RTM DAH MULA TINJAU DI PERMATANG PAUH

Ustaz Saleh Man Pesuruh Jaya PAS negeri adalah anak tempatan.Lulusan UM ini dilihat berpotensi untuk berbakti di Permatang Pasir kerana anak tempatan dan tiada banyak komitmen selain adanya kesepakatan dengan pimpinan PR yang lain.









Penanti- 4 Ogos-Orang ramai telah mula dikunjungi oleh RTM bertanyakan tentang keadaan penduduk dan pengundi di DUN Permatang Pasir.Tujuan RTM bertanyakan khabar adalah sebagai strategi untuk membuat fitnah tersohor di Permatang Pauh.Tapi nampaknya harapan Umno sukar kerana Permatang Pauh bukan Manik Urai.Kita yakin kemenangan 5700 majoriti akan kekal atau mungkin bertambah.Calon Umno yang bertanding mungkin akan dapat membeli sebuah WISH DAN JUGA SEBUAH RUMAH walau kalah...




Mengenai calon, para pengundi tentu bijak memilih seseorang yang sentiasa senang berjumpa, sepenuh masa di Permatang Pauh.Jadi para pengundi tentu tahu membezakan antara sesiapa yang sering dan boleh berada di Permatang Pasir.Sebahagian kerja yang di laksanakan oleh Allahyarham YB Hamdan boleh di lihat dalam blog ini, maka kerana itu saya berani menyatakan bahawa kesungguhan dan gerakerja beliau dan juga bakal calon adalah anak tempatan dan boleh bekerja di Permatang Pasir .




Blog ini akan mula meninjau dari masa ke semasa mengenai pilihanraya nanti.Sila ikutinya.


DIALOQ ISLAM DAN ISU DI MALAYSIA


3 Ogos 2009

Kepada:

Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI DIALOG KAJIAN ISU-ISU ISLAM DAN DEMOKRASI DI MALAYSIA.

ISTAC dan IAIS sebagai institusi pengkaji menerusi Merdeka Center sebagai pelaksana akan mengadakan Dialog Kajian Isu-Isu Islam dan Demokrasi di Malaysia. Objektif utama dialog ini adalah untuk mendapat pandangan beberapa segmen masyarakat terhadap isu-isu mengenai urus-tadbir kerajaan yang baik, hak-hak minoriti dan wanita serta sikap toleransi agama dalam konteks kemajmukan di Malaysia pada hari ini. Sila lihat lampiran untuk maklumat lanjut.

Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati untuk menjemput tuan/puan untuk meluangkan masa bersama kami di sesi dialog bagi negeri Pulau Pinang yang akan diadakan pada tarikh dan lokasi di bawah:

Masa dan Tarikh : 8:30 pagi – 12:00 tengah hari, 8 Ogos 2009 (Sabtu)
Lokasi : Hotel Heritage 1926, Jalan Burma, Pulau Pinang.

Sebarang pertanyaan mengenai program tersebut, sila hubungi penyelaras kami Noor Amin bin Ahmad (012-4667658/amin@aminahmad.com) atau sekretariat Norhafizah Mohd Rupi (03-82101499). Kami akan menghubungi Tuan/Puan dalam masa terdekat untuk membuat pengesahan kehadiran.

Untuk makluman tuan/puan, segala maklumbalas yang diberikan tidak akan digunakan untuk tujuan lain selain daripada kajiselidik ini dan identiti peserta akan dirahsiakan. Dialog ini tidak terbuka kepada orang ramai dan penyertaan adalah di atas jemputan sahaja. Pihak kami ada menyediakan makan minum, sijil dan elaun saguhati bagi mereka yang hadir.

Kerjasama dan komitmen yang pihak tuan/puan berikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian. Terima kasih.
Yang benar,

Ibrahim Suffian

Pengarah Program
Merdeka Center

KE ARAH MEMARTABATKAN KAUM WANITA


George Town, Pulau Pinang, 27 Julai 2009; Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Mansor Othman telah menerima kunjung hormat Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan rombongan beliau.

Beberapa isu penting telah dikemukakan oleh Zuraida Kamaruddin, khususnya dalam usaha pemberdayaan wanita Pulau Pinang. Cadangan dan usaha Ketua Wanita KEADILAN itu telah disambut baik oleh Mansor Othman yang telah menyarankan beberapa arena yang boleh melibatkan wanita secara berkesan – dalam bidang ekonomi, sosial dan kebajikan masyarakat.
Salah satu usaha yang telah dibincangkan ialah mewujudkan Koperasi Wanita Pulau Pinang. Ia dilihat sebagai wadah yang boleh membangunkan Wanita Pulau Pinang khususnya, dan Wanita Malaysia umumnya.

Selain itu, kajian mengenai berbagai aspek kehidupan rakyat Pulau Pinang juga akan dilaksanakan. Ia dijangka akan memberikan maklumbalas dari rakyat tentang keperluan dan harapan rakyat Pulau Pinang yang akan diberi perhatian oleh portfolio Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu – dalam pemberdayaan wanita dan komuniti pemberdayaan.
Turut hadir ialah Naib Ketua Wanita KEADILAN, Noorsaham Abu Samah, EXCO Biro Penerangan, Rozaini Mohd Rosli, Timbalan Pengarah Biro Pilihanraya Wanita Pusat, Salmah Ismail, EXCO Biro Pelaburan & Perdagangan, Dr. Joyce Lee, dan Ketua Wanita Pulau Pinang, Norhayati Jaafar.