MB PERAK MOHON RESTU SULTAN BUBAR DUN






Mahkamah tinggi hari ini telah memutuskan bahawa Mohd Nizar jamaluddin adalah menteri besar Perak Yang sah.


Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim juga mengarahkan supaya beliau membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak serta mengarahkan Dr Zambry Abdul Kadir, enam exco beliau mengosongkan jawatan mereka.


Nizar mengumumkan bahawa "Hari ini adalah hari paling bertuah bagi rakyat Perak kerana undang-undang dan perlembagaan Negeri Perak telah di kembalikan kepada rakyat "



Hakim Abdul Azizi disifatkan sebagai hakim yang berani dan bersemangat yang membuat keputusan untuk menegakkan keadilan.Nizar bersyukur kerana keadilan telah dikembalikan kepada rakyat negeri Perak.



“Samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat kehakiman awam lebih afdal untuk menentukan kesejahtraan negeri dan rakyat Perak,” kata Nizar dalam kenyataan akhbar beliau.



Menurut sumber , Nizar akan membawa keputusan mahkamah hari ini untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mendapat restu Sultan seperti berikut:-



1) Kesemua pertuduhan yang dibuat oleh Dr Zambry Abdul Kadir dan Exco beliau harus diteliti kembali dan tidak dikira sah sehingga kecuali sidang Dun pada 7 Mei lalu.



2) Mohon Zambry dan enam Exconya segera mengosongkan jawatan seperi yang diarahkan mahkamah hari ini.



3) Mengantung jawatan penasihat undang-undang Kerajaan Negeri Perak Ahmad Kamal Md Shahid dengan berkuatkuasa segera.



4) Mengadakan menyuarat Exco Perak dengan segera.



5) Membuat permohonan bahawa Dun di bubarkan seperti yang dicadangkan semasa sidang Dun bawah pokok pada 3 Mac 2009.



Sementara itu Zamry akan mengosongkan seberapa segera sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah tinggi, namun perdana Menteri akan mefailkan rayuan seberapa segera esok.


Menurut perlembagaan Sultan Perak sepatutnya menitahkan Dewan Undangan Negeri Perak bersidang bagi mengemukakan undi tidak percaya kepada Nizar selaku Menteri Besar.



Sambil merujuk kepada kes duluan (precedent) membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Dato' Stephen Kalong Ningkan pada 1966, beliau berpendapat Menteri Besar baru tidak wajar dilantik selagi Menteri Besar sedia ada belum meletakkan jawatan.


Beliau juga berpuashati bahawa Nizar tidak pernah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah seperti didakwa para peguam Zambry.



Nizar diwakili Sulaiman Abdullah, Mohamed Hanipa Maidin dan beberapa peguam kanan.



NIZAR MENTERI BESAR SAH.MUNGKIN BUBAR DUN




HAKIM Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abd Rahim telah memutuskan bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Ketika membacanya, Abdul Aziz berkata Nizar adalahMenteri Besar yang sah mengikut perlembagaan dan berhak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

MANSOR ADALAH CALON YANG SESUAI UNTUK MENJAGA KAUM MELAYU DAN SEMUA KAUM YANG LAIN BERSAMA GUAN ENG









Dato Seri Anwar semalam menjelaskan bahawa beliau memohon maad kerana tepaksa di adakan pilihanraya kali ke 3 dalam masa 1 setengah tahun.menurut beliau alasan ini terpaksa di ambil ekoran perletakan jawatan Mhd fairus dan agar pimpinan yang dipilih nanti dapat membantu kaum Melayu dan kaum lain dengan lebih yakin lagi.


"Kita pilih Dr mansor krana kita yakin bahawa beliau boleh memikul tanggungjawab yang besar ini bagi membantu pentadbran kerajaan negeri di bawah pimpinan Guan Eng.maka kerana itu mansor diharap dapat menggalas tugas ini kerana beliau pernah bertugas sebagai setiausaha sulit saya dan tahu selok belok dalam pentadbiran politik" demikian tegas Anwar.


Beliau juga ada menceritakan mengenai perbualan antara Dato Seri nizar dan juga Dato Ngeh dimana sewaktu di titah untuk mengadap Raja Nazrin, Baginda telah menitahkan agar semua wakil Rakyat Pakatan duduk di tempat masing-masing dan menyifatkan Nizar sebagai seorang yang berani bersuara apabila menjelaskan bahawa Sivakumar telah di bawa keluar oleh pihak yang tidak diketahui.


Malah menurut DSAI lagi Tuanku Raja Nazrin mengetahuinya dan meminta mereka duduk di tempat masing-masing agar baginda dapat meneruskan upacara perasmian dewan.


"Kita tunggu dato seri Nizar cerita perkara ini pada 24 hb nanti.Beliau akan berada di sini beberapa kali bagi membantu kempen pilihanraya ini" demikian jelasn Anwar lanjut.Beliau berkata demikian dihadapan lebih 5000 yang hadir untuk mendengar ceramah sempenan pilihanraya kecil Penanti pada 31 mei nanti.

LAWATAN KE KAWASAN KAUM TIONGHUA.90% UNDI DIBERI PADA SETIAP PILIHANRAYA










Tanah Liat- Lawatan DSAI ke kawasan kaum Tinohua di Bukit Mertajam semalam menjelaskan bahawa pemilihan Dr Mansor adalah kerana beliau punya kelayakkan dan perlu bagi membantu kaum Melayu dan juga kaum-kaum lain di bawah pentadbiran Lim Guan Eng.Dengan adanya Dr Mansor ianya akan dapat membantu kaum Melayu dan juga lain-lain kaum yang terpinggir di Pulau Pinang sebagai satu pakatan dalam sebuah negeri yang di tadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat.



Beliau berkata bahawa kawasan ini telah memberikan undi yang begitu tinggi sekali dan ini merupakan kali ke 3 pilihanraya di adakan bagi membolehkan Dr Mansor di lantik sebaai TKM1 menggantikan Mohd Farus Khairuddin yang melepaskan jawatan.


Beliau memuji penduduk di kawasan ini kerana mengundi Pakatan rakyat sehingga 90% kemenangan yang diperolehi dan paling tinggi sekali di kebanyakkan JDM, dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyokong beliau dan Pakatan Rakyat.


Turut sama ialah YB Sim,YB Malek,YB Ong dan juga calon Penanti Dr mansor Othman.







Calon N12 Penanti dr Mansor juga enejlaskan bahawa ini adalah kali ke 3 dalam masa terdekat ii beliau hadr bagi kempen pilihanraya kecil penanti, dan beliau juga ada menejelaskan bahawa kawasan ini bukanlah asing bagi beliau untuk berkempen kerana telah melalui nya sejak dahulu.beliau juga merayu kepada pengundi agar tetap memberi undi supaya proses peralihan ini akan berjalan dengan lancar dan pentadbiran kerajaan negeri juga akan dapat di laksanakan dengan berkesan.