PADA TANGGAL 31 OGOS , BLOG INI AKAN MENGENDALIKAN SUARA RAKYAT MALAYSIA MENGENAI ADAKAH SELAMA INI BN MENJADI TUNGGAK KEPADA KESEJAHTERAAN RAKYAT.
SEJAK AKHIR-AKHIR INI TIMBUL BERMACAM MASALAH DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN BN/UMNO DALAM NEGARA YANG BERKAITAN DENGAN BERBAGAI ISU YANG BESAR.
ISU MCA
ISU BENG HOCK DAN JENTERA KERAJAAN SPRM
PERPECAHAN DALAMAN BN
UMNO YANG TIDAK KUKUH
ISU H1N1 YANG TIDAK DI TANGANI DENGAN MEYAKINKAN
ISU DENGGI YANG TIDAK SELESAI
DAN BERBAGAI MASALAH YANG DILIHAT TIDAK MEYAKINKAN RAKYAT
KOMEN BIARLAH SECARA ILMIAH KERANA KITA MAHU YANG BAIK AGAR RAKYAT FAHAM.KOMEN BUKAN BERDASARKAN PARTI.AHLI UMNO PUN BOLEH KOMEN TETAPI BUKAN DENGAN TUJUAN PROVOKASI.
COVER IT LIVE AKAN DI BUKA PADA 31 OGOS SEMPENA HARI MERDEKA!!!!!!
YB SALLEH MAN AKAN BERTUGAS SECEPAT MUNGKIN
PERMATANG PAUH, 26 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.11, Permatang Pasir yang baru, Mohd Salleh Man berjanji akan menunaikan tanggungjawab beliau sebagai seorang wakil rakyat dengan baik setelah mendapat mandat daripada pengundi apabila memenangi pilihan raya kecil tersebut.
Menurut Salleh, mandat yang diberikan adalah satu kepercayaan yang diberikan oleh pengundi bagi beliau membalas semula kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan oleh pengundi kepadanya."Saya bersyukur kepada Allah kerana telah diberikan kemenangan ini dan mendapat kepercayaan pengundi untuk menjadi wakil rakyat di Permatang Pasir pada kali ini," katanya selepas diisytiharkan menang malam tadi.
Salleh telah berjaya menewaskan calon Barisan Nasional(BN), Rohaizat Othman dengan majoriti 4551 undi.Dalam pilihan raya kecil tersebut Salleh yang mewakili PAS telah berjaya memperolehi 9618 undi mengalahkan calon BN yang hanya mendapat 5067 undi.Seramai 14832 pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil kali ini. Jumlah tersebut merupakan 73.1 peratus daripada keseluruhan 20290 pengundi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan raya.
Jumlah undi yang diterima oleh Salleh merosot 10 peratus atau 1971 undi jika dibandingkan dengan jumlah undi yang diperolehi oleh Datuk Hamdan Abdul Rahman dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu.Ada dipercayai, punca kemerosotan undi ini adalah kegagalan ramai pengundi luar pulang untuk mengundi ekoran hari pilihan raya diadakan pada hari bekerja dan di pertengahan minggu (selasa).
TEKS SIASAH.GAMBAR WRLR