10 PERKARA DATO SERI NAJIB PERLU LAKUKAN







Terjemahan

Saturday, 04 April 2009 16:59






Perdana Menteri Malaysia ke 6 Dato Seri Najib Tun Razak harus melakukan 10 perkara yang difikirkan perlu dalam pentadbirannya untuk kebaikan negara

Well, semalam Datuk Seri Najib Tun Razak telah di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Berikut ialah 10 perkara penting yang perlu dilakukan bagi menjalankan tugas-tugas beliau dalam pentadbiran negara ini.



10 perkara yang kami ketengahkan ini sebagai satu cadangan atau panduan kepada beliau dalam melancarkan pentadbiran beliau dan degan ini kelancaran dalam pentadbiran beliau akan memberikan kelebihan kepada pentadbiran beliau dan juga kepada rakyat negara ini.10 perkara ini yang melibatkan antaranya berkaitan hubungan politik,isu sosial,dan juga isu keseluruhan yang melibatkan negara dimana rakyat boleh berbincang dan bercakap mengenai isu penting, mendengar suara mereka dan menerima pandangan rakyat marhaen.



10 perkara penting tersebut ialah


1. Memberi ruang yang sewajarnya kepada demokrasi

Jika ruang ini tidak dibuka dan diberi nafas , maka dalam pilihanraya yang ke 13 nanti ianya memberi natijah yang buruk kepada kerajaan.Najib harus mengambil jalan lain dan bukan jalan yang telah dibuat oleh pemerintah sebelum ini.Ianya melibatkan isu ISA,kebebasan akhbar,akta Universiti dan kolej dan juga juga beberapa akta rahsia yang lain yang difikirkan perlu.Penahanan tanpa bicara dikalangan rakyat iaitu ISA harus di hentikan dan sesiapa yang didapati bersalah harus lah ditahan dan dibicarakan-bukan ditahan secara semborono walau pun ianya dilakukan secara samar-samar.

2. Hapuskan politik wang

Perkara ini terjadi semasa pemerintahan Mahathir Mohammad dan ianya haruslah dihentikan segera sebelum ianya menjadi barah dan menghancurkan Umno dan juga rakan sekutunya.Hanya satu cara sahaja yang perlu dilakukan ialah dengan cara menjemput pihak polis dan juga SPRM menyiasat dan menghukum salahguna kuasa dan penipuan dalam kewangan negara atau apa sahaja yang berkaitan dengan pentadbiran.Jika ianya dibiarkan ,,sudah tentulah ianya akan menjadi semakin merebak dan akhirnya akan memusnahkan dan menyukarkan usaha-usaha ini dilaksanakan di masa hadapan.


3. Hapuskan sistem kouta dalam pemilihan parti

Cara ini dilakukan dengan cara yang lebih telus,dimana pihak yang membangkang juga mungkin akan bersetuju dan menyokong dengan melibatkan semua pertubuhan dan juga organisasi dimana ianya akan meletakkan satu tahap pegundian yang lebih telus.


Badan ini akan bertindak bagi menjaga dan mengawal organisasi dan ianya haruslah telus dan ianya bukan sahaja dilakukan dalam Umno, malahan dalam semua sekutu kerajaan Barisan Nasional,ianya bagi menghalang calon yang berpontensi bagi naik ke mercu kuasa.

4.Dapatkan sokongan dan kekuatan rakyat bagi menyertai Umno

Dari apa yang Najib lihat dan berada kini ,ianya harus juga dilihat dari bawah sebagaimana rakyat biasa lihat.Rakyat mahukan ketelusan,jujur,ada bakat,berdaya saing dan juga ada kreadibiliti, bukan sahaja dalam Umno, tetapi untuk semua rakyat melihat,jika tidak pun,sekadar dikalangan komponen parti.Najib harus melihat ini sebagai satu hambatan yang perlu buat Umno dan jadikan ianya sebagai satu yang perlu dilakukan di dalam Umno dan juga haruslah menjadikan rakyat menghormati beliau dan pimpinan secepat mungkin.Najib memerlukan langkah-langkah yang perlu ke arah itu.




5. Lakukan perubahan dalam Barisan Nasional


Najib harus lakukan perubahan dalam Umno dan Barisan nsional dimana perlu diubah taraf pemikiran dimana hanya Umno yang memerintah dan bukan parti lain.Perlu dilakukan perkongsian kuasa.Lakukan di dalam Barisan nasional dahulu, namun dalam Umno sebagai langkah utama.Najib harus perlu melakukan untuk perubahan,persaingan yang adil dan telus,dan jujur serta amanah terhadap komponen parti.Secara langsungnya sebagai seorang pemimpin


6.Perkenalkan undang-undang lompat parti


Kerajaan seharusnya lah telah menyedari dan memahami kini bertapa kejadian yang melanda di Bukit Gantang dan apa perasaan rakyat terhadap cara mendapatkan kerajaan negeri Perak melalui melompat parti.Ini arus dilihat secara serius.Berdasarkan dari kejadian tersebut adalah diharapkan kerajaan dan juga pembangkang telah memahami dan menyedari betapa melompat parti itu akan menjadikan ianya tidak demokratik dan juga dalam keadaan yang tidak stabil.Adalah lebih baik jujur dalam berpolitik.


7.Kredibiliti,bersih dan berdayasaing dalam kabinet

Najib jangan hanya mengekalkan muka yang sama dalam kabinet beliau dengan mengambil semula calon-calon yang lama.Najib perlu mendapatkan sesuatu yang baru ,muka-muka baru yang bersih,jujur dan yang bertanggungjawab terhadap negara sebelum mereka-mereka ini menjadi calon yang lebih mementingkan diri sendiri dari berkhidmat kepada rakyat dan negara.


Ada juga cadangan dan kekuatan di mana masukkan lebih banyak golongan teknokrat dimana mereka ini akan menjalankan kedua-dua tanggungjawab dimana menjalankan tanggungjawab terhadap negara dan kerajaan,meletakkan politik disebelah. Mungkin ini jalan terbaik,untuk mengelak dari melakukan perbuatan rasuah.


8. Naikkan semula semangat dan maruah kakitangan awam

Kini perkhidmatan awam negara telah hilang seri dan juga kemegahannya.Tanyalah orang lama dalam perkhidmatan awam.Mereka-mereka ini "hilang"kerana politik telah menjadikan mereka begitu jauh hilang kemegahannya, ini adalah kerana orang-otang politik telah mengajar mereka apa yang perlu dibuat dan perlu dipatujhi, dan mereka menjadi terkongkong dengan dasar-dasar yang berbagai,


Kembaikan semula mereka-merka ini kepada perkhidmatan yang lebih cemerlang,didik dan arah mereka cara yang terbaik,bangkitkan dan hargai meraka dan berilah pujian yang sewajarnya kepada golongan ini.Mereka akan menjadi jujur dan juga bertanggungjawab jika lebih dihargai.Bawalah golongan profesional kembali ke perkhidmatan awam.



9. Adakan penasihat kewangan khas

Oh..jangan diletakkan yang tak ada pengalaman dalam pengurusan wang negara.walau pun mereka ini bijak,kita masih banyak lagi merasai betapa kes kenaikan harga minyak dan ini menyebabkan barang-barang lain naik melambung.Harga minyak telah jatuh, namun harga brangan masih tinggi.


Najib memerlukan seseorang yang betul-betul bijak dalam ekonomi,dihormati,bergeliga boleh dan punya pengalaman ekonomi dan juga sebagai seorang ketua yang cekap mengawal sekumpulan pemikir eknomi dan juga pekerja sokongan yang membuat dasar dan bagaimana melaksanakannya.


Mereka ini boleh dari keakitangan kerajaan sendiri, oarang-oarng dari bank negara,dan sudah tentulah dari sektor swasta juga.Ianya tidak semestinya sebanyak 50 orang, adakalanya 5 orang pun memadai bagi staff sokongan.



10. Harus tahu masa yang sesuai,tempat yang betul dan juga jika keadaan politik tidak menyenangkan,bila dan bagaimana mengatasinya


Najib tidak seharusnya melakukan kesilapan sepertimana yang dialami oleh yang lepas-lepas.Menerima nasihat dari hanya satu golongan yang memikirkan sesuatu terlalu tinggi menggunung tetapi tidak nampak hasil dibawah.Situasi yang sukar harus di selesaikan dengan cara yang juga sukar.bukan mudah.awak tidak boleh lari dari mereka dan mengharapkan mereka menyelesaikan masaalah.Awak boleh melayani semuanya -dengan berbagai falsafah namun apa yang penting ialah apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.Jika ianya sukar..lakukan dengan apa cara yang munasabah.Bukan mudah untuk melakukannya, dan pilihanraya yang ke 13 tidak lama lagi mungkin dalam 2 atau 3 tahun akan datang, dan ini tentu meletihkan bagi Najib. namun marilah kita lihat apa yang sedang menanti beliau.

That means he must start with a bang. Let’s see what he does.


If u believes there is always hope.

MAT BANGLA GANTUNG BENDERA CALON BEBAS...HA..HA MEMANG BEBAS




CALON BEBAS INI MENGGUNAKAN BANGLA UUNTUK MENGGANTUNG BENDERA. NAMPAKNYA MEMANG BEBAS.WARGA BANGLA BOLEH GANTUNG BENDERA.BILA DI TANYA UPAHNYA "MAKAN NASI SAMA MINUM"


KRETIF JUGA CALON INI...


1 menggunakan tenaga Bangla kerana tiadanya pekerja...


2. Upah murah


3 Memaksimumkan guna tenaga


4.Akan ada hubungan yang baik dengan kerajaan Bangldesh.......barangkali.


5. Siapa tahu beliau akan menang dari 13 calon yang bertanding........






DIALOG DSAI DAN NGOs


SEBAHAGIAN DIALOG ANTARA DSAI DAN NGOS



BUKIT SELAMBAU-Satu dialoq antara beberapa NGOs telah di adakan di kelab Cinta Sayang pagi tadi dimana beberbagai isu yang berkaitan keadaan negara kini di jelaskan kepada badan-badan-badan bukan kerajaan hari ini.












AGENDA PERUBAHAN UMNO DAN JUGA DASAR PPSMI SERTA MEMBANTU KAUM YANG TERPINGGIR


Usaha membantu memartabatkan rakyat miskin bukan sahaja terhadap kaum dan kerangka pemikiran lama hanya parti melayu yang boleh membantu dan di bantu, akan tetapi dsar ini kemudiannya dilaksanakan dengan cara yang lebih tidak telus akhir nya di mana jika sessuatu projek itu dinilai pada 40 juta ianya akan menjadi 45 juta , maka ianya bukan satu dasar bagi membantu golongan susah tetapi mengayakan golongan tertentu.


Menurut DSAI lagi malah agenda ekonomi ini harus diubah.dalam bab bahasa pula ialah ianya akan kekal dan jika di teliti ucapan khas DSNRazak ianya akan di teruskan dan jika di peringkat awal ialah dengan pendekatan populis iaitu pembebasan dan penarikan semula akhbar dan tahanan , ianya bukan satu pendekatan reform yang berterusan.


Menururt DSAI lagi kerajaan tidak akan meneruskan agenda reformasi ini kerana dan jika dasar-dssar membebaskan media ini adalah agenda yang dianggap sebagai satu agenda biasa sahaja di mana sekejap di benarkan dan kemudiannya di tahan dan perkara ini tidak dapat dijangka untuk masa akan datang.




Komitmen pakatan rakyat ialah membantu dan meningkatkan kesedaran rakyat dan memerdekakn pemikiran,membantu yang miskin dan mensejahterakan masyarakat malaysia,mengenai mengenai isu calon Bukit Selambau, ialah dengan mengambil pendekatan berbincang dan bukan semuanya tuntutan yang kita setujui, yang merobohkan kuil yang ditahan tanpa bicara, yang bantu golongan miskin dan serahkan rumah yang robek dan kalau kita yang Melayu dan islam dapat memberi ketegasan begitu, maka jangan mereka memikirkan yang lebih dimana calon yang mesti mereka tentukan kalau macam tu, orang Melayu akan mempertikaikannnya pula kerana orang Melayu menganggap bahawa sampai ketahap ini pun masih meminta lagi bagaimana pulak dengan orang Melayu.


Jika masyarakat Cina pun ,misalnyad DSM Nizar , di fitnah kerana memberi tanah kepada golongan itu sedangkan itu harus di bantu ,kita tidak boleh lari dari menjaga hak golongan majoriti negara kita iaitu bangsa melayu dan yang termaktub dalam negara persekutuan .Kita boleh angkat kedudukan Islam dan Melayu dengan bersikap adil ,mengenai bahasa apa yang belaku dalam Bahasa Melayu dan bagaimana saya mempertahankan bahasa Melayu tetapi bukan dengan mengorbankan bahasa dan mengangkat bahasa lain .Malah kedudukan bahasa Inggeris di Indonesia hari ini meningkat dengan baik sekali tanpa meminggirkan bahasa Indonesia.



PEMBENTUKAN KERAJAAN DALAM AGENDA 916


Menurut DSAI lagi agenda itu sebenarnya memang wujud waktu itu, malah beliau mengakui mempunyai senarai lengkap.Apa yang menjadi sedikit masalah ialah ianya haruslah berlaku secara serentak kesemua yang ingin berhijrah itu. ianya harus dilakukan bersama.Untuk masa akan datang , agenda ini akan tetap diteruskan dan mungkin tidak minggu ini, bula ini tahun ini tetapi siapa yang tahu?demkian menurut DSAI lagi.