LGE : Selangor Police BN Tool?????





CM Lim Guan Eng who was at the celebration of the Georgetown 53rd City Council anniversary at the Town Hall Building in Esplanade, Penang. He was asked to comment on the Selangor police chief Khalid Abu Bakar allegation that CM Lim made seditious remarks about Teoh's death during the inaugural Pakatan convention in Shah Alam on Dec 19.

According to CM Lim, he stood by what he said at the Pakatan convention and he is not the only or the first person to questioned the cause of death of Teoh Beng Hock. Moreover, he based his comments on the findings of the Thai pathologist. So far, the police has not taken any statement from him.

CM Lim wondered if the Selangor police is a tool of Barisan Nasional. He said the police should not play politics but instead stick to crime prevention. He also commented on the intimidation charge against Ean Yong who is the Seri Kembangan state assemblyperson and also Teoh's former boss. CM Lim is amused how the police can be intimidated with a mere short statement by Ean Yong and wonders how the police can face the real criminals

BETUL ADA ANCAMAN?????

CM Lim Guan Eng challenged the Director-General to prove that someone from his office threatened to send the D-G to prison. Datuk Ibrahim Yahya had posted on his blog, Dunia Tiger that he received a threat purportedly from the Chief Minister's staff.

A police report had been lodged against the D-G by the CM's political secretary. CM Lim said that someone in the capacity of D-G in a broadcasting company shouldn't publish things without checking their facts. He said none of his staffs know that Datuk Ibrahim has a blog



PENGAJARAN HIJRAH

PENGAJARAN HIJRAHHijrah adalah satu peristiwa besar dalam perkembangan Islam dan untuk diri seorang Muslim ianya terkandung pelbagai pengajaran dan iktibar yang boleh diguna pakai. Pengajaran dan hikmah hijrah boleh sahaja dikongsi dengan teman-teman berlainan fahaman.Hijrah adalah satu proses pembaikan berterusan, menukar dari yang lama kepada yang baru, mengubah dari buruk kepada lebih baik. Membina sesuatu yang lebih mantap dari suatu runtuhan. Rakyat biasa dan golongan atas pagar di 5 buah negeri telah melakukan hijrah dalam diri mereka pada 8 Mac 2008 yang lalu.


Hijrah itu membawa kepada pertukaran suasana kehidupan yang lebih baik.Kehidupan rakyat yang terabai di lima buah negeri dahulu kini mendapat pembelaan dan penjagaan sewajarnya.Pelbagai faedah dan nikmat telah diperolehi oleh rakyat terbanyak kesan daripada hijrah yang mereka lakukan. Malahan limpahan ini turut dirasai oleh mereka yang tidak memilih untuk menukar kerajaan yang lama.Kalau dilihat di negeri Selangor, pelbagai faedah yang tidak pernah rakyat nikmati telah dapat dilaksanakan dengan begitu baik dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, sehingga menimbulkan kegusaran dikalangan parti-parti nazak. Pelbagai faedah dinikmati oleh rakyat terbanyak. Bermula dengan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan.

Program Tiusyen Rakyat secara percuma, hadiah untuk anak-anak negeri yang dapat melanjutkan pelajaran di peringkat universiti, skim Mesra Usia Emas – satu skim yang memberikan perlindungan insurans kepada rakyat negeri yang berusia 60tahun keatas dilaksanakan tanpa mengambil kira faktor bangsa dan agama.Sehingga ke hari ini, tak terdengar pula kerajaan negeri Selangor menjadi bangkrap kerana membantu rakyat secara “gratis” ini.Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, En. Lim Guan Eng mengajak dan mengajar rakyat untuk berjimat cermat dengan dia sendiri memberikan contoh apabila menggunakan kelas ekonomi dalam penerbangannya. Dia bukan sekadar bercakap mengenai Khalifah Umar Abdul Aziz tetapi cuba untuk meneladaninya.


Di Perak, ketika kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar yang diberi mandat oleh rakyat memerintah, bayangkan bagaimana penduduk kampung mendapat manfaat geran tanah diberikan kepada mereka untuk tanah yang telah mereka diami berabad-abad lamanya. Hijrah mereka adalah untuk kebaikan dan keselesaan hidup dan inilah yang mereka nikmati. Malangnya hijrah ini diragut ditengah jalan dan sehingga kini, rakyat Perak terus tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.Di Kelantan, dasar yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat melalui pimpinan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat terus menjadi teras dan kepercayaan penduduk.


Program-progam pembangunan rakyat dan pembangunan material terus diseimbangkan walaupun dinafikan wang royalti minyak dan terus-terusan diganggu dengan pelbagai serangan media yang berceracak datangnya.Pasca 8 Mac, dalam siri pilihanraya kecil pula, angin hijrah terus bertiup kencang – dari 9 pilihanraya kecil 7 dimenangi oleh parti pilihan rakyat.Hijrah mempertemukan dua kelompok manusia yang cukup dimuliakan dalam Islam. Muhajirin dan Ansar. Muhajirin kelompok pengungsi dari kota Mekah dan Ansar terdiri dari kaum Auz dan Khazraj yang dipersatukan oleh Rasul mulia SAW.


Kegigihan dan kekentalan daya juang kelompok Muhajirin dan keterbukaan serta kesediaan kelompok Ansar menerima mereka adalah antara faktor yang menyebabkan mesej dakwah dapat disebarkan dengan lebih pantas dan meluas. Begitulah juga dengan keadaan didalam parti-parti Pakatan Rakyat. Ada ahli yang telah lama istiqamah dan komited berjuang menentang regim Barisan yang zalim, korup – sarat dengan segala malapetaka dan kehancuran . Mereka dipinggirkan, dipulau dan dinafikan pelbagai hak dan kemudahan yang wajar dikecap bersama.


Kini, kemasukkan ahli-ahli baru khususnya dari regim yang sedang membusuk itu harus diterima dengan tangan terbuka dan diberikan bantuan agar mereka terus istiqamah dan lebih gigh berjuang membetulkan kerosakan yang mereka pernah turut serta.Dalam peristiwa hijrah, Rasulullah SAW telah menggunakan khidmat Abdullah bin Uraiqit sebagai penunjuk arah untuk ke Madinah menerusi jalan yang jarang dilalui oleh kabilah arab, padahal beliau adalah seorang musyrikin. Ini jelas menunjukkan bahawa bekerjasama dan mendapatkan khidmat daripada teman-teman non muslim dalam meneguhkan agenda perjuangan adalah sesuatu yang “real” dan berlaku pada diri baginda Junjungan SAW sendiri.Walaupun Rasulullah SAW sudah berhijrah, tekanan dari puak Musyrikin bertambah kali ganda.


Musuh menjadi gelabah bila melihat Madinah semakin maju dan makmur, menjadi pusat tarikan bagi aktiviti perdagangan dan keilmuan. Sistem pentadbiran negeri dan pengurusan yang terancang menambahkan lagi keistimewaan berkunjung ke Madinah. Penghijrahan 8 Mac lalu membawa kepada bentuk pemerintahan mesra rakyat di negeri yang dipimpin oleh pakatan dan ini cukup dicemburui oleh rejim yang ganas. Pelbagai aktiviti sabotaj, campur tangan, adu domba, rampasan kuasa haram, pemulauan majlis anjuran Kerajaan Negeri dan pelbagai lagi tindakan kotor dan jijik direncanakan.


Media gelojoh terus menerus menyerang dengan memaparkan rintihan dan kemelut segelintir rakyat yang dikelirukan atau mungkin diupah di kebanyakkan negeri yang ditadbir oleh pakatan rakyat. Mereka bertindak tanpa sedar bahawa masalah banjir, rasuah, maksiat, pecah amanah, gejala dadah, tanah runtuh, stadium runtuh, penafian royalti minyak, isu moral adalah masalah warisan yang diwarisi dari kerajaan sebelum yang tidak peka kepada rakyat. Nak pindah kandang khinzir pun tak boleh nak buat, sehingga terpaksa tunggu berpuluh tahun. Naik YAB Dato Seri Azizan Abdul Razak, selesai masalah tersebut.Lakukan Hijrah dalam diri anda. Lakukan lonjakan hijrah itu sekarang. Lakukannya sebelum terlewat, Lakukan sebelum satu lagi enjin kapal terbang pejuang dihilangkan.



SHAHRUL PESHAWAR, Alor Setar.

SHAHRUL ADALAH PENULIS TAMU BAGI AKHBAR KONSEP ERA PAKATAN

DEWAN ORANG RAMAI DI KATAKAN DEWAN UMNO???

PEROBOHAN DEWAN FLAT GUGUSAN MELATI SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA – DEWAN KOMUNITI ATAU DEWAN UMNO?

Beberapa hari yang lalu pihak MBPJ telah merobohkan sebuah dewan yang telah dibina oleh pihak tertentu dibawah Flat Gugusan Melati Seksyen 4 Kota Damansara. Kumpulan tersebut yang mengelar diri mereka sebagai penduduk blok flat tersebut begitu kecoh membantah perobohan dewan tersebut. Peristiwa perobohan ‘zalim’ itu juga terpapar di siaran utama TV3. Mereka juga bertindak mengunakan kanak-kanak apabila mereka membawa masuk sekumpulan pelajar mengaji kelas Al-Quran kedalam dewan yang dirobohkan itu.


Mereka mengadu kononya akibat perobohan dewan tersebut , maka kelas Al-Quran tidak dapat dilaksanakan. Yang peliknya, terdapat juga sebuah dewan lain dan surau amat hampir dengan blok Gugusan Melati ini. Benarkan pelajar tersebut mengaji didewan yang dirobohkan ini? Begitulah gelagat bekas pemerintah yang bertindak dengan begitu keji sekali, hanya menunggu isu untuk kekecohkan. Sejarah dewan ini telah bermula sejak tahun 2005. Pada ketika itu AJK Perbadanan Pengurusan Gugusan Melati yang dianggotai oleh ahli UMNO dan pro BN, telah berusaha untuk mendirikan sebuah dewan dibawah blok flat Gugusan Melati. Mereka mendirikan dewan tersebut dengan sokongan Ahli Parlimen Tan Sri KS Nijhar dan PKNS pada ketika itu.

Walaupun pihak penganjur projek ini telah mendapatkan tandatangan penduduk, tetapi penduduk tersebut diberitahu dewan tersebut akan dibina ditempat lain bukannya dibawah blok mereka. Tambahan pula bukan semua yang setuju. Dewan tersebut, sejak siap pembinaanya pada tahun 2006, digunakan oleh kroni-kroni politik UMNO untuk program-program mereka sahaja. Walaupun, kini, mereka membuat kecoh bahawa dewan tersebut adalah dewan komuniti tetapi sebenarnya ianya dikunci dan digunakan oleh beberapa orang sahaja. Dewan tersebut juga digunakan sebagai stor dan ianya selalu dikunci.

Pada tahun 2006, seorang penduduk flat Gugusan Melati telah menfailkan bantahan terhadap pembinaan dewan tersebut dimahkamah kerana mempertikaikan pembinaan tersebut tanpa persetujuan semua penduduk. Pihak PKNS juga telah menarik balik kelulusan yang telah diberikan pada awalnya kepada Pra Perbadanan Pengurusan tersebut. Lagipun bangunan tersebut telah didirikan tanpa apajua kelulusan pelan perancangan daripada MBPJ mahupun PKNS sendiri. PKNS juga pada 30hb.November, 2006 telah mengarahkan agar semua kerja pembinaan dewan tersebut dihentikan dengan serta merta.


Pada pertengahan tahun 2008, MBPJ mengeluarkan notis kepada PKNS untuk merobohkan struktur tersebut. Sekali lagi pada 28hb.Januari, 2009 MBPJ mengeluarkan notis untuk merobohkan bangunan tersebut. Pihak Pejabat ADUN Kota Damansara, Dr.Nasir Hashim dan juga Ahli Majlis Sdr.Panneerselvam telah mengadakan beberapa siri mesyuarat mengenai dewan tersebut dan telah menjemput wakil Pra Perbadanan Pengurusan tersebut untuk berbincang. Tetapi mereka tidak menghadirkan diri.


Dr.Nasir juga telah mencadangkan supaya dewan tersebut diambil alih dan dijadikannya suatu perpustakaan oleh MBPJ. Tetapi oleh kerana tindakan mahkamah penduduk yang telah membantah pembinaan tersebut maka, tindakan perobohan terpaksa dilaksanakan. “Pihak yang memiliki dewan tersebut juga terlalu angkuh dan tidak mahu hadir dalam sesi perbincangan yang sudah diatur. Kita juga sudah beberapa kali menangguhkan perobohan ini agar suatu jalan penyelesaian dicapai.” Dr.Nasir menerangkan isu sebenarnya perobohan ini . Kini apabila tindakan perobohan dilakukan , maka munculah beberapa pejuang yang ingin mempertahankannya dengan alasan ianya dewan ‘komuniti’ .

Samaada ianya dewan komuniti atau dewan kroni UMNO, penduduk Gugusan Melati amat sedar dan tidak akan terbawa dengan propaganda mereka.Bekas pemerintah kini ketandusan isu, untuk dihebohkan di Kota Damansara. Selain daripada struktur dibawah flat ini , terdapat juga banyak lagi dewan di Seksyen 4 dan juga di Seksyen lain di Kota Damansara untuk digunakan oleh orang awam. ADUN Sosialis Kota Damansara kini sedang berusaha untuk mewujudkan sebuah perpustakaan komuniti untuk Kota Damansara. Suatu lokasi dewan yang sesuai sedang dikenalpasti .


Sesuatu dewan awam tidak seharusnya dimonopoli oleh sesiapa pun dan rakyat harus digalakkan untuk mengunakannya secara sepenuhnya. Pemerintahan BN sejak 50 lebih tahun telah meninggalkan persepsi dikalangan ramai bahawa dewan-dewan ini hanya untuk kegunaan dan dikawal oleh kroni-kroni politik sahaja. Pandangan ini harus dikikis dan sepatutnya penduduk setempat harus mengambil alih dewan tersebut untuk aktiviti komuniti mereka. Pejabat ADUN Kota Damansara akan terus berusaha untuk mengenalpasti dan mem’buka’ semula dewan-dewan seperti ini kepada orang ramai.

Salam perjuangan

SIVARAJAN

-- visit our website athttp://parti-sosialis.org

TIADA PILIHANRAYA

Tiada Pilihanraya Kecil di Hulu Selangor

Sunday, 03 January 2010 1:12 PM Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Tindakan propaganda BN memainkan isu kononnya berlaku perletakan jawatan Ahli Parlimen (MP) Hulu Selangor, Dr. Zainal Abidin Ahmad sehingga membawa kepada kononnya akan berlaku pilihanraya kecil dibidas oleh pimpinan PKR dalam Majlis Makan Malam anjuran PKR Hulu Selangor malam tadi.

Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tiada kekosongan bagi parlimen itu dan Dr. Zainal akan bertugas seperti biasa.

Mengulas ketidak hadiran MP Hulu Selangor itu, beliau memberitahu, beliau masih dirawat di hospital dan doktor menasihatkan beliau agar tidak terlalu banyak bergerak bagi memastikan beliau sembuh dengan segera.

Menurutnya, jika ada pilihanraya sekalipun, BN sendiri sebenarnya risau kerana parti itu semakin ditolak rakyat termasuklah di Hulu Selangor sendiri.

“Buat apa hendak adakan pilihanraya, beliau (Dr. Zainal) masih sihat, lagipun ini kawasan kita, PKR tidak gentar berdepan dengan Umno/BN,” katanya yang menerima tepukan gemuruh di Dewan Serbaguna Kampung Chuang Rasa malam tadi.

Mengulas isu sama, Pengarah Strategik PKR, Chua Tian Chang berkata, Perdana Menteri (PM) gagal menjenguk rakyat di Hulu Selangor sejak 10 tahun lalu termasuklah di era Abdullah Ahmad Badawi.

Tian yang juga MP Batu memberitahu, gimik perletakan jawatan MP Hulu Selangor itu dibuat oleh Umno kerana Najib akan mengadakan secara satu program Umno di kawasan itu walaupun sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) beliau tidak pernah datang di Hulu Selangor.

Terdahulu, beberapa laman blog mensensasikan kononnya Ketua Penyelaras PKR kawasan Rasa, Francis Xavier Subramaniam, telah menerima surat perletakan jawatan Dr. Zainal dan ia telah diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Laporan itu turut disiarkan oleh akhbar berbahasa Tamil.

Majlis Pimpinan Tertinggi, N. Gobala Krishnan, yang turut berucap pada malam itu menyelar berita itu dan mengumumkan bahawa satu laporan polis akan dibuat mengenainya.

Pada pilihanraya umum (PRU), Dr. Zainal yang juga mantan Timbalan Menteri Besar menumbangkan G. Palanivel Govindasamy dengan majoriti 198 undi.

Tumbangnya Presiden MIC itu sesuatu diluar jangkaan banyak pihak kerana beliau merupakan penyandang kawasan itu sejak sekian lama.

Turut serta di majlis itu ialah pimpinan utama PKR Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali, Ketua Wanita, Zuraida Kamarudin serta tiga Exco Selangor, Gan Pei Nei, Elizabeth Wong dan Dr. Xavier Jeyakumar.

Majlis itu berjaya menarik kehadiran kira-kira 10,000 orang termasuk sekumpulan masyarakat dari Sarawak yang diketuai Jawali Sazonet.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dipetik sebagai berkata Umno akan mengadakan program di Hulu Selangor 9 Januari ini dan pemilihan lokasi itu atas kehendak bosnya, Najib Razak.

SAY NO TO UMNO?????


GAMBAR IHSAN MT
Ini adalah petanda bahawa sesuatu perlu di lakukan.Bukan sahaja terhadap banggunan tetapi terhadap parti.Parti memang sedang menghadapi masalah,danbanggunan juga menghadapi masalah...
lebih parah lagi inilah keadaannya akibat dari masaalah pengurusan yang lemah dan juga betapa cuainya dalam banyak perkara.

KUTUK PEMBANGKANG TAK APA.KENA KUTUK MULA MARAH.....

Suara Keadilan perlu bertanggungjawab

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan perlu bertanggungjawab terhadap berita yang dilaporkan sama seperti yang dilakukan akhbar arus perdana di negara ini.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, akhbar itu tidak patut menyalahgunakan kebebasan media yang diberi kerajaan.

"Akhbar itu kena bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis. Sama seperti tindakan yang dikenakan terhadap akhbar arus perdana jika membuat kesalahan yang sama," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan kerana menyebarkan fitnah keterlaluan terhadap dirinya......

INILAH SIKAP PIMPINAN BN/UMNO

Inilah sikap sesetengah pemimpin.Apa yang mereka tidak kata kepada Nik Aziz dan Anwar Ibrahim dalam TV dan juga media mereka.Malah dalam blog pro Umno sekali pun berbagai perkataan yang dapat kita baca.Berbagai perkataan di ketengahkan antaranya Aljuburi,Nik Najis,Cina Komunis,...malah ianya tidak pernah pun di larang oleh para menteri Umno.Kita tidak pernah mendengar menteri-menteri Umno melarang menggunakan perkataan tersebut,walau kita faham ianya di tuju kepada orang tertentu.

Dalam hal ini Menteri Besar dan pensyarah kangkong yang dikatakan itu perlu berfikiran terbuka ,malah propaganda menjelang pilihanraya lebih teruk dengan mengatakan bahawa pembangkang mendapat sokongan dana luar,pembangkang boleh melumpuh negara jika memerintah.

Buat masa ini rakyat makin faham betapa permainan seperti ini tidak akan berjaya menarik pengundi untuk menyokong Bn /Umno.Ini sudah menjadi lumrah sebagaimana laporan Utusan malaysia melaporkan berbagai propaganda setiap hari baik dari segi ekonomi,dan apa sahaja terutamanya politik.

Inilah yang di katakan harus menerima kritikan dan perlu pula memberi sesuatu yang terbaik agar rakyat faham dan mahukan sesuatu yang lebih telus buat masa kini.Jika benarlah laporan yang seringkali di siarkan meberi kesan kepada kedudukan beliau , maka cuba cari apakah dan di manakah silapnya , sehinggakan apa yang berlaku kini menjadi buah mulut rakyat kerana setiap kebenaran itu perlulah di tonjolkan dengan kebaikan dan kebenaran pula.

PENYOKONG PAKATAN PERLU PERLUASKAN FACEBOOK

Setelah gagal dalam laman blog dan juga youtube, penyokong Pakatan Rakyat perlu menerjah ke alam facebook bagi menghadapi serangan ahli Umno dan juga pimpinan dan menyanggah apa yang dikatakan oleh ahli mereka.

Penyokong Pakatan perlulah memasuki dan menyerang Umno dalam facebook dan inilah salah satu cara bagi menghalang dakyah dan juga propaganda mereka kerana ianya dilihat sebagai satu cara berkesan bagi menegakkan kebenaran.