DSAI: RAKYAT PENANTI BIJAK MEMILIH




DSAI memulakan ucapan dengan menegaskan bahawa rakyat Penanti adalah wira kepada kemenangan yang membanggakan dan semuanya harus bersyukur sebagai tanda kita tunjukkan rasa bahagia kita dan bersyukur kepada yang maha Esa di atas .kemenangan. Ini adalah kekuatan dan perjuangan dari anak muda dan juga dari seluruh negara dimana kekuatan jentera pemuda dan wanitanya yang bekerja keras utuk melaksanakan kempen dan memainkan peranan yang berkesan.

DSAI kemudiannya menjelaskan bahawa perjuangan Dr Mansor bukannya mudah, malah ianya adalah satu perjuangan yangmana Dr Mansor pernah mengalami beberapa kekalahan , namun ianya tidak menjadikan beliau berputus asa malah beristiqamah dalam perjuangan dan kini beliau telah di berikan kepercayaan untuk mentadbir dan membantu ketua menteri


“Kemenangan beliau ada hikmahnya kerana kalah dan bangun lagi kerana beliau istiqamah dalam perjuangan,tidak seperti yang lain, di uji dengan wang, rakyat membuat penilaian,walau bukan anak tempatan Penanti, menggangp beliau adalah kekuatan mereka dan mengangkat beliau menjadi wakil mereka.”



Anwar juga turut menjelaskan bahawa kemenangan yang dipilih rakyat ini adalah sebagai satu tanda dan menefesto terjemahan kepada kepercayaan kepada Pakatan Rakyat bagi meguruskan mereka dari memberikan kepada pimpinan Umno yang rata-ratanya dilihat pemimpin yang kaya raya dan hanya mementingkan diri sendiri.

“Ada hikmah di sebalik kemenangan.Ada makna dengan kemenangan ini , iaitu memulihkan harapan orangg Melayu , memurnikan harapan orang Melayu di Pulau Pinang yang memilih Pakatan Rakyat membuat keputusan yang mantap,Sdr Lim Guan Eng menerajui Pulau Pinang.Tanggungkawab Dr Mansor itu ialah membantu Guan Eng bukan di kalangan orang Melayu umno yang memilih kekayaan untuk diri sendiri.”




“Ini adalah amanah besar untuk membela nasib Melayu, India ,Cina ,Siam dan lain-lain.Kita ada wakil dari DAP dan Ustaz Hamdan dari PAS untuk bekerja yang cukup bagi membela nasib kita orang lain dan begitu yakin dengan ketua menteri Guan Eng dan kita punya banyak pemimpin Melayu dipilih di antara pemimpjn awal Cina yang bercakap atas nama Cina tetapi atas nama semua rakyat Pulau Pinang.Beliau memahami sentiment Melayu, Cina dan India Pulau Pinang.

Kita memilih Mansor dan orang Melayu yakin dengan Lim Guan Eng,banyak pidato membahaskan tentang hal ini , tetapi beliau mencatat sejarah sebagai pemimpina cina yang memahami sentimen Cina Melayu dan India dan oleh itu kita memberi kepercayaan memimpin Pulau Pinang.

Anwar juga turut menjelaskan tentang peranan TV3, dan akhbar yang memainkan sentimen menonjolkan ketokohan seseorang yang seblum ini tidak dikenali hanya kerana menentang Pakatan Rakyat.Calon yang tidak dikenali di perkenalkan seolah-olah beliau adalah seorang tokoh besar.namun menegaskan bahawa rakyat Penanti bijak menentukan dan tahu menentukan tanpa mengikut sentimen yang di gunakan oleh Tv dan juga memilih Pakatan sebagai calon pilihan mereka.

"Ia memberikan mesej yang jelas dengan berbagai tekanan yang ada ,propaganda yang mana nama calon tidak pernah di dengar di tonjol sebagai tokoh besar ,ada ketokohan ,calon tak pernah keluar dalam tv ,namun Dr Mansor langsung tidak di tonjolkan .Orang Penanti tak ikut apa yang ada di tv tetapi matang menentukan.Orang Penanti tak pernah memutuskan bagaimana agenda yang di tentukan oleh Tv3,Utusan Malaysia tetapi matang memilih Mansor.Di Perak kita menjelaskan kedudukan Perak.Kita mahu perubahan.Badan kehakiman pula berterusan lebih teruk, polis menekan rakyat di bawah Dato Najib ,pejabat DAP di serang.Maka kerana itu kita bertanya apakah kerana ianya Cina , kita perlu bertindak tegas.Maka kerana itu kita kan lawan--tetap lawan(disambut orangramai)"
Dalam masa yang sama DSAI turut menjelaskan bahawa sejak pemerintahan perdana Menteri yang ada, makin banyak tangkapan dibuat , malahan pejabat DAP diserbu,yang bercakap mengenai Altantunya juga di tangkap,maka kerana pihak berkuasa bertindak bagi pihak Perdana Menteri.Adakah kerana inya bangsa Cina maka kita berhak menangkap mereka, sebaliknya ada orang yang menghina agama,mencerca Al Quran,menghina Nabi tidak dihukum.

"Apa yang berlaku kepada Lim Kit Siang ?,Badrul Hisham ?,dan polis lebih teruk megatasi masalah seperti ini .Dalam sebulan puluhan di tangkap ,Peguam ditangkap,pejabat DAP di serang, orang Cina harus di tunjuk tegas,di pijak,siapa Lim Kit Siang??,sahabat kita dalam Pakatan Rakyat, apa dosa mereka , kalau negara kita orang yang menghina hukum syarak dan quran , nabi,menghina quran,rasuah,di biarkan tetapi kalau sentuh Najib akan di tahan.Kenapa ketua polis negara menjawab bagi pihak beliau .Saya tahu saya akan dihadapkan ke mahkamah 1 july. Saya ingin meberitahu kepada pimpinan Umno.Jangan kamu bacul sepertimana dengan pemimpin kamu,kita akan membagunkan rakyat, menolak kerakusan pemimpin Umno di bawah Najib Tun Tazak."
DSAI juga menjelaskan bahawa pimpinan Pakatan Rakyat akan mobilasi rakyat dan memberi penerangan sepatutnya sebagai satu wadah perjuangan bagi menerangkan kesilapan yang dilakukan pemerintah kerana yakin rakyat telah sedar dan mahukan perubahan.Oleh kerana menyedari bahawa rakyat adalah aset penting yang menentukan jatuh bangunnya pemimpin , maka kerana itu penerangan akan di lakukan berterusan dan akan tetap melawan walau ditekan.


"Kita akan tetap membangunkan rakyat dan menolak kerakusan dan kepimpnan
an rakus di bawah Najib Tun Razak.Saya yakin tentang apa yang di harapkan di Manik Urai.Di Manik Urai ,Umno akan buat segala yang mungkin kerana dengan kekalahan satu demi satu,manusia boleh merancang ,Boleh guna SPR ,rentang kain 100 meter,orang mengundi bulan Mac dan Ogos kali ini tidak ada , tercicir.susah nak semak di meja panas,nama tidak ada,saudara semua boleh dilakukan,semua boleh dilakukan dan semua di tentukan. Tetapi Tuhan menentukan. "
Kepada rakyat dan pemimpin yang di pilih, DSAI menjelaskan bahawa ianya adalah amanah dan menasihati agar pemimpin harus bekerja kuat, menunjukkan prestasi yang baik,kerana rakyat memilih mereka.rakyat tidak mahu lagi memilih pemimpin yang tidak baik prestasinya."

"Saudara berjuang ,saudara letih dan sadara mahu pemimpin yang bersih,pemipin yang bekerja kuat dan rekod yang bersih bagi mewakili saudara. Maka kerana itu, ada masa Mansor perlu bersama dengan rakyat .Maka kerana itu bekerjalah untuk rakyat."

YB LIM GUAN ENG-MESEJ JELAS RAKYAT TOLAK BN




Malam ini adalah detik sejarah apabila akhirya menang juga ,saya ucapkan terimakasih kepada semua pihak, sungguh banyak tekanan akhirnya Mansor Othman berjaya juga dan yang penting rakyat berjaya juga.Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada anggota polis dan menjelaskan bahawa pihak polis sepatutnya menjadi satu badan kerajaan yang bebas tanpa sebrang pengaruh dari mana-mana parti politik.YB Lim juga menjelaskan bahawa beliau akan mengkritik pihak polis dan mencabar agar bertanding dalam pilihanraya jika berminat .



“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada anggota polis , yang kepala polis atas mesti bantai juga, ini kepala polis ini,lihat kepala polis di Bukit Aman sedar bagaimana rakyat mahu tumbangkan pimpinan Bn.Jika mahu berpolitik masuklah bertanding”

Banyak pemimpin DAP yang kena soalsiat polis,ketua parti DAP ada program di Kuala Lumpur dan tak dapat hadir . Beliau kemungkinan di tuduh dibawah akta hasutan dan kanun keseksaan . Ini menunjukkan hubungan erat di kalangan Pakatan Rakyat .”


Beliau juga menjelaskan bahawa Pakatan Rakyatlah yang berjaya melantik rakyat sebagai tuan di negara ini.janagan percaya kepada parti yang ada kononnya membela nasib semua kaum sedangkan pimpinan mengaut keuntungan peribadi .

“Sungguh pun kemenangan memihak kepada PKR , DAP kena . tapi tak mengapa asal PKR menang kita menang juga .Itu semangat Pakatan Rakyat, kita nak buka lembaran baru dimana pimpinan bekerja untuk rakyat , pemimpjn bekerja bukan untuk jadi kaya bekerja untuk rakyat, jangan terjerat dengan propaganda parti politik perkauman pemimpin umno, mca, mic yang tidak dapat membela nasib semua kaum Tetapi Pakatan Rakyat lah yang membela dan melantik rakyat sebagai tuan”

Beliau juga menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat akan membawa agenda yang dimana kuasa rakyat diangkat dan dengan kuasa rakyat inilah ,pimpinan tanpa mengura bangsa dapat memberikan khidmat kepada semua bangsa dan bukan macam sebelum in dimana masing-masing membela kaum masingp-masing dan ini mewujudkan semangat perkauman yang tinggi dikalangan rakuat.

“Kita nak tunjukkan satu wajah baru, dimana pimpinan Cina boleh bantu Melayu,pimpinan Melayu bantu Cina dan pimpinan India bantu semua.Kita nak letak asas ini, dan kita nak fahaman ini dijelaskan kepada semua .Sebagai rakyat, .inilah yang akan kita jadikan sebagai One Malaysia. Saya harap polis jangan di perkudakan oleh Bn dan kita harap, polis haruslah bersama rakyat, dan biarlah politik diuruskan ahli politik. Kalau polis nak campur politik , masuk lah politik.”






Mengulas isu yang terjadi kini.Kemenagan di penanti adalah kerana rakyat mahukan perubahan dan mahukan kuasa rakyat di kembalikan.jika kemenagan di penanti ini diterjemahkan , ianya mebuktikan bahawa demokrasi mesti diteruskan di perak dengan memberi mandate kepada rakyat.


“Kita harus bersyukur kepas Tuhan dan kepada rakyat, amanah ini di berikan rakyat maka kita harus bekerja untuk rakyat.Bersama YB Dr Mansor Ohtman, bahawa Pulau Pinang akan mempunyai suara yang lantang untuk membea nasib penduduk,Kita akan berkerja dengan sebaik mungkin, maka kerana itu kita tidak takut kepada sesiapa kecuali Tuhan.Kuasa rakyat berjaya di Penanti dan kita mahu ianya dikembalikan kepada rakyat di Perak., jadi kita pergi ke Manik Urai.Kita mahu di Perak ianya di teruskan dan kita nak tahu siapa yang berkuasa di Perak , maka adakan pilihanraya di Perak agar rakyat dapat menentukan .Kemenagan kita di Penanti adalah kemenangan rakyat yang mahukan demokrasi begitu juga di Perak yang mahukan demokrasi.”

Kita ucapkan terima kasih kepada semua pekerja dan Suara Rakyat adalah benar-benar suara

DR MANSOR:TERIMA KASIH SEMUA KERANA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA SAYA

Beliau memulakan ucapan denganmegucapkan riuan terima kasih kepada semua pimpinan dalam parti.Rakyat telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dan bersyukur dan ini jelas rakyat penanti memberi satu signal yang jelas. Kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagaimana yang dijelaskan bahawa kerjasama ini adalah satu kerjasama semua pihak dan seluruh kepimpinan

Penanti akan memeberi satu signal yang jelas kepada umno dan Barisan Nasional,dan kita harap dari menifesto yang saya bawa saya akan dapat laksanakannnya bahawa saya cukup berterima kasih dan segala gerak kerja yang dilaksanaka sejak awal hingga kini, dan saya percaya YB Fauziah berkata model gerak kerja pilihanraya ini di Penanti ini akan di jadikan contoh dan akan merancang semuanya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pimpinan parti untuk di lantik sebagai TKM1 dan saya berkata tanpa tuan -tuan dan puan -puan dengan mesefasto yang dijelaskan, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua.