DENGAR DULU

Zukri Aksah


Saya tidak pasti apakah surat terbuka saya ini akan dibaca oleh saudara atau tidak. Putri sulung saudara, Nurul Izzah Anwar dalam satu kesempatan pertemuan di Parlimen tidak lama dahulu, ketika saya ke sana atas urusan kerja, memberitahu saya yang banyak tulisan saya yang mengkritik saudara telah memberi kesan yang sangat mendalam terhadap keluarga saudara. Atas sebab itu, saya tidak kecil hati jika saudara tidak mahu membaca tulisan ini.

Sebagai seorang yang tidak pernah bergelar ahli Umno, sebelum dan selepas, dahulu, kini dan selamanya, percayalah, segala apa yang disebut orang sebagai kritikan, komen atau kupasan saya tentang saudara adalah datang dari seorang kawan, bukan seorang musuh! Cuma mungkin, saya bukanlah kawan saudara seperti Zahrain Hashim ataupun Nallakarupan, saya tidak kenal saudara berpuluh tahun dan saya juga tidak kaya seperti mereka.

Saya tidak pernah terlibat dengan reformasi 1998, tetapi saya antara yang hadir dan mengisi borang keahlian bila Parti Keadilan Nasional (PKN - sekarang PKR) dilancarkan pada 4 April 1999 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Pada tahun 1998, ketika saudara sedang hangat memimpin massa menggoncang pemerintahan Mahathir, yang kemudiannya popular dengan nama gerakan reformasi, saya telah ke UUM Kedah melawat junior-junior saya yang masih ada di sana. Dalam perjalanan pulang, saya telah singgah di Kulim, di rumah ayah angkat saya, Ustaz Wahab, seorang pendakwah bebas, juga ahli jawatankuasa Persatuan Ulama Negeri Pulau Pinang ketika itu. Rumahnya di Jalan Ayer Merah, berhampiran dengan Kolej Matrikulasi MARA Kulim, tempat pengajian saya sebelum ke UUM.

Dalam kesempatan pertemuan itu, Ustaz Wahab telah bercerita tentang saudara kepada saya, tentang pertemuannya dengan saudara di rumah saudara di Bukit Damansara sebelum saudara ditangkap. Bersandarkan keperibadiannya yang saya kenal, saya percaya apa yang dia percaya, iaitu saudara tidak bersalah! Bahkan Ustaz Wahab telah membawa saya melihat rumah saudara di Cherok Tokun, Bukit Mertajam, sebuah rumah tipikal orang utara, rumah kayu bertiang tinggi yang mana bahagian bawah kemudiannya diubahsuai menjadi tingkat bawah rumah, jadilah ia rumah dua tingkat, keseluruhan rumah saudara dicat warna putih.

Ustaz inilah, ayah angkat saya inilah yang membawa saya menyertai PKN @ PKR, sehinggalah saya berjaya mendaki tangga kepimpinan parti, menjadi Exco AMK selama dua penggal, sebelum saya mengambil keputusan mengucap sayonara pada bulan Julai 2007. Dahulu saya menyertai parti ketika saudara menghadapi pertuduhan liwat kali pertama, saya cukup percaya saudara dizalimi, sampai hari ini pun...

Ketika saya meninggalkan parti dahulu, saya ada mengatakan yang parti sudah rosak akidah perjuangannya, keutamaannya adalah kedudukan pemimpin-pemimpin besar tertentu dan permainan politik berkaitan dengan bagaimana mempertahankan kedudukan itu. Hari ini ia semakin menampakkan kebenarannya, pemimpin-pemimpin besar inilah, yang kebanyakannya diangkat saudara sendiri, semakin meninggalkan saudara. Tidak kiralah Zahrain Hashim, Nallakarupan dan Datuk Nasha yang hanya seminggu bersama saudara, semuanya dari air tangan saudara. Yang lain termasuklah silver frog dari Perak, Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jailu yang berdosa meruntuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di sana.

Ketika saudara mengangkat Zahrain Hashim sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, semata-mata kerana dia adalah sahabat saudara puluhan tahun, tindakan saudara telah ditentang hebat oleh AMK Pulau Pinang yang ketika itu di bawah teraju Amizuddin Ahmat, tetapi saudara pertahankan keputusan saudara. Saudara lihat sekarang, Amizuddin memang seorang yang lantang dan kadang-kadang lepas cakap, tetapi dia kekal setia dengan perjuangan keadilan, sedangkan yang kononnya "sahabat 30 tahun" saudara itu, Zahrain Hashim meninggalkan saudara setelah berjaya mendapat gelaran Datuk Seri, tentulah harganya menjadi semakin mahal sekarang ini.

Atas kerisauan yang sama, walaupun telah meninggalkan PKR ketika itu, saya menulis mempersoalkan tindakan saudara melantik Datuk Fauzi Abd Rahman sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pahang (sekarang Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang). Sumpah, saya menulis itu bukan kerana saya benci atau bermusuh dengan Datuk Fauzi, bahkan anaknya adalah rakan baik saya. Saya cuma prihatin dan bimbang, kata orang tempat jatuh lagi dikenang, ini pula tempat bermain! Saya bimbang dengan bekas elit Umno yang biasa dengan kemewahan, yang biasa dengan kereta menjalar, rumah dan pejabat besar, apakah mereka betah untuk kehilangannya? Apakah pula cita-cita mereka, adakah hanya kerana "sahabat" Anwar seperti Zahrain dan Nallakarupan tadi?

Dalam tulisan Sayonara saya dahulu, saya turut mengatakan yang agenda rakyat sudah terkebelakang, isu rasuah tinggal sebagai rencah ceramah, bukan lagi berupa gerakan penentangan, reformasi tercicir di dalam peraturan tetap Angkatan Muda sekadar hiasan slogan. Ketika itu ada kalangan angkatan muda yang pernah bersama saya mempersoalkan hujah saya ini. Hari ini, kalaupun tidak sepenuhnya, sebahagiannya telah terbukti betul. Orang-orang seperti Zahrainlah, seperti Nallakarupan, seperti Jamaluddin dan Osman Jailu yang ucapannya berdegar-degar, kononnya bercakap soal perjuangan telah membenarkan apa yang saya tulis. Tiada gerakan penentangan di bawah pimpinan mereka yang boleh disenaraikan, bahkan yang bercakap berdegar-degar inilah yang akhirnya menjadi petualang perjuangan.

Ramai orang menelah, terutama dari kalangan Umno, Ezam adalah trojan horse ketika dia mengambil keputusan menyertai Umno. Namun apa yang jelas hari ini, trojan horse ini lebih ramai di dalam PKR, seperti Zahrain, seperti Jamaluddin, seperti Osman Jailu, dan mungkin juga seperti Zulkifli Noordin. Kebanyakan yang menjadi trojan horse di dalam PKR ini pula adalah "orang pilihan" saudara.

Ada juga cerita tentang "orang pilihan" saudara ini dalam PKR Pahang. Umum mengetahui wujudnya krisis kepimpinan di sini, terutama di antara Datuk Fauzi dengan Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota. Orang bertanya saya, siapa cantas siapa ini? Saya kata susah mahu cakap, sebab dua-dua "orang Anwar."

Dalam keadaan PKR sedang berhadapan dengan krisis kesetiaan yang teruk inilah, saudara dihadapkan pula dengan kes pertuduhan liwat versi kedua. Orang yang menuduh saudara namanya Saiful Bukhari Azlan, nama yang saya tidak pernah jumpa ketika masih aktif dalam AMK dahulu. Saya tertanya-tanya, berdasarkan latar belakangnya, mengapakah dia yang saudara pilih untuk bekerja dengan saudara, sedangkan AMK dari seluruh negara mempunyai ribuan calon yang berkelayakan, bahkan ramai dari mereka sanggup bersukarela tanpa dibayar sesen pun, asal sahaja makan minum mereka terjaga.

Masalah ini belum lagi dicampur dengan krisis dalaman parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain seperti PAS yang masih belum kebah dari dihantui dengan pertembungan kumpulan pro perpaduan dan pro pakatan. Saya faham dalam hal parti lain, saudara hanya mampu memberi nasihat dan pandangan, bukan memberi arahan. Bagi saya, ia sudah satu kejayaan besar jika saudara mampu menyelesaikan masalah pertuduhan liwat kali kedua ini dan paling penting, masalah dalaman PKR yang belum berubat itu.

Untuk kali kedua inipun, saya tetap percayakan kata-kata ayah angkat saya dahulu, yang saudara tidak bersalah dan dizalimi. Saya meninggalkan parti dahulu bukan kerana saya percaya apa yang Ezam percaya, tetapi kerana saya cemuih (kata orang utara) dengan politiking dalaman parti, lebih dari itu saya tidak nampak aura perjuangan di wajah bekas-bekas elit Umno yang saudara angkat sebagai pemimpin PKR, sepertimana saya sudah tidak percayakan Ruslan Kassim bila saya bersalam dengannya ketika dia menjadi calon dalam Pilihanraya Kecil Teluk Kemang lama dahulu, dia bersalam tidak melihat muka orang! Yang saya nampak adalah mata yang mengintai peluang kekuasaan, pangkat dan kedudukan, mata yang sedang mabuk kepayang.

Atas sebab karamah insaniyah, apakah sekali lagi saya harus bangkit membela saudara? Saudara sendiri lihat, yang tidak ramai lagi reformis yang mengikuti perbicaraan saudara yang kali kedua ini. Saya yakin, mereka juga seperti saya, masih percaya yang saudara tidak bersalah dan dizalimi, soalnya ke mana mereka? Saya rasa sebelum terlambat, saudara mesti berbuat sesuatu.

Saya berani mengatakan yang kesalahan saudara adalah kerana saudara tidak mencuba untuk berkenalan dengan mereka, mendalami kelebihan dan pemikiran mereka. Mereka mungkin bukan "sahabat" saudara puluhan tahun, mereka juga mungkin bukan teman bermain tenis saudara, mereka bukan dari kalangan saudagar kaya-raya. Mereka sudah tentu tidak mampu menyumbang harta-benda, tetapi percayalah, mereka adalah pejuang paling setia. Walaupun hari ini mereka tidak lagi menghurungi mahkamah setiap kali perbicaraan saudara berlangsung, tetapi dari jauh mereka tetap menyokong dan berdoa untuk saudara. Mulai sekarang, saudara sudah patut memulakan langkah baru, membina persahabatan baru, dengan anak-anak muda yang tidak pandai berbatik dan berkot ini, di sebalik ini, kebanyakan dari mereka sebenarnya berpendidikan tinggi.

Dari segi ini, penghormatan saya jauh lebih besar terhadap Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri saudara, berbanding dengan saudara sendiri. Wan Azizah benar-benar membawa sosok pejuang dari kaum ibu. Sewaktu saudara masih di dalam penjara, saya banyak kali singgah di rumah saudara di Bukit Damansara dan berceramah di sana. Dia seorang ibu sejati, cuba mengenali, cuba memahami, cuba mengambil tahu, siapa anak muda yang tiba-tiba muncul di sekeliling perjuangan ini. Bahkan saya sampai menyimpulkan yang sokongan terhadap saudara tidak pernah surut ketika itu walaupun saudara merengkok di Sungai Buloh adalah kerana tarikan sikap keibuan Wan Azizah (entah kebetulan entah tidak, nama ibu saya juga Azizah).

Sekali lagi perlu saya tegaskan, saya tidak pernah membenci, tidak pernah memusuhi saudara. Biasalah bila orang muda menegur, bahasanya panas dan pedas. Di sebalik itu, sampai hari ini saya masih tetap mendoakan kerahmatan hidup saudara sekeluarga.

Selamat menyimpan sampah sarap, wahai Umno – Badrul

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Tenang dan Fokus seterusnya meneruskan perjuangan. Itu seruan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shahrin berhubung serangan Umno/BN terhadap parti itu sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, keluarnya beberapa kerat pemimpin parti itu yang tiada daya juang sebagai satu proses pembersihan dalam PKR menjelang pilihanraya umum akan datang.

Ketua Cabang PKR Rembau itu juga menyifatkan Umno kian dirimbuni ratusan sampah sarap dengan kegemaran mereka mengutip sampah yang terbuang dalam PKR.

“Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Umno kerana suka mengutip sampah yang terbuang dan saya berpandangan ini suatu proses yang sihat dalam PKR,” katanya kepada erapakatan.com ketika dihubungi.

Beliau memberitahu, adalah lebih baik mereka keluar PKR ketika ini dan bukannya menjelang pilihanraya umum akan datang kerana kesannya pasti berbeza.

“Sudah menjadi tabiat Umno mengumpan dan memancing beberapa kerat pemimpin yang tiada daya juang untuk keluar parti dan saya mengucapkan selamatlah pada Umno kerana gemar menyimpan sampah sarap ini," tambah tokoh anak muda itu.

Kongsi berita ini

PEMEGANG SAHAM ARAK PERLU DI HUKUM

Pemegang saham arak perlu dihukum - Dr Mohd Asri

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata hukuman sebatan ke atas peminum arak bersifat berat kerana taukeh-taukeh arak dan pemegang saham arak dalam industri itu tidak dihukum sama.

"Hukuman bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu kelihatan adil kerana masyarakat akan memandang serong terhadap setiap hukuman yang hanya menghukum 'ikan bilis', lalu membiarkan 'ikan jerung'.

"Maka, bukan sahaja peminum arak patut dihukum, tetapi taukeh-taukeh atau mereka yang terlibat dalam pengedaran arak dalam kalangan umat Islam patut di bawa ke pengadilan.

"Ini termasuklah individu Muslim yang memegang saham-saham arak dalam negara ini. Tuan punya pusat-pusat hiburan yang menggalakkan aktiviti tidak bermoral ini mestilah dibawa ke pengadilan," tambah beliau lagi.

Dr Mohd Asri berkata demikian menerusi laman sesawang rasminya, drmaza.com ketika mengulas hukuman sebat ke atas kaum wanita di penjara Kajang baru-baru ini.

Pihak berkuasa agama mesti berani bertindak ke atas pemegang saham arak, judi

Maka, tambahnya, pihak berkuasa agama hendaklah jujur dengan rakyat, dan berani membawa empunya, atau pemegang-pemegang saham arak dan judi yang membabitkan individu Muslim sekali pun mereka adalah dalam 'kelompok yang dianggap kebal' dalam negara ini.

Selain itu, ketika menyentuh polemik orang-ramai ke atas pelaksanaan hukum tersebut, Dr Mohd Asri berkata, beberapa buah NGO yang telah mengkritik hal itu mestilah berhati-hati dengan kenyataan mereka.

"Jika mereka Muslim, mereka hendaklah memastikan dalam diri mereka; apakah mereka membantah hukuman Islam yang asal, atau perlaksanaan semasa? Jika mereka membantah hukuman asal, maka itu memberi implikasi akidah mereka.

"Jika mereka bantah pelaksanaan hukuman semasa, mereka hendaklah tumpu kepada proses perlaksanaan semasa sahaja, jangan dipertikai hukuman Islam asal yang adil yang ada dalam al-Quran dan al-Sunnah.

"Begitu juga bukan Muslim, jangan pertikaikan al-Quran dan nabi orang Islam, itu boleh menimbulkan ketegangan dan huru-hara dalam negara yang harmoni ini," kata beliau.

Sebelum ini, beberapa pihak telah mengulas mengenai hukuman sebat yang dikenakan oleh pihak berkuasa agama ke atas beberapa wanita Muslimah. Isu itu mengundang pelbagai polemik dan kekeliruan dalam beberapa aspek tertentu.

Ketika menjelaskan isu sebatan terhadap wanita Muslimah itu, Dr Mohd Asri berkata, sebatan hukuman syariah dalam kes-kes maksiat peribadi seperti zina dan meminum arak, hukuman sebatannya mestilah tidak mencederakan mereka.

"Ini hendaklah dibuat dalam keadaan yang tidak bertujuan memberikan kesakitan yang melampau, sebaliknya sekadar pengajaran. Bahkan dalam hadis, ada yang hanya dipukul dengan kain atau tangan sahaja," tambah beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, ketika menyentuh pelaksanaan hukuman syariah Islam yang keras, beliau berkata, negara antokratik agama akan mengundang ketakutan ke atas masyarakat awam jika pelaksanaan hukuman disalahertikan dan disalahgunakan.

"Beberapa pengalaman di Pakistan dan di Afghanistan sebelum ini patut diteliti. Maka, badan pemantau kepada perkembangan ini yang terdiri daripada cendekiawan-cendekiawan Muslim yang terbuka dan tidak bersifat ortodoks perlu diwujudkan untuk memberi maklum balas terhadap kerajaan," tambah beliau lagi

Bekas-Setiausaha-Agung-Salehuddin-keluar-pkr


Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim yang melepaskan jawatan itu akhir Januari lalu turut telah mengambil langkah untuk keluar parti itu.

Salehuddin (gambar) ketika dihubungi mengesahkan yang beliau telah berbuat demikian dua minggu selepas mengakhiri tempoh khidmatnya sebagai setiausaha agung PKR.

“Saya tidak mahu keluar parti semasa tempoh khidmat saya secara rasmi bersama PKR belum berakhir. Dan, selepas itu saya sudah memaklumkan (kepada parti) bahawa saya sudah keluar parti,” kata beliau yang memegang jawatan setiausaha pengelola sejak 2004 dan kemudian sebagai setiausaha agung selepas pilihan raya umum ke-12.

Keputusan itu walaupun tidak mendapat publisiti sebelum ini tetapi dilihat sebagai satu kejutan atas kapasitinya sebagai bekas setiausaha agung parti dan pemimpin kanan.

Apabila ditanya sama ada beliau akan turut menyertai mana-mana parti termasuk Umno, Salehuddin hanya berkata, “saya seorang ahli politik yang sudah bersara.”

Nama beliau antara yang turut disebut-sebut akan menyertai Umno malam tadi.

Malam tadi, bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin, yang juga bekas ADUN Penanti mengumumkan menyertai Umno.

Salehuddin berkata beliau tidak pernah berhubung dengan Fairus sejak beliau meletakkan jawatannya tahun lalu.

Keputusan Fairus itu diumumkan pada majlis Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno.

Salehuddin pernah hadir pada sidang media yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim untuk mengumumkan keputusan keluar PKR bulan lalu.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider Januari lalu, Salehuddin menafikan akan keluar PKR pada ketika itu tetapi kemudian hari tidak pasti.

Dalam temu bual itu beliau juga ada memberitahu: “Mereka (kepimpinan PKR) telah melayan saya dengan baik tetapi tidak tahu bagaimana untuk menggunakan saya.”

“Saya bukan kakitangan... saya adalah urat dan saraf (sekretariat parti),” tambah beliau.


Lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti -KATA UTUSAN

Lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti

01/03/2010 12:42pm

KUALA LUMPUR 1 Mac – Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim menjangkakan lebih 10 wakil rakyat akan keluar dari parti itu tidak lama lagi.

Beliau berkata, langkah itu yang akan dilakukan secara berperingkat-peringkat adalah kerana tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan parti itu yang kebudak-budakan.

"Anda sendiri boleh menjangkakan siapa mereka ini kerana wakil rakyat terbabit adalah terdiri daripada mereka yang bukan berfahaman sosialis, tiada latar belakang pertubuhan bukan kerajaan dan juga bukan golongan liberal atau kroni,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Utusan

LAGI KELUAR PARTI

“Pembunuhan karakter punca saya keluar” - Tee Beng

01/03/2010 12:34pm

KUALA LUMPUR 1 Mac – Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, salah satu punca utama beliau keluar dari Parti Keadilan rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini adalah disebabkan sikap parti itu yang telah melakukan `pembunuhan karakter’ terhadap dirinya.

Beliau berkata, sebab lain ialah kerana tiadanya saluran yang disediakan oleh parti itu untuk wakil rakyat menyuarakan kritikan.

"Berikutan itu, mulai hari ini saya mengumumkan keluar daripada PKR dan juga meletakkan semua jawatan dalam parti.

"Saya juga akan menjadi Ahli Parlimen Bebas yang tidak berpihak kepada mana-mana parti,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Utusan

Syukur Fairus Keluar Keadilan

Syukur Fairus Keluar Keadilan

E-mail Cetak PDF
Fairus Lompat ke UMNO

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu mengucap syukur ke Hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti. Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.

Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan. Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian.

Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya "kerja" dengan bayaran bulanan sebanyak RM4,000. Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.

Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar.

DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN

LAST TRAIN TO PENANG HILL




Penang Chief Minister Lim Guan Eng invited reporters to join him on the "last train" to Penang Hill on the 21st Feb 2010. The funicular train will be replaced with a new system which is expected to complete in Sept 2010. It was estimated that the new system will be able to cater for 18,000 visitors in a day.

Tidak puas hati Cadangan Noh, Pengimpot ikan boikot

Tidak puas hati Cadangan Noh, Pengimpot ikan boikot

Monday, 01 March 2010 10:38 AM Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Para pengimport dan pemborong ikan memutuskan untuk menghentikan operasi membawa masuk ikan import mulai hari ini ekoran tidak berpuas hati dengan arahan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menguatkuasakan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG).
Tindakan itu akan melibatkan kira-kira 1,000 metrik tan ikan import yang dibawa masuk dari Thailand dan Indonesia setiap hari.
Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia, Datuk Yusoff Ismail berkata, tindakan itu diambil ekoran penggunaan KIBGF akan meningkatkan kos operasi sedangkan tong ikan biasa yang digunakan sejak 20 tahun lalu lebih murah.
Mereka membantah tindakan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang bertegas mahu menguatkuasakan penggunaan kotak ikan berinsulasi.
Menurutnya, pemborong ikan dari kedua-dua negara berkenaan juga dimaklumkan untuk menghentikan penghantaran ikan ke negara ini jika arahan penggunaan kotak ikan berinsulasi tidak ditarik balik.
“Pengimport juga menolak cadangan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar yang menyatakan kerajaan akan turut mengenakan subsidi kepada bilangan kotak ikan berinsulasi secara terhad pada mesyuarat yang diadakan Khamis lalu itu.
Yusoff juga membantah syarat mewajibkan pembelian kotak berinsulasi itu hanya daripada KF Marketing Sdn Bhd (KFM) yang ditaja Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Katanya, monopoli KFM itu bersifat menindas rakyat kerana semua kos tambahan akan disalur kepada mereka, walhal lima kilang lain bersetuju menjual kotak sama pada harga lebih murah.
Ahli jawatankuasa Persatuan Import dan Eksport Malaysia, Tan Chee Meng, berkata sebahagian besar pengimport ikan dari Johor, Selangor, Kedah dan Perak nekad menghentikan import ikan mulai hari ini.
“Saya difahamkan beberapa pemilik bot juga sudah mengurangkan operasi menangkap ikan kecuali mereka yang memiliki kemudahan sejuk beku untuk menyimpan hasil tangkapan sementara menunggu kesudahan kemelut baru ini.
“Walaupun kempen boikot ini hanya membabitkan ikan import, nelayan tempatan juga dikhuatiri menghadapi kesukaran memasarkan ikan kerana lori milik pemborong dijangka tidak akan beroperasi sepanjang tempoh boikot untuk mengangkut hasil tangkapan,” katanya.

KUALA LUMPUR : Para pengimport dan pemborong ikan memutuskan untuk menghentikan operasi membawa masuk ikan import mulai hari ini ekoran tidak berpuas hati dengan arahan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menguatkuasakan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG).

Tindakan itu akan melibatkan kira-kira 1,000 metrik tan ikan import yang dibawa masuk dari Thailand dan Indonesia setiap hari.

Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia, Datuk Yusoff Ismail berkata, tindakan itu diambil ekoran penggunaan KIBGF akan meningkatkan kos operasi sedangkan tong ikan biasa yang digunakan sejak 20 tahun lalu lebih murah.

Mereka membantah tindakan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang bertegas mahu menguatkuasakan penggunaan kotak ikan berinsulasi.

Menurutnya, pemborong ikan dari kedua-dua negara berkenaan juga dimaklumkan untuk menghentikan penghantaran ikan ke negara ini jika arahan penggunaan kotak ikan berinsulasi tidak ditarik balik.

“Pengimport juga menolak cadangan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar yang menyatakan kerajaan akan turut mengenakan subsidi kepada bilangan kotak ikan berinsulasi secara terhad pada mesyuarat yang diadakan Khamis lalu itu.

Yusoff juga membantah syarat mewajibkan pembelian kotak berinsulasi itu hanya daripada KF Marketing Sdn Bhd (KFM) yang ditaja Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Katanya, monopoli KFM itu bersifat menindas rakyat kerana semua kos tambahan akan disalur kepada mereka, walhal lima kilang lain bersetuju menjual kotak sama pada harga lebih murah.

Ahli jawatankuasa Persatuan Import dan Eksport Malaysia, Tan Chee Meng, berkata sebahagian besar pengimport ikan dari Johor, Selangor, Kedah dan Perak nekad menghentikan import ikan mulai hari ini.

“Saya difahamkan beberapa pemilik bot juga sudah mengurangkan operasi menangkap ikan kecuali mereka yang memiliki kemudahan sejuk beku untuk menyimpan hasil tangkapan sementara menunggu kesudahan kemelut baru ini.

“Walaupun kempen boikot ini hanya membabitkan ikan import, nelayan tempatan juga dikhuatiri menghadapi kesukaran memasarkan ikan kerana lori milik pemborong dijangka tidak akan beroperasi sepanjang tempoh boikot untuk mengangkut hasil tangkapan,” katanya.

Kongsi berita ini

AKIBAT TIDAK PRIHATINLAH MAKA KEJADIAN SEBEGINI MENJADI TANGGUNGJAWAB PENDUDUK DAN MASYARAKAT.ANDA TURUT TERLIBAT


Khalid menambah, berikutan tiada gangguan daripada penduduk, pasangan tersebut tinggal seperti suamiisteri meskipun pada hari-hari tertentu.

Seorang lagi penduduk, Muhd. Halilur Rahman, 32, memberitahu, sebagai penduduk, mereka berasa terkilan dengan penipuan itu dan berasa bersalah terhadap insiden yang menimpa mangsa.

“Akibat mempercayai penipuan itu, nyawa seorang kanak-kanak telah melayang dan tragedi itu tidak akan kami lupakan.

“Kami juga meminta maaf kepada orang ramai dan keluarga mangsa kerana tidak membantu Syafiah Humairah ketika dia dipukul oleh konon bapanya di tepi padang pada hari kejadian,” ujarnya.

Jiran suspek, Rafani Osman, 56, pula memberitahu, dia tinggal berjiran dengan keluarga terbabit yang berpindah dari Melaka kira-kira 15 tahun lalu namun tidak pernah melihat Syafiah Humairah menangis.

“Saya hanya melihat ibu mangsa sahaja yang selalu memandu teksi Mat (suspek) meronda di kawasan taman bersama anak mereka berusia setahun enam bulan.

“Walaupun tidak rapat dengan keluarga mereka tetapi saya dan semua orang tahu Mat adalah seorang yang bermasalah,” ujarnya yang tinggal selang empat buah rumah dengan keluarga suspek.

Tambahnya, penduduk taman itu bagaimanapun ternyata terkejut apabila mengetahui kanak-kanak malang itu mati selepas didera suspek dan pasangan terbabit juga tidak pernah bernikah sebelum ini.


1. akibat sikap tidak mengambil tahu tentang jiran.

2. kerana bersikap individualistik

3. jemaah tidak kuat

4. tidak prihatin keadaan sekeliling

5. tiada kerjasama masyarakat

6 peranan institusi masjid tidak kukuh.

10,000 MENDENGAR AMANAT ANWAR DI KAMPUNG GUAR JERING









PERMATANG PAUH- Sambutan lebih 10,000 di kampung Guar Jering terhadap DSAI makin mengejutkan.Penganalisis politik menyatakan bahawa semakin banyak tekaman terhadap beliau semakin ramai yang ingin menyambut beliau di mana sahaja beliau hadir.





DSAI menyatakan bahawa Dr Yusoff Qardawi ,ulama besar Qatar yang ketua ulama islam sedunia akan datang ke Kuala Lumpur pada bulan ini untuk mengeluarkan fatwa selama 12 minit untuk seluruh umat islam di Malayisa kerana sesiapa yang membuat fitnah adalah kerja orang munafik dan orang fasiq, Majlis ini akan di lancarkan di Kuala Lumpur dengan pesanan khas Yusof Qardawi , sementara di pasentren wali sogo, sunan ampel wali ke 9 juga telah membuat solat hajat khas 12,000 dimana hampir orang yang hadir. Ini di hadiri oleh Ketua AMK saudara Shamsul Iskandar . Manakala di Kerala India pula Sheikh Abdul Rahman bersama 10,000 pengikt nya bersembahyang khas dan meinta saya juga berdoa di rumah bersama-sama mereka.

"Umno mencerca orang tanpa ada adap"

"Kalau betul nak ada roh islam, kita tak dapat lawan PAS,cuma bila kalah di Pulau Pinang,mereka (umno) cuba pula untuk menunjukkan mereka lebih islam.Kita faham dan sekarang Azizah juga di cerca, adakah sampai macam inikah kerja mereka.Jika ada mana-mana sahaja pihak yang mahu menyertai Umno , maka kita mencerca dan akhirnya sampai negeri pula tidak dapat dijaga.



"Menteri pula yang sanggup menipu dengan harga jet pejuang, begitu juga dengan harga kapal selam, dan sampai berlakunya pembunuhan Altantunya,ini saya bercakap di parlimen.Negara apakah kita ini" demkian jelas Anwar lagi.



"Janganlah menjual maruah dan di perbodohkan oleh menteri.Ekonomi negara jatuh dan yang kita menang dengan Burma, malah kita jatuh dengan Indonesia,Vietnam,Thailand, kita kalah.Ini nak jadi apa kah negara kita ini"



Beliau kemudian bertolak ke Kedah untuk berceramah di sana.



Dalam majlis yang sama juga TKM1 Dr Mansor Othman dan Yb Azmin menerima 151 borang kemasukan ahli baru PKR . Ini berikutan di tempat yang sama juga pada sebelah petangnya Datuk Zahid Hamidi telah hadir di kampung berkenaan dan menerima 77 keahlian baru yang di katakan ahli PKR dan PAS dari Penanti yang berpaling tadah kepada Umno.


Maklumat yang di sampaikan kepada team WRLR , menyatakan bahawa , kemasukan tersebut bukannya penduduk kampung Guar jering, akan tetapi dari kawasan lain. Untuk mendapatkan kepastian,maka ramai yang tertanya-tanya gerangan dari manakah mereka ini?

Jawapan mereka ialah " Bukan orang Kampung kami tu.. sekor pun kami tak kenai" ada juga yang berkata "Biasala.. lakonan semula, Orang UMNO masuk UMNO" dan ada juga yang berkata "Depa berlakon saja tu.. Zahid Hamidi nak mai, depa kena tunjuk la yang ahli depa tu semakin ramai.. padahal dok berkurang lagi ada la".

Itulah antara sebahagian dari jawapan penduduk kampung Guar Jering tempat majlis itu diadakan..

Nampaknya Ahli-ahli UMNO sekarang semakin bijak memperbodohkan pemimpin mereka..






DARI BLOG WAN FAUZIN:EZAM TUDUH ANWAR GUNA PAS DAN YUSOFF QARDAWI

Oleh: WFAUZDIN NS

Akhbar Sinar hari ini telah melaporkan kenyataan raja sesumpah Ezam yang terus mempersoalkan tentang kredibiliti DS Anwar dan juga PAS, terutamanya Tuan Guru Nik Aziz. Beliau berkata demikian selepas program ceramah royalti minyak di Bachok, Kelantan. Meski pun ceramah tersebut merupakan program penerangan anjuran Umno tentang royalti minyak, namun seperti yang berkali-kali saya perkatakan bahawa Ezam raja sesumpah ini tidak akan senang hatinya jika tidak menfitnah DS Anwar. Begitulah perangai budak muda ini yang telah meletakkan dirinya setaraf dengan `pencacai dan pelacur murahan' Umno.

Kita akan menghormati Ezam sekiranya beliau berupaya memberikan fakta atau bukti terhadap apa jua tuduhannya terhadap DS Anwar dan juga PAS. Tetapi, sehingga kini Ezam hanya pandai menyalak umpama anjing kelaparan. Setiap tuduhannya terhadap DS Anwar hanya lahir dari mulut busuknya semata-mata dengan andaiannya yang lahir dari jiwa yang kotor. Beliau berkata DS Anwar hanya ingin memperalatkan PAS untuk membela dirinya dari tuduhan liwat. Tidakkah beliau tahu bahawa Tuan Guru Nik Aziz dan juga Presiden PAS bukan pemimpin seperti Umno yang buta hati dan jahil itu. PAS mempunyai kepimpinan yang kebanyakannya bertaraf Ulamak dan mereka tahu apa yang Islam ajar dengan tuduhan liwat ke atas DS Anwar itu.

Sewaktu DS Anwar dipecat serta diaibkan dengan fitnah liwat yang pertama dahulu, Almarhum Us Fadzil Noor yang menjadi Presiden PAS ketika itu adalah orang pertama yang menemui DS Anwar di rumahnya. Bukan DS Anwar yang memohon simpati kepada beliau, sebaliknya Presiden PAS sendiri hadir untuk menunjukkan bahawa PAS tetap menentang kezaliman ke atas sesiapa pun hatta DS Anwar ketika itu adalah bekas Timbalan Presiden Umno. Ini hujah untuk menunjukkan bahawa DS Anwar tidak pernah memperalatkan PAS di atas fitnah yang menimpanya. Fitnah bodoh terhadap DS Anwar ini bukan sahaja mendapat simpati PAS, tetapi juga seluruh Ulamak Muktabar Dunia seperti Syeikh Yusof Qardhawi dan kebanyakan Ulamak Fekah Dunia. Mengapa Ezam raja sesumpah ini tidak menuduh DS Anwar ingin memperalatkan Ulamak terkenal dunia itu? Ini menunjukkan betapa busuk hati dan jiwa Ezam raja sesumpah yang tidak pernah senang apabila melihat DS Anwar tidak difitnah. Inilah manusia yang paling keparat dan hina sekali setelah beliau mengkhianati rakyat yang menyokongnya sebelum ini.

Ezam juga seolah-olah kagum dengan DS Anwar yang berjaya menyatukan PAS dengan DAP. Sememangnya Umno tidak akan senang dengan hubungan rapat PAS dengan DAP kerana apabila kedua-dua parti ini bekerjasama, Bn pasti akan berkubur dengan cepat. Ini terbukti di dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Oleh kerana Ezam raja sesumpah telah menganut fahaman Umno yang sekular itu, maka tidak hairanlah Ezam juga akan sakit hati apabila PAS berbaik dengan DAP. Ezam tidak perlu berhujah dengan isu Negara Islam semata-mata untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat kerana jika benar Ezam juga mahukan Negara Islam, mengapa Ezam memilih Umno yang beliau sendiri tahu Umno tidak pernah inginkan Negara Islam bahkan menentangnya? Ini satu bukti menunjukkan Ezam tidak pernah ikhlas terhadap agama yang dianutinya.

Ezam mesti buktikan DS Anwar pernah meminta PAS atau memaksa PAS untuk menggugurkan matlamat Negara Islam di dalam penyatuan PAS dan DAP. Apakah Ezam fikir jika PAS bersatu dengan Umno, matlamat Negara Islam akan tercapai? Mustahil akan tercapai, usahkan Negara Islam, isu rasuah pun Umno gagal mengatasinya kerana pemimpin-pemimpin Umno dipenuhi oleh golongan perasuah. Umno sendiri berkata bahawa Ketua Pemudanya terlibat rasuah termasuk juga KM Melaka sekarang. Bukti lain ? Ezam ada bukti kerana Ezam sendiri pernah pikul kotak-kotak rasuah pemimpin Umno berkenaan. Penyatuan PAS dengan DAP juga PKR lebih baik jika dibandingkan dengan penyatuan Umno bersama Bn.

Ceramah Ezam bersama beberapa pemimpin Umno di Bachok ternyata gagal untuk meyakinkan rakyat Kelantan bahawa Umno itu lebih baik daripada PAS. Gagal juga untuk meyakinkan bahawa Umno sebenarnya tidak menipu rakyat Kelantan dalam isu royalti ini. Oleh sebab itulah, rakyat Kelantan tidak lagi berselera untuk hadir di dalam mana-mana ceramah oleh Umno seperti yang telah dibuktikan di Bachok. /wfauzdin.blogspot.com