INTEGRITI SPR DIBIDAS

Integriti SPR terus dibidas, alamat pengundi meragukanJumaat, 22 Ogos 2008 •




PERMATANG PAUHM 22 OGOS (SK) -Suruhanjaya Pilihanraya terus dibidas kerana gagal memastikan daftar pemilih yang bersih dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh sekaligus menimbulkan keraguan terhadap fungsi badan bebas itu dalam mewujudkan pilihanraya yang bersih dan adil.
Selain terdapat banyak senarai nama hilang dari daftar pemilih , keADILan turut berjaya mengesan alamat pengundi yang meragukan wujud dalam daftar pemilih SPR.
Pengarah Strategi KeADILan, Saifuddin Nasution mendedahkan perkara ini di bilik gerakan keADILan di bangunan Yayasan Aman di Penanti, Permatang pauh pada 11 tengahari tadi.
Beliau berkata, Kes pertama yang berjaya dikesan melibatkan seramai 60 orang pengundi yang menetap di alamat 1138, Kg Bagan Serai Dun Seberang jaya, di mana 50 orang melayu dan 10 orang India tinggal di rumah tersebut.
Menurutnya lagi, Kes kedua melibatkan seramai 83 orang yang berjaya dikesan tinggal di sebuah rumah beralamat 1155, Kg Bagan Serai di mana 72 berketurunan India dan 11 Melayu mendiami rumah tersebut.
Manakala kes ketiga pula ujarnya, 15 orang telah berjaya dikesan menetap di sebuah rumah beralamat 340, Kg Petani dalam DUN Penanti melibatkan 9 orang melayu, seorang Cina dan 5 orang India.
Saifuddin menimbulkan persoalan bagaimana sejumlah pengundi yang ramai menetap di sesebuah rumah dan mengapa ia tidak menimbulkan kecurigaan SPR dalam daftar pemilih.
Menurut Saifuddin, perkara ini jelas bercanggah dengan statistik Jabatan perangkaan di mana purata isirumah di Malaysia ialah 5.1 orang bagi setiap rumah.
“Pilihanraya kecil ini membawa implikasi yang besar kerana ia diperhatikan dari dalam dan luar negara, sebab itu sebagai parti politik yang mengambil bahagian dalam pilihanraya secara sah, KeADILan berhak untuk membangkitkan perkara ini yang sekaligus menuntut SPR memberikan penjelasan terhadap perkara yang kita bangkitkan” ujarnya.
Katanya, SPR sebagai sebuah badan yang bebas seharusnya melaksanakan tanggungjawab dengan berintegriti dalam memastikan pilihanraya yang dijalankan bersih dan telus.
” Oleh sebab itu kita memohon SPR melaksanakan tanggungjawab dengan bersih tanpa menimbulkan sebarang keraguan di kalangan rakyat dan pengundi” ujarnya.
Beliau berkata, perkara ini merupakan siri pendedahan yang kedua dalam membongkar penipuan SPR dan esok KeADILan akan mendedahkan kepincangan yang berlaku yang lebih besar di mana terdapat senarai pengundi yang tidak mempunyai alamat dalam daftar pemilih

RAMAI KERUSI DARI ORANG DI FORUM PERDANA SEMALAM







FORUM PERDANA SEMALAM DI PERKARANGAN PADANG SEK MENENGAH KEBANGSAAN PENANTI.TURUT HADIR YB DATO ZAHID HAMIDI MJPM.PENCERAMAH IALAH DATO SHAHBUDIN YDP MAJLIS AGAMA ISLAM P.PINANG.