SENARAI YANG DI KATAKAN KHIANAT

Senarai Pengkhianat PKR

Tahan uji mendepani cabaran dan setia dalam perjuangan yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Itu antara kiteria penting yang perlu ada bagi mana-mana calon PKR yang berhasrat bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengambil tanggungjawab penuh berikutan keputusan individu tertentu yang telah bertindak keluar meninggalkan parti itu akhir-akhir ini.

Menurutnya, sejak awal penubuhan parti itu, ia adalah wadah sebenar kepada mana-mana insan di negara ini yang berhasrat mendukung prinsip perjuangan demi membawa perubahan untuk rakyat Malaysia.

“Oleh itu, tidak hairanlah perjuangan ini sedari mula sering diserang oleh kelompok-kelompok insan terdesak yang sedar pengaruh mereka kini goyah dilanda kesedaran “Kita tidak menjanjikan imbuhan serta kedudukan kepada mereka yang mahu bersama PKR. Perjuangan ini menuntut kesediaan dan kesanggupan calon untuk mengharungi segala tekanan dan cabaran,” katanya.

Ketua Pembangkang itu turut memberitahu, bahawa walaupun PKR menghadapi sedikit hambatan kewangan menjelang pilihan raya umum sejak Mac 2008, tapi parti itu tetap menampilkan calon-calonnya dalam kalangan yang terbaik.

“Bagaimanapun sudah tentu ada antara mereka yang alpa lalu memilih meninggalkan PKR sekali gus mengecewakan hasrat rakyat untuk mengembalikan negara ke landasan yang sebenar.

“Namun, saya yakin bahawa kita mampu melewati titik kecil itu dalam sejarah kita yang panjang. Percayalah pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Kita semestinya mengambil episod ini sebagai pelajaran bermakna dan berusaha (untuk) tidak mengulangi kesilapan sebegini pada masa hadapan,” katanya.

“Kepemimpinan akan menumpukan perhatian untuk memastikan bakal calon yang dikemukakan bukan sahaja berwibawa dan berkelayakan, malah calon itu sendiri perlu terdiri daripada mereka yang tahan diuji dan setia kepada perjuangan ini,” kata Ahli Permatang Pauh itu diblognya.

Senarai Pengkhianat PKR

1. Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Annuar Shaari (Orang Kuat Raja Sesumpah, Ezam Noor)

2. Timbalan Presiden, Chandra Muzaffar

3. Naib Presiden, Marina Yusof

4. Naib Presiden Saidatul Badru Tun Said Keruak

5. Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir

6. Setiausaha Agung, Salehuddin Hashim (Tumpu bidang perniagaan, sahabat baik Zahrain)

7. Timbalan Pengarah Pilihan Raya, Hamdan Taha

8. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim

9. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ezam Mohd. Noor

10. Naib Ketua AMK, Zahid Md. Arip

11. Setiausaha AMK, Lokman Adam (kini Exco Pemuda Umno)

12. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) S. Nallakaruppan

Wakil Rakyat Pengkhianat
1. Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim

2. MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng

3. Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang (ADUN), Jamaluddin Mohd. Radzi,

4. ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu,

5. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan ADUN Penanti, Mohd. Fairuz Khairuddin,

6. ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah,

7. ADUN Lunas, Mohd. Radzi Salleh,

8. ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong

Lain-lain yang bermasalah

1. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,

2. Ahli MPT PKR, Christina Liew (Merajuk dan jawatan)

3. Datuk Zaid Ibrahim (Renggang dengan individu tertentu)

4. Bekas MPT, Zainur Zakaria (Tumpu bidang guaman)

5. Bekas ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam (Tiada Ketahanan uji)

6. MP Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (Tidak memahami perjuangan KEADILAN)

7. MP Wangsa Maju, Wee Choo Keong (Bekas Ahli DAP, Pengasas parti MDP, serpihan DAP)

8. MP Indera Mahkota, Azan Ismail (berani menegur parti)

Ahli Parlimen Nibong Tebal didesak kosongkan kerusi

- Maktar Shapee

Tuesday, Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Tindakan Ahli Parlimen (MP) Nibong Tebal, Tan Tee Beng meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam, menerima reaksi segera bekas penyokongnya yang menuntut agar beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

Ketua PKR Cabang Nibong Tebal, Maktar Shapee, berkata Tan perlu mengosongkan kerusi yang itu kerana kemenangannya adalah hasil sokongan rakyat yang memilihnya atas tiket PKR.

"Tanpa sokongan ahli PKR dan pengundi di kawasan ini yang mahu mereka diwakili individu daripada parti itu, beliau tidak akan menjadi wakil rakyat seperti sekarang ini.

"Selain itu, pilihan raya kecil juga perlu diadakan bagi membolehkan seorang wakil rakyat baru dipilih kerana sebagai Ahli Parlimen Bebas, Tan tidak mampu memberikan khidmat dengan baik," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Bakap.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika diminta mengulas tindakan Tan, beliau enggan memberikan ulasan lanjut sebaliknya hanya berkata:

"Biarlah rakyat tentukan kerana mereka sekarang bijak memikirkan sesuatu isu dan kami hanya meneruskan apa dirancang kerajaan negeri demi kepentingan semua orang tidak kira, bangsa, jantina dan agama."

WARGA PENDIDIK DI SOALSIASAT EKORAN DIKATAKAN EGEN PEMBANGKANG

PENGETUA,GURU BESAR, PEGAWAI PPD DAN GURU DI SOAL OLEH JPNPP EKORAN ADUAN UMNO NEGERI.

OLEH;Amir Amiruddin

Pulau Pinang , 2 Mac: Seramai 32 guru telah di soal siasat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang sejak minggu lepas. Soal siasat ini berpunca dari tindakan Umno negeri yang menggunakan jabatan Pelajaran Negeri sebagai salah satu tindakan “menekan” guru-guru yang dianggap sebagai “pembangkang” atau pun “menyokong pembangkang”.Tindakan tidak demokratik ini di lihat cuba kembali di zaman “Mahathirisme” dimana pada ketika itu, umno dianggap sebagai “tuan” kepada yang lain.Hanya ahli Umno sahaja yang boleh bercakap soal politik,hanya ahli Umno sahaja yang boleh berkempen, orang lain,parti lain tidak boleh berkempen.Jika tidak akan di tukar serta merta.

Menurut beberapa guru yang di Tanya oleh Era Pakatan, memberitahu bahawa mereka adalah orang biasa yang berbual sekali dan kadangkala tentang politik, dan adakah ini di anggap sebagai pembangkang?

“Malah kami dapati bahawa Timbalan Pengarah JPN, Ahmad Tarmizi Kamaruddin dan Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPNPP, Daud Hasanuddin merupakan 2 orang wakil JPNPP yang bertanggungjawab menyoal kami, malah kami menganggap bahawa mereka adalah menjalankan tugas seperti yang di arahkan Umno negeri.”

“Badan perhubungan Umno Pulau Pinang yang membuat aduan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan KPPM yang arah Pengarah JPNPP mengadakan siasatan tidak rasmi itu.,” jelasnya kumpulan terbabit.

Menurut beliau, Pengarah JPN, Ibrahim Mohamad terpaksa bersetuju mengadakan siasatan tidak rasmi tersebut mungkin disebabkan tidak selesa dengan desakan berkali-kali daripada pihak atasan.

Selain itu, ada juga maklumat yang menjelaskan bahawa ekoran keengganan beberapa pengetua,guru besar tidak mahu terbabit dengan program “Umno Juara rakyat” , dimana pihak Umno mahu menggunakan sekolah sebagai tempat untuk mereka menjalankan aktiviti di sekolah , dan ada pengetua dan guru besar yang tidak mahu mengunakan sekolah mereka sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti mereka.

“Sebab Umno negeri sendiri banyak kali mendesak Ibrahim Mohamad sebelum ini agar ambil tindakan kepada guru-guru terbabit yang didakwa agen pembangkang di sekolah,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, sumber dalaman dalam JPNPP sendiri memberitahu bahawa Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaksa JPN mendapatkan latar belakang keluarga dan ideologi politik kedua-dua ibu dan bapa bagi kesemua guru-guru terbabit.

Menurut maklumat yang di berikan, punca utama ialah bagaimana seorang pion yang mengadu untuk bertukar ke sekolah lain.Namun pertukaran beliau tidak di layan.Dalammasa yang sama apabila tidak di layan beliau berjumpa datuk Shahbudin dan menyatakan bahawa Umno sudah tidak punya kuasa dan pertukaran beliau tidak dilayan.Maka Shahbudin sendiri juga telah mengarahkan agar peon tadi ditukar.Dalam masa yang sama Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Pengerusi perhubungan Umno, mengarahkan agar mereka di siasat aktiviti mereka.

“Malah ada Pengetua dan guru besar juga di soal siasat, pegawai PPD juga di soal siasat hanya kerana berbual biasa dengan rakan-rakan berkenaan dengan politik.Apa salahnya berbual tentang politik dan kita bukannya negara diktaktor yang langsung tidak boleh berbual soal politik.

Dalam perkembangan yang lain, beliau menasihatkan JPNPP supaya tidak menganggap mereka sebagai agen pembangkang disebabkan segelintir mereka yang terbabit mempersoal inisiatif Umno memaksa guru-guru menyertai demontrasi anti Lim Guan Eng baru-baru ini, dan ada sesetengah pengetua dan guru besar yang tidak mahu sekolah mereka dijadikan tempat untuk sebarang aktiviti Umno.

“Kami kesal kerana Umno cuba menjadikan sekolah sebagai tempat untuk aktiviti Mereka, malahan memaksa pula orang ramai dan kaum guru hadir bagi menjayakan program mereka.perkara ini tdak pula bersalah bagi mereka,hanya kerana Bn memerintah.Umno adalah parti sebuah parti yang sama sahaja dengan parti lain.Kerajaan adalah rakyat.” Demikian jelas kaum guru yang di temui.

Sementara itu kumpulan terbabit tidak pula bercadang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pegawai yang menyoal mereka kerna memahami mereka hanya menjalankan tugas atas arahan Umno .Ini adalah kerana tindakan ini seolah-olah mengganggu privasi dan hak asasi kaum guru, walupun ianya mengganggu emosi mereka ekoran surat panggilan itu datangnya dari bahagian tindakan dispilin JPNPP.

“ Kita tidak pula bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana kita tahu ini bukan arahan sesiapa kecuali perhubungan umno negeri dan walau kita tahu Umno di sebalik semua tindakan ini.Malah tindakan terkebelakang inilah yang menyebabkan makin banyak yang menolak parti tersebut akhir-akhirnya . Malah mungkin ada orang yang bercita-cita hendak menjadi Timbalan Perdana Menteri gamaknya “, kata seorang guru yang terbabit yang mengakui tidak lagi menyokong parti tersebut akhir-akhir ini kerana tidak demokratik dalam tindakan mereka.