LAWAN KULI LAWAN



Ku Li mampu dapat 60 pencalonan...

Bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai harapan yang cerah untuk memperolehi 60 pencalonan dari bahagian Umno di seluruh negara untuk layak bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Umno Disember ini, kata seorang pemimpin veteran Umno Selangor, Datuk Mazlan Harun.Katanya, ini berdasarkan maklumbalas yang diterimanya sewaktu menghadiri majlis-majlis anjuran cawangan dan bahagian di seluruh negara.


Calon jawatan presiden diwajibkan memperolehi 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian Umno untuk layak berbuat demikian. Manakala 20 peratus atau 38 pencalonan diperlukan bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden (10 peratus atau 19 pencalonan) dan Majlis Tertinggi (5 peratus atau 10 pencalonan)."Walaupun ada sindrom takut di kalangan ahli ahli Umno tetapi saya yakin Ku Li mampu mendapatkan sokongan 50-60 peratus bahagian untuk memperolehi 60 pencalonan untuk bertanding jawatan presiden," kata Mazlan ketika dihubungi Malaysiakini.Pada masa ini, beliau menganggarkan kira-kira 30 peratus bahagian menyokong Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan presiden.Manakala 20 hingga 30 peratus lagi, tambahnya, belum membuat sebarang keputusan "tetapi kita akan berusaha kuat untuk mendapatkan sokongan mereka".Mazlan adalah anak kepada bekas menteri besar Selangor, Allahyarham Datuk Harun Idris yang turut terbabit dalam usaha membawa perubahan dalam kepimpinan Umno ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.


Baru-baru ini, beliau menganjurkan satu majlis perjumpaan cawangan di kawasan Subang Jaya untuk mendengar penjelasan Tengku Razaleigh mengenai keadaan terkini dalam Umno.Sokongan akar umbiDalam pilihanraya tersebut, BN memperolehi 140 kerusi parlimen tetapi gagal mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.BN juga kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - yang kini dikenali sebagai Barisan Rakyat.PAS juga berjaya mempertahan kerajaan negeri Kelantan dengan tambahan kerusi Dewan Undangan Negeri.Mazlan berkata, 'mood' di kalangan ahli Umno di peringkat akar umbi mahukan perubahan, tetapi tekanan dari atas cukup kuat supaya mereka tidak mengadakan mesyuarat khas perwakilan (EGM).Beliau juga kesalnya kerana ahli-ahli Umno tidak menggunakan saluran EGM untuk melakukan perubahan walaupun ia sah mengikut perlembagaan parti."Terpulanglah kepada akar umbi sama ada mahu membuat perubahan atau tidak, (tetapi) rakyat akan menerima akibatnya sekiranya perubahan tidak dilakukan," tegasnya lagi.


Jelasnya lagi, isu-isu yang timbul seperti masalah jentera parti, soal calon yang dipilih, dan dan isu-isu yang tidak dijangka, dapat dibincang dalam EGM, tetapi peluang itu tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.Datuk Mazlan berkata Tengku Razaleigh akan turun padang di Selangor untuk menjana sokongan bagi bertanding jawatan presiden.

BEBERAPA KOMEN DARI PELAYAR NORA.TAPI BILA DIBACA ADA JUGA YANG BETULNYA .PIMPINAN HARUS BERWASPADA KERANA RAKYAT MELIHAT BLOGGERS MENULIS.



KOMEN BLOGGER:PR mesti bagus .Rakyat kena hormat , tatacara perlu tahu, untuk memantapkan perjuangan Pakatan Rakyat ini.Pemimpin harus memilih orang-orang disekelilingnya yang tahu,bijak,cerdik untuk bekerja kepada rakyat.Jangan pilih yang tak tahu berkomunikasi,sombong,angkuh,tidak bijak dan cerdik kerana ini akan menjatuhkan kreadibliti kepimpinan itu sendiri.Rakyat sedang menjadi hakim.Ingat 50 tahun lama tuuuuuu

Dan jangan jadi macam KADUK NAIK JUNJUNG.HARI INI DIATAS MUNGKIN MASA DEPAN KEMBALI KEPADA ASAL.JADI FIKIR-FIKIRKAN.RAKYAT BOLEH MEMILIH DAN RAKYAT JUGA BOLEH MENJATUHKAN JIKA TIDAK BIJAK,



Ramai yang petah berpidato dan bijak dalam mengatur bicara namun segala itu terselit dusta dan penuh kepura puraan yang terlalu jijik dan kotor.Yang ada cuma perebutan jawatan dan kuasa malah mengetepikan prinsip sebenar perjuangan reformasi.2008 melakarkan sejarah bilamana PKR menang dan menjadi Pemerintah dalam beberapa negeri dan kini pemimpin pemimpin MUNAFIK mula bangun dan memanjat tangga pejabat Ketua dan Timbalan Ketua Menteri malah melalui Ketua Perhubungan memohon dilantik dalam jawatan jawatan dalam negeri.
Sungguh memalukan ini berlaku dalam era PKR kini. Yang ada cuma mengharapkan HABUAN untuk dijamah dan dibolot untuk memenuhi tembolok sendiri. Tiada bezanya kini PKR dengan UMNO waktu hadirnya PEJUANG REFORMASI menuntut rakyat bangun menentang.Inilah hakikat PKR dan pemimpin yang dulunya menolak KRONISME namun kini mereka sendiri mengamalkan sikap yang sama.
Malah lebih dasyat hinggakan orang yang sanggup bersusah payah tanpa ada pendapatan yang tetap langsung tidak dipedulikan malah yang sudah punya pendapatan yang cukup lumayan masih memanjat tangga untuk menagih jawatan dalam kerajaan Negeri.Inilah budaya PKR yang semakin menutup pintu hati Abg Fendy dan sukar untuk diterjemahkan Perjuangan sebenar PKR kini dan apakah halatuju dan berlandaskan apa lagi perjuangan ini hendak diteruskan.
Sama saja kata kata Anwar Ibrahim untuk UMNO dan BN dan kata kata ini juga SESUAI untuk PKR. YANG KAYA BERTAMBAH KAYA DAN YANG MISKIN TERUS PAPA KEDANA.Abg Fendy tabik pada para para Reformis yang ikhlas dalam perjuangan dan semoga Allah permudahkan segala usaha Reformis dan diberkati segala usaha.

PET DIDAKWA ATAS TUDUHAN MENGHASUT


PERBICARAAN INI AKAN MENENTUKAN MASA DEPAN POLITIK ORANG YANG TERLIBAT JIKA BELIAU MEMPUNYAI BUKTI DAN FAKTA YANG JELAS.

Raja Petra hadapi tuduhan menghasut


Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini dihadap di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya.Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dalam pembunuhan seorang wanita muda Mongolia.Raja Petra minta dibicarakan. Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.Kes tersebut akan didengar pada 6 hingga 10 Oktober depan dan Raja Petra dibenarkan ikatmain RM5,000.Beliau bagaimanapun tidak membayar ikatjamin dan akan ditahan di Penjara Sungai Buloh, sehingga tarikh kesnya bermula.Kertas tuduhan itu memuatkan sembilan perenggan dalam artikelnya yang didakwa berunsur hasutan.


Pendakwaan dibuat oleh timbalan pendakwaraya Nordin Hassan manakala Raja Petra diwakili oleh sepasukan enam peguambela yang diketuai oleh Karpal Singh.
Malam tadi, beliau diminta menyerah diri di kompleks mahkamah Jalan Duta pada jam 9.30 pagi ini untuk menghadapi tuduhan menghasut.
Ketika beliau sedang menunggu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur apabila menerima panggilan telefon dari pihak polis pada kira-kira jam 10.20 pagi supaya hadir di mahkamah Petaling Jaya.Bercakap kepada pemberita di komplek mahkamah Jalan Duta pagi tadi, Raja Petra mendakwa, beliau menjadi mangsa pendakwaan politik.


Katanya, beliau tahu mengenai gesaan yang dibuat oleh seorang pemimpin Umno dari Petaling Jaya (Utara) kira-kira tiga minggu lalu yang mahu "mereka mencari jalan untuk menangkap saya".Berita mengenai kes Raja Petra itu cepat tersebar malam tadi dan pagi ini orang ramai berkumpul di kompleks mahkamah sebagai tanda sokongan terhadapnya.Turut hadir ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Ronnie Liu serta ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.Jumaat lalu, Raja Petra dipanggil memberi kenyataan kepada polis berhubung artikel dalam blognya, Malaysia Today dua minggu lalu berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.Pada 25 April, Raja Petra menyiarkan satu artkel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' dalam blognya, Malaysia Today.
Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi itu.Najib kemudiannya menafikan perkara itu melalui setiausaha akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Rosmah juga telah menafikan dakwaan terhadapnya itu.Perbicaraan kes pembunuhan Altantunya sedang berjalan di Shah Alam.