AMK DAN MAWAR PERMATANG PAUH MEMBANTU LAGI





Permatang Pauh_9 Nov 2008 AMK Permatang Pauh sekali lagi menjadi nadi pengerak kepada memberi bantuan kepada masyarakt.Kali ini disebuah rumah nenek yang berusia 70 tahun.Nenek Maimunah Bt Abdullah yang tinggal berseorangan menerima kunjungan AMK dan juga Puteri AMK (Mawar) membantu dengan menebas dan membersihkan kawasan luaran dan membersih dalam rumah nenak Maimunah.

Sebelum itu dalam program jejak AMK pada bulan Ramadhan lalu, nenek Maimunah juga di beri bantuan.Kini beliau menerima lagi kunjungan dari AMK untuk menyampaikan sumbangan dari YB Fairus untuk disampaikan kepada nenek Maimunah ini.Sumbangan ini disampaikan oleh Ketua AMK Permatang Pauh Sdr Amir Ghazali.


Dalam masa yang sama juga, wakil pegawai khas DSAI Surani Ibrahim hadir untuk mengambil maklumat agar masaalah beliau yang tidak punya pendapatan tetap dapat dibawa kepada pihak-pihak yang terbabit terutamanya PUZ dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat agar bantuan keperluan harian beliau diberi perhatian yang sewajarnya.

LAWATAN DAN BANTUAN YB HAMDAN

KENAPA PERKARA INI DIKETENGAHKAN.ADA ORANG KATA UMNO PUN LAKUKAN INI.YA LAH TAPI TAK NAMPAK PUN UMNO PERMATANG PAUH BUAT INI SEMUA.MUNGKIN LAMA DI TINGGALKAN MAKA KEKOSONGAN INI DI ISI OLEH WAKIL PAKATAN RAKYAT.







Semalam 8 hb Nov 2008 di surau Tanah Liat , YB Hamdan menyampaikan bantuan peralatan memasak,dan juga set sejadah bernilai RM4000.





Pagi 9 Nov 2008 di surau Permatang Rawa YB Hamdan sekali lagi menyampaikan bantuan sejadah dan juga karpet untuk kegunaan surau.Jumlah keseluruhan adalah dalam RM3500.




Petang tadi jam 2, 9 Nov 2008 bertempat di masjid Permatang Pasir,YB Hamdan menyampaikan bantuan bag sekolah kepada 400 murid dibawah KADUN Permatang Pasir bagi keperluan sekolah tahun hadapan dimana sumbangan bag-bag sekolah ini di bantu oleh( PUZ) Pusat Urus Zakat Pulau Pinang.