasa, tetapi pemimpin kerajaan dan kroni-kroni mereka . Maka kenapa pula rakyat perlu menanggung akibatnya ? Bukankah kerajaan adalah untuk rakyat dan bukannya sebalik ?
Mengikut laporan Model Ekonomi Baru, Malaysia adalah sebuah negara yang berpendapatan rendah dimana 80% rakyat mendapat pendapatan RM 3000 dan 40% daripada mereka mendapat pendapatan RM 1500 sahaja sebulan. Dalam laporan ini juga dikatakan jurang diantara kaya dan miskin di Malaysia semakin melebar. Mengikut laporan UNDP 1997 dan Laporan United Nations Human Development 2004, Malaysia mempunyai jurang pendapatan yang tertinggi di Asia Tenggara , lebih daripada Filipina, Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia. Laporan ini mengatakan, 10% orang kaya di Malaysia mengawal 38.4% kekayaan negara manakala 10% yang termiskin hanya menikmati 1.7% kekayaan negara
Dalam keadaan ini, adakah patut Cukai GST yang membebankan rakyat diperkenalkan?
Bukankah Cukai GST akan miskinkan rakyat kerana rakyat perlu bayar cukai untuk segala barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang diguna? Lagipun dengan pengenalan cukai GST , sudah tentu harga barangan akan meningkat dan akan membawa kepada inflasi. Walaupun kerajaan kata harga barangan tidak akan naik , tetapi pengalaman negara lain menunjukkan ia tidak benar.
Rancangan kerajaan adalah untuk melaksanakan Cukai GST dan mengurangkan cukai pendapatan individu dan syarikat. Adakah ini sesuatu yang adil dalam negara dimana 80% penduduknya tidak mampu membayar cukai? Bukankah ini satu tindakan yang akan membebankan rakyat ?
Jadi, Hari Pekerja, 1 Mei 2010 yang menjadi lambang kebangkitan kaum Pekerja terhadap penindasan adalah hari yang paling bermakna kepada kita untuk menyuarakan dengan kuat dan jelas iaitu :
1. RAKYAT MALAYSIA BANTAH CUKAI GST. CUKAI GST MEMISKINKAN RAKYAT !
Di samping itu, tuntutan-tuntutan lain kaum pekerja ialah :
2. Kekalkan Cukai Korporat di tahap 27%. Pengurangan cukai ini akan menyebabkan pengalihan beban cukai kepada rakyat biasa melalui Cukai GST
3. Gubal Akta Gaji Minima untuk semua pekerja dan mansuhkan polisi gaji murah
4. Wujudkan Tabung Pembuangan Kerja Dengan Segera – Bantuan terus kepada pekerja yang kehilangan kerja. Kerajaan harus memperuntukkan RM0.5 billion untuk mulakan tabung ini dan gunakannya untuk membantu mereka yang dibuang sehingga dapat kerja.
5. Cuti Bersalin 90 hari untuk pekerja wanita.
6. Menandatangani Konvensyen ILO berkenaan Pekerja Rumah dan juga instrumen antarabangsa yang berkaitan dengan perlindungan dan kebajikan pekerja.
7. Pengisthiharan Kesatuan Sekerja secara automatik dan pemansuhan undang-undang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang undang-undang baru bermotif memudahkan pembuangan pekerja oleh majikan.
-
Pastikan tempat kerja bebas daripada diskriminasi terhadap pekerja wanita. Gubal undang-undang Anti Gangguan Seksual.
9. Hak saksama kepada pekerja migran dan Pelarian dan perlindungan dari dianiyai oleh pihak Majikan, PDRM, RELA dan Imigresen.
10. Kementerian Kewangan harus mengadakan perbincangan dengan bank-bank untuk menangguhkan dan mengurangkan bayaran bulanan pinjaman perumahan warga pekerja berpendapatan rendah .
11. Sediakan atau Laksanakan Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli/dimiliki, lokasi strategik dan selesa untuk golongan yang berpendapatan rendah.
-
Hentikan penswastaan perkhidmatan asas seperti air dan hospital dan hentikan Skim Pembayaran Penuh Pesakit ( Full Paying Patient) di hospital kerajaan dengan segera.
13. Laksanakan Polisi ekonomi yang tidak mengira kaum dan jantina tetapi berlandaskan keperluan . Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua.
14. Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asli di Malaysia. Rancangan pembangunan tanah Orang Asli hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asli.
-
Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi para pekerja, antaranya ISA, OSA, EO, DDA, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.
-
Menuntut suatu sistem kerajaan yang benar-benar telus, bersih, kredible dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan.
1. Jaringan Rakyat Tertindas ( JERIT)
2. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
3. Persatuan Sahabat Wanita
4. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
5. DEMA
6. Alaigal
7. Community Development Centre ( CDC)
8. Civil Society Committee of LLG Cultural Development Centre
ZAID AKAN MENANG ,TAPI BERAPA???
Raja Petra Kamarudin
Kawan saya di satu kawasan dan bekerja swasta P. Balasubramaniam , telah membuat taruhan bahawa Datuk Zaid Ibrahim akan memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor oleh-pemilihan dengan majoriti dari 5.000 menjadi 6.000 suara. Aku, pada gilirannya, telah membuat taruhan bahawa majoriti Zaid akan berada di antara 3,000 hingga 5,000 undi. Aku tidak akan mendedahkan apa yang membuat taruhan ini tapi sepertinya kita berdua bersetuju bahawa majoriti Zaid akan menjadi sekitar 5.000 suara, plus-minus.
Melihat kempen yang dujalankan oleh pihak Barisan Nasional yang telah memulakan pada saat ini nampak bahawa mereka tidak ada isu yang benar-benar banyak untuk dilemparkan kepada Zaid. Dia memiliki kekayaan Dia adalah orang luar dan sebuah paracut atau calon payung terjun . Mengapa seorang calon Melayu dan tidak India? Dan semua hal-hal remeh seperti itu dan isu-isu kecil.
Jadi bagaimana jika Zaid memang punya kekayaan ? Apakah ini tidak membuktikan bahawa dia adalah seorang yang punya kekayaan individu? Berapa banyak jalan atau pembinaan projek yang dilakukan kerajaan diberikan kepadanya? Berapa banyak atau permit AP yang dia dapatkan? Berapa banyak pasir atau kayu konsesi yang diberikan kepada Zaid?
Zaid digunakan untuk kepala biro undang-undang yang terbesar di Malaysia. Jadi yang membuatnya kaya. Apakah itu tidak baik? Haruskah Kuasa dan UMNO tidak bernyanyi memuji dan berdiri tinggi dan bangga bahawa ada sekurang-kurangnya beberapa Melayu yang dapat membuatnya pada 'pasaran terbuka'?
Jadi tidak semua kejayaan yang berjaya seperti Melayu yang bernama Zaid ini . UMNO tidak mahu lebih banyak Melayu seperti ini, Melayu yang boleh berjaya bahkan ketika menghadapi persaingan yang ketat, kerana Melayu seperti ini tidak akan menyembah Umno untuk mendapatkan kontrak dan imbuhan serta menjadi pecacai mereka?
Sebelumnya hari ini, dalam pidato untuk memperingati ulang tahun ke-44 Mara, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa Melayu tidak boleh bangga selalu mendapat bantuan dari kerajaan. "Bantuan seperti subsidi ... harus diberikan ketika kita lemah. Adalah lebih baik jika kita dapat berdiri tegak di atas kaki kita sendiri. Jangan bangga dengan bantuan tersebut. Sebenarnya, kita tidak akan menjadi tuan kerana bantuan, "kata Dr Mahathir ketika beliau menyatakan kekesalan sikap masyarakat Melayu yang selalu mencari cara termudah menjadi kaya.
Bahkan Dr Mahathir, orang yang memegang Kuasa, berkata bahawa Melayu tidak boleh bangga dengan sikap ketuanan mereka. Hal ini dapat diulang bererti kita harus malu. Jika hal seperti ini diulangkan dan masih mengharapkan tongkat sebagai bantuan dari kerajaan ? Dan dalam hal ini, kejayaan Zaid sebagai seorang Melayu yang berjaya tanpa bantuan kerajaan?
Jadi mengapa mereka meengkritik Zaid kerana punya kekayaan ? Mengapa mereka tidak bernyani dan mendedndangkan lagu untuk beliau ? Zaid tidak merompak wang rakyat ? Zaid tidak mencuri harta kerajaan. Zaid tidak mencuri wang pembayar cukai. Zaid bekerja keras untuk meletakkan roti di atas meja. Dan itu merupakan kejahatan?
Ratusan Melayu lain juga menjadi peguam yang berjaya. Saya dapat senaraikan nama puluhan yang saya peribadi tahu dan yang sekarang sangat kaya. Aku tahu lebih banyak orang Cina dan India yang sekarang menjadi kaya kerana amalan undang-undang mereka. Dan ini seharusnya menjadi hal yang buruk?
Ketika Melayu menjadi kaya dengan cara yang salah kita mengeluh dan mendesah. Tapi ketika mereka menjadi kaya dengan cara yang benar kita mendera mereka. Jadi apa yang kita inginkan? Suami pun Salah. ITU pun Salah. Tak pahamlah mengenai Melayu.
Sebenarnya, Melayu seperti ketam. Mereka tidak bisa berjalan lurus dan mereka berusaha untuk mengajar orang lain bagaimana untuk berjalan lurus. Kemudian, apabila anda meletakkan ketam dalam bakul, mereka akan membawa turun orang-orang yang berusaha memanjat keluar. Jadi, pada akhirnya, tidak satu ketam akan memanjat keluar bakul kerana mereka akan saling menarik ke bawah setiap kali seseorang itu cuba untuk memanjat keluar. Saya rasa ini adalah mengapa sebahagian besar Melayu tidak berjaya. (busuk perut)
Dan ini adalah masalah nyata di sini. Melayu tidak tahan melihat Melayu lain menjadi berjaya. PHD: PERASAAN HASAD DENGKI.
Jadi, Zaid adalah dari Kelantan. Jadi apa salahnya ? Mengapa calon dari Kelantan untuk pemilihan di Selangor? Terengganu pernah memiliki orang Kelantan sebagai Menteri Besar. Ketika di letakkan calon Melayu, kita kemudiannya mempersoalkan dari mana asal mereka? Adakah Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Gobind Singh, dan yang lainnya semua dilahirkan di kota yang mereka bertanding?
Mat Sabu PAS telah pernah bertanding dalam Kedah, Penang, Kelantan, Terengganu dan semua tempat dan memenangi sebahagian besar nya . Tidak ada yang bertanya padanya di mana ia dilahirkan atau menuduhnya sebagai seorang calon bidan terjun . Jika saya ingin bertanding pemilihan umum lalu di mana harus aku bertanding ? Saya lahir di Surrey, Inggeris. Adakah ini bermakna tidak ada tempat bagi saya di mana saja di Malaysia?
Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak lahir di Permatang Pauh. Namun, dia tidak hanya memenangi kerusi tapi menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen juga.
Kita perlu melepaskan diri dari budaya pra-Merdeka tua di mana anda perlu dilahirkan di bandar itu untuk dapat bertanding kerusi di bandar itu.
Pada masa dahulu kita perlukan 4 hari 5 malam untuk berrtolak dari pantai timur ke Kuala Lumpur. Hari ini, diperlukan hanya jam. Pada masa dahulu untuk menerima surat memerlukan seminggu untuk surat tiba. Namun kini ianya boleh di hantar dan di baca secara online.
Waktu telah berubah. Kami sekarang tinggal di sebuah desa global dan sebuah dunia tanpa batas. Anda boleh dilahirkan di Inggeris, seperti saya, dan tetap bertanding di Hulu Selangor, Ulu Kelantan, Ulu Terengganu, Kuala Kedah, atau di mana pun. Itu tidak penting. Yang penting adalah bahawa anda boleh melayani kawasan pilihan raya anda.
Dan saya percaya Zaid Ibrahim boleh.
Zaid tidak peduli bangsa. Dia prihatin tentang hak asasi manusia dan keadilan. Dia bimbang tentang yang lemah.
Ringkasnya, Zaid adalah warna-buta. Dan itulah yang penting. Itulah yang kita ingin Malaysia Baru kini .
Selama lebih dari setengah abad sejak Merdeka orang Melayu di Kampung Raja Uda di Kelang, Selangor, memilih parti yang berkuasa. Mereka tidak pernah sekali memilih pembangkang. Untuk pertama kalinya dalam sejarah, pada tarikh 8 Mac 2008, Raja Melayu Kampung Uda mereka memilih Charles Santiago sebagai Ahli Parlimen.
Hari ini, Charles Santiago adalah Ahli Parlimen.
Apakah itu penting bagi orang Melayu di Kampung Raja Uda bahawa Charles Santiago adalah India? Apakah akan menjadi masalah ke India dari Hulu Selangor bahawa Zaid adalah Melayu? Atau adakah orang Melayu lebih matang dari India?
Ya, Zaid akan membantu India. Tapi ia akan membantu India yang miskin dan tidak layak Ananda Krishnan. Ya, Zaid akan membantu China. Tapi ia akan membantu cina miskin yangg layak untuk di bantu dan tidak Francis Yeoh. Dan Zaid juga akan membantu orang Melayu di pemukiman Felda dan Orang Asli di reservasi mereka.
Mungkin itu baik yang akhirnya PKR memipih seorang calon yang punya kekayaan . Kemudian UMNO tidak boleh membayarnya RM2 juta untuk menyeberang. Mungkin yang seharusnya menjadi kriteria di masa depan. Pastikan bahawa calonnya bukan calon yang bangsat dan dapat dengan mudah dibeli.
Zaid harus menjadi ikon baru yang pembangkang yang berdiri sendiri untuk mencapai kejayaannya dan inilah yang di harapkan untuk membantu penduduk Hulu Selangor.
INI FITNAH DARI BLOGGER PENYOKONG KUAT UMNO
Kaki botol: Sudah sampai tahap fitnah |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 19 April: Umno melalui rakan-rakan blogger mereka nampaknya secara bersungguh-sungguh benar mahu mengaibkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dengan tuduhan kaki botolnya. Walaupun Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Husein menafikan Umno terlibat dengan tuduhan itu, tetapi akhbar Umno sendiri antara yang terlibat dengannya secara langsung. (Gambar kiri yang disiarkan oleh blogger Umno manakala gambar kanan adalah gambar asal yang menjadi sumber gambar ini) (Gambar kiri adalah gambar yang disiarkan oleh blogger Umno manakala kanan adalah gambar asal Zaid ) Di siarkan juga gambar asal yang di'super impose'kan oleh para blogger ini atas dasar untuk memberikan bukti kepada Azmin, ini dia buktinya. |