HJ HADI WALAU UMNO TIDAK BERTANDING.ROH HANTUNYA TETAP ADA



Menurut tuan guru Haji Hadi Umno adalah parti yang tidak bertanggungjawab terhadap masyarakat kerana tudak mahu bertanding di kawasan yang mereka fikirkan tidak selamat dari menang. Malah menurut Hj Hadi parti yang tidak sanggup bertanding di DUN Penanti adalah satu parti yang kecil jiwanya,yang kecil semangatnya,parti yang menunjukkan tanda-tanda keruntuhan meski pun menonjolkan slogan satu Malaysia.
"Dulunya slogan bersih cekap dan amanah.bersih dah jadi tak bersih,cekap jadi cekup, dan amanah jadi punah ranah." Demikian jelas Tuan guru Hj Hadi Awang.Beliau berceramah di hadapan lebih 5000 di padang awam taman Guar Perahu semalam.
Kemudian timbul pula Islam Hadhari.Selepas kejatuhan Pak Lah kini islam hadari sudah hilang , Kini slogan satu Malaysia untuk perpaduan rakyat, dan bagaimana Umno dan rakan-rakannya nak mendokong satu Malaysia? Umno tidak bersatu PPP juga tidak bersatu ,MIC lempar kerusi satu sama lain , Gerakan tidak dapat mengawal ahli parti ,di Perak 2 menteri besar ,di Perli s 2 menteri besar dan di Teregganu juga 2 menteri Besar.
Menurut haji Hadi untuk menyatukan rakyat bukan mudah seperti mengumpul batu bata , bukan seperti menyatukan kayu-kayu , menyatukan manusia tidak sama dengan menyatukan makluk yang tidak bergerak.Manusia pula punya hati dan perasaan .banyak teori yang nak menyatukan manuisa berdasarkan sempadan negeri,keturunan ,bangsa dan ada yang menyatukan melalui ekonomi dan poliik.tetapi manusia tidak perlu dengan aspek itu sahaja.
Apa yang boleh menyatukan manusia ialah pemerintahan yang adil,baik , saksama dan menunaikan hak rakyat dengan sewajarnya.Bn bukan sahaja gagal mewujudkan rakyat yang bersatu padu dan Bn tidak boleh wujudkan perpaduan di dalam parti mereka sendiri sahaja..
Pakatan Rakyat mencoba untuk menunjukkan cara kita menyatukan rakyat.Pemerintah yang adil , tetapi malangnya Bn tidak berakhlak dengan akhlak kerajaan yang mengamalkan demokrasi yang tidak senang melihat kita memerintah dengan penggal yang septutnya.Di Terangganu,Kelantan ,Perak, Pulau Pinang.Bn tidak menghormati prinsip perlembagaan dan sistem konsep leberalisme .
Mereka Bn tidak peduli rakyat memilih kerajaan negeri..kerajaan persekutuan yang dipilih rakyat ,mereka memilih Bn . ada negeri yang memilih parti yang lain mereka mesti menghormati kerajaan negeri yang dipilih rakyat.Di Kleantan dan Terengganu ,mereka mewujudkan kerajaan dalam kerajaan .misalnya JKKK mereka diwujudkan kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.Kempen agar pelabur memulau Kelantan.Di Terenggunu perjanjian minyak misalnya .Di Perak Lihat bagaimana mereka lakukan.belum sampai setahun .kita cuba ketengahkan calon kita .PAS menghargai Pakatan Rakyat dengan mencalonkan orang PAS.Kita cuba laksanakan pemerintahan yang adil di Kelantan dan Terengganu dan bawa ke Perak.
Di Perak. apabila kita melaksanakan program tanah kepada rakyat di kampung baru misalnya dizaman penjajahan,darurat,zaman pemberontak komunis, mereka tinggal sudah beberapa generasi, meninggal dunia ,kini cucu mereka dan generasi baru .padahal semua zaman ini sudah berlalu. maka kerana itu kita mengambil pendekatan bagi membantu kaum dan golongan masyarakat di kampung baru.
maka kerana itulah dasar-dasar yang di kemukakan oleh kita telah di khianati oleh Bn.maka penanti, kita mesti menunjukkan satu penentangan yang sama walau Bn tidak ada, namun Bn wujud dalam bentuk yang lain.








Hadi berkata kemenangan politik yang dicari oleh Pakatan Rakyat bertujuan untuk membawa negara keluar daripada kancah salah laku Umno-BN.

“Bagi Pakatan Rakyat, tidak timbul soal enggan bertanding pada sesuatu pilihanraya atas kepentingan politik,” kata Hadi semasa ceramah beliau di depan kira-kira 5,000 orang di Guar Perahu, Penanti semalam.

“Kepada kita, lawan tetap lawan. Menang pun kita lawan, kalah pun kita lawan. Kita sanggup rebah bangun dalam membela rakyat. Kita tidak mahu menjadi satu parti yang hanya bertanding jika ia menang sahaja, jika kalah, melarikan diri – parti oportunis yang hanya mencari kesempatan,” tegas beliau.

BN pimpinan Perdana Menteri Najib Razak mengambil keputusan bersejarah tidak bertanding pada pilihanraya kecil Penanti, setelah parti itu kalah pada keempat-empat pilihanraya kecil di Semenanjung semenjak pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Hadi berkata walaupun Umno tidak bertanding, namun kesan angkara BN keatas masyarakat, ekonomi dan sistem kerajaan amat kuat dirasakan.

“Walaupun tidak ada calon BN dalam pilihanraya kecil ini, namun roh BN masih ada. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan para pengundi dan Pakatan Rakyat untuk menghidupkan demokrasi,” kata Hadi lagi.

“Manusia ada hati dan nurani, manusia tidak dapat disatukan dengan aspek ekonomi dan identiti kaum atau negara sahaja. Manusia hanya dapat disatukan jika pemimpin mereka adil dan mentadbir dengan cara yang sewajarnya,” tambah Hadi.

“Parti yang lemah ini, tidak mampu menangani masalah yang sedia ada. Pentadbiran yang penuh dengan penyakit rasuah, pilih kasih, dan yang paling malang tidak mampu menangani krisis ekonomi yang melanda dunia hari ini.



BERTEMU RAKYAT SEBELUM BERCERAMAH


Anwar memberi peluang kepada Dr Mansor di ketika sedang berceramah bagi menguji kebolehan calon untuk berinteraksi dengan orang ramai.



Dr Mansor bertemu orang kampung manakala DSAI berbual dengan Ustaz Mutalib pasentren An Nahdoh

INDAKAN BN tidak menyertai pilihanraya kecil Penanti pada 31 Mei ini adalah salah satu dari bukti yang menjelaskan lagi bahawa kebimbangan dan ketakutan Umno/BN melihat orang melayu memberi sokongan tidak berbelah bagi telah menjadi kenyataan.

“Di Penanti ada 72 peratus orang melayu dan Umno/BN membiarkan pakatan dan tiga lagi calon bebas untuk memilih calon mereka. Ini bukti bahawa Umno/BN tahu bahawa orang melayu sudah tidak lagi memberi sokongan kepada parti dan pemimpin-pemimpin mereka disebabkan orang-orang melayu semakin terpinggir setelah lebih 50 tahun menguasai kerajaan khususnya di Pulau Pinang.

“Kita tidak menyalahkan orang-orang melayu terutamanya ahli-ahli Umno kerana mereka tidak bersalah malah kita bersimpati dengan nasib orang Umno serta kita berharap mereka akan bersama dengan kita suatu hari ini.

“Yang kita tentang dan yang kita mahu lawan adalah pemimpin-pemimpin mereka yang bersikap sombong dan menggunakan pelbagai kaedah untuk menghalalkan cara mereka. Mereka bukan sahaja cuba meletakkan parti kita dengan pelbagai lebel malah saya diserang bertali arus dengan pelbagai fitnah,”jelas Anwar dihadapan lebi 5000 hadirin dimajlis ceramah perdana di Taman Guar Perahu Penanti malam 24 Mei lalu.

Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Menurut Anwar ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau dikelilingi oleh pemimpin-pemimpin yang hanya tahu mengangguk tetapi tidak tahu untuk memberikan idea-idea baru untuk membela nasib orang melayu dan rakyat.

“Kita tak hairan bila melihat menteri-menteri hingga kepada ketua-ketua Bahagian Umno kaya raya dan bersenang lenang dengan kemewahan kerana matlamat pemimpin-pemimpin ini hanya untuk kepentingan kuasa, harta dan kedudukan bukan untuk membela rakyat.

“Sebab itu setiap kali bila bercakap dengan pimpinan kita dalam KeADILan saya sering memerhati perkara ini supaya semua mereka yang diberi mandat untuk memimpin rakyat perlu bersifat amanah dan ikhlas dalam membantu rakyat,” kata Anwar


BEKERJA WALAU TELAH LARUT MALAM.


Pemuda di kampung Padang Ibu di dalam kawasan penanti memulakan kerja untuk menaikkan bendera PKR walau jam menunjukkan 1 pagi.Gambar di ambil setelah selesai ceramah perdana yang dihadiri DSAI,Lim Kit Siang dan juga Hj Abdul Hadi Awang.



LAPORAN TERGENDALA

Banyak pihak yang bertanya kenapa blog ini kurang di kemaskini.Dengan Izin Nya ianya akan beroperasi macam biasa selepas ini.Malah pada hari mengundi akan dibuat secara langsung melalui COVER IT LIVE DARI PENANTI.

Harap bersabar. Lagi gambar-gambar menarik akan menyusul dan diharap para pengunjung akan setia bersama laporan yang akan di buat oleh team WRLR.


Kepada penyokong diharap dapat hadir ke Penanti sebagi petugas merayu di saat akhir kerana di dapati ada yang menghasut agar para pengundi tidak keluar mengundi. Malangnya masih ada yang kurang bijak untuk berbuat demikian.

Penanti: PKR nafi cuba sogok Aminah

updates

Penanti: PKR nafi cuba sogok Aminah

PKR hari ini menafikan dakwaan Aminah Abdullah bahawa ia cuba memberi ganjaran kepada calon bebas itu supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.

Pengarah Strategi PKR Tian Chua mencabar mana-mana calon bebas termasuk Aminah yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR," katanya, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Aminah semalam yang mendakwa akan mendedahkan bukti bahawa PKR cuba memberi ganjaran kepadanya agar berbuat demikian menjelang pilihanraya kecil DUN itu.

Aminah, 57, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang, seorang daripada tiga calon bebas yang akan bertanding.

Dua lagi calon: pengurus syarikat yang juga bekas ketua Pemuda Gerakan cawangan Telok Wang, Penanti, Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Pengurus pilihanraya kecil Penanti dari PKR, Nasaruddin Nasution berkata, dakwaan Aminah itu mungkin disebabkan rasa tidak puas hati dengan mana-mana pihak dalam parti. Malaysiakini.


BLOGGER SAID:Tak kan nak offer jawatan tu...PKR dalam keadaan nak menang.Lain kalau dalam keadaan nak kalah.Taktik sama ja.cara lama.anak muda tak percaya semua macam ni.Buat la cerita baru.kan lebih bagus dan lebih menyakinkan???