Seberang Jaya 31 Ogos-rundingan melibatkan beberapa komponen BN dan juga MP BN dari Sabah khabarnya akan berlaku pagi tadi.DSAI semasa berucap semalam menjelaskan bahawa rundingan tersebut akan berjalan.
Baca teks ucapan beliau di majlis sambutan meraikan petugas-petugas di parlimen Permatang Pauh.
MERDEKA 31 OGOS KE 16 SEPTEMBER
KUALITI GAMBAR KURANG MEMUASKAN ...
31 OGOS MERDEKA.16 SEPTEMBER MERDEKA SELURUH MALAYSIA
Seberang Jaya 31 Ogos- Dato Seri Anwar telah mengumumkan dalam ceramah bersempena meraikan kemenangan parlimen Permatang Pauh bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka harus mempunyai 2 peristiwa penting iaitu pada tarikh 31 Ogos dan 16 September sebagaimana kebanyakan negara-negara lain seperti India misalnya.Ini adalah kerana tarikh 31 Ogos tarikh merdeka yang di lancarkan oleh Al Marhum Tunku pada ketika itu belum melibatkan pembentukan negara Malaysia yang sebenarnya. Hanya pada 16 September barulah penyertaan semua negeri-negeri di Malaysia ini disatukan pada 16 September ,maka kerana itu perayaan bulan kemerdekaan bagi negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat haruslah dilakukan bermula pada 31 Ogos hingga 16 september di mana ianya adalah simbol kepada kemerdekaan negara Malaysia yang hakiki dan muktamat.Beliau berucap sebelum menamatkan ucapan di majlis jamuan meraikan petugas-petugas dan penyokong Pakatan Rakyat yang memenangkan pilihanraya kecil Permatang Pauh 26 Ogos baru-baru ini.
“Saya ingin menyebut disini 31 Ogos adalah tarikh keramat bagi kita tarikh kemerdekaan, 16 September adalah terikh penting dalam negara kerana ianya kemerdekaan satu negara Malaysia merdeka bersama –sama. Oleh demikian saya syorkan semua sambutan kemerdekaan di semua negeri Pakatan Rakyat, kita mula gegar kemerdekaan dari Semenanjung , Sabah , Sarawak kita sambut cuti awam pada 16 September. Maknanya kita angkat kawan-kawan kita dari Sabah Sarawak. 31 Ogos dan 16 September.”
Sebelum dari itu Dato Seri Anwar yang selesai menunaikan solat dan memberi tazkhirah di Masjid Jamek Jalan Sembilang di Bandar Seberang Jaya bergegas ke majlis jamuan dan memberi ucapan utama .Turut hadir YB Lim Kit Siang,YB Lim Guan Eng.Ustaz Salleh Man YDP PAS Negeri,YB Fairus, Timbalan Ketua Menteri 1, para jemputan khas YB-YB dan juga para petugas dan juga para wartawan-wartwan yang diraikan.Dato Seri Anwar memulakan ucapan beliau dengan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjadikan Permatang Pauh ini tumpuan dunia kerana ianya merupakan satu sejarah yang cukup hebat di mana satu-satunya kawasan di Malaysia diberi tumpuan oleh negara-negara luar baik barat dan timur.
“Hari ini kita sambut merdeka .Sukarno menyatakan merdeka adalah satu jambatan emas dari penjajahan , kezaliman, kebejatan kepada kebebasan,kemakmuran , era baru kepada seluruh rakyat Indonesia. Jawahal Nehru pula menyatakan kemerdekaan ialah muafakat rakyat berbagai kaum dan agama menolak penjajahan tulin berdasarkan demokrasi kebebasan menjanjikan demokrasi kebebasan dan mengangkat ekonomi rakyat.Mohd Ali Jinnah di Pakistan menyatakan rakyat merdeka menolak penjajahan Inggeris menjanjikan 2 perkara iaitu hilangnya kebebasan dan demokrasi di mana tentera menolak dan menentukan hala politik keduanya rasuah masih kekal sehingga menjadi masalah”
.
“Tunku Abdul Rahman menjanjikan Malaya merdeka ,bebas ,ikut pembahagian kuasa menghormati hak kebebasan bersuara Melayu ,Cina dan India dan menjamin keselamatan rakyat.16 September selepas 51 tahun kemudian setelah terbentuknya Malaysia jenayah menjadi buruk,jumlah wang peruntukan kepada polis untuk membenteras jenayah , rasuah menjadi-jadi. Negara hukum dan hakim diperalat, sistem televisyen dan media dikuasai oleh UMNO dan parti pemerintah.Ramai telah ditahan tanpa bicara.Kita mesti ada tempat untuk memberi erti kemerdekaan.Kita, Orang Melayu terutamanya akan hanya dihormati kalau kita tunduk kepada hukum dan kita tegakkan keadilan, membanteras rasuah ,maka jika ada pemimpin yang tidak tunduk dan mengamalkan rasuah maka kita berhak menolak pimpinan mereka itu”
Beliau juga mengucapkan agar mudah-mudahan cepat menguasai kerajaan , harga minyak akan diturunkan dan tahanan politik ISA akan dibebaskan ,sebab sebagai negara hukum ada bukti perlu bicarakan ikuti bagaimana kes Syaidina Ali.Puasa menjadikan manusia mengambil pengajaran kesusahan dan puasa seharusnya menjadikan manusia menilai dan menghayati erti puasa .Puasa mengajar manusia agar menilai diri dan pemimpin harus faham dan tahu kesusahan yang dilalui rakyat.
-
Sesungguhnya kemenangan ini tidak seharusnya menjadikan kerajaan yang akan dibentuk ini menjadi sombong , angkuh dan bongkak kerana ianya bukan ajaran dari mana-mana agama pun tetapi seharusnya di sambut dengan rasa penuh kesyukuran dan menilai diri baik pimpinan dan juga penyokong,
“Kia harus bersyukur,rendah diri dan terima kasih,kerana ini tidak mungkin jika tidak ada semangat perpaduan di kalangan rakyat. Bagaimana rakyat di Permatang Pauh , Pulau Pinang khasnya dimana semangat perpaduan ini dilahirkan dengan kerjasama semasa pilihanraya.Tidak ada majlis dimana pemimpin Melayu mebicarakan tentang keadilan bagi semua, tidak ada majlis pemimpin Melayu membincang masalah semua bangsa, tidak ada majlis di mana Ketua Menteri membincangkan masalah derita masyatakat Melayu , Cina dan India., pentingnya muafakat Pakatan Rakyat , pentingnya kita faham bahawa Tuhan menjadikan kita berbagai kaum untuk hormat menghormati. Ini adalah wacana di mana berbeza dengan apa yang dilakukan oleh UMNO dan BN.Apa yang mereka lakukan ialah mencaci ,mencerca dikalangan rakan-rakan mereka UMNO,MCA dan MIC.”
Dato Seri Anwar juga melahirkan rasa bersyukur kerana kesan dari pilihanraya ini bukan sahaja menampakkan betapa kerjasama antara kaum makin erat namun ianya tidak membataskan kepada cara berkempen yang melibatkan sifat-sifat perkauman.malah selepas dilantik sebagai ketua pembangkang, semua pimpinan bermesyuarat di pejabat ketua pembangkang bagi menentukan hala tuju Pakatan Rakyat dalam membentuk sebuah kerajaan yang mantap. Beliau juga menjelaskan bahawa 1 september beliau akan bertemu dengan wakil-wakil dari Perlimen sabah, Sarawak dan juga semenanjung untuk berbincang.
“Malah selepas saya dilantik kita berhimpun di pejabat ketua pembangkang,dimana turut dihadiri oleh Ustaz Hj Hadi,Kit Siang ,Karpal Singh , termasuklah cadangan menyambut kemerdekaan di Permatang Pauh pada 31 Ogos ini”
Beliau juga menjelaskan bahawa amanah yang di pikul oleh penduduk Permatang Pauh adalah terlalu berat kerana ini adalah satu tempat dimana semua beban yang akan dipikul untuk melantik beliau sebagai ahli parlimen adalah terletak di tangan pengundi Permatang Pauh.Maka kerana itu tanggungjawab mereka pikul ini adalah satu tanggungjawab yang harus diberi penghargaan kerana keberanian dan kebijaksanaan mereka menentukan masa depan negara ini. Malah satu dunia melaporkan bahawa dari India, Cina ,Hong Kong , fiipina ,Indonesia Eropah, Amereka malah Timur Tengah menyiarkan dalam dalam televisyen dalam akhbar bahawa Permatang Pauh ini adalah mesej kepada seluruh dunia.
“Ada yang menyatakan orang Permatang Pauh tidak faham berpolitik, tidak tahu berpolitik,hujan menjadikan UMNO kalah,saya ingin memberitahu bahawa orang Permatang Pauh sanggup pikul mandat ,pikul beban dibahu mereka untuk politik baru malah selepas satu tsunami politik orang Permatang Pauh telah mencatat satu politik baru, tidak hairan dengan kecaman, terhadap apa saja,bahawa konon nya dijadikan alat Cina, alat yahudi malah di setiap kampong edaran diberikan,jika saya menang dan Pakatan Rakyat menang habih hak-hak Melayu, malah apa yang saya alami ialah saya discerca dengan kata-kata lucah terhadap saya dan anak-anak kononnya saya ini pengkianat Melayu .Apa yang ingin saya jelaskan disini yang menjadikan orang Melayu merempat ialah pemimpin Melayu yang khianat,pemimpin Melayu yang rasuah,rompak orang Melayu, Cina dan India , orang Permatang Pauh cukup bijak dan matang dan berani melakukan perubahan yang besar .Saya berkata kepada Azizah bahawa kita memilih tempat yang sesuai.”
“Ianya bukan soal agenda peribadi dan pakatan rakyat tetapi ianya semangat 51 tahun merdeka .Saya ingin jelaskan bahawa rakyat mahukan perubahan. Kalau ada wakil rakyat yang memihak dan tidak mahu menipu rakyat ,tertarik dengan agenda kita ,apa salahnya Ada pemimpin yang bercakap soal moral ,saya ingin jelaskan bahawa mereka yang bercakap soal moral.Anda tipu dalam pilihanraya ,tidak fakir soal moral,anda tahan tanpa bicara bukan soal moral,fitnah,.gunakan hakim moral apa yang kamu bicarakan.Orang Melayu di tipu dengan memberi tahu bahawa dasar DEB untuk menyenang kan orang Melayu. Orang Cina di hina dengan menggangggap mereka kelas dua , Orang India langsung tidak dipandang.Saya jelaskan bahawa kita tidak akan mengorbankan dasar-dasar undang-undang.Kita membicarakan soal perpaduan,kita menjanjikan perubahan,keadilan perpaduan,mengangkat ekonomi rakyat . Kalau ada ahli perliman dari Sabah Serawak Semenanjung mempertahan prinsip ini pilihan ianya menyokong Pakatan Rakyat menubuh Malaysia yang tercinta”

Majlis berhenti selepas DSAI mengumumkan tarikh peristiwa penting sambutan kemerdekaan dan tarikh 16 september harus di hayati dengan lebih bermakna.