LAGI SERTAI PKR

Orang Tertua Sertai PKR

Friday, 01 January 2010 3:21 PM Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR, 1 Januari : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencatat sejarah apabila menerima keahlian orang tertua di Malaysia. Borang keahlian itu telah diserahkan genap pada hari kelahiran warga tua itu.
Chin Fong yang berusia 101 tahun itu menyertai Pakatan Rakyat (PR) berikutan pengalaman sejak zaman penjajahan British lagi, jepun dan awal Merdeka lagi. Angkatan Muda Keadilan Johor, Zabiedi Abas memaklumkan hal ini dalam kenyataan medianya kepada Era Pakatan.
"Penyertaan beliau melambangkan negara melambangkan negara perlu ditukar pemerintahannya. UMNO-BN sudah tidak releven bagi semua dan negara," jelas Zabidie Abas.
PKR sekijang bersama-sama dengan keluarga Chin Fong telah meraikan sambutan kedatangan warga emas itu dalam PR. PKR Johor dengan kerjasama erat Cabang Sekijang telah menerima sendiri keahlian Chin Fong genap pada hari kelahirannya yang disambut beberapa hari lepas.
Chin Fong dilahirkan pada 28 Disember 1909. Tindakan beliau melangkah kaki memasuki PR membuktikan yang Pakatan Rakyat diterima oleh semua rakyat tidak kira yang muda atau sebaliknya.
PR semakin diterima rakyat kerana dasarnya yang telus dan menolak segala penindasan yang berlaku selama ini.

KUALA LUMPUR, 1 Januari : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencatat sejarah apabila menerima keahlian orang tertua di Malaysia. Borang keahlian itu telah diserahkan genap pada hari kelahiran warga tua itu.

Chin Fong yang berusia 101 tahun itu menyertai PKR berikutan pengalaman sejak zaman penjajahan British, Jepun dan awal merdeka lagi. Angkatan Muda Keadilan Johor, Zabiedi Abas memaklumkan hal ini dalam kenyataan medianya kepada Era Pakatan.

"Penyertaan beliau melambangkan negara perlu ditukar pemerintahannya. Umno-BN sudah tidak releven bagi semua dan negara," jelas Zabidie Abas.

PKR Sekijang bersama-sama dengan keluarga Chin Fong telah meraikan sambutan kedatangan warga emas itu dalam PKR. PKR Johor dengan kerjasama erat Cabang Sekijang telah menerima sendiri keahlian Chin Fong genap pada hari kelahirannya yang disambut beberapa hari lepas.

Chin Fong dilahirkan pada 28 Disember 1909. Tindakan beliau melangkah kaki memasuki PKR membuktikan parti itu diterima oleh semua rakyat tidak kira yang muda atau sebaliknya.

PKR semakin diterima rakyat kerana dasarnya yang telus dan menolak segala penindasan yang berlaku selama ini.

YB SALLEH MAN DILANTIK NYDP MAJLIS AGAMA ISLAM




ADA SESUATU YANG DI PERBINCANG SEMASA PERTEMUAN PAGI TADI SEWAKTU MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA MURID SEKOLAH.

PERMATANG PAUH- 1 JANUARI 2010 - Pakatan Rakyat akur menerima pelantikan pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) Elias Zakaria sebagai yang dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) setelah diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata nama Elias diusulkan lebih awal sebelum nama ADUN Permatang Pasir, Mohd Salleh Man dicadangkan dan keputusan muktamad itu atas perkenan baginda.

"Kami tetap menerima pelantikan tersebut dan meminta barisan baru supaya bekerja keras untuk membuktikan bahawa pengurusan MAINPP dapat diuruskan dengan baik di bawah pentadbiran (parti) Pakatan," katanya kepada pemberita ketika melawat kawasannya di Permatang Pasir hari ini.

Pada 23 Ogos lalu, Anwar dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pasir mengumumkan Mohd Salleh, calon PAS yang bertanding di Permatang Pasir pada masa itu, dilantik sebagai pengerusi MAINPP sekiranya memenangi kerusi itu.

Kerajaan Pulau Pinang dalam satu kenyataan semalam mengumumkan pelantikan (USM) Elias sebagai YDP MAINPP, manakala Salleh Man, yang juga pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, hanya dilantik sebagai timbalan yang dipertua MAINPP.













Jan 1, 10 6:09pm







LAWATAN DSAI KE PERMATANG PAUH HARI INI



BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG MINUM PAGI DAN JUGA MENERIMA "DUIT KENDURI" DARI WAKIL PERMATANG ARA PERMATANG PASIR.



DSAI MENERIMA BORANG KEAHLIAN BARU DARI TIMBALAN KETUA BAHAGIAN PERMATANG PAUH. SERAMAI 5034 KEAHLIAN BARU DITERIMA DARI TIM KETUA BAHAGIAN PERMATANG PAUH EN MAT HASHIM PAGI TADI.








LAWATAN DSAI KE PERMATANG PAUH PADA 1 JANUARI 2010..
DAPATKAN MAKLUMAT DALAM AKHBAR KONSEP ERA PAKATAN

ZAHID HAMIDI TERKEDU DITEGUR ISU MIG 29

Mulanya Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan bahawa MIG29 akan ditukar menggantikan dengan eurofighter dan Rafelle jet pejuang bernilai puluhan billion.Memang mempunyai antara yang terbaik di dunia.Namun lihat bagaimana tentera India menggunakan MIG dan beberapa kapalterbang tentera buatan Russia dalam tentera udara mereka.Apabila Mahathir menegur agar DSNajib mengekalkan MIG dan meningatkan keupayaannya,Zahid Hamidi menukar kenyataan bahawa di peringkat cadangan.Sebab tak masyukkkk kot.

Dengan secara tidak langsung ianya meningkatkan kemahiran rakyat India dalam pemindahan teknologi.Tujuannya ialah untuk meningkatkan teknologi negara dan mengurangkan pembaziran.MIG adalah antara jet pejuang tersenarai 10 terbaik di dunia masa kini.Kita belum pun menggunakan MIG untuk berperang,maka kerana itu enjin MIG boleh di pertingkatkan dan di baik pulih dengan meningkatkan keupayaannya.Malah India masih menggunakan MIG23 dalam tenteranya dengan meningkatkan keuayaan avionik dan persenjataannya.












Kira nak jual sahaja.Kenapa jadi begini??sampai bila pemindahan teknologi akan berlaku dan kemahiran dalam teknologi earoangkasa tidak akan kemana jika ini berlaku.Mesti ada sesuatu dalam usaha menjual dan membeli peralatan tentera????apa yang pastinya jika tidak hilang...mestinya masyukkkkkkk....................