YB HAMDAN MELAWAT MANGSA KEBAKARAN DAN MEMBERI BANTUAN




KEBAKARAN BERLAKU LAGI DI KAMPUNG PERMATANG PASIR

OLEH:Wartawan Rasmi Laman Reformasi


Permatang Pauh 11 Mei- Satu kebakaran berlaku di kampong Pengkalan Tambang dekat Permatang Pauh petang tadi. Kebakaran yang berlaku dirumah Mohamad Nasir bin Norwawi 50, berkata kejadian yang berlaku semasa beliau dan keluarga sedang bersarapan tengahari,tiba-tiba anak kecil beliau yang berusi 9 tahun menangis dan berkata ada kebakaran di dapur , dan dalam masa yang singkat sahaja api marak dan tidak dapat berbuat apa-apa.Pihak Bomba telah berusaha dengan sedaya upaya namun tidak dapat berbuat apa-apa bagi menyelamatkan rumah mangsa.
Hadir sama di tempat kejadian ialah YB Hamdan KADUN Permatang Pasir yang kebetulan melakukan lawatan bersama dengan YB Datin Seri Wan Azizah dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh pada hari ini, cuma dalam kawasan yang berbeza. Selang beberapa minggu selepas kebakaran di kawasan yang berhampiran, kini tugas YB Hamdan yang sentiasa sibuk dari hari ke hari ini tidak menghalang beliau untuk terus berbakti. Jika disebelah pagi beliau bersama YB Datin Seri Wan Azizah memberi bantuan dan melakukan lawatan,kini di sebelah petang beliau terus melakukan lawatan dan turut serta di tempat kejadian.

Menurut YB Hamdan bantuan dan kutipan derma kilat telah dijalankan seberapa segera dan sebanyak RM1020 telah di perolehi dari wang derma beliau sendiri dan juga masyarakat setempat manakala pihak masjid dan surau Pengkalan Tambang juga akan turut mengutip derma bagi membantu mangsa kebakaran ini. Menurut Mohd Nasir lagi, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada jasa-jasa YB Hamdan yang begitu prihatin dengan rakyat dan masyarakat yang berada di bawah tanggungjawab beliau.
Apabila di tanya sumbangan yang mungkin akan diterima dari pihak UMNO beliau dengan sedih berkata"Dalam ingatan saya , saya sendiri tidak tahu kepada siapa untuk saya mengadu terutamanya kepada UMNO,pihak dan siapa yang berada di dalam UMNO.Sudah tentulah saya juga memerlukan bantuan mereka kerana jika YB Hamdan boleh menderma kepada ahli UMNO sendiri, bagaimana pula saya yang sepatutnya UMNO bela sebagai orang Melayu?" demikian jelas beliau lagi.
Menurut YB Hamdan lagi bantuan dan laporan telah dibuat kepada pejabat exco negeri yang bertanggungjawab di atas semua kebajikan rakyat dan masyarakat.Beliau juga turut berusaha membuat laporan kepada PUZ,Pejabat Daerah, dan Jabatan Kebajikan .
Menurut imam masjid Pengkalan Tambang Abdul Razak b Hj Mohd Nor 41 imam masjid pengkalan Tambang,pihak masjid akan melakukan sesuatu dengan mengutip derma dan bekerjasama dengan YB Hamdan bagi melakukan kutipan derma dan bantuan sementara yang sewajarnya untuk memudahkan kehidupan saudara Mohd Nasir.

PRESIDEN PKR DAN ADUN PERMATANG PASIR ZIARAHI AHLI MASYARAKAT











AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH DAN ADUN PERMATANG PASIR MENZIARAHI MASYARAKAT

OLEH: Amiruddin Ahmad.

Permatang Pauh 11 Mei- Lawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh Datin Seri Wan Azizah dan ADUN Permatang Pasir YB Hamdan ke kawasan Parlimen turut menziarah dan memberi bantuan mesin mengepam air kepada En.Din B Awang 82, sebagai tanda prihatin Ahli Parlimen dan juga tanggungjawab DUN Permatang Pasir.Kampong Pelet yang terletak di bawah DUN Permatang Pasir ini ,berada di bawah parlimen Permatang Pauh.

Turut sama ialah Timbalan pengerusi PKR bahagian En. Mat b Hashim,Hjh Che Wa para penyokong dan juga penduduk tempatan.Menurut YB Hamdan lagi,bantuan yang pernah diberikan beberapa tahun lepas, itu di perbaiki lagi kerana mesin yang diberikan itu kurang berfungsi, dan kini digantikan dengan pam janakuasa air yang lebih kuat lagi.

Che Din 82 dan isterinya Raja Bee bt Noor yang berusia 80 tahun merupakan golongan orang kurang upaya akibat sakit tua dan sehingga kini hanya menrima bantuan sebanyak RM240 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat,mereka yang dijaga oleh anak bungsu mereka
Zalita bt Din 38, yang tidak bekerja kerana terpaksa menjaga kedua ibubapanya.

Nasib kedua-dua ini mendapat perhatian Ahi Parlimen Permatang Pauh dan juga ADUN Permatang Pasir untuk berusaha lagi bagi membantu mereka. Dengan bantuan PUZ sebuah mesin baru mengepam air telah di pasang bagi memudahkan keluarga ini menguruskan hal-hal yang berkaitan makan minum dan amal ibadat mereka.

Apabila ditanya pemberita, kenapakah sehingga 50 tahun tidak mendapat bekalan air, beliau yang sedih menceritakan bahawa kawasan yang hendak dilalui bekalan air itu adalah diatas tanah orang, jadi ini menyukarkan mereka untuk mendapatkan kebenaran.

“Sehingga kini tiada langsung bantuan dari pihak UMNO sama ada untuk melakukan sebarang lawatan, bantuan atau menziarahinya kerana orang susah seperti saya memang sukar untuk mendapatkan bantuan, malahan mungkin kami tinggal jauh disini dan pemimpin sukar untuk sampai”, demikian jelas Che Din lagi.


“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Hamdan kerana berusaha mendapatkan bantuan dan keperihatinan YB Wan Azizah”, sambil berkata mengenali ahli parlimen itu sebagai isteri Anwar.

PRESIDEN KEADILAN TERIMA 11000 AHLI BARU


PRESIDEN PKR DATIN SRI WAN AZIZAH DAN YB ABD MALIK



BANNER TERTERA AHLI MUIP


DATIN SRI WAN AZIZAH TERIMA 11,000 KEAHLIAN BARU PKR

OLEH:Amiruddin Ahmad


Seberang Jaya- 10 Mei- Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh dan juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datin Seri Wan Azizah telah sudi menerima kemasukan ahli baru PKR seluruh Pulau Pinang sebanyak 11,000 keahlian di mana 3360 keahlian adalah terdiri dari kalangan kaum India.Majlis yang dihadiri lebih 5000 orang ini diadakan di dewan tapak Expo Seberang Jaya.

Turut hadir dalam upacara yang penuh gilang gemilang ialah Timbalan Ketua Menteri 1 Yb Mohd Fairoz dan juga barisan EXCO kerajaan negeri yang terdiri dari YB Lau,YB Abdul Malik,YB Ravi, Ketua AMK Negeri Dr Azhar, Pengerusi Pilihanraya Negeri Pak Mus, Ahli masyarakat bagi kaum India Mr Arumugam , para pejuang Reformis, para penyokong dan juga orang ramai yang kebanyakkannya kaum India yang memenuhi Dewan Expo Seberang Jaya.
Majlis ini yang dibantu dan di taja oleh Mr ranjit,Mr ponnusamyMr Govind, dan juga Cikgu Arumugam yang mana bekerja keras sebagai barisan hadapan dalam memainkan peranan sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam membawa masuk 3000 ahli.
Dalam masa yang sama juga 6000 ahli baru dibawa masuk oleh DR Azhar B Dato Hj Ahmad selaku Ketua pemuda AMK, Tuan Hj Ramli b Bulat dan juga jawatankuasa PKR negeri yang membawa 6000 lagi ahli menyertai PKR.


Sehubungan dengan itu juga MUIP Malaysian Indian United Party telah dibubarkan dimana 60 bahagian MUIP turut di bubarkan ,dan ahlinya secara rasmi telah menyertai PKR dan menubuhkan cawangan-cawangan mereka di kawasan –kawasan yang suatu ketika dahulu tidak pernah termimpikan oleh PKR untuk masuk ke kawasan tersebut atas berbagai faktor terutamanya keinginan untuk menyertai parti PKR .


Kemasukkan secara beramai-ramai ini dan pembubaran MUIP dilihat sebagai satu tamparan hebat buat Pengerusi MIC Dato Sri Samy Vellu yang mendabik dada menyatakan bahawa kaum India hanya memerlukan beliau sebagai pemimpin mereka di Malaysia adalah meleset sama sekali.
Manakalala Dato Nalakaruppan pula dianggap sebagai kepala penipu dalam meyakinkan kaum india demi kepentingan politik sempit beliau kerana gagal mendapatkan tempat dalam PKR dan seterusnya telah menipu ahli MUIP.

Sementara itu Presiden PKR Datin Sri Wan Azizah pula dengan penuh rasa bersyukur kerana kaum India telah mulai sedar bahawa selama ini pun MIC masih gagal untuk membantu kaum India terutamanya dari segi hak mendapatkan pendidikan bagi sekolah-sekolah Tamil di Malaysia ini. Sama seperti UMNO, mereka juga gagal untuk membela nasib kaum Melayu terutamanya masyarakat luar Bandar, malahan kes-kes rasuah yang melibatkan kerajaan Negeri masih banyak untuk didedahkan dan diselesaikan dalam sedikit masa lagi.

Dalam ucapan beliau juga, Datin Seri Wan Azizah juga meningatkan kepada seluruh ahli parti dan masyarakat agar menjadi ahli parti yang sama-sama bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dimana saling tolong menolong dan bantu membantu antara yang kaya dan yang miskin, mejadi masyarakat yang bertanggungjawab dan membuang sifat kefahaman bangsa kerana sebagai masyarakat berbilang kaum, kerjasama antara berbagai kaum adalah penting.”betul kita membantu kaum Melayu, tapi kita juga membantu kaum cina dan India yang miskin,Bukan semua orang Melayu kaya,Orang Cina kaya ,orang India kaya,tetapi jurang antara ketiga-tiga kaum ini ada perbezaannnya dan kita akan menjadikan kekayaan Negara ini sebagai satu langkah membantu semua bangsa yang memerlukan”, demikian jelas Beliau dan di beri tepukan gemuruh.

“Memang sekarang ini pembangkang, terutamanya negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat menerima serangan bertubi-tubi, dan cuba mengalihkan isu dengan isu mengina Sultan , tetapi sebagai rakyat yang prihatin dan bijak , rakyat tahu menilai siapa kah yang pernah menghina Sultan dan Raja-Rakja Melayu malahan kita tidak berniat untuk mengenepikan pihak Istana .Kita lakukan ini tanpa mengenepikan istana malahan kita memerlukan istitusi Raja-Raja sebagai mana termaktub dalam perlembagaan Negara dan Undang-undang Negara.”disambut dengan tepukan dan laungan makkal sakti dan Reformasi.


Sebelum itu, dalam ucapan alu-aluan oleh Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang 1 Tuan YB Mohd Fairos pula , menjelaskan bahawa kerajaan Negeri akan berusaha secara bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat negeri sebaik mungkin.”Diatas ini para barisan Exco , dah mula jadi kurus secara semula jadi kerana bersengkang mata siang malam untuk menyelesaikan masaalah rakyat.Saya sendiri pulang jam 3 pagi kerana menyelesaikan kerja dan ini adalah untuk rakyat”, demikian jelas beliau lagi.

Dalam ucapan beliau , Kerajaan negeri juga sukacita mengumumkan memberi bantuan berupa beras percuma kepada rakyat yang berada di bawah paras kemiskinan.Bantuan-bantuan ni akan diberikan kepada rakyat tanpa mengira bangsa.

Bantuan tersebut berupa beras dan juga semua penduduk yang terlibat telah dikenalpasti.”setakat ini kita memikirkan dengan kenaikkan harga beras, kita akan memberi bantuan permulaan,bantuan yang lain akan kita bincangkan secara rasmi bersama-sama EXCO kerajaan negeri”, demikian jelas TKM Pulau Pinang Tuan YB Mohd Fairoz dalam ceramahnya di Seberang Jaya.”Ini tidak bermakna kita memberinya setiap bulan, tetapi kita akan berusaha memikirkan cara-cara tertentu untuk membantu golongan ini”.Demikian jelas beliau lagi.

Beliau yang berucap dalam majlis mesra bersama Rakyat anjuran PKR dan penerimaan keahian baru seramai 11000 keahlian menjelaskan bahawa”Sasaran kita sehingga akhir tahun ini kita akan mendapat keahlian baru sebanyak 11000 ribu ,dan penubuhan beberapa cawangan baru, namun, kita terkejut apabila dalam jangka masa 2 bulan dari sekarang ini, kita menerima 11,000 keahlian , dan ini sesuatu yang mengejutkan”

Sementara itu , dalam satu temubual dengan salah seorang penyokong dan juga reformis yang memberi nama sebagai Rukumaran dari Butterworth , menjelaskan bahawa beliau sudah jemu dengan janji-janji manis MIC dan hanya membantu ahlinya sahaja dan tidak mengindahkan nasib kaum India secara keseluruhan.”Saya sendiri telah menubuhkan sebuah cawangan Keadilan di Bagan Luar, dan kami akan menjadikan cawangan kami sebagai sebuah cawangan yang aktif.”demikian jelas beliau lagi yang memakai tanda “Makkal Sakti” di kepalanya.

BANTUAN BERAS PERCUMA BAGI RAKYAT TERMISKIN




KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG UMUM BANTUAN BERAS PERCUMA

OLEH : Wartawan Rasmi Laman Reformasi

Seberang Jaya-10Mei-Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini secara rasminya mengumumkan memberi bantuan beras percuma kepada seluruh masyarakat miskin di Pulau Pinang yang berada dibawah paras kemiskinan .

Bantuan tersebut berupa beras dan juga semua penduduk yang terlibat telah dikenalpasti.”setakat ini kita memikirkan dengan kenaikkan harga beras, kita akan memberi bantuan permulaan,bantuan yang lain akan kita bincangkan secara rasmi bersama-sama EXCO kerajaan negeri”, demikian jelas TKM Pulau Pinang Tuan YB Mohd Fairoz dalam ceramahnya di Seberang Jaya.”Ini tidak bermakna kita memberinya setiap bulan, tetapi kita akan berusaha memikirkan cara-cara tertentu untuk membantu golongan ini”.Demikian jelas beliau lagi.

Beliau yang berucap dalam majlis mesra bersama Rakyat anjuran PKR dan penerimaan keahlian baru seramai 11000 keahlian menjelaskan bahawa”Sasaran kita sehingga akhir tahun ini kita akan mendapat keahlian baru sebanyak 11000 ribu ,dan penubuhan beberapa cawangan baru, namun, kita terkejut apabila dalam jangka masa 2 bulan dari sekarang ini, kita menerima 11,000 keahlian , dan ini sesuatu yang mengejutkan”.