Ezam dakwa 6 kotak rasuah ada pada Anwar....




REF:Malaysiakini.com





Jimadie Shah Othman Dec 30, 08 6:09pm



Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor - yang terkenal dengan “enam kotak dokumen rasuah” melibatkan pimpinan Umno dan BN - mendakwa bukti-bukti itu tidak ada pada beliau, sebaliknya berada di tangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Kalau ada pada saya, sudah tentu saya tunjukkan.


Saya konsisten dengan perjuangan membenteras rasuah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.Mohamad Ezam berkata, ketika masih bersama PKR, beliau pernah menyuarakan kepada Anwar supaya pemimpin nombor satu parti itu mendedahkan kandungan kotak-kotak itu, tetapi Anwar meminta beliau supaya “tunggu untuk (faedah) politik”.“Saya tidak setuju. Itu antara sebabnya saya keluar PKR,” katanya, ketika diminta gesaan Pemuda PKR Terengganu supaya beliau mendedahkan kandungan kotak rasuah itu sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu bulan depan.



Semalam, Ketuanya, Fariz Musa berkata, seluruh rakyat Malaysia pernah dimaklumkan Ezam - sewaktu menjadi ketua Pemuda PKR dahulu - bahawa beliau mempunyai enam kotak bukti rasuah dan penyelewangan Umno/BN.Oleh itu, tegasnya, Kuala Terengganu merupakan medan terbaik bagi Ezam membuat pendedahan itu.Fariz mendakwa perkara itu masih menjadi “rahsia yang masih ditutup oleh Ezam”.



Bagaimanapun, Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, beliau telahpun tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh Ogos lalu.'Perjuangan konsisten'Bagaimanapun, tambah Ezam, perkara itu tidak dijawab mantan bosnya, Anwar.“Anwar sendiri yang tidak bongkarkan,” kata Ezam.Menurutnya lagi, pada tahun 1999, ketika dipanggil memberikan keterangan berhubung dokumen dalam kotak-kotak itu yang tergolong dalam kategori rahsia rasmi, perkara yang sama telah dijelaskan kepada polis bahawa “ianya disimpan oleh Anwar Ibrahim”.Ezam berkata, perjuangan beliau menentang rasuah adalah konsistesten.



Tegasnya, jika mempunyai bukti, beliau akan tampil membuat pendedahan seperti dalam kes melibatkan dua tokoh terkenal Umno Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rahim Tamby Chik suatu ketika dahulu, sehingga beliau merengkok dalam penjara.Mengulas gesaan Fariz semalam, Ezam berkata: “Sebaiknya beliau (Fariz) tutup mulut kalau tidak tahu hal sebenar.”“Jangan cabar. Kalau saya jawab, kesannya akan langsung kena kepada Ketua Umum (Anwar).”Ezam kini berada di Jakarta untuk menguruskan Yayasan Nusantara yang ditubuhkannya dan akan pulang berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu selepas penamaan calon 6 Januari depan.

Press Statement: Chief Minister's Dialogue with Resident Associations of PDC

Chief Minister of Penang YAB Lim Guan Eng will make major policy annoucement on public housing land titles on new year day Jan 1st, 2009. He will make the annoucement during a dialogue with all Residents and Residents Association of PDC's low and medium low cost flats. He is expected to annouce the details of changing status of landownership from lease hold to freehold.

He will make the annoucement together with State Assemblyman of Pantai Jerejak YB Sim Tze Tzin during an event hosted by the state assemblyman. Pantai Jerejak is the constituent with many low cost and medium low cost, estimated to be 54 blocks. The PDC has sent out invitation to all Resident Associations. At the same time, it is also an open invitations to the residents of PDC flats. It is a good opportunity to spend the first morning of the new year with the CM and discuss about public housing problems. It also showed that the Chief Minister is truly concern about the rakyat's problem even on the very first morning of the new year.


The details of the event:Date: 1 Jan 2009 (Thursday)Time: 11 amVenue:Lebuh Mahsuri Flat Area (refer the map attached) The program:11.00am Arrival of CM11.05am Welcoming speech by RA President11.15am Opening Speech by YB Sim Tze Tzin11.30am YB Dato Zahrain's speech11.40am YAB CM's Speech12.00noon Dialogue with RA12.30pm Press Conference
We hope that the press will publish this statement so that more residents will have the opportunity to dialogue with CM. All press are also invited to cover the event.



Happy new year! - Sim Tze TzinADUN Pantai JerejakState Assemblyman of Penang12-J-2 Jalan Rumbia11900 Bayan Lepas,Pulau PinangTel: +6019 443 2088Fax: 04-2260633www.pantaijerejak.comwww.simformalaysia.com

SAYA AKAN DEDAHKAN SKANDAL TERBARU KAPAL SELAM

- Zahar HashimSelasa, 30 Disember 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Pusat, Selangor & Putrajaya


Bekas Ketua Umno Bahagian PJS turut akui banyak penipuan dalam Umno
Bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Zahar Hashim, akan mendedahkan satu salinan dokumen yang ditandatangani oleh salah seorang bekas pegawai tertinggi TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) berkenaan pembelian sebuah lagi kapal selam.
Menurut beliau dalam satu wawancara bersama Suara Keadilan, keputusan beliau untuk tidak lagi bersama Umno dijadikan akses untuk beliau mendedahkan kepada umum mengenai skandal-skandal Umno.


“Dah keluar Umno ini lagi senanglah. Saya baru sahaja terima salinan dokumen yang ditandatangani oleh salah seorang bekas pegawai tertinggi TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) berkenaan pembelian sebuah lagi kapal selam. Saya rasa keputusan pembeliannya sudahpun dibuat atau diperingkat akhir perbincangan. Saya akan dedahkan semua ini tidak lama lagi,” katanya apabila ditanya Adakah lagi skandal berkaitan Najib dan Kementerian Pertahanan yang akan beliau dedahkan.


Menurutnya lagi, beliau akan terus mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan meskipun beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam politik dan sekadar menjadi pembantu khas kepada Yang DiPertua Pas kawasan Petaling Jaya Selatan.



Pada masa yang sama, Zahar juga berkata antara sebab beliau keluar Umno ialah kerana berlaku penyewengan di peringkat Pemuda Bahagian ketika mencalonkan Muhammad Taib yang juga Pengerusi perhubungan Umno Negeri sebagai Timbalan Presiden Umno.
“Kita telah hantar bukti yang cukup untuk menunjukkan pencalonan itu tidak sah disebabkan cawangan yang buat persidangan tahunan secara betul tidak diiktiraf oleh Pemuda bahagian, sebaliknya yang membuat mesyuarat yang tidak mengikut peraturan diiktiraf oleh Pemuda bahagian,”katanya.


Dalam pada itu, keputusan untuk meninggalkan Umno diambil setelah beliau sedar terdapat banyak penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam Umno dan kerajaan.
Menurutnya selama 27 tahun beliau berada dalam Umno dan 20 tahun memegang jawatan Ketua Bahagian, mendedahkan beliau kepada pelbagai keburukan yang berlaku dalam parti itu.
“Tujuan saya masuk ke dalam Pas adalah untuk beri kesedaran kepada ahli-ahli Umno bahawa terdapat banyak tipu helah dari pihak Umno ini,”katanya.

PPSMI: Apa yang dicari dan ke mana halatujunya? Oleh Dr. AQ Laman M@RHAEN

MENURUT PEMBACAAN KAMI BAHAWA PERSOALAN ‘JAWAB MENJAWAB’ SERING DIPUTAR BELITKAN OLEH MEDIA MASSA, TERUTAMA MEDIA “PERDANA”. DI SAMPING ITU “ORANG POLITIK”, UMNO KHUSUSNYA, TELAH MENDAPAT RUANG “HENTAMAN”.


TUDUHAN KASAR KEPADA PEJUANG SOSIO-BUDAYA MELAYU DAN KEPADA MEREKA YANG MEMEGANG PENDAPAT TENTANG ‘KEWIBAWAAN BAHASA MELAYU’ SEBAGAI BAHASA ILMU DEMI MEMULIHKAN MARUAH BANGSA MAKA. PEJUANG YANG TIDAK MENDAPAT UPAH APA PUN TELAH DITUDUH BEGITU “JAHAT”.


MEREKA SEBAGAI ORANG YANG YANG TIDAK PATRIOTIK, ANTI-PEMBANGUNAN DAN DICAP SEBAGAI “NASIONALIS” MELAMPAU. SEOLAH-OLAHNYA MEREKA SAHAJA YANG BERJASA KEPADA ISLAM, BANGSA DAN TANAH AIR. [sila baca akhbar melayu dan dengar ulasan berita di TV 1 dan 3. ]


Padahal apa yang diperjuangkan oleh pejuang bahasa dan budaya Melayu adalah berasal suara daripada mereka yang telah lama berjuang. Nenek moyang mereka juga mempunyai sejarah cemerlang. Penulisan dan akhbar lama seperti Warta Negara Majlis dan berbagai buku yang dihasilkan oleh penulis dan wartawan Melayu dahulu berjuang bukan sahaja kemerdekaan tetapi juga bahasa dan sosio-budaya.


Kebanyakan mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan dan sosio-budaya. Suara itu beharga dihasilkan daripada gelombang hati nurani yang bersih daripada sifat buruk politik “keuntungan diri dan mata-benda”. Gelombang nurani hasil daripada berbagai kongres pendidikan, bahasa dan budaya.
Belajar dan semak sejarah yang baru dan lama



Hujah dengan faktor ilmiah terdapat di berbagai perpustakaan terutama di hampir semua universiti di Malaysia dan di luar negeri. Sila layari sahaja di laman “web” tentang ilmu dan kemampuan bahasa. Kaedah belajar dan pembelajaran bahasa begitu tersusun dan luas.


BAHASA MELAYU DIPERTAHANKAN SESUAI DENGAN AKTA PENDIDIKAN DAN PENYATA RAZAK DAN ABDUL RAHMADN TALIB. BAHASA JIWA BANGSA DAN BAHASA JUGA MENUNJUKAN BANGSA. Ini bukan ditulis oleh seorang dua. Mereka yang menulis mempunyai tujuan yang ikhlas untuk meninggikan martabat pendidikan selaras dengan amanah dan syarat sebagai “BANGSA” merdeka.

JUSTERU itu, kami berpendapat kita wajib mengadakan secara besar-besaran, terus menerus [bukan sekali] PERBAHASAN TERBUKA. Bahas boleh dengan MAHATHIR, MENTERI PELAJARAN, PEGAWAI KEMENTERIAN PELAJARAN DAN SEMUA PAHALAWAN BAHASA INGGERIS yang berada dalam UMNO dan Barisan Nasional. Panggil juga semua kuncunya atau sesiapa juga yang mahu guna matematik dan sains dalam bahasa Inggeris sebagai cara meninggikan martabat bahasa Inggeris Ertinya tidak atau kurang memakai pengajaran “ilmu bahasa dan sastera”..


PERBAHASAN ITU IALAH MENGENAI “ ‘PENGAJARAN BAHASA, sama ada dalam bahasa: INGGERIS atau MELAYU’ MELALUI SAINS DAN MATEMATIK”.
Dengan kata lain bahawa perbahasan yang akan diadakan itu terus menerus,. jika dapat, pada setiap minggu. dengan mereka yang terlibat dan ia dianggotai, terutamanya para pendidik, sarjana, dan semua badan yang mengerti atau terlibat dalam pendidikan dan sosio-budaya Melayu.


KITA WAJIB memberi pendapat secara ilmiah dan bertitik-tolak atas kedaulatan undang-undang dan “falsafah pendidikan” yang padu iaitu dengan landasan maruah dan tujuannya ilmu itu sendiri..


Nota : [Kita tidak mahu anak Malaysia hanyut tanpa pegangan, bisu dan buta tentang pepatah, gurindam, perumpamaan dan pedoman tujuan hidup seperti Sofiah Yusof, “geliga” matematik di Oxford yang terjerumus di jalanan lain ke Roma… ‘another route to Eden’?’…]
Kita “berhak dan wajib” bertanya kepada Mahathir, pewaris fikirannya atau penyokongnya

dahulu dan sekarang termasuk semua “pahlawan” bahasa Inggeris dalam PPSMI:


“APAKAH PENYATA RAZAK (1956) DAN ABDUL RAHMAN TALIB (1960)” YANG MENGHASILKAN PENDIDIKAN BAGI HAMPIR SEMUA KETUA DAN PEMIMPIN DI NEGARA INI TERMASUK PAHLAWASN BAHASA INGGERIS ITU SENDIRI YANG ADA SEKARANG [Lahir tahun 1950 ke atas] KURANG PINTAR, KURANG CEKAP, KURANG PANDAI DAN SEKARANG MENJADI BINGUNG DALAM MENJALANKAN KERJANYA? APA KAYU PENGUKURNYA? APA NILAI YANG RENDAH DAN TINGGI BERADA DALAM DIRINYA DAN DI ATAS KERTA?APAKAH AKIBAT daripada kurang cekap berbahasa inggeris itu menyebabkan merosot pencapaian kerja dan hasil negara? Tiada kecermerlangan hidup bagi mereka dengan anak buahnya mentadbir kerajaan dan kerja harian masing-masing?
Adakah dengan kecekapan bahasa Inggeris melalui sains dan matematik akan ada rakyat Malaysia dianugerahkan hadiah “nobel’ dalam sains dan matematik (?) dan seterusnya hidup mempunyai pegangan yang teguh dalam erti hidup yang diharapkan? Ertinya, mereka tidak akan terumbang-ambing, tanpa arah seperti perjalanan “pemimpin atasan dan bawahan” sekarang ini?
DI MANA “LOGIK”NYA BAHAWA KEPANDAIAN BAHASA BOLEH DI TINGKATKAN MELALUI PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK? APAKAH JIKA HENDAKKAN “ANAK-BUAH” KITA BERJAYA DAN PANDAI DALAM BAHASA JEPUN UMPAMANYA, MAKA MEREKA KENA “BELAJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA JEPUN”? BEGITU KAH SYARATNYA, Wahai pemimpin? Pendapat ilmiah yang mana dan siapa dia professor dan pakar ilmu?“Rancangan yang dipaksa”, tidak ilmiah dan ketiadaan sistem yang teratur, akhirnya ia akan gagal. Ini hukum mantik atau logik Harga umur dan kepandaian yang akan “terkorban” bukan dapat diganti dengan “insurans”. Satu generasi dirugikan oleh sistem yang tidak ilmiah. Keputusan politik sering menjadi penyakit berbahaya kepada keputusan “ilmiah/penyelidikan”. Lihat berbagai projek yang musnah di tengah jalan.


Pendidikan bukan satu atau dua cabang sahaja difokuskan. Perimbangan bidang ilmu sangat perlu. Ilmu itu kait-mengait sesuai dengan qudrat dan iradah yang dianugerahkan Allah kepada manusia. SENI untuk makan, minum, pakaian, perumahan, perkahwinan, malahan, aneka warna kecantikan MEMERLUKAN PENGUCAPAN BAHASA pemanis, kiasan dengan budi-bahasa yang tidak terdapat dalam pengajaran sains dan matematik. Manusia tidak semua boleh jadi bisu dan gagap. Bahasa adalah komunikasi yang penting untuk pengucapan hati dan otak.
BERBAGAI soalan yang boleh diketengahkan di sini. Kita tunggu perbahasan terbuka dengan mereka yang berani berkata sesama mereka sahaja dan pegawai dan orang yang ada untung dalam projek tersebut.


Sejak fokus pada kekuasaan politik menjadi alat yang memuncak dunia telah banyak secara langsung dan tidak langsung memandang remeh akibat daripada penepian pendapat ilmiah. Ertinya jika "politikus" yang menjadi alat kepada "plutocrats" memandang ["untung, "profit from it"] maka kedudukan ilmiah atau "spesifikasi" tidak dipedulikan. Keuntungan politik selama mereka boleh berkuasa itu yang menjadi pertimbangan.
Sekian, Wallah u-alam.
- Aq -


Penulisan Dr AQ diambil kerana beliau adalah salah seorang penulis yang lama dalam laman marhaen dan juga Reformasi Nasional jika tidak salah.Begitu juga Ibrahim Baba.

GMI ANJUR KEMPEN ANTI I.S.A-POLIS LULUS PERMIT

REF :MALASIAKINI


Polis beri permit lancar kempen anti-ISA malam ini




Jimadie Shah Othman Dec 29, 08 11:43am


Majlis pelancaran kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang gagal disempurnakan bulan lalu, akan dilancarkan semula malam ini.Kali ini, pihak penganjurnya telah mendapatkan permit polis untuk mengadakan majlis pelancaran tersebut di Stadium Bandar Baru Bangi.Perkara itu disahkan oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad ketika dihubungi hari ini.Katanya, polis memberi permit tersebut dengan syarat perhimpunan itu diadakan di dalam stadium tersebut.Kamaruzaman yang juga penyelaras lokasi untuk program itu berkata, pada mulanya, permohonan penganjur mengadakan program berkenaan tidak diluluskan.Namun, tambah beliau, setelah rayuan dibuat, polis memberikan kebenaran minggu lalu.




Wakil keluarga tahanan berucapPelancaran itu akan dilakukan bersama oleh ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat pada jam 9 malam ini.Wakil keluarga tahanan ISA, Norlaila Othman dan wakil mahasiswa adalah antara pemimpin lain yang dijadual turut berucap di majlis tersebut.Kamaruzaman berkata, stadium tersebut boleh memuatkan 15,000 penonton, termasuk di bahagian padang.Beliau menambah, perhimpunan itu pada mulanya dijadualkan di Stadium Selayang tetapi ditukar ke Stadium Bandar Baru Bangi ekoran kerja-kerja pengubahsuaian yang sedang dijalankan di Stadium berkenaan.Seramai 250 Unit Amal PAS daripada Wilayah Persekutuan dan Selangor dikerahkan malam ini bagi mengawal keadaan dan lalu-lintas, katanya.


Syed Ibrahim di Mekah


Sebelum ini, majlis pelancaran kempen itu hendak diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah pada malam 23 November lalu.Bagaimanapun, pihak polis telah bertindak menyuraikan orang ramai yang berhimpun di situ kerana ia tidak mendapat permit polis.Polis turut menahan sembilan orang termasuk Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.Kempen tersebut adalah anjuran bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) serta parti-parti gabungan Pakatan Rakyat.Bagaimanapun, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh tidak dapat menghadai majlis malam ini kerana masih berada di tanah suci.Acara kemuncaknya adalah perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur Mac tahun depan.