RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DI PERMATANG PAUH


















Permatang Pauh-baru-baru ini, Ahli parlimen Permatang Pauh Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan rumah terbuka di Cherok To Kun dimana di hadiri lebih 15 ribu tetamu dari kawasan Permatang Pauh dan sekitarnya,malah ada yang hadir sejauh negeri Kelantan.

Majlis yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang itu dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri Pulau Pinang , Dato Seri Hj Abdul Rahman Abas , Ini adalah kali pertama dalam sejarah di mana TYT hadir ke rumah DSAI. Beliau hadir jam 11 pagi dan beredar sejam kemudiannya setelah bertemu dengan Ketua Menteri ,Timbalan Ketua Menteri ,semua ahli Exco kerajaan negeri dan para jemputan dan orang ramai yang hadir.

Berbagai juadah di sediakan ala kedai makanan antaranya nasi daging,bihun sup, dan kuih muih.Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah, malah sejak jam 10 pagi sehingga jam 1.30 tengahari Datuk Seri Anwar dan Dato Seri Wan Azizah berdiri bersalaman dengan para tetamu yag hadir.Malah orang ramai sanggup untuk berbaris walau pun jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari.

Dalam sidang akhbar yang diadakan,pihak akhbar telah bertanya kepada beliau berhubung dengan tarikh pengambil alihan kerajaan sebagaimana yang didakwa bermula pada 16 september.malah berbagai pihak juga telah mempersoalkan kredibiliti beliau akibat tidak berjaya menubuhkan kerajaan pada tarikh yang diberikan dengan menyifatkan beliau sebagai pembohong.

“Anda sepatutnya bertanyakan soalan tentang kredibiliti ini kepada Perdana Menteri Abdulah Badawi kerana menolak untuk mengadakan sidang khas parlimen.Jangan mempersoalkan krediliti saya kerana saya telah memohon untuk bertemu dan meminta diadakan siding khas parlimen namun ditolak,.jadi siapakah yang tidak punya kredibiliti”, demikian jelas anwar.

Kepada soalan yang hampir sama yang bertubi-tubi ditujukan kepada beliau kerana merasakan bahawa rakyat makin tidak sabar untuk melihat kerajaan baru Pakatan Rakyat mengambi alih kerajaan pusat, beliau berkata, ianya akan berlaku secepat mungkin,dan berharap rakyat bersabar dalam menantikan kelahiran kerajaan baru.Anwar telah mendakwa meminta untuk bertemu perdana menteri dan kemudiannya mendesak diadakan sidang khas parlimen, namun kedua-duanya ditolak kerajaan Abdullah Badawi.







Malah soalan pemberita yang menuju kepada berapa lama lagi harus ditunggu, beliau tetap menyatakan ianya akan berlaku dalam sedikit masa lagi. Malah ketika diajukan soalan berapa lama lagi , dan adakah ianya sehingga akhir hujung tahun ini, Anwar mendakwa ianya terlalu lama jika hingga akir tahun ini.Menurut beliau, kerana pada 13 oktober sissi pertama perbahasan ialah bagaimana pihak ketua pembangkang yang akan membentangkan pada sessi permulaan perbahasan.Maka kerana itu ianya tidak akan berlaku sehingga akhir tahun ini.

“Saya katakana iaya akan terjadi secepat yang mungkin, jadi tunggu sehingga ianya berlaku dan harap bersabar,”, demikian jelas Anwar pendek.

Berhubung dengan soalan yang berkaitan dengan keadaan ekonomi, Dato seri Anwar menjelaskan, para pemimpin Pakatan Rakyat harus bertanggungjawab dan merasa bimbang dengan sikap kerajaan yang menyembunyikan dari pengetahuan rakyat akan keadaan ekonomi negara dan tidak telus kepada rakyat .Telah menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat untuk mengambilalih keadaan ekonomi negara dan Pakatan Rakyat akan melakukannya dengan cara yang terbaik.


“Pakatan Rakyat akan menumpukan kepada pembentukan ekonomi yang baik. Pihak kerajaan Barisan Nasional tidak dapat menguruskan ekonomi dengan baik dan lebih bergelut dengan parti dan krisis pimpinan dan walaupun negara mempunyai asas ekonomi kuat , keadaan krisis kewangan yang melanda dunia seprti Jepun, Korea UK, US dan Dato Najib kata ekonomi kita kuat, Inilah yang kita bimbangkan.Kita adalah negara yang bergantung kepada perdagangan dunia .Jadi kerajaan harus berterus terang sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan Singapura.Kita juga bimbang dengan kes salah urus membayar hutang Maybank dan salah urus kewangan dan rasuah dan juga rasuah berhubung dengan perjanjian broadband ”


ANWAR HADIR DI PERMATANG PASIR.DAN MERASMIKAN PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH


Sebelah petang nya pula Dato Seri Aanwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah hadir di ADUN Permatang Pasir dibawah parlimen Permatang Pauh dimana kerajaan negeri Kelantan telah menghadiahkan 2 ekor kerbau bagi meraikan kejayaan dan sokongan kepada para pengundi Permatang Pauh dan juga meraikan para petugas yang berkempen di ADUN Permatang Pasir.Kerajaan negeri kelantan juga menghantar 2 buah bas yang di wakili oleh beberapa ADUN sebagai tanda sokongan.Majlis yang sepatutnya dihadiri oleh Tuan Guru Nik Aziz tetap meriah kerana Menteri Besar Kelantan tersebut terpaksa membatalkan kehadirannya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


Majlis tersebut turut juga dihadiri oleh Ketua Menteri YB Lim Guan Eng,TKM1 YB Mohd Fairus , para EXCO dan juga beberapa ADUN dan EXCO dari DAP dan ADUN PAS kerajaan negeri Kelantan.

Beliau juga telah sudi merasmikan pejabat ahli perlimen Permatang Pauh dimana 2 buah kontena telah diubahsuai bagi dijadikan pejabat.Ianya terletak berhadapan dengan pejabat ADUN Permatang Pasir dimana akan juga dijadikan pusat khidmat masyarakat dan untuk membuat sebarang aduan kepada ahli parlimen Permatang Pauh.Pejabat ini telah dihadiahkan oleh seorang usahawan terkenal sebagai khidmat kepada masyarakat.

READ THIS....










The Mi-172 helicopter has been continually developed and improved overthe past years and is currently under-going commercial certification with theRussian Civil Aviation Authority. In parallel to the Russian certification effort thehelicopter is currently being evaluated to show compliance with the latestversion of FAA regulation FAR-29 and with the new avionics will meet therequirements for helicopter IFR certification.




The derivative Mi-17KF is equippedwith Honeywell EDZ-756 Electronic Flight instrument System, Primus IIIntegrated Radio System, VG14/DG14 Attitude&Heading Reference System,P700 Color Radar and DFZ-706 Flight Director Systems as standard, installed inaccordance with the requirements of FAR-29. The cabin is 23 cubic meters involume (813 cu.ft.), and with large rear clam-shell and sliding side doors thehelicopter is ideally suited for various loads including internal vehicletransportation and extra-lenght cargo with open rear ramp.For the order of production submitted on the given page take advantage of the essential elements of the company submitted in section " the Contact information " in the beginning of page.For electronic communication take advantage of a key " To send inquiry in the company " which is located in the beginning of page.




HARGA MINYAK TURUN MALAM INI 0.15 SEN PER LITER


Harga minyak akan turun RM 0.15 sen per liter malam ini atau selewat-lewatnya Jumaat.



Ha...ha...ha betul ni......