AMINAH MEMERANGKAP KAWAN LAMA UNTUK DI RAKAM PERBUALAN


Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin mengganggap tindakan Aminah sengaja memerangkap beberapa bekas rakan beliau ketika bersama dalam Keadilan dahulu adalah taktik kotor yang bertujuan menarik perhatian media.




“Kita kenal Aminah lebih dari 10 tahun dan kita juga tahu apa kekuatan dan kelemahan yang ada pada beliau. Kita bukan nak memperlekeh beliau tetapi tindakan beliau yang sengaja mengeruhkan keadaan dilihat sebagai usaha yang tidak seharusnya dibuat oleh seorang wanita.
“Tindakan Aminah menjemput rakan lama beliau untuk makan dan memerangkap teman lamanya dengan percakapan yang sengaja dirakan untuk tujuan mencari publisiti murah dan bahan kempen amat tidak boleh diterima.



Chia dan Peter kawan lama dalam PKR menjelaskan bahawa mereka di jemput ke rumah Aminah untuk berbual-bual dan tidak menyangka bahawa ianya adalah tujuan Aminah untuk memerangkap mereka dalam tape.Namun ada kenyataan Aminah mahu kembali kepada PKR tidak di masuk kan ke dalam tape berkenaaan dan di edit.malah menurut mereka berdua memang mereka bergurau jika menang nanti boleh dilantik sebagai DCM1 menggantikan Fairus.


‘Sebagai seorang wanita yang perlu memelihara kehormatan dan moral, aminah tidak seharusnya mengkhianati rakan-rakan lamanya,” jelas Zuraidah yang juga Alhi Parlimen Ampang.



Menurut Beliau terlalu mustahil untuk melantik beliau (Aminah) sebagai Timbalan Ketua Menteri sedangkan beliau bukan seorang ahli dari Parti Pakatan Rakyat.



‘Biasalah bila kita berjumpa kawan lama kita akan bercerita macam-macam kadang-kadang kita bergurau mengenai sesuatu yang luar biasa dan bukan besar.




BOO CAHANG-SAYA KATAKAN BAHAWA TINDAKAN UBN TIDAK MELAMBANGKAN ONE MALAYSIAN






Beliau menyatakan bahawa terdapat ramai pihak polis dari orang ramai di DUN Penanti .Beliau berkata adalah menjadi hak beliau untuk berucap mengenai kebajikan rakyat dan sebagai sebuah negara demokrasi hak asasi pekerja, petani, dan rakyat teramai.Kerajaan telah membazirkan wang dengan membantu pegawai Perpaduan,Kemas,namun dalam beberapa pilihanraya yang lepas janji -janji masih beluam tertunai lagi dan mengapa janji-janji yang dibuat pada pilihanraya kecil Permatang Pauh , masih belum di tunaikan.Mungkin ini adalah salah satu punca kenapa Umno tidak mahu bertanding di Penanti.Demikian jelas Lim Boo Chang pengamal undang -umdang lulusan England ini adalah bekas wakil rakyat bagi MCA dan Gerakan di kerusi DUN Keramat Pulau Pinang.Beliau kini telah di lantik sebagai ahli majlis perbandaran dan bertugas khas untuk mewakili mana-mana ahli yang tahan atas kesalahan politik.
Menurut Boo Chang beliau bukan melompat ,beliau berhenti sebagai wakil rakyat setelah melihat kebobokan yang berlaku dalam MCA dan juga gerakan dan mengambil keputusan untuk keluar dari parti tersebut kerana menutu beliau ini adalah kerana PKr mempunyai berbagai bangsa di dalamnya.
Bai Boo Chang ,DS Najib mungkin tidak mahu mengadapi kekalahan oleh sebab setiap kali pihanraya kecil dan DS Najib telah menjadi pengarah pilihanrya , semuanya telah tewas , maka kerana itu apabila beliau menjadi Perdana Menteri imej tersebut harus di hendtikan supaya ianya dapat menampung di beberapa kekalahan pada pilihanraya yang lepas misalnya pilihanraya kecil di Permatang Pauh ,Bukit Selambau dan Bukit Gantang., Jika ini berterusan maka keptingan Najib akan di cabar di dalam parti Umno.
Menurut Boo Chang lagi sesebuah parti yang mempunyai pemikiran yang tidak mahu bertanding ,maka ianya di anggap sebagai lari dari tugas-tugas dalam perlembagaan parti Umno sendiri.
Memang Umno tidak mahu bertanding, namun bayangan Umno yang bertanding wujud dengan bertujuan agar jika Dr Mansor kalah, ianya akan memberi tekanan dan cabaran yang cukup hebat terhadap kewibawaan DSAI di bukan sahaja di Permatang Pauh dan Malaysia namun di mata antarabangsa.

KES BENDERA PKR DI HADAPAN BANGGUNAN UMNO


GAMBAR SUMBANGAN DARI BLOG KEDAI KOPI TEPI MASJID SEBELUM IANYA DIBUANG OLEH MPSP PADA SIANGNYA.



PENANTI-Kes bendera PKR direntang di hadapan banggunan Umno menyakitkan mata ahli Umno.maka datanglah majlis perbandaran dan juga pihak SPr.Alasan mengganggu di premis banggunan Umno.Tapi akhirnya selesai kerana di gantung di atas jalanraya.Kini selesai dan bendera PKR tetap berkibar dihadapan banggunan Umno.Lagi pun tak bertanding kan.....ok la tu...

SUASANA TERKINI



PENANTI-Suasana terkini di Penanti nampak rancak walau hanya bendera parti PKR sahaja yang kelihatan.Isu terkini yang menjadi berat untuk PKR memenangi kerusi ,cuma majoriti sahaja yang diperlukan untuk melonjak lebih lagi dari pilihanraya yang lalu.




3 D = DENDAM ,DENGKI,DEGIL

Umno buat rombongan 31 Mei, elak keluar mengundi?

Menurut maklumat yang diterima ada khabar-khabar angin menyatakan bahawa Umno Bahagian Permatang Pauh dipercayai sedang mengaturkan rombongan ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan tujuan melarikan sebahagian besar ahlinya pada 31 Mei ini.Ini berikutan ada ahli Umno yang dilihat akan memberikan undi kepada calon PKR Dr Mansor.Tambahan pula Mansor dilihat sebagai seorang yang berwibawa.




Kegiatan membawa rombongan ke Bukit kayu Hitam tersebut adalah kerana Umno cuba menghalang ahlinya daripada menyertai pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti yang menyaksikan pertandingan empat penjuru tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) iaitu tiga bebas dan seorang calon Pakatan Rakyat.

Menurut sumber yang dipercayai,beberapa buah bas disediakan di semua cawangan dan terpulang kepada ahlinya untuk turut serta atau sebaliknya.Namun bukan semua ahli Umno akan pergi ke Bukit Kayu Hitam,kemungkinan ada yang pergi mengundi dahulu sebelum bertolak.

Menurut dongengan Umno jika Dr Mansor gagal memenangi kerusi DUN Penanti, sudah tentu keadaan akan menjadi tidak baik untuk PKR meletakkan calon Melayu sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Ini merupakan peluang untuk Umno dan BN membalas dendam kekalahan bertubi-tubi mereka ketika berhadapan dengan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini.Jika Penanti kalah maka jumlah yang kalah akan menjadi 4-obermuala di Permatang Pauh.Kuala Terengganu,Bukit Gantang, dan kini Penanti.

Namun kata sumber itu, bagi mengatasi perkara ini daripada berlaku jentera Pakatan Rakyat harus melipat gandakan gerakan penerangan kepada rakyat betapa pentingnya pilihan raya kecil ini diadakan untuk melincinkan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng yang jelas berjaya memperkenalkan beberapa strategi pembangunan serta membantu golongan miskin tegar walaupun baru memerintah setahun berbanding Umno dan BN.