WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

PERUTUSAN HARI PEKERJA

PERUTUSAN 1 MEI 2010
DARIPADA
HJ. MOHD. ANUAR TAHIR
PENGERUSI LAJNAH PEKERJA PAS PUSAT


Sekali lagi kita menyambut kedatangan 1 Mei, Hari Buruh Hari Pekerja yang disambut di seluruh dunia oleh setiap lapisan pekerja – karyawan. Kepada para pekerja yang telah memerah otak, membanting tulang dan menggunakan tenaga di pelbagai bidang dan sektor, atas nama Lajnah Pekerja Pas Pusat, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada saudara-saudari yang menjadi tulang belakang dan jantung pergerakan pembangunan negara. Tanpa kesungguhan dan pengorbanan para pekerja, negara ini tidak akan sampai ke mana-mana. Namun, walaupun demikian besar jasa para pekerja, mereka belum lagi menerima pengiktirafan yang sewajarnya di Malaysia.


Pemberdayaan dan pemerkasaan kaum pekerja – karyawan negara punya banyak tandatanya. Nasib para pekerja di negara ini masih lagi di takuk lama tanpa pembelaan yang seutuhnya. Ramai yang sekadar bermanis mulut menanam tebu di bibir ketika membicarakan tentang nasib pekerja. Walhal nasib golongan majoriti rakyat ini ditinjau dari segi pendapatan, kemudahan dan keistimewaan tidak banyak berubah. Sampai saat ini pemerintah masih belum bersedia menggubal undang-undang gaji minima yang telah diperjuangkan oleh kongres kesatuan-kesatuan sekerja dan pelbagai golongan progresif di negara ini. Pembuangan pekerja tanpa pampasan yang secukupnya masih berlaku di mana-mana. Para pekerja kilang elektronik dan industri masih dinafikan hak berkesatuan.


Semua pihak pula sama ada kerajaan dan swasta berminat kepada pengambilan pekerja secara kontrak yang nantinya mudah untuk diberhentikan. Sejak sekian lama para pekerja lelaki dan wanita meninggalkan kampung halaman berhijrah ke kota-kota besar untuk mencari nafkah dan mengharapkan kehidupan baru yang lebih baik. Mereka dipujuk beramai-ramai berkhidmat dengan pelbagai syarikat-syarikat besar antarabangsa. Malangnya, ramai pula daripada mereka sejak dahulu sampai sekarang diberhentikan atau dibuang kerja dengan mudahnya apabila perusahaan-perusahaan itu tidak lagi dapat mengaut keuntungan besar. Demikianlah nasib kaum pekerja yang selalunya diperlakukan seperti pepatah orang dahulu ‘habis manis sepah dibuang’ atau seperti mana pantun klasik Melayu: Zaman dahulu bertikar pucuk, Zaman ini bertikar mengkuang, Zaman dahulu kita dipujuk, Zaman ini kita dibuang.


Nasib pekerja memang selalunya malang dan di zaman kemerosotan ekonomi dunia ini hidup mereka lebih parah lagi. Kenaikan harga barang, kenaikan kos perkhidmatan, kos pengangkutan, kos kesihatan, kos pendidikan menyebabkan majoriti dari para pekerja terus dilingkari oleh belitan kemiskinan. Para majikan dan para jutawan tidak banyak yang terjejas, barisan orang-orang kaya di Malaysia tidak pernah bimbang kerana kekayaan yang ada pada mereka senitasa terjamin oleh kerana sistem dan pemerintahan yang ada mahupun dasar dan keutamaan negara sentiasa memihak kepada mereka.


Robert Kuok yang memiliki 10 ribu juta dollar, Ananda Krishnan yang bernilai 7 200 juta dollar, Lee Shin Cheng yang memiliki 5 500 juta dollar, Syed Mokhtar Al-Bukhary yang memiliki 1 800 juta dollar, Azman Hashim yang menguasai aset bernilai 700 juta dollar, atau pun Mokhzani Mahathir yang memilik harta bernilai 285 juta dollar mahupun Nazir Tun Razak yang menguasai 100 juta dollar tentu tidak tertekan seperti Saravanan seorang buruh kasar yang sudah menyimpan wang di bank sebanyak RM 20 000 tiba-tiba hampir putus urat jantungnya apabila secara tiba-tiba anaknya jatuh sakit kronik yang memerlukan pembedahan segera yang mahal harganya. Saravanan mengumpulkan wang sebanyak itu untuk membeli sebuah rumah kerana telah terlalu lama dia sekadar menyewa kediaman.

Semua wang itu tidak mustahil terpaksa dihabiskan untuk pembedahan dan perubatan anak tersayang. Dia dan keluarganya akan terus bernasib malang tanpa harta, tanpa rumah sendiri tempat berteduh. (Azizi Hj. Abdullah, Persatuan Pengguna Pulau Pinang). Kaum pekerja tanpa mengira keturunan dan kepercayaan, bangkitlah dengan berani dan binalah rangkaian kesatuan, organisasi dan jamaah pro pekerja demi memperjuangkan nasib semua. Jangan menunggu sehingga anda di buang kerja barulah ingin mencari tempat mengadu sedangkan selama ini anda langsung tidak mahu menyertai rangkaian progresif pembela pekerja.


Selamat Hari Pekerja.
Dirgahayu perjuangan membela nasib pekerja. Wassalam.

Hj. M. Anuar Tahir
Pengerusi Lajnah Pekerja merangkap ahli jawatankuasa PAS Pusat
27 April 2010 bersamaan 13 Jamadilawal 1431H
AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, April 30, 2010 No comments:
Share

BOLEH SIASAT SIAPA???

Joseph Brehem , salah seorang peguam Perancis yang menyaman DCN bagi pihak NGO hak asasi manusia Suaram, mungkin memohon mendapatkan 'waran geledah antarabangsa' supaya pegawai Malaysia mendedahkan maklumat mengenai imbuhan yang diterima oleh individu-individu tertentu.

BOLEH SIASAT MENTERI BERKENAAN......SIAPA....SELAIN RAZAK...MUNGKIN BOSS RAZAK ...


Brehem berkata LAGI , jika Malaysia tidak memenuhi arahan tersebut, maka ia akan membuktikan bahawa kerajaan 'ada sesuatu yang hendak disembunyikan".
AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, April 30, 2010 No comments:
Share

MB NIK AZIZ MENTERI BESAR KELANTAN


KIRIMAN: SHAMSUL

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..
Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.. Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu.. * MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja..
AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, April 29, 2010 No comments:
Share

SIASAT SAMPAI DAPAT

AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, April 28, 2010 No comments:
Share

Tiada bukti: Siasatan dakwaan Tee Keat terima RM10j ditutup?

27/04/2010 8:02pm

PUTRAJAYA 27 April – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap beliau kerana didakwa menerima RM10 juta daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Dimensi Sdn. Bhd., Datuk Seri Tiong King Sing, telah ditutup dan tiada siasatan lanjut.

Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh SPRM dalam surat yang diterimanya pada 22 April lalu yang menyatakan bahawa tiada bukti yang dapat mengaitkan beliau dengan dakwaan berkenaan.

"Kes ini saya dimaklumkan bahawa ia telah tamat siasatan dan tidak akan dilanjutkan siasatannya. Tiada sebarang bukti yang membuktikan tuduhan-tuduhan liar itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen “Red Means Stop" anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya bersama Sun Media Corporation Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Tahun lepas, SPRM memanggil Tee Keat untuk disoal siasat berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan dakwaan kononnya beliau menerima RM10 juta daripada King Sing untuk aktiviti MCA.

Ketika itu, Tee Keat adalah Presiden MCA, manakala Kuala Dimensi adalah kontraktor utama bagi pembinaan PKFZ.

"Kini telahpun jelas senario sebenarnya, walaupun jawapan ini saya terima agak lewat sedangkan saya sedia maklum kes ini telahpun tamat siasatannya agak awal sebelum ini.

"Tanpa atas apa sebab, saya baru dapat maklum balas atau jawapan pada 22 April lalu,” katanya. – Bernama

MACAMANA TAK ADA BUKTI APABILA PEMBERI MENGAKU MEMBERI.PELIK DAN TAK FAHAM JUGA ..

AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, April 27, 2010 No comments:
Share

PORTAL UMNO BERI PANDANGAN : Sekilas pandang: Kenapa hanya majoriti 1,725 undi...

Sekilas pandang: Kenapa hanya majoriti 1,725 undi...

Oleh: ROSLAN BIAN



BUKAN TERPENGARUH DENGAN BUDAYA PAS..TETAPI KERANA ORANG CINA LEBIH CERDIK KERANA BANYAK MEMBACA DAN AKHBAR MEREKA LEBIH BEBAS.ORANG CINA TAK TENGOK TV3 SUKU,TV1 PENIPU.MEREKA TENGOK ASTRO.

Jika asalkan menang dijadikan ukuran, majoriti 1,725 undi diperolehi calon Barisan Nasional (BN), P.Kamalanathan dianggap memadai.

Namun, jika mahu dijadikan ukuran rakyat khususnya pengundi-pengundi Parlimen Hulu Selangor mengatakan mereka sudah kembali menyokong kerajaan BN, ianya masih jauh lagi.

Pemimpin-pemimpin dan jentera BN boleh berpuashati hati dapat merampas semula kerusi Hulu Selangor ekoran kekalahan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Ayam sabung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memperolehi 23,272 undi berbanding Kamalanathan yang mendapat 24,997 undi.

Andai diteliti, calon PKR walaupun tewas tetapi undi diperolehi meningkat berbanding yang dimenangi calon parti sama pada pilihanraya umum lalu, allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad sebanyak 23,177 undi.

Ini bererti pengundi-pengundi yang menyokong pembangkang masih utuh di Hulu Selangor.

Ini juga bermakna, Kamalanathan diselamatkan oleh peningkatan jumlah pengundi berdaftar serta peratus keluar mengundi pada 25 April.

Pada pilihanraya umum lalu, calon BN Datuk G.Palanivel yang tewas kepada Dr Zainal memperolehi 22,979 undi tetapi Kamalanathan dapat sokongan undi sebanyak 24,997.

Amat jelas pertambahan 2,018 undi kepada calon BN ini disebabkan peningkatan jumlah pengundi serta yang keluar mengundi seramai kira-kira 49,000 berbanding 47,622 pengundi pada pilihanraya 2008.

Meneliti angka-angka di atas, BN tidak boleh selesa dengan kemenangan di Hulu Selangor.

Kemenangan ini tidak boleh menutup fakta BN tewas tujuh daripada sembilan pilihan raya kecil sebelum ini.

Kejayaan kecil ini juga tidak boleh dijadukan ukuran Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan – Pencapaian Diutamakan’ bergerak laju menuju matlamatnya.

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pastinya berusaha yang terbaik bagi memenuhi tuntutan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya.

Apapun, pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor memberi banyak pengajaran kepada Perdana Menteri untuk menilai sama ada golongan bukan Melayu mahu terus bersama-sama kerajaan mencapai matlamat Gagasan 1Malaysia.

Walaupun belum ada angka rasmi tetapi umum sudah mengetahui sokongan pengundi-pengundi Cina masih ketara belum memihak kepada BN begitu juga dengan masyarakat India.

Kenapa jadi begini?

Pasti Najib sebagai pengerusi BN dan barisan kepimpinan parti komponen dapat mengesan masalah-malasah ini dalam ‘post mortem’ terhadap keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Bagaimanapun, sekilas pandang perkara-perkara ini harus diberikan perhatian.

Pengundi-pengundi Cina nampaknya sudah terpengaruh dengan budaya PAS dalam membuat keputusan pilihanraya.

Ungkapan ‘Beri kain pakai, beri gula makan, beri pitih (wang) ambil’ yang cukup popular dikalangan PAS boleh dikatakan sudah dipraktikkan juga oleh pengundi-pengundi Cina.

Ketika kempen pilihanraya, walaupun kerajaan memberikan bantuan dan menyelesaikan masalah-masalah kaum ini tetapi ternyata hasil undi Cina kepada calon BN amat mengecewakan.

Ada pula pendapat mengatakan undi protes dikalangan ahli-ahli MCA sendiri yang tidak berpuashati dengan keputusan pemilihan parti itu bulan lalu kerana Datuk Seri Chua Soi Lek bukan dipilih presiden parti dengan majoriti dua pertiga.

Faktor penyokong-penyokong Timbalan Presiden MIC, G.Palanivel yang tidak dicalonkan semula juga turut memberi kesan.Undi protea kumpulan ini juga tidak dapat dielakkan.

Satu paktor lain yang perlu dipandang pimpinan BN adalah mesej jelas bahawa pengundi-pengundi Melayu masih menolak calon MIC bertanding di kawasan itu.

Ini dapat dilihat dengan jumlah lebih 6,000 undi yang memenangkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen Hulu Selangor pada 2008 masih ‘belum kembali’ kepada BN berdasarkan jumlah pengundian Ahad.

Dalam erti kata lain, lupakan apa sahaja pembangkang akan kata mengenai punca kekalahan Zaid tetapi sekilas pandang, BN hanya menang tetapi berhati-hatilah kerana tidak guna menang sorak jika kampong tergadai pada pilihanraya umum akan datang.

Justru itu, cabaran terbesar adalah memahami sikap pengundi-pengundi sama ada Melayu. Cina ataupun India pada tempoh berbaki tidak sampai tiga tahun lagi bagi pilihanraya umum ke 13.

Perlu diingat juga, pilihanraya kecil Parlimen Sibu Sarawak 16 Mei ini pasti menjanjikan sesuatu lebih sengit dengan pembangkang khususnya DAP yang akan meletakkan calonnya sudah tentu mahu menebus kekalahan pakatan pembangkang di Hulu Selangor.-26/4/2010



Printable Version | Email to a Friend
AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, April 27, 2010 No comments:
Share

Faktor kekalahan PR di Hulu Selangor

Faktor kekalahan PR di Hulu Selangor


Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Parti perasuah besar di Malaysia, BN kini berbulan madu selepas kemenangan mereka di Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi walaupun membelanjankan jutaan ringgit selain dengan cara kotor dan jijik dalam Pilihan Raya paling tersebut.

Namun, apa yang pasti Pakatan Rakyat (PR), harus mengambil apa jua iktibar akibat kekalahan itu termasuklah faktor-faktor berikut.

Jentera PR tidak digerakan semaksima mungkin.

Parti Barang Naik, BN, yang memulakan kempen kotornya dengan mengaitkan calon PR, Datuk Zaid Ibrahim dengan arak, walaupun dibalas dengan penerangan ratusan ribu risalah oleh Angkatan Muda PKR bersama jentera Pakatan Rakyat tetap dilihat gagal.

Ini kerana tinjauan erapakatan.com mendapati ada beberapa buah kampung kecil langsung tidak menerima bahan kempen itu.

Anehnya, di kampung tersebut turut tiada bendera PKR selain jentera BN awal-awal lagi telah mendirikan bilik gerakan mereka.

Malah, di salah sebuah papan kenyataan di balai raya tersebut jelas menunjukkan risalah BN dengan propaganda fitnahnya jelas tertera di situ.

Perpecahan ahli PKR di Hulu Selangor

Selain itu, walaupun tindakan Dr. Halili Rahmat yang keluar parti tidak diikuti oleh orang rapatnya teermasuklah mereka yang bersamanya seawal tahun 1998 dulu, namun perpecahan yang wujud dikalangan ahli parti itu dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor bukan lagi rahsia besar.

Sumber memberitahu, sekurang-kurangnya terdapat empat kem PKR dalam kawasan itu terutamanya selepas kemenangan PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Empat kem itu pula bukan sahaja mengadakan aktiviti mengikut kumpulan masing-masing malah wujud usaha untuk menjatuhkan antara satu sama lain termasuklah dalam satu mesyuarat beberapa bulan sebelum pencalonan Datuk Zaid Ibrahim.

Empat kem itu yang antaranya bergerak di bawah sekretariat tertentu, juga bergerak mengikut Cabang, Parlimen dan pemimpin tertentu sekaligus melumpuhkan jentara PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini.

Antara Ofensif dan Defensif

Turut menjadi faktor kekalahan PR pada kali ini juga ialah apabila jentera parti lebih bersikap defensif atau bertahan berbanding startegi ofensif atau menyerang seperti yang dilakukannya sebelum ini.

Ini terbuti apabila awal-awal lagi jentera BN melakukan serangan dan provokasi melalui bebarapa bill board dan kain rentang, sesuatu yang berbeza dari sebelumnya yang mana pihak Pakatan Rakyat lebih mendahului.

Bill Board itu termasuklah mengaitkan calon PR dengan arak, selain menggambarkan gabuang parti PKR, PAS dan DAP sebagai bermasalah yang diletakkan di jalan-jalan utama dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Kesimpulan

Walaubagaimanapun, PRK di Hulu Selangor sudah pun menjadi sejarah, tinggal lagi bagaimana PR mengambil iktibar dari kekalahan itu kerana jumlah majoriti 1,725 yang diraih oleh BN itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan jutaan ringgit campur perbuatan keji yang dilakukan oleh mereka.

Malah, keputusan itu bolehlah disifatkan sebagai ‘kalah’ kerana jumlah keseluruhan undi BN jika dicampur dalam ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam kawasan Parlimen itu seperti mana dalam PRU lalu adalah jauh lebih tinggi berbanding angka 1,725 itu.

Sebelum ini, BN meramalkan mereka akan menang kira-kira 5,000 majoriti dan angka 1,725 undi itu jauh lebih kecil selain bantuan Suruhanja Pilihan raya (SPR) yang memindahkan ribuan pengundi termasuklah ke kawasan Selayang yang dilihat bertujuan untuk memenangkan BN sepertimana yang didedahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh.

Tetapi yang pasti, undi masyarakat Cina terhadap PR bukan sahaja terus mencatatkan peningkatan malah pastinya menjadi igauan ngeri buat BN menjelang PRK Parlimen Sibu Mei ini.

Untuk rekod, masyarakat Cina di Hulu Selangor terdiri daripada luar Bandar berbanding masyarakat Cina di majoriti kawasan Bandar dalam Parlimen Sibu yang pastinya membuatkan fakta ini mengganggu tidur Presiden Umno, Najib Razak.

AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, April 27, 2010 No comments:
Share

MENIAGA TAK UNTUNG MACAM NI

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun membelanjakan RM65,000 bagi setiap pengundi, di samping kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya menjamin pemilihan yang bersih dan adil, ugutan polis serta usaha menghalang pengundi menjalankan tanggungjawab mereka, BN hanya mampu menang dengan majoriti yang tidak memberangsangkan."Ini bermakna BN gagal mempelajari apa-apa sejak pilihan raya umum 2008. Serangan peribadi, isu perkauman, rasuah dan paksaan mungkin boleh membantu untuk menang di satu atau dua kerusi, tetapi rakyat Malaysia, tidak akan terpedaya,” katanya.


KEJAYAAN INI HANYALAH SEMENTARA DAN BERPURA-PURA.
AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, April 26, 2010 No comments:
Share

Najib, Jangan Berseronok Lagi

Isnin, 2010 April 26

Najib, Jangan Berseronok Lagi

Apa pun tahniah kepada Bn kerana telah berjaya menipu Melayu dan sekali gus memenangi PRK Hulu Selangor. Tapi satu persoalan yang harus ditanya kepada diri mereka sendiri. Cukupkah kemenangan dengan majoriti 1,000 lebih sahaja. Sedangkan beratus juta telah dirasuahkan kepada pengundi - pengundi di kawasan Hulu Selangor namun hasilnya amat menyedihkan.

Bn harus sedar bahawa mereka sebenarnya masih belum cukup gagah. Mereka masih tidak mampu menahan amarah gelombang anak muda Malaysia. Mereka tidak boleh menipu diri mereka sendiri bahawa semua anak muda dan mereka yang berada di kawasan bandar telah menolak mereka secara total. Menolak mereka kerana mereka bukan lagi menjadi pilihan untuk menjadi pemerintah yang melindungi rakyat.

Apakah dengan kemenangan yang diperolehi semalam sudah cukup membuatkan Bn kuat semula? Bn terpaksa mengerahkan semua jentera, kementerian, media, ratusan juta ringgit dan menipu bersama - sama dengan SPR barulah mereka mampu menang. Satu kerusi, Bn terpaksa berhempas - pulas untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang serba tempang. Apakah para pimpinan BN mampu tersenyum puas? Apakah para pemimpin BN mampu tidur lena dengan kemenangan yang tidak seberapa ini?

Mereka harus sedar, Pilihanraya Umum bakal tiba. Mereka sedar sebenarnya mereka tidak mampu menahan gelombang amarah rakyat. Najib kata ianya satu referundum, ya memang referundum untuk mengukur kekuatan Bn yang sebenarnya. Dengan kemenangan yang sedikit ini, Najib pasti dan sememangnya pasti telah mendapat satu signal jelas bahawa mereka yang berada di bandar masih bencikan Bn.

Peristiwa Ijok jika diizinkan pasti akan berlaku kembali. Mereka menang dengan majoriti seribu namun kita rampas kembali dengan bergaya dan menawan Selangor. Ini sememangnya menakutkan Bn. Orang bandar, anak muda tak kira apa bangsa dan agama sebulat suara menolak Umno dan Bn. PRU masih lagi jalan berliku buat Umno dan Bn. Jangan sesiapa pun baik dari Umno, MIC, MCA menafikannya. Jalan yang berduri dan merbahaya sedang menunggu mereka.

Kemenangan yang mereka kecapi sebenarnya pahit untuk ditelan. PR walaupun kalah namun sebenarnya sedang tersenyum lebar. PRU yang akan datang menjanjikan satu keputusan yang sama dan mungkin lebih kepada Pakatan Rakyat. Kenapa Pakatan Rakyat tersenyum lebar? Kerana mereka sedar kemampuan mereka untuk menandingi gelombang jentera Bn dalam satu - satu P.Kecil teramatlah susah. Namun jika PRU diisytiharkan, maka jentera BN yang datang berbondong - bondong datang ke sesuatu kawasan akan berselerakan ke serata negara dan ini akan melemahkan jentera mereka. Duit yang beratus - ratus juta ditaburkan terpaksa dibahagikan ke serata negara. Maka Pakatan Rakyat mempunyai harapan.

Namun Bn masih tetap ada talian hayat iaitu SPR. SPR sebagai barua tetap Bn akan tetap memastikan BN menang pilihanraya nanti. WAJIB untuk kita terus menyerang SPR semahu - mahunya. Lihat sahaja yang berlaku di Hulu Selangor, beribu pengundi telah dipindah keluar dari kawasan tersebut. Tujuannya hanya satu, MENANGKAN BN. Namun SPR juga tahu kemampuan mereka untuk menipu masih terbatas. Ya mereka berjaya sekali dua, namun sampai bila. Menipu tahun 2004, 2008 terbungkus. Menipu di Hulu Selangor, tidak semestinya dapat menipu satu Selangor.

Jadi tugas Pakatan Rakyat, sudah tiba masanya serangan harus kerap ditujukan kepada kawasan - kawasan kampung. Satu kawasan bandar, 10 kawasan kampung harus diterangkan. Jadikan ianya satu amalan wajib jika mahu menang dengan lebih bergaya.

Tapi satu persoalan yang nak dilemparkan kepada semua. Kalaulah pilihanraya ini mampu menumbangkan BN, sudah pasti pilihanraya ini diharamkan. Sekian.
Posted by dragsuperstar at 08:11
Labels: BN, Hulu Selangor, PRK, Umno
AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, April 26, 2010 No comments:
Share

AL FATIHAH: 2 PEJUANG KEMERDEKAAN NEGARA MENINGGAL DUNIA



“Perjuangan kemerdekaan bangsa dan tanah air akan bergolak terus walaupun Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 ini. Kemerdekaan itu harus diisi dengan kenyataan-kenyataan, dengan realiti-realiti kemakmuran ekonomi rakyat, dengan realiti, dengan kenyataan ketinggian akhlak rakyat.”– pidato Dr. Burhanuddin Al-Helmy


Ahad, 2010 April 25


BERITA DUKA DARI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

21 dan 24 April adalah hari duka bagi warga Kampung Perdamaian Sukhirin. 2 orang bekas perajurit berasal dari kawasan sempadan telah pulang menemui Illahi. Mereka ialah Allahyarham Cek Leh @ Pakcu Bidin dan Allahyarham Dolmat.

Allahyarham Pakcu Bidin, 90, (gambar kiri) seorang berasal dari dari Daerah Sungai Padi, Narathiwat, menyertai perjuangan bersenjata bersama Rejimen Ke-10 pada tahun 1968. Beliau pernah bertugas sebagai penyusun massa, utusan dan anggota unit produksi. Selepas penandatanganan hadyai tahun 1989, beliau terus menetap bersama rakan seperjuangan yang lain di Kampung Perdamaian Sukhirin atau secara rasminya disebut Ban Chulabhorn Patana 12. Beliau mengidap sakit lumpuh selama 7 tahun sehingga khirnya meninggal dunia pada pukul 5.00 p.m. (waktu Thailand). Jenazah Allahyarham dikebumikan di Kampung asalnya di daerah Sungai Padi.

Allahyarham Dolmat, 80, (gambar kanan) berasal dari Cabang Tiga, Patani, menyertai perjuangan pada awal tahun 60-an. Allahyarham pernah ikut serta dalam regu penyusun massa, utusan dan pasukan penggempur mara ke selatan di bawah pimpinan Abu Samah Mohd. Kassim. Pada tahun 1973, beliau ditugaskan berkhidmat di Pasukan Penggempur ke-15 di bawah pimpinan Rashid Maidin. Setelah perjanjian perdamaian Hadyai, beliau menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin. Beliau menderita sakit akibat kemalangan jalan raya dalam masa yang panjang dan akhirnya meninggal dunia pada pukul 1.00 p.m. (waktu Thailand) pada 24 April 2010. Jenazahnya di kebumikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin.






Semoga Allah Taala meletakkan roh mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Amin
AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, April 26, 2010 No comments:
Share

PILIHANRAYA HULU SELANGGOR

AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, April 25, 2010 No comments:
Share

COVER IT LIVE MULAI JAM 6 PETANG INI.

TEAM WRLR AKAN MENGADAKAN SESSI COVER IT LIVE MULAI JAM 6 PETANG NANTI DIMANA KEPUTUSAN DI BEBERAPA TEMPAT TERTENTU AKAN DI MASUKKAN.PIHAK PENGUNJUNG BOLEHLAH MEMBERIKAN PANDANGAN ,MAKLUMAT, DAN SOKONGAN KEPADA PAKATAN RAKYAT.
AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, April 25, 2010 No comments:
Share

Wartawan diherdik di bilik gerakan BN: "Kamu Cina, sini tempat Melayu!"

Wartawan diherdik di bilik gerakan BN:
"Kamu Cina, sini tempat Melayu!"

Ong Vic Kee | Apr 23, 2010 07:17:27 pm

"Kamu orang Cina, sini tempat Melayu," herdik seorang lelaki di bilik gerakan Barisan Nasional terhadap dua orang wartawan perempuan di Kampung Sungai Buaya, pagi ini. Malah, lelaki tersebut menuduh wartawan yang sedang bekerja di bilik gerakan itu sebagai "pengintip dari pihak musuh".

Kejadian ini berlaku apabila wartawan MerdekaReview membuat liputan di Kampung Sungai Buaya bersama seorang lagi wartawan dari Laksou (satu media internet bahasa Cina). Kedua-dua orang wartawan perempuan keturunan Cina ini singgah di bilik gerakan BN untuk menyiapkan kerja, selepas mendapat kebenaran daripada petugas bilik gerakan BN.

Pada mulanya, beberapa orang petugas yang peramah menyediakan meja untuk wartawan, setelah mengenalpasti identiti mereka. Namun, pada masa kedua-dua orang wartawan mulakan kerja mereka, seorang lelaki berketurunan Melayu memasuki bilik gerakan itu secara tiba-tiba.

Beliau dan pengikutnya bertanya kepada wartawan, siapakah dan dari manakah mereka datang? Wartawan tersebut telah memaklumkan secara lisan identiti mereka, malah wartawan Laksou telah menunjukkan kadnya, di samping menyatakan tujuan mereka berada di situ.

Namun, lelaki yang disyaki sebagai ketua bilik gerakan tersebut memarahi wartawan kerana tidak menyatakan identiti dan mendapatkan kebenarannya terlebih dahulu untuk masuk ke bilik gerakan. Bagaimanapun, lelaki tersebut juga tidak menyatakan identitinya.

Wartawan Laksou cuba menemukan lelaki tersebut dengan petugas yang membenarkan mereka masuk ke bilik gerakan, tetapi gagal menemui petugas itu. Wartawan ingin meninggalkan bilik gerakan tersebut, tetapi dihalang seorang lelaki yang lain, kerana menurutnya, keadaan akan menjadi reda selepas identiti wartawan dinyatakan.

Lelaki berpatah balik

Namun demikian, lelaki yang memarahi wartawan tadi berpatah balik dalam masa seminit, terus mengherdik kedua-dua orang wartawan. Nadanya semakin tinggi, malah menuduh wartawan sebagai pengintip musuh. Sambil menghentam pada mejanya, beliau mengherdik, "Kamu orang Cina, sini tempat Melayu!"

Beliau bergegas keluar, sambil diredakan kemarahannya oleh petugas lain. Sementara itu, dua orang petugas bilik gerakan cuba menenangkan emosi dua orang wartawan.

Kedua-dua orang wartawan ini cuba mendapatkan identiti lelaki yang mengherdik mereka, tetapi enggan dimaklumkan petugas di situ. Oleh kerana bimbang akan keselamatan diri, kedua-dua orang wartawan perempuan ini telah meninggalkan bilik gerakan tersebut.

"Jangan sentuh isu perkauman"

Wartawan tadi telah mengadu kepada pegawai kanan Perdana Menteri, berhubung kejadian tersebut, ketika PM Najib Razak bersembahyang di masjid kawasan itu pada tengah hari. Pegawai kanan PM ini meminta maaf kepada wartawan, malah menjelaskan bahawa konsep "1Malaysia" bertujuan untuk mengubah minda sebahagian orang Melayu yang berfikiran sedemikian.

Malah, beliau berkata, keadaan akan menjadi lebih sensitif semasa tempoh kempen PRK, dan beliau berharap agar wartawan tidak menyentuh soal perkauman.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, April 24, 2010 No comments:
Share

APA KERAJAAN SELANGOR BUAT UNTUK RAKYATNYA

Abdul Fatah Karim
Dua tahun Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor, sudah berjaya membuktikan keupayaannya memerintah dengan baik berbanding 50 tahun BN perintah Selangor.

Pencapaian terbaik kerajaan PR Selangor selama 2 tahun memerintah Selangor dapat dilihat berdasarkan program-program kebajikan kepada rakyat.

Antaranya :-

1. Pemberian 20 meter pad...u pertama air secara percuma
2. Tabung Warisan Anak Selangor
3. Skim Mesra Usia Emas
4. Hadiah dermasiswa kepada anak-anak Selangor yang masuk IPT
5. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
6. Berjaya membawa pelaburan sebanyak RM 6.76 billion pada tahun 2009 (pelaburan kedua tertinggi di Malaysia)
7. Menaikkan elaun guru-guru KAFA RM 1000 sebulan.
8. Berjaya menyiapkan dan menyerahkan 5,655 unit rumah yang terbengkalai semasa BN memerintah.
9. Tiada lagi kontrak runding terus untuk projek-projek kerajaan negeri.
10. Tidak membenarkan Adun & EXCO menganggotai jawatankuasa tender untuk kontrak majlis tempatan.
11. Balai raya dan dewan dibenarkan digunakan oleh semua pihak tanpa mengira fahaman parti, bangsa dan agama.
12. Memberi hak milik tanah kepada 100,00 penduduk di Kuala Selangor dan melanjutkan pajakan 99 tahun kepada 183 keluarga di Sekinchan dengan bayaran hanya RM 1 sekaki persegi.
13. Memperuntukkan dana RM 50 juta untuk skim micro-kredit (al Qardhu Hasan) bagi mengatasi masalah Along.
14. Memperuntukkan RM 20 billion untuk tempoh 10 tahun bagi menaik tarafkan sungai-sungai di Selangor.
15, Mengazetkan 321.7 hejtar hutan Kota Damansara sebagai Hutan Simpan Kekal.
16. Melantik Ahli-ahli Majlis tempatan dari kalangan mereka yang ada berkelayakan dan profesional.
17. Mewujudkan pendengaran Awam SELCAT bagi membuat siasatan terhadap tingkahlaku pentadbiran terdahulu yang menyalahgunakan harta rakyat untuk kepentingan tertentu.

Apakah ada negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional menikmati apa yang dinikmati oleh rakyat di Selangor ?
AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, April 24, 2010 No comments:
Share

HUTANG BN 362.4 BILLION

Hutang pentadbiran BN cecah RM362.4 bilion

Saturday, 24 April 2010 4:58 AM Oleh Era Pakatan

Perdana Menteri, Najib Razak berkata, jumlah keseluruhan hutang Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran Barisan Nasional sehingga 31 Disember 2009 adalah RM362.4 bilion atau 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau berkata, RM348.6 bilion atau 96.2 peratus daripada jumlah itu adalah hutang dalam negeri manakala baki RM13.9 bilion atau 3.8 peratus pula hutang luar negara.

''Jumlah hutang luar negara yang kecil selaras dengan dasar semasa kerajaan yang mengutamakan pinjaman dalam negeri bagi membiayai projek pembangunan negara kerana kos yang lebih murah dan mengurangkan pendedahan kepada risiko pertukaran mata wang asing," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) yang meminta Perdana Menteri menyatakan tanggungan kewangan secara terus dan bukan secara terus kerajaan di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri berkata, pecahan instrumen hutang kerajaan itu adalah bil perbendaharaan (RM4.32 juta), Terbitan Pelaburan Kerajaan (PTK) (RM66 juta), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM) (RM242.3 juta), Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan (RM31.1 juta) dan sukuk (RM4.9 juta).

Katanya, instrumen hutang berkenaan dilanggan institusi kewangan, syarikat insurans dan institusi keselamatan sosial.

"Bagi pinjaman projek, pemberi pinjaman adalah institusi pelbagai hala iaitu Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Pembangunan Islam (IDB) manakala dari institusi dua hala termasuk Japan Bank For International Cooperation (JBIC)," katanya.

Najib berkata, kadar faedah pinjaman adalah pelbagai bergantung kepada tempoh pinjaman dan keadaan pasaran semasa bon diterbitkan dan kadar faedah lebih tinggi bagi pinjaman jangka panjang berbanding jangka pendek.

Menurutnya, tanggungan kewangan kerajaan secara tidak langsung pula adalah dalam bentuk jaminan bagi pinjaman oleh badan berkanun dan syarikat kerajaan.

Katanya, sehingga 31 Disember 2008 pula, jumlah liabiliti tidak tentu Kerajaan Persekutuan ialah RM69.2 bilion iaitu terdiri daripada pinjaman domestik RM59.3 bilion dan pinjaman luar sebanyak RM9.9 bilion.

Jelasnya, jaminan berkenaan melibatkan dua badan berkanun dan 16 syarikat milik kerajaan (GLC).

AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, April 24, 2010 No comments:
Share

PENIPU NI.........

Umno Tertipu atau Penipu?

Friday,Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Semenjak kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil(PRK) Hulu Selangor media-media tempatan memaparkan kononnya pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah keluar daripada parti itu.

Media semalam juga melaporkan secara meluas kononnya Setiausaha Angkata Muda Keadilan (AMK) Kelantan keluar parti sedangkan sekarang semua maklum dia tidak lagi memegang jawatan tersebut.

"Benar dia bekas Setiausaha AMK Kelantan. Muhammad Ezri Zainal Abidin yang telah lama dipecat diumumkan keluar parti bersama dengan Ketua AMK Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad padahal mereka sebenarnya kecewa selepas hasrat untuk dilantik sebagai Penyelia Dun Kuala Balah tidak tercapai," kata Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam blognya

Terdahulu, seseorang wanita bernama Roshanita Mohd Basir yang mendakwa dirinya Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai juga dilaporkan media keluar daripada PKR.

Namun, Ketua PKR Cabang Serai, Md. Nasib Rahim keras menafikan perkara itu dan menyatakan wanita tersebut tidak memegang apa-apa jawatan dalam organisasi wanita PKR Cabang Bagan Serai.

PKR Bagan Serai itu menjelaskan bahawa pada satu masa memang Roshanita pernah datang dan menawarkan diri untuk memangku jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai tetapi Pimpinan Cabang sudah mengetahui bahawa wanita itu merupakan proksi Umno dan Pimpinan Cabang tidak pernah memberikan apa-apa jawatan dalam parti atau organisai wanita cabang kepadanya.

Menurut Khalil ini merupakan cara kempen Umno yang dilihat terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja cara untuk memburukkan dan menggambarkan parti lawan lemah walaupun terpaksa menipu.

"Sehari dua ini kalaulah sesiapa yang mahu dapat habuah bolehlah pergi berjumpa dengan pemimpin Umno dan mengaku pemimpin PKR mana-mana bahagian dan saudara maklumkan akan mengumumkan keluar parti sekaligus masuk Umno.

"Pasti mereka akan menerima saudara sebagai pelakon tambahan seterusnya," kata Khalil lagi.
AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, April 23, 2010 No comments:
Share

APA NAK JADI CALON BN NI...SUDAHLAH MENJADI PENGUNDI HANTU, SIJIL KELAYAKKAN JUGA DI PERTIKAIKAN

Terkini Dari Hulu Selangor...

Dr Xavier memberitahu bahawa Kamalanathan merupakan pengundi Hantu di P62 Sungai Siput? (Twitter dari simtzetzin)

Sila periksa disini http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftar.aspx

No IC: 651018-10-6495


Setelah beberapa hari laman web Malaysia Today mempertikaikan kesahihan sijilnya...

1) A lie to cover a lie (Pembohongan untuk menutup satu lagi pembohongan)
http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=31320:come-again-kamal-bin-nathan&catid=20:no-holds-barred&Itemid=100087

2) Come again, Kamal bin Nathan (Sekali lagi, Kamal bin Nathan)
http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=31312:a-lie-to-cover-a-lie&catid=20:no-holds-barred&Itemid=100087

Hari ini, laman web terkenal Malaysia Today sekali lagi mempertikaikan kesahihan Sijilnya







Baca selanjutnya disini It just does not add up (http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=31333:it-just-does-not-add-up&catid=20:no-holds-barred&Itemid=100087)
AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, April 23, 2010 No comments:
Share

ANDA PERLU 1 JUTA UNTUK HIDUP SELEPAS BERSARA????

Perlu ada RM1 Juta selepas bersara ?

Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Pengarah Kanan Hubungan Pelanggan ReMark Malaysia, Sasitharan Krishnan berkata, rakyat Malaysia memerlukan simpanan sekurang-kurangnya RM1 juta bagi memastikan kehidupan mereka lebih selesa selepas bersara.

Menurutnya, kajian yang dijalankan terhadap majoriti pesara di negara ini mendapati mereka terpaksa mencari kerja selepas bersara kerana jumlah simpanan mereka tidak mencukupi untuk terus manampung kehidupan.

Beliau menjelaskan, antara sebab perkara itu berlaku kerana mereka gagal merancang kewangan lebih awal selain tiada sikap disiplin dalam menabung.

Kajian itu, katanya, turut menunjukkan bahawa simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikumpul bertahun-tahun lamanya hanya mampu bertahan dalam tempoh tiga tahun sahaja.

"Keadaan ini amat membimbangkan. Dengan ini saya menyarankan agar kerajaan menimbangkan semula cadangan usia persaraan 55 tahun kepada 65 tahun," katanya ketika ditemui selepas Seminar Perancangan Kewangan yang diadakan di sini sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010, di Kuching petang tadi.

Lanjutkan Usia persaraan ke 65 tahun untuk produktiviti ?

Sasitharan turut memberitahu, usia persaraan 55 tahun adalah terlalu awal untuk rakyat Malaysia kerana usia itu dianggap masih belum matang berbanding di Eropah dan Jepun yang mengamalkan pencen pada usia 65 tahun.

Selain itu, kata beliau, usia persaraan 55 tahun turut menjadikan pekerja Malaysia tidak produktif pada dua atau tiga tahun sebelum bersara.

"Sedangkan di Eropah dan Jepun, pada usia tersebut, para pekerja mereka masih mempunyai tahap kecekapan yang tinggi.

"Saya tidak menolak fenomena ini berpunca daripada ikatan kekeluargaan di Malaysia yang masih utuh dan ibu bapa menaruh harapan kepada anak-anak untuk menjaga mereka," tambahnya.

AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, April 23, 2010 No comments:
Share

AMBIK LAGI KUDA SAKIT UNTUK TOLONG KEMPEN

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor yang akan mengundi Ahad ini, supaya memilih calon BN.

Mantan perdana menteri itu berkata ini adalah kerana terbukti BN mampu membawa pembangunan dan perubahan ke kawasan mereka dan seterusnya memantapkan lagi taraf hidup rakyat di situ.

"Negara kita aman dan tenang, walaupun kita telah mencapai banyak kemajuan di kawasan bandar, banyak lagi yang perlu dilakukan di kawasan luar bandar, " katanya ketika berceramah untuk pilihan raya tersebut di Serendah.


Mula-mula kata tak mahu datang berkempen , kemudian tak mahu orang tahu, kemudian cerita pula tentang kemewahan dan juga kesenangan. Tak senang macamana bila anak merupakan salah seorang yangkaya dalam Malaysia ni. Bila p[ilihanraya mencurah-curah projekmasuk dan akan buina.Namun kalau orang Melayu felda tak buka mata dan celik lagi ..nak salah pun tak boleh, sebab maklumat tak sampai.
AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, April 23, 2010 No comments:
Share

KONONNYA NAMA KAMALANANTHAN DAH BERTUKAR DI RANCANGAN FELDA....

NAMANYA KAMAL BIN ABDULLAH DI RANCANGAN FELDA ?

Allah ingatkan umat islam JANGAN JUAL AGAMA DENGAN HARGA YANG MURAH ! Nampaknya sampai masanya agama dan ayat-ayat Allah di jual secara yang murah, khabarnya di FELDA nama bagi calon BN?UMNO ialah Kamal Bin Abdullah

BN/UMNO apabila hendak menang mereka sanggup mempermainkan agama, mungkin ada yang menasihati KAMALANATHAN supaya mengakui telah masuk islam dan telah menukar namanya kepada KAMAL BIN ABDULLAH untuk meraih undi melayu

Kamalanathan tidak mungkin berani mengakui dirinya sebagai Kamal b Abdullah sekiranya tiada arahan kepadanya berbuat demikian, inilah berita yang terkini dan ia benar-benar menjatuhkan maruah agama islam oleh seorang yang bukan beragama islam

Ada kemungkinan BN/UMNO tidak mahu melaksanakan islam kerana dia boleh mempermainkan islam secara yang meluas dan murah, dengan peristiwa mempermainkan agama ini ia di anggap satu tamparan hebat bagi umat islam di negara ini
AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, April 22, 2010 No comments:
Share

TURUNKAN POSTER DI DAKWA MACAM PENGGANAS...HE..HE..HE

Pimpinan AMK didakwa di bawah Akta Senjata dan Bahan Letupan?

Thursday, 22 April 2010 AM Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Timbalan Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR Pusat, Faris Musa telah di bawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru kira-kira jam 9 pagi tadi.

Beliau dijangka di dakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, seksyen 6(1) dan seksyen 8 Akta Senjata dan Bahan Letupan.

Semalam, pimpinan AMK itu ditahan di balai polis Bukit Sentosa atas tuduhan membuangBanner provokasi Barisan Nasional.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun berjanji akan menurunkan banner provokasi Barisan Nasional, namun sehingga kini banner-banner provokasi itu masih kekal terpampang di merata tempat.

Tindakan SPR itu membuatkan badan itu kekal dengan imejnya sebagai proksi dan rakan sekutu Barisan Nasional.

Ini termasuklah memindahkan ribuan pengundi dalam parlimen Hulu Selangor ke kawasan Selayang baru-baru ini.

AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, April 22, 2010 No comments:
Share

HE..HE...HE MACAM SAMA JA....

AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, April 22, 2010 No comments:
Share

LIHAT LOGO ...MUNGKIN BERBEZA GAMAKNYA


Edith Cowan University

LIHAT SINI ...
AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, April 22, 2010 No comments:
Share

eh...MAIN PINDAH-PINDAH MACAM MAIN MASAK-MASAK LA PULAK......

G. Manimaran

HULU SELANGOR, 22 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan jumlah pengundi yang terlibat dalam pemindahan pusat mengundi cuma dalam lingkungan 10,000 orang tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa, bilangan itu mencecah hampir 15,000 orang dan terus meningkat dari sehari ke sehari.

“Tak benar, ia cuma kira-kira 10,000 orang,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, pengundi-pengundi berkenaan dipindahkan ke pusat pengundian yang baru diwujudkan demi keselesaan pengundi sendiri.

“Pemindahan hanya melibatkan daerah mengundi sahaja, tidak melibatkan pemindahan ke daerah mengundi yang lain... yang sebenarnya pemindahan ke daerah mengundi lain tidak boleh dilakukan,” kata beliau.

Setiap daerah mengundi hanya mempunyai satu pusat mengundi dan had pengundi dalam lingkungan 3,500 orang, kata Wan Ahmad.

Menyentuh isu yang sama, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh (gambar) mempertahankan angka yang pihaknya keluarkan Ahad lalu.

“Semakin hari semakin meningkat angka ini... saya pun dah berhenti daripada mengira lagi,” kata beliau dengan merujuk kepada senarai bercetak yang dipegangnya.

Beg yang dibawanya juga kata beliau, mempunyai bukti berlaku masalah tersebut.

Senarai itu menyebut seramai 14,297 pengundi terlibat dalam proses perubahan tempat mengundi.

Senarai yang dikeluarkan PKR semalam menunjukkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernama, tiga pusat pengundian terlibat dalam pemindahan iaitu dari SK Hulu Bernam ke Sekolah Rendah Agama Hulu Bernama dengan pengundi seramai 33 orang, dari SMK Kalumpang ke Sekolah Rendah Agama Kalumpang (219) dan dari Sekolah Rendah Hulu Bernama ke SK Hulu Bernama (Ladang Ascot) (1,084).

Dalam pada itu, di DUN Kuala Kubu Baru juga melibatkan tiga pusat iaitu dari SRJK (Tamil) Kuala Kubu Baru ke SMK Datuk Hj Kamaruddin dengan 2,824 pengundi, dari SK Kerling dipindahkan ke SJKT (Tamil) Ladang Kerling (39) dan dari Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baru ke SMK Kuala Kubu Baru Jalan Kolam Air (1,801).

Empat pusat terlibat dalam DUN Batang Kali iaitu dari SK Serendah dipindahkan ke SRJK (Cina) Serendah (752), dari SRJK (Cina) Serendah dipindahkan ke Sekolah Rendah Agama Serendah (1,898), dari SRJK (Cina) Serendah dipindahkan ke SK Serendah (905) dan dari SMK Syed Mashor ke SK Bandar Baru Batang Kali (2,266).

Menurut senarai itu pusat mengundi baru yang diwujudkan ialah Sekolah Rendah Agama Taman Bunga Raya yang menempatkan 1,350 pengundi dari SK Taman Bunga Raya, SK Bukit Beruntung (589) dan SJK (Tamil) Sungai Choh Taman Bunga (304).

Seramai 233 pengundi dari SK Sungai Choh dalam daerah mengundi Kampung Tanjung telah dipindahkan ke bahagian Parlimen Selayang.

PENAFIAN

Fuziah juga berkata, SPR terus berada dalam situasi menafikan perkara tersebut walaupun pihaknya ada menyediakan bukti kewujudan masalah tersebut.

Malah kata beliau, pihaknya sangsi dengan proses itu kerana ia juga melibatkan perubahan 'criss-cross' di mana pemidahan silang yang dirasakan tidak sepatutnya berlaku.

Malah Fuziah, Ahli Parlimen Kuantan, memberi amaran jika SPR terus mengambil sikap membisu selpas 24 jam menjelang hari ini, PKR tiada pilihan lain kecuali menganggap SPR mempunyai niat jahat untuk menghalang kemenangan calon Pakatan Rakyat Ahad ini.

“SPR marah apabila kami mendakwa mereka ejen Barisan Nasional. Malangnya, mereka tidak melakukan apa-apa untuk membuktikan sebaliknya,” kata Fuziah sambil ulang gesa agar panel berkenaan meletakkan jawatan.

Ia gesaan kedua beliau terhadap SPR kerana mendakwa suruhanjaya itu gagal menjalankan tugas mereka dengan baik.

Kelmarin Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata walaupun SPR ada kuasa untuk memindahkan tempat mengundi tetapi ia tidak wajar dilakukan ketika pilihan raya kecil.

“Ia boleh dilakukan semasa pilihan raya umum,” katanya.

Wan Ahmad pula memberitahu The Malaysian Insider PKR sengaja mahu menjadikan perkara itu sebagai satu isu kempen pilihan raya.

“Tak timbul soal letak jawatan... ia satu tuduhan keterlaluan daripada Fuziah,” kata beliau ketika dihubungi sambil menambah, Fuziah sepatutnya datang ke SPR untuk mendapatkan penjelasan.

“Yang baiknya mereka patut datang untuk mendapatkan penjelasan SPR dahulu,” kata beliau lagi.

Calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim pula berkata, ramai pengundi yang datang mendampingi beliau ketika berkempen dengan mengadu nama mereka telah dipindahkan dari senarai daftar mengundi.

“Ini satu perlanggaran hak asasi manusia,” kata beliau.

“Dan, saya tidak hanya menyalahkan SPR atas masalah ini. Saya juga menyalahkan perdana menteri,” kata beliau sambil mendesak suruhanjaya itu menjelaskan mengapa pengundi-pengundi ini dipindahkan ke pusat pengundian lain sedang mereka mengundi di kawasan lama pada 2008.

“SPR telah mengetepikan isu (yang dibawa Pakatan ini), malah SPR meminta agar kami tidak mempolitkkan isu ini,” katanya.

Soal beliau, bagaimana SPR boleh melakukan perkara ini tanpa memaklumkan pengundi dan parti pembangkang.

“Adakah ini caranya kita menguruskan negara dan mengendalikan pilihan raya?” kata Zaid lagi.

AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, April 22, 2010 No comments:
Share

Anwar: Jika Digantung Saya Akan Bongkar Lebih Banyak Rasuah Umno-BN

Anwar: Jika Digantung Saya Akan Bongkar Lebih Banyak Rasuah Umno-BN

KUALA KUBU BAHARU 21 Apr - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gusar atau bimbang untuk menghadapi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen esok kerana sekiranya belkiau digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat masa yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk membongkarkan lebih banyak penyelewengan dan skandal Umno dan Barisan Nasional.

Berucap di hadapan lebih 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di kawasan perumahan murah di Jalan Padang tembak di sini semalam, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata Umno kini amat takut dengan pendedahan beliau mengenai pembabitan unsur Zionis Yahudi dalam kerajaan melalui firma antarabangsa Apco Worldwide.

"Mereka mahu gantung saya daripada menjadi Ahli Parlimen selama 3 bulan, 6 bulan, setahun saya tak tahu, saya tak peduli dan saya tak takut. Lepas gantung saya lawan mereka lagi. Kalau gantung saya ini akan memberi peluang saya menjelajah seluruh negara dan saya akan bongkar lebih banyak lagi penyelewengan Umno.

"Isu Apco saya dedahkan dalam Parlimen kerana saya mahu selamatkan Malaysia, saya mahu selamatkan negara ini daripada diresapi oleh unsur Zionis Yahudi tetapi Umno memilih untuk menggantung saya," tegas Anwar.

Esok merupakan hari terakhir sidang Penggal Ketiga Parlimen ke-12 setelah bermesyuarat sejak 15 Mac.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dijangka membentangkan usul menggantung Ketua Pembangkang berhubung pendedahan kaitan 1Malaysia dengan Satu Israel yang diilhamkan oleh Apco.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akan menyokong usul yang di bawa Nazri dan perbahasan akan membabitkan lapan pembahas - masing-masing empat daripada Pakatan Rakyat dan BN.

Pakatan Rakyat dijangka diwakili oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Selain Khairy BN akan diwakili oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad dan Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong.

Pada 18 Mac lalu Anwar mendedahkan di dalam Parlimen mengenai hubungkait rapat antara konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan gagasan One Israel, kedua-duanya diilhamkan oleh syarikat perunding imej dan komunikasi Yahudi-Zionis, Apco Worldwide.

Pendedahan itu telah mencetuskan kemarahan umno-BN yang secara lantang menafikan 1Malaysia mempunyai sebarang kaitan dengan One Israel yang menjadi tema pentadbiran bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada 1999.


sk.online

AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, April 22, 2010 No comments:
Share

KATA EZAM ANWAR BONEKA ISRAEL...JADI EZAM BONEKA UMNO

‘Anwar boneka Israel’

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

HULU SELANGOR 21 April – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai kaitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi.

Beliau berkata, ‘dossier’ (maklumat) itu akan diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen esok.

Dakwanya, antara dokumen tersebut ialah surat bertarikh 1 Oktober 2006 yang ditulis oleh Anwar selaku Pengerusi Foundation for the Future kepada Kaunselor Bank Dunia, Robin Cleveland bagi memohon agar teman wanita bekas Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz, iaitu Shaha Ali Riza, dipinjamkan ke yayasan tersebut.

Beliau berkata, surat itu membuktikan Anwar sanggup menjadi boneka kepada Israel demi menutup skandal Wolfowitz walaupun umum mengetahui bekas Presiden Bank Dunia itu merupakan bangsa Yahudi yang bertanggungjawab menjadi arkitek perang Iraq sehingga membunuh ratusan ribu umat Islam di negara tersebut.

‘‘Anwar duduk di Foundation for the Future untuk kepentingan Israel dan Yahudi. Saya cabar Anwar untuk jawab ini,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Kubu Bahru dekat sini.



YA LA TU...KOTAK-KOTAK LAMA PUN TAK HABIH KELUAR LAGI KA???
AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, April 22, 2010 No comments:
Share

1Malaysia-One Israel : Anwar dirujuk ke Jawatankuasa Parlimen Pagi ini

1Malaysia-One Israel : Anwar dirujuk ke Jawatankuasa Parlimen Pagi ini

Thursday, 22 April 2010 9:41 AM Oleh Era Pakatan

KUALA LUMPUR : Kebimbangan Barisan Nasional dengan hujah yang penuh dengan fakta dan angka oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mengaitkan dasar ‘1Malaysia-One Israel’ menyebebkan beliau akan dirujuk ke Jawatankuasa Parlimen pagi ini.

Barisan Nasional sendiri yang gagal menjawab isu itu termasuk bos utama mereka, Najib Razak akan akan membentangkan usul kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung isu itu dengan lapan Ahli Parlimen (AP) dari BN dan Pakatan Rakyat akan membahaskannya.

Apa yang melucukan ialah apabila perkara itu akan dibentangkan oleh dua pemimpin BN yang kredibiliti mereka amat diragui oleh rakyat iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz dan Ketua Pemuda Umno yang terpinggir dalam kabinet, Khairy Jamaluddin

Di internet sehingga kini wujud beberapa gambar yang mengaitkan Khairu dengan arak manakala Nazri turut didakwa ada kaitan dengan seorang pemuda bermoral rendah yang didakwa merupakan anaknya.

Nazri berkata, wakil BN itu berkemungkinan terdiri daripada Khairy, Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud), Datuk Nur Jazlan Mohamad (Umno-Pulau) atau Chua Tee Yong (MCA-Labis).

Manakala wakil Pakatan pula dijangka Azmin Ali (PKR-Gombak), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) atau Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

BN akan membentangkan usul tersebut ekoran dakwaan Anwar yang mendakwa '1Malaysia' yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak ditiru daripada konsep 'One Israel'.

Ia dibawa mengikut perintah tetap 36 (12) kerana didakwa mengelirukan Parlimen.

Ketua pembangkang itu boleh digantung daripada menghadiri sidang parlimen jika beliau didapati bersalah.

Anwar yang juga AP Permatang Pauh sebelum ini dipanggil untuk memberi penjelasan di Parlimen berhubung perkara itu, tetapi ianya ditolak oleh ahli parlimen kerajaan.

Anwar turut mendakwa bahawa perkhidmatan Apco Worldwide - firma perunding beribupejabat di Washington yang digunakan oleh pentadbiran Najib untuk 'komunikasi strategik' adalah di sebalik slogan '1Malaysia' dan 'One-Israel'.

Apco bagaimanapun, menafikan dakwaan Anwar itu, walaupun kerajaan mengesahkan telah membayar RM77 juta kepada firma berkenaan untuk kontrak perkhidmatan selama setahun.
AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, April 22, 2010 No comments:
Share

BEKAS PIMPINAN PKR DI BERI PERANAN MEMBELASAH ANWAR DAN PARTINYA

BEKAS PIMPINAN PKR DI BERI PERANAN MEMBELASAH ANWAR DAN PARTINYA

kempen pemilihan Hulu Selangor berjalan penuh sengit , Barisan Nasional (BN) telah dibawa ke litar ceramah dengan senjata yang menyala, sebahagian besar memuat bertujuan Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR.

Pada Selasa malam, 20 April Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bercermah di atas sebuah ceramah di kawasan perumahan yang tenang Taman Seri Liam di Ulu Yam Bharu di sini.

Dalam pidatonya selama satu jam, Muhyiddin berkata pimpinan Pakatan Rakyat mengancam kestabilan bangsa dan menodai citra negara di luar negeri.

Muhyiddin memberi amaran bahawa pembangkang menyerang semua institusi, bahkan para pemimpin Malaysia, yang telah di tempat bahkan ketika Anwar wakil perdana menteri pada 1990-an.

"Ketika Anwar wakil perdana menteri dan naib presiden UMNO, ia juga akan berdiri di sini kerana saya berdiri di sini dan berteriak" Sokonglah Barisan '.

"Anwar terlalu ingin menjadi Perdana Menteri ... Dia rakus Kita semua mempunyai cita-cita tetapi kita tidak boleh serakah .. Kita harus menggunakan cara-cara yang betul," kata Muhyiddin, mengkritik Anwar gagal tentang September 16, 2008 tawaran untuk mengambil alih kerajaan persekutuan oleh pembelotan pimpinan Bn.

"Tapi anda lihat, tidak ada yang terjadi dan BN masih kuat," kata Muhyiddin. Masih ramai di luar sana yang tidak suka kepada tindakan Anwar.

Muhyiddin membantah bahawa kerajaan BN yang pernah "kejam walau kepada seorang insane pun " dan tidak ada yang tidak lulus dalam pembangunan bangsa, bahkan jika ada yang lebih kaya daripada yang lain.

Pada ceramah BN, Muhyiddin berkongsi pentas dengan calon BN L Kamalanathan dan bekas Bendahari Hulu Selangor PKR Datuk Dr Halili Rahmat.

Halili, yang sebelumnya terpilih sebagai calon berpotensi untuk PKR juga berpendapat, berhenti pada hari Isnin, berkata PKR telah dialihkan dari asalnya perjuangan dan banyak pemimpinnya yang hanya prihatin dengan "merebut kekuasaan".

Ketika dia tiba di lapangan terbuka, Halili disambut dengan tepuk tangan dan teriakan "selamat datang, selamat datang" oleh Muhyiddin sebelum Halili duduk dengan para pemimpin BN lain di belakang podium.

Halili mengatakan bahawa dia telah pergi ke Melbourne, Australia yang malam tapi meminta isteri dan anak perempuannya meninggalkan sesuai jadual kerana dia "perlu" untuk menjelaskan kepada rakyat alasannya untuk meninggalkan PKR dan menyertai dengan UMNO sebagai gantinya.

"Ayah saya melihat berita (pengunduran diri saya), dan memanggil saya. Saya tahu dia menangis kerana rasanya say telah kembali kepada Umno," kata Halili, merujuk pada keputusannya untuk bergabung dengan UMNO.

Segera setelah itu, ayah Halili, yang dikatakan orang UMNO, muncul pada tahap ceramah, dan memeluk Halili, menghantar 300 orang penyokong kuat ke dalam hiruk-pikuk tepukan.

Walaupun ia berjanji untuk "bergerak maju" dan tidak memburukkan bekas partinya, Halili mengatakan bahawa "PKR mencipta kebimbangan di kalangan orang Melayu".

"Aku Melayu Tapi aku bangga menjadi warga Malaysia .. Aku tidak anti-China atau anti-India. Lapan puluh peratus pesakit saya adalah China, bagaimana saya boleh menjadi anti-China?"

"Saya beroperasi pada otak. Darah kami, otak kita semua sama," kata pakar bedah saraf, yang pernah menjadi doctor peribadi Anwar.

Halili kemudian memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan UMNO untuk memperjuangkan hak-hak Melayu sementara masih mengurus kepentingan semua.

Halili, yang berasal dari Ulu Yam, Namun, kata dia tidak mahu memainkan peranan aktif dalam politik, tetapi menumpukan pada kerjaya kedotorannya.

"Saya hanya ingin meletakkan usaha dalam apa yang saya lakukan yang terbaik; membuka otak manusia dan saraf," kata Halili, membuat tawa dan tepuk tangan.

Sebelum menyerahkan permohonan untuk keahlian UMNO kepada Muhyiddin, Halili mendesak warga tempatan untuk memilih Kamalanathan "sehingga ahli dapat menikmati manfaat" yang dibawa oleh BN.

Ini bukan pertama kalinya bekas PKR pemimpin tempatan telah berkempen untuk BN.

Pada Isnin malam, tak lama setelah ia mengumumkan pengunduran dirinya dari PKR, Halili telah menghadiri jemputan pernikahan untuk meraikan ahli Umno Bagan Pinang Tan Sri Mohamad Isa Samad dan isteri barunya, bekas ahli majlis Puteri Umno bahagian Paroi Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Makan malam di sini di Sungai Buaya menarik dimana sekitar 800 orang-orang yang terpesona dengan Isa Samad bekas perasuah yang di nobatkan kembali , di Negeri Sembilan bekas menteri Besar, yang menghujani mereka dengan humor khasnya.


Halili disambut hangat di acara tersebut dan berkata kepada penonton bahawa dia kagum pentadbiran Najib dan "perlu di sebelah kanan".

Beberapa ceramah BN lain telah meminjam "punch mereka" dari orang-orang yang mengaku sebagai bekas ahli PKR, yang akan berbicara menentang Anwar dan parti, dikatakan "percaya amaran terhadap orang bernama Anwar Ibrahim".

Banyak dari mereka menuduh Anwar "memainkan" isu yang sedang berlangsung untukl mengalihkan soal sodomi dan juga menodai citra negara di luar negeri.

Bekas TKM1 Mohammad Fairus Khairuddin, yang keluar PKR dan kedudukannya tahun lalu, bergabung di Hulu Selangor , berbicara dalam sebuah ceramah pemuda BN di Kuala Kubu Bharu bandar pada malam Minggu.

Anggota UMNO baru, mengecam bekas partinya, dengan mengatakan "mereka pikir hanya mereka selalu benar" dan mengkritik PKR kerana dipercayai "memalukan" orang-orang yang telah meninggalkan parti itu.

Di sisi lain, para pemimpin PR telah menjaga jadual ceramah terus dengan beberapa pembicara tetamu beberapa lokasi setiap malam di kawasan-kawasan pengundian yang luas di Hulu Selangor.

Ceramah ini sering mempunyai suasana seperti karnival, dengan gerai-gerai yang menjual makanan, minuman, pakaian dan peralatan pesta.

Tokoh pembangkang telah menajaj calon PKR's Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang yang "prinsip dan integriti" dengan mengingatkan penduduk setempat tentang bagaimana Zaid telah berhenti kedudukan sebagai seorang menteri-nya pada tahun 2008 untuk memprotes penggunaan Internal Security Act untuk menahan orang-orang yang tidak mengancam keselamatan negara.

Komen mengenai pengunduran diri Halili di sebuah ceramah di Kalumpang pada hari Isnin malam, Anwar menyindir: "Untung kami tidak memilih dia (Halili). Jika kita lakukan dan ia melompat pihak, aku mati!"

Pada malam ceramah itu , Anwar juga telah menjelaskan tentang isu pembelian kapal selam dan kes kehilangan enjin jet yang dicuri, mendedahkan tentang bagaimana kerajaan boleh mengabaikan kes penting dengan hanya “memejamkan” mata.

"Saya tidak marah ketika dipanggil pengkhianat bangsa. Tapi siapapun yang menjadi menteri dan mengambil tanah, kayu dan saham milik orang-orang, yang pengkhianat itu," seru Anwar kepada orang ramai malam sekitar 300 orang yang hadir itu.



Mantan timbalan perdana menteri juga mengambil kes di mahkamah yang sedang berlangsung mengenai kes sodomi dan menceritakan bagaimana ia diserang ketika dia ditahan pada tahun 1998, selama kes beliau dibicarakan.

pemimpin DAP, termasuk kepala parlimen DAP, Puchong ahli parlimen Gobind Deo Singh dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, juga turut kempen dari minggu lalu.

Dari kepimpinan PAS, Datuk Seri Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin telah aktif memberikan ceramah.

Nizar telah memukul, terutamanya dengan masyarakat Cina, diberikan menngingatkan populariti sejak krisis Perak politik dan perintah tentang bahasa China.

Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat diharapkan akan hadir besok, sebagai kempen mencapai kemuncaknya menjelang hari pengundian pada hari Ahad.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dan penceramah lainnya telah memberitahu para pengundi bahawa pilihan raya-dengan tidak hanya sekitar Hulu Selangor atau Selangor sahaja, tetapi suara ini adalah "suara untuk Malaysia".

Sementara itu, pidato di ceramahs Zaid telah melihat peningkatan dari hari-hari awal kempen.

Zaid mula pidatonya di Kalumpang malam itu dengan memperkenalkan dirinya dengan ucapan sederhana dan berkata: "Nama saya Zaid Ibrahim. Saya 59 tahun. Saya calon PKR'.

"Saya punya isteri dan tiga anak Itu hanya lah .. Aku hanya ingin melayani rakyat Malaysia," kata Zaid, untuk tepuk tangan.

Zaid kemudian berbicara tentang masalah tempatan yang dihadapi oleh masyarakat multi-etnik, meninggalkan PR lain pembicara untuk memuat isu-isu nasional.
Dia mengingatkan pendengar bahawa BN yang telah berkuasa selama puluhan tahun sebelum pilihan raya umum 2008, telah gagal untuk menyelesaikan masalah.

Hal ini, katanya, termasuk hak atas tanah, upah sebenarpekerja, sekolah vernakular dan meninggalkan projek-projek pembangunan.



"Kami mahu wakil terpilih yang berani untuk menyuarakan suara rakyat marhaen , terutama masyarakat miskin masalah Ketika orang-orang terpilih menjadi wakil, mereka menjadi elit dan lupa. Saya datangnya dari keluarga miskin dan saya ingat tentang itu ," kata Zaid.



TERJEMAHAN WRLR DARI MALAYSIA TODAY

AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, April 22, 2010 No comments:
Share
‹
›
Home
View web version
Powered by Blogger.