MASYARAKAT SEKOLAH MENGKUANG MOHON LAMPU ISYARAT



Penanti-Masyarakat Mengkuang hari ini menerima jaminan dari pihak MPSP dan juga kehadiran calon TKM1 Pulau Pinang untuk membantu menyelesaikan masalah lalulintas di kawasan sekolah kebangsaan mengkuang yang sibuk di waktu pagi dan tengahari dimana ianya membolehkan murid-murid untuk melintas jalanraya dengan mudah.
Turut hadir ahli majlis MPSP bagi melihat kawasan sekitar sekolah berkenaan agar sesuatu masaalah yang berkaitan dengan keselamatan murid-murid dapat diselesaikan.

Anwar saman Anifah


updates

Anwar fail saman ke atas Anifah Aman

27/05/2009 2:51pm

KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfail saman terhadap Menteri Luar, Datuk Anifah Aman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta kerana didakwa memfitnahnya.

Anifah didakwa memfitnahnya dalam kenyataannya di Washington pada 16 Mei lalu yang menyatakan ketua pembangkang itu telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya sekiranya Anwar berjaya menubuhkan kerajaan selepas 16 September lepas.

Anwar nafi dakwaan Anifah

JIJIK DAN PENAKUT




Jijik dan penakut.Itulah sebagaimana yang dikatakan oleh para penceramah khasnya DSAI dan juga Tn Guru hj Hadi Awang bahawa ada roh dan hantu tersebut masih ada dan mungkin itu yang dibawa.Mungkin bukan secara langsung , namun kerja ini adalah kerja penyokong dari parti yang tak bertanding.Memang inilah kerjanya.

Namun sebagai sebuah parti yang akan mengambil alih pemerintahan negara, isu ini tidak boleh ditangani dengan kekerasan kerana yang nak menangani dengan kekerasan ialah parti yang akan lingkup dan terjerumus dalam kejatuhan akan menindas dan bertindak dengan keras.


2 Banner diatas di tanggal oleh AMK Pahang yang berkampung di Simpang tiga Mengkuang.Tapi macam dikata.Rakyat Penanti bijak memilih dan setakat banner seperi ini akan menjadikan masyarakat membuat telahan bahawa kerja ini adalah kerja parti yang tidak berani melawan,paling tidak pun penyokong yang harap nak bertanding , tetapi tak dapat nak luahkan perasaan, banyak yang menangis sebab duit tak masuk dalam saku kali ini di Permatang Pauh....kesihannnnn

MAT SABU-UMNO AKAN BERKUBUR DAN SISTEM KEHAKIMAN MEMALUKAN NEGARA

Penanti- Ceramah Mat Sabu semalam berjaya mencuit hati para pendengar dengan gelagat Mat Sabu menarik minat dan punya stail tersendiri.Beliau dengan selambaa membuat lawak dan ini amat menarik .

Beliau berceramah mengenai fungsi badan kehakiman yang semakin tercemar akibat kerakusan pihak yang berkuasa mempergunakan badan kehakiman dalam kes di Perak .Beliau menjelaskan bahawa kes untuk mendengar penghakiman di mahkamah tinggi , hakim membuat ulasan selama satu jam setengah, namun 3 hakim yang mendengar hujah Zamry mengambil masa hanya 10 minit untuk meberikan hujah iaitu pada 22 Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato' Raus Sharif, Y.A Dato' Ahmad Maarop dan Y.A Dato' Zainon Ali.

Bukan itu sahaja menurut Mat Sabu, sehingga hari ini, seluruh dunia melihat bahawa kes menarik dan mengusung Sivakumar dari dewan dan dikurung dalam stor adalah satu kes yang amat memalukan negera kerana kuasa dewan telah tercemar.

Beliau juga mengulas mengenai bagaimana pihak keselamatan masuk ke dewan dan bagaimana pembesar suara juga ditutup.Malah menjelaskan beliau ditangkap hanya kerana mahu mengadakan solat sembahyang hajat.

"Di Kelantan apabila kita nak lakukan sembahyang hajat di stadium jam 3 pagi, burung pun terkejut,tapi kes yang aku kena,tak sempat nak ke Manjoi dah kena cekup di Kuala Lumpur kerana polis yang menangkap tidak memeperkenalkan diri" demikian jelas beliau lagi.

Mengenai dengan pemilihan Mansor Othman sebagai calon dan bagaimana isu pembanggunan yang dimainkan oleh Umno ialah berhubung dengan bangsa cina sebagai pemerintah, beliau menjelaskan bahawa : "kini di Tanjung (Georgetown)orang dah tak pilih Bn sebagai parti. mana ada di Kuala Lumpur orang memilih Umno atau Bn sebagai parti sekarang ini.Yang hanya memilih umno ialah dari Jarak sampai Tasek Gelugor dan juga Kepala Batas, Permatang Keling,Lahaq Yooi .Tahu kenapa? kerana dari Jarak ke Kepala Batas ada stesen keretapi di bawah tanah. Maknanya orang Kuala lumpur, orang Tanjung tidak maju dari orang Tasek Gelugor dan juga orang Kepala Batas kerana mereka adalah penyokong Umno paling kuat dalam dunia ," dan di sambut dengan gelak ketawa para hadirin yang mendegar Mat Sabu


Menurut Mat Sabu orang Melayu perlu cerdik.Kalau di sebelah Jawi,Tasek Gelugor,Sg Dua,Bertam,Kepala Batas di ambil alih oleh Pakatan Rakyat, maka barulah kita katakan kuasa kita kuat.Kita mengkritik bukan soal pembanggunan ada golongan orang tua-tua apabila disebut sahaja pembanggunan takut kalau Bn tak perintah tak ada pembanggunan.

"Apa yang kita krtiik ialah cara pelaksanaan itu.Misalnya MRR ,tak sampai setahun dah runtuh.itu projek Samy Vellu.Lihat bagaimana makmal komputer runtuh.itu juga kerana pembanggunan yang diselindungi dengan rasuah.Kita terima pembanggunan namun kita kritik pembanggunan yang terlibat dengan rasuah" demikian jelas Yb Mat Sabu lagi.


orang ramai berebut bersalaman dengan speker V Sivakumar kerana menghormati beliau walau pemerintah tidak mengiktiraf.Namun rakyat lantik dan angkat serta sanjung beliau.






Turut hadir untuk bersama ialah speker Perak yang sah iaitu V Sivakumar dimana beliau selesai berceramah di Kubang Ulu.Menurut Mat Sabu lagi beliau tidak datang ke Kubang Semang kerana sejarah pernah menunjukkan bahawa Kubang Semang telah lama maju dan rakyat Permatang Pauh pernah menewaskan perikatan pada tahun 1969 dan pada tahun 1974 dimana Hj Zabidi mengalahkan Ariffin Daud.Umno juga pernah memenangi banyak kali dan juga jatuh banyak kali.Maka kerana itu di Kubang Semang beliau tidak perlu lagi untuk datang berceramah.

"Yang aku nak pi ceramah ialah di Guar Perahu.Namun sejak 1999 orang Guar Perahu pun sudah berubah dan memberi sokongan kepada pembangkang.Kalau spesis di Guar Perahu pun dah menyokong Pakatan Rakyat, maka itulah tanda-tanda kemusnahan Umno.Yang dok sokong Umno la ni yang gigit mee tak putuih"demikian jelas Mat Sabu dengan ketawa oleh orang ramai.

Beliau mengakhiri ceramah dengan berpesan agar keluar mengundi dan memberikan undi yang tinggi serta jadi calon BEBAS hilang wang pertaruhan.





YB ADLAN-JANGAN PERCAYA UMNO.ONE MALAYSIA



Menurut Yb Adlan lagi,One Malaysia hanyalah omongan kosong dan tidak lebih dari retorik kerana beliau berpendapat bahawa belum pun sampai 3 minggu, kaum India MIC telah mula menuntut ONE India dimana antara tuntutan mreka ialah nilai satu kepala bagi kaum bernilai 1 juta .Manakala di Pulau Pinang MCA dan GERAKAN juga telah menuntut One Chinese untuk menyatukan bangsa mereka di bawah Bn.Ini telah berlaku 50 tahun yang lalu. Umno/bn cuba membawa kita balik semula ke belakang kerana konsep ini sebenarnya telah lama di amalkan oleh parti-parti komponen dalam Bn namun ianya tidak bersandarkan semua kaum tetapi berdasarkan kaum masing-masing.


1 juta org india hindraff itu adalah sama untuk semua rakyat ,nilai sudah tentu lebih dari itu.Nilai rakyat Malaysia lebih lagi dari itu yg hidup sebagai rakyat negara ini.Umno cuba merahsiakan hal ini.. Menurut Yb Adlan lagi di kawasan beliau berlaku baru-baru ini kes ke 6 rakyat Malaysia mati bunuh diri kerana kesempitan wang dan ini telah lama berlaku akibat ekonomi.

Lihat degn jelas dimana mereka cuba meningkatkan semula semangat perkauman.pilihanraya ini adalah untuk memilih wakil untuk membentuk kerajaan baru ,pakatan baru kita tak mahu 7 bank asing yg akan masuk menjalankan perniagaan dan pulang ke negara asal.Bebanan di pindahkan kepada rakyat.

Kita tolak parti yang tidak bersama Pakatan Rakyat.