TERKINI JAMINAN KDN TERHADAP SEMUA PENYOKONG DSAI-KITA BERSABAR DAN BERDOA

KDN nafi Anwar dikasari
16/07/2008 7:07pm
KUALA LUMPUR 16 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa polis bertindak kasar ketika menahan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, perkara itu tidak berlaku kerana Anwar telah memberikan kerjasama ketika ditahan dan beliau juga memasuki kenderaan polis secara sukarela.
``Ketika ini Anwar dalam tahanan, tetapi sebelum ditahan beliau memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. Saya rasa tiada kejadian tidak diingini (berlaku)," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau mengulas penahanan Anwar oleh polis pada pukul 1.05 petang ini dan dibawa menaiki kenderaan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan ditemani peguamnya, R. Sivarasa.- Utusan.

SEMBAHYANG HAJAT DISELURUH MASJID DI PERMATANG PAUH MALAM INI

Semua masjid diminta mengadakan sembahyang hajat memohon agar sesuatu yang baik akan berlaku kepada DSAI malam ini dan semoga antara yang berkuasa dan rakyat jelata berada dalam keadaan selamat dan aman sejahtera .......

DI MASJID JAMEK KAMPUNG KUBANG SEMANG SOLAT SUNAT HAJAT DI IMAMKAN OLEH USTZ HALIM NASIR AL HAFIZ...

SEHINGGA 530 DSAI MASIH BERSAMA PEGUAM SANGKARA NAIR

Maklumat yang diterima hampir 1000 penyokong di hadpan IPPKL.jangan buat huru hara sudah semoga kita mendoakan keselamatan dan pembebasan DSAI.

YANG BERKUASA PASTI TIDAK AKAN MENGULANGI LAGI KESILAPAN DULU


Pengajaran 1998 tidak akan dijadikan sebagai satu kesilapan untuk mengulangi lagi peristiwa dulu. Pihak berkuasa dan pemerintah sekarang belum tentu akan berkuasa lagi pada pilihanraya 2013 nanti.Jadi untuk masa ini para penyokong berdoa untuk keselamatan DSAI.