TKM PULAU PINANG DI ANUGARAH IMAM KHALIFAH SENI SILAT GAYUNG MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG







Timbalan Ketua Menteri 1 Tuan YB Mohammad Fairus Khairuddin di anugerahkan imam besar seni silat gayung Malaysia negeri Pulau Pinang.Majlis yang berlangsung di dewan Millinium tersebut di adakan dengan penuh gilang gemilang itu diadakan hari ini jam 4.00 petang tadi.Anugerah tertinggi ini adalah untuk mengiktiraf seseorang yang telah di lantik sebagai panglima seni silat gayung dan penglibatan beliau dalam acara sukan sehingga di peringkat antarabangsa.

GAMBAR-GAMBAR DI BANDAR PERDA SEMALAM












DATO’ SERI ANWAR SAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN KE 61 BERSAMA RAKYAT DI BANDAR PERDA


Ditengah-tengah hangat kempen pilihanraya DSAI masih sempat untuk diraikan diakhir ceramah beliau di Bandar PERDA semalam.Kek ulang tahun ke 61 beliau telah diberikan selepas ucapan akhir beliau di hadapan kira-kira 10,000 lebih hadirin yang hadir.
Majlis yang turut mengumpulkan angkatan AMK pusat ini turut melakukan ikrar pemuda untuk mempertahankan kerusi Permatang Pauh .

Turut serta ialah YB-YB , EXCO kerajaan negeri,Pengarah dan pekerja pejabat pilihanraya Pak Mus,Ketua AMKShamsul Iskandar ,Naib Ketua AMK Jonah ,Ketua Pemuda PAS YB Salahuddin Ayub ,Ketua Menteri Tuan YB Lim Guan Eng.Para petugas UKP Permatang Pauh dan orang ramai.

Dalam ucapan permulaan DSAI mengulas mengenai kenapa Permatang Pauh menjadi medan pertempuran adalah kerana DS Wan Azizah telah meletakkan jawatan. Oleh kerana itu, beliau (DSAI) bertanding di Permatang Pauh. Dan sekiranya beliau memilih kawasan lain pun UMNO/BN akan tetap mengutuk beliau juga.

“Ambik lah mana-mana pun tokoh UMNO kita akan lawan.Saya merayu kepada semua pemuda kita PAS,DAP untuk kita bekerjasama kerana kita nak bekerja dan menolong rakyat dan bukan untuk mengaut keuntungan untuk pribadi tetapi untuk kepentingan rakyat”


DSAI juga mengingatkan kepada(SPR) suruhanjaya pilhanraya berhubung dengan pilihanraya Permatang Pauh kali ini supaya lebih telus dan mengingatkan bahawa pilihanraya ini akan disaksikan oleh seluruh dunia .

“Pilihanraya ini adalah pilihanraya yang seharusnya bebas dan adil dan saya ingin mengingatkan suruhanjaya pilihanraya bahawa pilihanraya ini disaksikann oleh seluruh dunia malah kawan-kawan saya kata ada utusan dari Filipina ,Bangkok dan Indonesia malah pihak Indonesia akan membuat rakaman pilihanraya ini” jelas Anwar lagi.


“Pengalaman mengajar kita, sukar untuk kita melihat, malah utusan Malaysia yang bercakap soal agama, akhlak dan apakah kuasa yang ada pada kita(utusan) adalah untuk mainkan orang, bawa lah apa pun tuduhan ,rakyat Permatang Pauh akan menilainya.”



Anwar juga mengingatkan kepada semua pegawai kerajaan yang dihantar ke parlimen Permatang Pauh dari semua jabatan termasuk polis agar berkhidmat untuk rakyat dan bukan untuk pemimpin tertentu.malah para pegawai kerajaan harus berkhidmat secara professional demi rakyat kerana mereka (para pegawai kerajaan) adalah antara yang terpenting dalam pembentukan sesebuah negara.


Beliau juga mengingatkan kepada semua ahli parlimen Pakatan Rakyat agar bersatu ketika dalam dewan dan akan menjadi penggerak kepada membela nasib rakyat.

“Agenda utama ialah menguruskan negara , mereka akan halang saya untuk masuk ke parlimen dalam masa yang sama puluhan ribu pegawai kerajaan , jentera, pegawai polis yang menjadi tunggak keselamatan kita dan kita harap mereka akan bertugas secara professional dan saya ucapkan terima kasih, ingat baik-baik polis, dan pegawai kerajaan lain saudara juga bertanggungjawab dalam pembentukan negara .Menang saja saya pada 26 Ogos , 27 Ogos saya masuk ke Parlimen , mengikut kata Salehuddin belanjawan akan dibentangkan pada 30 Ogos dan saya tak fakir mereka akan bertahan lebih dari dua minggu atau lebih daripada itu Kita masuk bersama ke parlimen dan kita pasti akan membela rakyat dan rakyat akan memerintah pada kali ini.”demikian jelas Anwar lagi.



Menurut DSAI lagi fitnah yang dilemparkan kepada beliau adalah untuk menghalang agenda rakyat dari menguasai parlimen.malah berbagai fitnah dilemparkan kepada beliau dan sejak akhir-akhir ini.Antara fitnah terbaru ialah beliau menjadi agen kaum Cina dan mengikut kehendak kaum tersebut.Anwar mengingatkan kepada pihak yang menabur fitnah itu supaya hentikan perbuatan terkutuk tersebut dan sudah sampai masanya negara membentuk sebuah negara dimana masyarakatnya bersatu padu tanpa mengira kaum melalui parti politik dan orang-orang Melayu tidak perlu bimbang kerana pemerintahan ini adalah untuk menjaga semua kaum malah kaum Melayu tidak akan dipinggirkan malah agama juga akan tetap dijaga dan dimertabatkan ditahap yang sepatutnya berada.


“Apa yang mereka tak kata pada saya , agen Yahudi, agen Amerika kaki perempuan,kaki jantan dan sekarang yang terbaru, Anwar agen Cina ,semua ikut Cina semua ikut Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, saya ingatkan orang Melayu betul-betul. lebih baik saya berkeja dengan cina yang tak rasuah dari cina yang rasuah , saya orang Melayu, mengangkat martabat umat Islam .Orang yang kata Anwar alat pada Cina , cuba tengok pada muka dia apakah orang itu bersih ,kaki rasuah atau tidak ,adakah seorang muslim yang baik atau tidak .Apakah saya menjual tanah Melayu pada Cina . Apakah hak orang Melayu yang telah saya korbankan kepada Cina. Orang Melayu yang baik kita boleh bekerja sama kita boleh mengangkat Melayu,Cina ,India ,Kadazan-dusun,Iban menjadi keluarga besar negara kita”


Anwar juga menjelaskan bahwa apa salahnya beliau bekerjasama dengan kaum Cina yang baik dan tidak mengamalkan rasuah dari bekerja dengan kaum Cina atau pemimpin Cina yang mengamalkan rasuah dan beliau merujuk kepada Lim Guan Eng.Saya orang Melayu,kerana saya tahu dalam mesyuarat UMNO isu ini sedang digunakan betul-betul dalam pilihanraya ini untuk meraih simpati orang Melayu dengan isu ketuanan Melayu.


“Lebih baik bekerja dengan Lim Guan Eng dari bekerja dengan Lim Leong Sik.Jangan lupa ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah seorang bekas banduan .Ini adalah kerana beliau membela seorang gadis Melayu yang dinodai oleh orang Melayu sendiri.Saya orang Melayu,Azizah Melayu.saya yakin dalam Pakatan Rakyat,kita boleh membela dan membantu rakyat Orang Melayu ADIL,PAS, DAP kita tidak akan korbankan dan khianat orang Melayu.Apa yang membezakan kita dengan UMNO,ialah makin kuat mereka bercakap soal Melayu, makin kuat mereka mengamalkan rasuah, makin kuat mereka cakap soal Melayu, makin banyak kontrak diberi kepada anak pinak dan kawan-kawan”


Politik ini jika memainkan soal kaum dan bangsa untuk memperkayakan beberapa orang, anak dan lebih-lebih lagi menantu, sebab itu kena jelaskan kalau betul mereka menjaga kepentingan Melayu, negara ini mesti diberi tempat utama menjaga kepentinagn Melayu, tetapi negara ini juga mesti menjaga kelompok Cina ,India Kadazan Iban dan lain-lain bangsa .

Kalau hanya pemimpin UMNO Permatang Pauh mahu saya membela kaum Melayu, saya katakan tidak .Saya mahu diterima sebagai pemimpin Melayu yang baik dan saya juga mahu diterima sebagai pemimpin Cina India dan semua rakyat Malaysia .dan saya nak bagi jaminan dan kita mahu Lim Guan Eng turut sama berkempen.

“Pertama angkat ekonomi Pulau Pinang dan kudua nya orang berniaga diberikan tempat. Orang cina berkembang maju, dan tengok bagaimana orang Melayu dan India mendapat tempat.Kamu( UMNO) dah perintah 50 tahun kenapa sekarang baru bercakaap mengenai Melayu Pulau Pinang”.

“Cuba tanya Tanah Melayu mana yang beliau rampas dan tanah Melayu mana yang beliau ambik dan jual .Malah beliau sendiri telah membela orang Melayu dan pastikan Melayu ,Cina dan India bersatu .

Anwar kemudian membicarakan mengenai keuntungan 6 billion dividen khas tetapi kemana perginya duit itu dan beliau tidak terkejut dengan 26 Ogos ini harga minyak akan diturunkan sedikit untuk mengambil hati orang Melayu

“Nak turun sikit minyak sokong UMNO/BN nak turun minyak banyak sokong Pakatan Rakyat. Sebab itu ada orang tertentu yang cukup marah dengan saya mengenai rasuah”.

Beliau kemudiannya diraikan dengan potongan kek sempena hari jadi ke 61 tahun pada tahun ini.

“SELAMAT HARI JADI DSAI”