PENEMUAN TELAGA MINYAK YANG BESAR.PETRONAS NAFI



Petronas nafi Ku Li





KUALA LUMPUR 20 Mac - Syarikat minyak nasional, Petronas menafikan dakwaan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa pihaknya telah menemui lapangan minyak yang besar dan kemungkinan terbesar di dunia.


Menurut Bahagian Komunikasi Korporat syarikat itu, pihaknya tidak membuat sebarang penemuan seumpama itu.


''Sebarang kenyataan yang menyebut mengenai penemuan sedemikian adalah tidak benar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Tengku Razaleigh ketika menjadi panel pada forum Royalti Minyak: Hak Perlembagaan? anjuran Majlis Peguam hari ini mendakwa, syarikat itu telah menemui satu lapangan minyak yang sangat besar, kemungkinan yang terbesar di dunia.


Bekas Pengerusi Petronas itu yang enggan mendedahkan butiran lanjut dan pihak yang memberi maklumat kepadanya berkata, beliau diberitahu bahawa tiada pengumuman dibuat mengenai penemuan lapangan minyak yang sangat besar itu.


''Saya diberitahu terdapat penemuan besar yang boleh memberi tekanan kepada harga minyak.


''Saya juga diberitahu ia merupakan lapangan minyak atau telaga minyak terbesar (bukan hanya) di sini tetapi juga di tempat-tempat lain di dunia. Saya tidak boleh dedah (lokasi)... saya tidak boleh beritahu anda," katanya.


Petronas yang ditubuhkan pada 1974 kini menjalankan aktiviti cari gali di 31 negara dan paling terbaru, konsortium yang disertai syarikat itu terpilih untuk memajukan dua blok medan minyak terbesar Venezuela dan menerokai medan minyak di Iraq yang diberi nama Majnoon.


Syarikat itu menyumbang kira-kira RM75 bilion setahun kepada Kerajaan Persekutuan iaitu bersamaan 42 peratus pendapatan tahunan Malaysia.

KETUA WANITA MEMBERI ARAHAN

Pemimpin wanita perlu kerap turun padang - Rosmah

21/03/2010 2:30pm

KUALA LUMPUR 21 Mac. — Golongan wanita terutamanya kepimpinan wanita perlu lebih kerap turun padang menyusuri laluan dan perjalanan hidup rakyat sebagai strategi untuk memahami kehendak serta keperluan mereka, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.


"Saya yakin dengan keupayaan dan kelebihan wanita yang Allah kurniakan kepada kami (wanita) iaitu perasaan yang lebih peka, pemikiran yang lebih wajar, kita akan dapat bersama-sama berganding bahu dengan kaum lelaki untuk merealisasikan konsep 1Malaysia ”Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Mesra Bersama Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu 2, Parlimen Batu di sini hari ini. — Bernama



ISTERI PERDANA MENTERI MEMBERI ARAHAN KEPADA SEMUA MENTERI WANITA.

DAKWAAN SERIUS KPN :KATA-KATA KPN YANG BOLEH DI FIKIRKAN











"Jadi, ada juga arahan yang diberikan terus kepada pegawai-pegawai bawahan saya tanpa pengetahuan pengurusan atasan," kata Musa dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini."



Bagi saya, ini merupakan satu trend yang salah kerana dalam pasukan polis, terdapat perintah dan kawalan."Yang hanya boleh memberi arahan adalah KPN kalau ikut undang-undang," katanya sambil menegaskan bahawa Seksyen 4 Akta Polis 1957 mengatakan bahawa semua arahan dan kawalan PDRM adalah di bawah KPN."Maka kalau ada mereka yang cuba campurtangan, ini boleh merosakkan polis. Kerana pada masa itu, anggota akan merasa serba salah kerana terdapat autoriti lain yang memberi arahan kepada mereka," tegasnya.


"Dalam polis, jika ketua memberi arahan yang salah, maka dia perlu bertanggungjawab terhadap arahan itu," katanya sambil menambah bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka."Tetapi jika orang ketiga yang memberi arahan dan kita tidak tahu siapa mereka, kemudiannya pegawai pula menjalankan kerja yang salah, jadi pegawai saya yang akan menjadi mangsa."Ini kerana kesalahan yang dilakukan, mengikut arahan yang tidak sepatutnya. Jika orang yang memberi arahan kemudiannya nafi memberi arahan tersebut, maka ia akan merosakkan pasukan polis," tegas Musa lagi.

"Benda yang saya tidak buat, kata saya buat. Ini seolah-olah macam hendak mempercepatkan pemergian saya dari jawatan ini."Kita pun tahu bila hendak pergi, jadi tidak perlulah suruh dipercepatkan."Tapi kalau seseorang itu mahu mempercepatkan(nya), saya kena dapat arahan dari kerajaan untuk bersara awal."Jika demikian saya akan bersaralah. Itu yang saya boleh cakap tapi sekarang ini di pihak kerajaan tidak ada apa-apa yang berlaku," tambahnya.


Musa juga ditanya mengenai dakwaan yang menyatakan terdapat menteri yang tidak berapa sebulu dengan beliau."Itu saya tidak tahu. Saya hanya menjalankan tugas saya sama ada orang suka atau tidak selesa dengan cara saya menjalankan tugas, saya tidak tahu," jawabnya.Ditanya sama ada isu tersebut akan memberi kesan kepada PDRM, Musa berkata:








"Saya rasa begitulah"."Kalau dilihat apabila seorang ketua boleh diperkotak-katikkan sebegini rupa, maka anggota bawahan akan turut merasa begitu," kata beliau sambil menambah, ada yang menghantar SMS bertanyakan kenapa jadi begitu."Saya pun tidak tahu nak jawab. Jadi saya suruh anggota saya bersabar. Saya pun faham, saya akan pencen pada bulan September ini," tambahnya.


"Benda yang saya tidak buat, kata saya buat. Ini seolah-olah macam hendak mempercepatkan pemergian saya dari jawatan ini."Kita pun tahu bila hendak pergi, jadi tidak perlulah suruh dipercepatkan."Tapi kalau seseorang itu mahu mempercepatkan(nya), saya kena dapat arahan dari kerajaan untuk bersara awal."Jika demikian saya akan bersaralah. Itu yang saya boleh cakap tapi sekarang ini di pihak kerajaan tidak ada apa-apa yang berlaku," tambahnya.
UTUSAN ONLINE
DAKWAAN INI SERIUS.MAKA KERANA ITU SIASATAN BOLEH DIJALANKAN.PENDEDAHAN INI MENGEJUTKAN KERANA ADA MENTERI YANG BOLEH MEMPERKOTAKAKTIK KAN BADAN BEBAS INI.

ISA: Sikap hipokrit BN dibongkar

Oleh Era Pakatan

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dianggotai lebih daripada 83 buah organisasi terdiri daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Parti-Parti Poliltik, Badan Hak Asasi Manusia, Wanita, Mahasiswa, Majlis Peguam dan Pertubuhan Pekerja menggesa Kerajaan untuk menghentikan cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi sebaliknya menegaskan ISA mesti dimansuhkan.


Dalam kerajaan ingin meminda akta ini, satu penangkapan ISA terbaru telah diberi liputan besar-besaran oleh media milik kerajaan bahawa kerajaan telah menahan sekumpulan pelajar yang majoritinya adalah dari luar negara yang sedang menuntut di beberapa universiti di Malaysia dan menuduh mereka sebagai pengganas antarabangsa.

Seramai 12 orang telah ditahan pada 21 Januari 2010.


Mereka telah dinafikan hak untuk bertemu peguam walaupun telah beberapa kali dipohon.

Mereka telah menfailkan permohonan habeas corpus sehingga hari perbicaraan iaitu pada 11 mac 2010, mereka masih tidak dibenarkan berjumpa peguam.

Kerajaan dengan ini jelas mencabul hak mereka. Apakah ini yang dikatakan pindaan yang menambah baik ISA?


Tiba-tiba mereka yang dituduh pengganas itu dibebaskan dan secepat kilat dihantar pulang ke negara masing-masing dan beberapa orang masih menunggu di Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang tanpa memaklumkan kepada isteri dan ahli keluarga mereka dan tanpa membenarkan mereka berjumpa ahli keluarga mereka sebelum dihantar pulang.

Isteri-isteri tersebut adalah Bashirah isteri kepada Luqman Abdul Salam yang dihantar pulang pada 13 Mac 2010 dan Khalidah isteri kepada Abdul Alhi Bolajoko Uthman yang dihantar pada 14 Mac 2010.

Kedua-duanya dihantar pulang ke Nigeria. Ummu Huzaifah isteri kepada Sheikh Aiman warganegara Syria, seorang pelajar PhD Universiti Putra Malaysia hanya dapat bercakap dengan suaminya melalui telefon sejurus sebelum suaminya berlepas (dihantar pulang) pada 16 Mac 2010.


Tindakan kerajaan Malaysia yang mempunyai elemen penderaan emosi dan psikologi terhadap isteri mangsa ISA adalah bertentangan dengan Konvensyen Antarabangsa, CEDAW yang menghendaki setiap negara di dunia menghentikan sebarang bentuk penderaan dan keganasan terhadap wanita.

Jawatankuasa Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (PSK-GMI) mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap pasukan polis dan jabatan imigresen Malaysia yang membiarkan ahli keluarga mereka yang ditahan bersendirian terumbang ambing di Malaysia.

Mereka tidak mempunyai keluarga di sini bahkan mereka datang kerana menemani suami mereka untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia.


Alangkah terkejutnya mereka apabila tiba-tiba suami mereka ditahan tanpa dibenarkan membela diri terus dihantar pulang dan meninggalkan mereka bersendirian dengan anak-anak di sini.

Mereka adalah wanita yang mempunyai hak untuk dilayan seperti manusia dan bukan dibuat sesuka hati oleh Menteri Dalam Negeri.


Kami memberi amaran kepada Menteri Dalam Negeri bahawa kes penangkapan ini akan menjadi bebanan dan memburukkan imej Malaysia di mata dunia.

Malaysia yang selama ini mempromosikan bahawa negara kita adalah destinasi pelancongan dan sebagai hub pendidikan pelajar luar negara khususnya dari negara timur tengah telah tercemar dan menakutkan mereka kerana adanya undang-undang drakonian iaitu ISA.


Kempen supaya ISA dimansuhkan sudah berjalan sejak 20 tahun lalu dan telah berjaya mencipta gelombang kesedaran dan perubahan hasil daripada kempen GMI dan anggota gabungannya.

Isyarat jelas penolakan terhadap ISA dilihat pada keputusan Pilihanraya Umum ke-12, 8 Mac 2008 dan kejayaan Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009.


Jawatankuasa Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA(PSK-GMI) yang selama ini menjadi tempat mengadu nasib bagi kaum wanita dan kanak-kanak mangsa ISA, tetap dengan pendirian bahawa ISA telah menzalimi golongan wanita.

Hasrat kerajaan yang kononnya membela wanita adalah ternyata kenyataan hipokrat apabila menggunakan ISA terhadap rakyat dan sesiapa sahaja dan sekaligus menganiaya golongan wanita dan kanak-kanak yang menjadi keluarga tahanan.


Sejak tahun 1960 hingga kini (2010), lebih 20,000 orang ditahan tanpa bicara di bawah ISA. Kesan penangkapan ISA, lebih 50,000 orang terdiri dari wanita dan kanak-kanak yang telah kehilangan ketua keluarga yang mencari rezeki dan tempat bergantung pendidikan dan kasih sayang seorang bapa.


Dengan ini kami menuntut agar:

  1. Kebajikan isteri-isteri pelajar-pelajar ini ditanggung oleh Kerajaan Malaysia
  2. Jika mereka ingin pulang ke negara masing-masing, kerajaan mestilah menguruskan penghantaran mereka sehingga selamat sampai
  3. Kerajaan memohon maaf atas kesilapan menahan suami mereka dan membayar gantirugi pengajian suami mereka yang terhenti disebabkan pengkapan ISA

Kenyataan Media ini turut disokong oleh:


1. Zuraida Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang & Ketua Wanita PKR)

2. Chong Eng (Ahli Parlimen Bukit Mertajam & Ketua Wanita DAP)

3. Hjh Nuridah Salleh (Ketua Muslimat PAS)

4. Dr Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja)

5. Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng)

6. Tian Chua (Ahli Parlimen Batu)

7. Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)

8. Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa)

9. Haniza Talha (Adun Taman Medan, Timbalan Speaker Dun Selangor)

10. Rodziah Ismail (Adun Batu Tiga, Exco Wanita Kerajaan Negeri Selangor)

11. Siti Aishah Hj Ghazali (Adun Merbau Pulas, Exco Wanita Kerajaan Negeri Kedah)

12. Saari Sungib (Adun Hulu Kelang)

13. Mumtaz Md Nawi (Senator, Kelantan)

14. Siti Zailah Mohd Yusof (Ahli Parlimen Rantau Panjang)

15. Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan)

16. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang)