AMBIL ALIH BUKAN GILA KUASA-ANWAR




KL must overcome scepticism of Anwar case
COMMENTARY
JULY 24 — When 96 foreign diplomats rushed to a Home Ministry briefing on a two-hour notice yesterday, Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar was pleased. He had managed to attract twice the number of diplomats than Datuk Seri Anwar Ibrahim did a day before and there were many more ambassadors and high commissioners in the audience.
Kemahuan ambil alih kerajaan bukan kerana gila kuasa - Anwar




Wan Nordin Wan Yaacob Thu Jul 24, 08 4:07:25 pm MYT



KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar IBrahim berkata, kemahuan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan bukannya bertunjangkan ketamakan kekayaan dan sifat gila kuasa.
Sebaliknya Pakatan Rakyat komited untuk melaksana agenda perubahan yang menyeluruh meliputi aspek ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan politik.
"Rakyat adalah keutamaan kita. Perubahan yang kita perjuangkan adalah demi rakyat seluruhnya, melewati batas kaum dan agama.
"Beberapa hari kebelakangan, media milik Umno-BN sedaya mungkin berusaha untuk mengelirukan rakyat. Dakyah dangkal kononnya Pakatan Rakyat sedang mengalami masalah dipintal sejahat mungkin agar rakyat terpengaruh," ujar Anwar dalam satu ulasannya semalam.
Menurut Anwar, agen-agen anti perubahan ini seperti tidak belajar dari kesilapan lalu dan tidak mengerti bahawa badai besar 8 Mac ialah kemahuan yang kuat agar perubahan terlaksana.
"Tengahari tadi (23 Julai) saya randau dengan lebih 100 pengusaha muda terkemuka negara. Saya mengambil kesempatan ini untuk memperjelas Agenda Ekonomi Baru, menjawab persoalan berkaitan agenda tersebut serta gagasan perubahan Pakatan Rakyat.
"Sudah tentu persoalan pertuduhan fitnah terhadap diri saya juga dibangkitkan. Saya menegaskan, ini merupakan usaha terdesak segelintir yang tidak mengambil berat keadaan negara dan rakyat. Wacana segar terus dipupuk di kalangan mereka yang nyata optimis dengan politik baru yang didukung oleh KeADILan dan Pakatan Rakyat," tegasnya.
Keluh kesah di kalangan mereka, khususnya mengenai tahap pemberdayaan ekonomi yang lemah kini jelas menggambarkan pelaksanaan dasar yang tidak tepat kerana kepimpinan yang tidak wibawa, katanya.
Pastinya yang terus terkesan ialah rakyat yang semakin tersepit dengan kos sara hidup yang semakin meninggi, katanya.
"Biar sehebat mana fitnah diacu terhadap diri saya, namun kita perlu terus istiqamah memandang ke depan, agar rakyat terus menang di akhir persimpangan," ujarnya





KALAU GILA KUASA LAMA DAH JADI PM KOT....

AMERIKA SYARIKAT KEPADA MALAYSIA:TANGGANI KES ANWAR BERDASARKAN UNDANG-UNDANG YANG BETUL





Al-kesah kerbau naik ke katil Hishamuddin Rais


Kisah ini telah kita dengar dari zaman berzaman. Datuk kita telah tahu cerita ini. Nenek kita juga telah mendengar cerita ini. Kemudian nenek bercerita kisah yang sama kepada emak kita. Emak kita pula bercerita kepada kita. Kemudian apabila kita masuk sekolah, kita dapat pula membaca cerita yang sama...ikutilah seterusnya di Malaysiakini. ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,MUNGKIN S/U AMERIKA TERBACA TENTANG KISAH INI .....DAN BELIAU PUN MEMBUAT KOMEN DI BAWAH...MUNGKIN SATU-SATUNYA NEGARA DIDUNIA INI TILAM BOLEH BERCAKAP DAN KALI INI PULA MUNGKIN SOFA...KA...MUNGKIN MEJA KA....SEMUANYA BERKEMUNGKINAN.........RAKYAT MALAYSIA MUNGKIN BOLEH KOMEN HAL INI....




Phak Amerika Syarikat melalui setiausaha negaranya Condoleezze Rice menyatakan kepada kerajaan Malaysia bahawa Amerika tidak berniat untuk mencampuri urusan dalaman negara ini, tetapi cara menandatanggani kes Anwar haruslah berdasarkan kepada undang-undang yang betul dan telus.


"Pihak Amerika akan terus bercakap soal ini kerana ianya perlu diberikan perhatian serius dalam kerangka politik dunia sejagat."Beliau berkata demikian sebelum berucap dalam satu konferen di Singapura hari ini.


"Kami mahu melihat ketelusan undang-undang di ikuti disini(Malaysia)Kami akan terus bercakap soal hak asasi manusia ,politik ,akan tetapi kami juga menghormati hubungan dengan Malaysia", demikian jelas beliau lagi.


"Pihak Amerika syarikat juga katanya tidak melihat ini hanya sebagai satu kes dalaman Malaysia ,tetapi ianya melibatkan hubungan dua hala bila kes ini muncul semula , tetapi kita akan terus mengadakan hubungan dengan Malaysia" demikian jelas beliau lagi.

AFP
Malaysian Insider
'Spore today.





MAKSUDNYA DISINI IALAH BAHAWASANYA PIHAK AMERIKA SYARIKAT BUKAN SETAKAT MELIHAT SAHAJA TETAPI AKAN MELIHAT DARI DEKAT KES INI PADA PANDANGAN MEREKA(AMERIKA) IANYA SEOLAH-OLAH SATU PERANCANGAN SEDANG BERLAKU DAN SISTEM PERUNDANGAN YANG TIDAK MEYAKINKAN.





MUNGKIN MALAYSIA AKAN MEMUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN US...DAN INI TENTUNYA AKAN DIULAS OLEH SYED HAMID DAN JUGA HISHAMUDDIN HUSSEIN DALAM UTUSAN MALAYSIA ESOK....ITU PUN KALAU MALAYSIA BERANI MEMUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK....MUNGKIN HISHAMUDDIN AKAN USULKAN SEBAGAI INTIPATI PERJUANGAN MALAYSIA BOLEH.