MEMANG DIA DAH "SEBAT" PUN

Seludup RM10 juta : MB Negeri Sembilan Dihukum Sebat

Saturday, 02 January 2010 6:15 PM Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR, 2 Januari : Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan dijatuhkan hukuman sebatan oleh Mahkamah rakyat berhubung jenayah mengirim wang secara haram ke luar Negara membabitkan 10 juta ringgit ke london pada tahun 2008.
Hukuman sebatan secara simbolik itu diadakan dihadapan ibupejabat Keadilan Negeri Sembilan. Suasana yang pada awalnya tenang mulai tegang apabila pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis simpanan (FRU) untuk menyuraikan perhimpunan aman itu.
Badrul Hisham Shaharin dalam blognya mendedahkan hukuman yang dilaksanakan oleh Mahkamah Rakyat itu dalam blognya. Tindakan ini dilakukan berikutan tindakan berdiam diri pihak berkuasa dalam isu pengiriman wang 10 juta ringgit MB itu.
16 November lalu, pimpinan PKR telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar Negeri Sembilan memohon penjelasan berhubung dakwaan itu, namun mohamad Hassan memilih untuk mendiamkan diri. Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998.
Isu ini juga dibangkitkan dalam sidang dewan undangan negeri Sembilan namun sekali lagi mohamad gagal memberi penjelasan. Pada 3 disember lalu, pimpinan PKR nekad memfailkan kes ini ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, namun badan yang kononnya berkecuali itu juga mengambil langkah sama, mendiamkan diri.
Turut dikaitkan dengan penghantaran wang secara haram ini ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah didakwa telah melakukan transaksi wang secara haram melibatkan 6 ratus ribu ringgit sewaktu beliau sedang membeli belah di Dubai, Ogos lalu.

KUALA LUMPUR, 2 Januari : Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan dijatuhkan hukuman sebatan oleh Mahkamah rakyat berhubung jenayah mengirim wang secara haram ke luar Negara membabitkan 10 juta ringgit ke London pada tahun 2008.

Hukuman sebatan secara simbolik itu diadakan dihadapan ibupejabat Keadilan Negeri Sembilan. Suasana yang pada awalnya tenang mulai tegang apabila pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis simpanan (FRU) untuk menyuraikan perhimpunan aman itu.

Badrul Hisham Shaharin dalam blognya mendedahkan hukuman yang dilaksanakan oleh Mahkamah Rakyat itu dalam blognya. Tindakan ini dilakukan berikutan tindakan berdiam diri pihak berkuasa dalam isu pengiriman wang 10 juta ringgit MB itu.

16 November lalu, pimpinan PKR telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar Negeri Sembilan memohon penjelasan berhubung dakwaan itu, namun mohamad Hassan memilih untuk mendiamkan diri. Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998.

Isu ini juga dibangkitkan dalam sidang dewan undangan negeri Sembilan namun sekali lagi mohamad gagal memberi penjelasan. Pada 3 disember lalu, pimpinan PKR nekad memfailkan kes ini ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, namun badan yang kononnya berkecuali itu juga mengambil langkah sama, mendiamkan diri.

Turut dikaitkan dengan penghantaran wang secara haram ini ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah didakwa telah melakukan transaksi wang secara haram melibatkan 6 ratus ribu ringgit sewaktu beliau sedang membeli belah di Dubai, Ogos lalu.

HAKIM "HACKS" TAK RELEVEN MATI



Dialah yang mengutarakan agar tilam di bawa ke mahkamah,dia juga menggunakan perkataan "tidak releven" dalam perbicaraan 1998 kes DSAI.Dia telah meninggal dunia.Dia mungkin antara yang terakhir selepas banyak "rakan" beliau telah pergi awal meninggalkan beliau.


Dr Ristina Majid,yang mengurung umi hafilda dalam rumah dan berkata bahawa ketika pihak polis datang mereka sedang membaca yassin telah meninggal ketika jatuh katil di sebuah hotel di Indonedia setinggi 4 kaki.Hakim Mokhtar Abdullah antara hakim yang turut meninggal dunia akibat berlakunya bengkak dalam otak dan meninggal di usia muda iaitu 54 tahun.Isteri aziz shamsudin meninggal akibat kemalangan,begitu juga isteri azizan juga turut meninggal dunia akibat kemalangan,Khalid Jefri yang dikalahkan dalam perbicaraan pada banyak lagi yang tidak perlu di sebut di sini.Namun hakim inilah antara yang menjalankan konspirasi ketika perbicaraan mantan TPM Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dan Malaysia mencipta sejarah dunia apabila tilam di usung ke mahkamah.




Beliau juga di kenali sebagai hakim HACKS "Hakim Agustine Suka Kacau Selalu" , diketika itu dan paling pantas dinaikkan pangkat bermula dari majestret di Melaka.Ada beberapa nama lagi yang belum menerima "habuan" diatas konspirasi mereka.
Umi yang selalu melarikan diri dari satu tempat ke satu tempat apabila ketika itu setiap plat nombor kereta beliau di masukkan ke dalam internet dan beliau seringkali melarikan diri.seorang lagi yang kaya raya masa kini yang selalu mengikut bontot umi ialah tunag umi hafilda.Khairuddin ,yang juga saudara jauh kepada DSAI.Mereka masih bebas...dan merancang kes ke 2 untuk memenjarakan Anwar.

Masing -masing tahu bala tersebut.diludah pun satu bala.Dituduh berzina di London pun satu bala.Melarikan diri serata tempat pun satu bala juga....

BAGAIMANA MAHU AMPUH JIKA PERMULAAAN DENGAN KENAIKAN BARANG

Bangkit lebih ampuh – PM

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Malaysia akan bangkit lebih ampuh dengan pertumbuhan positif dalam tahun 2010.... Berita Penuh

Gula naik 20 sen sekilo hari ini

PUTRAJAYA 31 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 12 tengah malam ini.... Berita Penuh

Semalam akhbar Umno utusan Melaysia melaporkan ucapan PM DS Najib di muka depan mengenai negara yang di arap lebih ampuh,namun di bahagian bawahnya pula tertera harga gula naik.Seolah-olah ucapan tadi di persendakan oleh akhbar Umno yang memberi mesej agar ahli umno berfikir tentang bangun dengan ampuh.

Bagaimana pula dengan slogan yang di ketengahkan.Misalnya "Rakyat di dahulukan",.kini akhbar dan berita mula memainkan isu bahawa gula ini punya kelebihan.namun bagaimana pula harga bagi penduduk kapung?kesihan penduduk kampung.mungkin kampung-kampung di sekitar Permatang Pauh naik harganya,dan harga gula di Pekan atau Kepala Batas harga berlainan.

bagaimana tender untuk pihak sekolah??menteri berkata bahawa ianya tiada dalam kontrak dengan pihak sekolah, adakah ini bermakna bahawa harga kuih dan harga air kurang manis????Ini sebenarnya memberikan kesan yang besar terhadap rakyat.Apa pun keputusan yang di buat dan juga kenaikan harga barang akan memberikankesan yang besar keatas rakyat.