TOLONG RESPECT SIKIT KEHENDAK RAKYAT.JADIKAN AGENDA UNTUK RAKYAT DAN BUKAN HANYA UNTUK PARTI
GAMAKNYA SERONOK BILA DAPAT JAWATAN DAN NAK BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT ATAU SERONOK DAPAT JAWATAN UNTUK NAK MEMBALUN.KALAU DIFIKIRKAN SEKALI IMBAS, PEREBUTAN JAWATAN INI AKAN LEBIH BAIK DAN TERATUR JIKA KHIDMAT KEPADA RAKYAT DIBERI KEUTAMAAN.RAKYAT MEMANDANG AKAN SEMUA AKSI YB-YB YANG BARU INI.
IPOH, 13 Mac (Bernama) -- Istiadat mengangkat sumpah anggota Dewan Undangan Negeri daripada PAS sebagai Menteri Besar Perak yang dijadual berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar petang ini telah ditangguhkan.
Penangguhan itu diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman di Istana Iskandariah.
Setiausaha PAS negeri Mohammad Nizar Jamaluddin sebelum ini dijadual mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah pada pukul 4 petang ini.
Penasihat DAP Lim Kit Siang sebelum ini mengarahkan semua 18 wakil rakyat DAP di Perak tidak menghadiri istiadat mengangkat sumpah itu kerana tidak setuju dengan pemilihan wakil PAS sebagai Menteri Besar. Lim kemudian memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu.
Sementara itu, Istana Kinta dalam kenyataannya yang difakskan kepada Bernama memaklumkan bahawa penangguhan itu dibuat berdasarkan kepada perkembangan terkini yang menunjukkan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.
Kenyataan yang ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Perak, Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor itu menyatakan Raja Dr Nazrin Shah bertitah supaya majlis angkat sumpah hari ini ditangguhkan.
"Berdasarkan perkembangan terkini, bahawa kelihatan DAP, PKR dan PAS tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam hasrat menubuhkan kerajaan yang stabil bagi negeri Perak Darul Ridzuan.
"Oleh itu Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja telah bertitah supaya angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak yang dijadualkan petang ini ditangguhkan,".
Bagaimanapun kenyataan itu tidak menyatakan bila istiadat itu akan dilangsungkan.
PKR ANCAM KELUAR PAKATAN DI PERAK -SYED HUSSEIN
IPOH PERAK 13 HB -Belum pun reda dengan kemelut kenyataan Lim Kit Siang DAP tidak menerima calom PAS Ahmad Nizar sebagai MB Perak, kini PKR pula menyuarakan perasaan ketidak puasan hatinya apabila DAP mempunyai 8 calon EXCO manakala 2 lagi dari lain-lain parti.
Keluhan ini disuarakan oleh Syed Hussein dan berikrar akan keluar parti pakatan itu jika ini menjadi kenyataan . DAP memenangi 18 kerusi PKR 7 dan PAS 6. "Seharusnya pembahagian kerusi EXCO harus dibahagikan secara komposisi kaum ,"demikian jelas Syed Hussein lagi.
Ini adalah berdasarkan semangat kerjasama yang telah dibentuk . Jika PKR menarik diri, UMNO akan terus berkuasa semula di Perak.Renung-renungkanlah.Bukan semua nkaum mengundi hanya satu parti.Ada kaum Cina mengundi PAS, ada kaum Melayu mengundi DAP, dan ada semua kaum mengundi PKR> jadi DAP tidak harus tamak haloba untuk memerintah.Mungkin ini peluang yang diberikan rakyat , jika tidak mimpi untuk 50 tahun lagi, atau biar sahaja BN yang memerintah hingga ke hari kiamat.
KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN PKR
Parti Keadilan Rakyat menerima keputusan untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PAS, Sdr. Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Walaupun pada peringkat awal kami dengan tegas menekankan keperluan memilih seorang yang dapat diterima dengan baik oleh majoriti, kami kini menerima keputusan tersebut demi mempertahan semangat kerjasama antara KeADILan, PAS serta DAP dan juga untuk menjamin kestabilan serta perpaduan negeri Perak khususnya, dan negara Malaysia umumnya.
Namun, kami tidak bersetuju dengan persetujuan yang telah dibuat oleh PAS dengan DAP tentang komposisi Exco Negeri Perak di mana lapan kerusi Exco diperuntukkan untuk DAP dan dua selainnya untuk parti lain. Kami dengan ikhlas menegaskan bahawa komposisi Exco ini sepatutnya mencerminkan komposisi bilangan penduduk dan mewakili kepentingan semua kaum dengan saksama. Semua parti hendaklah peka kepada harapan serta sentimen rakyat.
Kami meminta komposisi ini dibincang semula dan sekiranya tidak diubah dengan memuaskan bagi semua pihak, KeADILan tidak akan menyertai pentadbiran negeri Perak.
Sungguhpun begitu, kami akan terus mendukung kerajaan campuran untuk negeri Perak sebagaimana yang telah kami setujui lebih awal.
Dr. Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat
--------------------------------------------------------------------------------
Keluhan ini disuarakan oleh Syed Hussein dan berikrar akan keluar parti pakatan itu jika ini menjadi kenyataan . DAP memenangi 18 kerusi PKR 7 dan PAS 6. "Seharusnya pembahagian kerusi EXCO harus dibahagikan secara komposisi kaum ,"demikian jelas Syed Hussein lagi.
Ini adalah berdasarkan semangat kerjasama yang telah dibentuk . Jika PKR menarik diri, UMNO akan terus berkuasa semula di Perak.Renung-renungkanlah.Bukan semua nkaum mengundi hanya satu parti.Ada kaum Cina mengundi PAS, ada kaum Melayu mengundi DAP, dan ada semua kaum mengundi PKR> jadi DAP tidak harus tamak haloba untuk memerintah.Mungkin ini peluang yang diberikan rakyat , jika tidak mimpi untuk 50 tahun lagi, atau biar sahaja BN yang memerintah hingga ke hari kiamat.
KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN PKR
Parti Keadilan Rakyat menerima keputusan untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PAS, Sdr. Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Walaupun pada peringkat awal kami dengan tegas menekankan keperluan memilih seorang yang dapat diterima dengan baik oleh majoriti, kami kini menerima keputusan tersebut demi mempertahan semangat kerjasama antara KeADILan, PAS serta DAP dan juga untuk menjamin kestabilan serta perpaduan negeri Perak khususnya, dan negara Malaysia umumnya.
Namun, kami tidak bersetuju dengan persetujuan yang telah dibuat oleh PAS dengan DAP tentang komposisi Exco Negeri Perak di mana lapan kerusi Exco diperuntukkan untuk DAP dan dua selainnya untuk parti lain. Kami dengan ikhlas menegaskan bahawa komposisi Exco ini sepatutnya mencerminkan komposisi bilangan penduduk dan mewakili kepentingan semua kaum dengan saksama. Semua parti hendaklah peka kepada harapan serta sentimen rakyat.
Kami meminta komposisi ini dibincang semula dan sekiranya tidak diubah dengan memuaskan bagi semua pihak, KeADILan tidak akan menyertai pentadbiran negeri Perak.
Sungguhpun begitu, kami akan terus mendukung kerajaan campuran untuk negeri Perak sebagaimana yang telah kami setujui lebih awal.
Dr. Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat
--------------------------------------------------------------------------------
LIM KIT SIANG MOHON MAAF-PENYOKONG MEMARAHINYA
Dalam ulasan saya semalam berkenaan dengan kenyataan LIM saya telah memperlecehkan sikap beliau dengan menyamakan beliau dengan Pak lah .Pak Lah diejek oleh penyokong BA sebagai "Pemimpin 3 Beranak" atau "Kerajaan 3 Beranak" akibat keterlibatan Khairi Jamaluddin sebagai menantu yang menasihatinya, Kamaluddin sebagai seorang peniaga dan juga Pak lah sebagai Perdana Menteri.
Kini apabila gambar LIm dan juga Guan Eng terpapar di dada akhbar memandang dari puncak menara KOMTAR, pandangan masyarakat sudah mula berubah.Adakah Lim akan sama seperti Kahiri dan juga menjadi Kamaluddin dalam masa yang sama menjadi pentadbir yang mementingkan diri apabila sudah berkuasa
Namun sangkaan saya meleset.Pada mulanya saya cadangkan sahaja agar PAS dan UMNO duduk semeja dan menggabungkan kedua parti itu agar sesuai sahaja mengajar DAP yang dilihat mula "NAIK TOCANG" atau sama sahaja dengan "KADUK NAIK JUNJUNG", yang mana dengan ini akan membolehkan PAS dan UMNO duduk semeja dan juga menjalin semula hubungan antara dua parti bangsa Melayu itu menjadi model kepada kerjasama yang lebih besar.
Namun keadaan mula berubah, bukan sahaja dalam beberapa blog dan blogger mula naik marah , malahan Lim sendiri menerima kutukan dan rasa luahan hati sedih yang sangat kecewa dengan sikapnya.Beliau akhirnya sedar bahawa masih ada tuan di tanah Melayu Malaysia ini dan sedar akan kesilapannya.
ESOK SEJARAH PENUBUHAN DAP DAN ADAKAH DAP SAMA DENGAN PAP LIM KUAN YEW DAN ADAKAH MODUS OPERANDI MEREKA SAMA............
LIHAT KOMEN DI BAWAH
Lim Kit Siang memohon maaf diatas ketelanjuran sikapnya yang dibuatnya sendiri kerana menyedari akan kerugian jika pakatan itu akan terlepas ke tangan BN dan kini menerima sindiran dan kutukan dari beberapa pelayar dilaman blognya.
Purata 1.2 ulasan pembaca dilontarkan di kaki kenyataannya itu dalam tempoh seminit.
Majoriti pembaca blog Lim meluahkan rasa kecewa, marah atau tidak selesa dengan pendiriannya itu.
Sejak kenyataan itu dimuatkan pada 7:20 malam ini, ia menerima 271 ulasan pada 10:46 malam.
Pada waktu tersebut, ulasan terakhir daripada seseorang dengan nama samaran 'Devilonpois' berbunyi:
Dear bloggers…, we have been throwing all our words from deep heart... Have all the messages being conveyed? Is there any of those who today becoming MP/ADUN/etc... getting our message? Have they forgotten what they are fighting for before 8 March?
(Rakan penulis blog semua, kita telah melontar coretan kita semua dari dasar hati kita ... Apakah mesej ini telah disampaikan? Apakah ada orang-orang yang menjadi ahli parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan lain-lain ... menerima mesej kita ini? Apakah mereka sudah melupakan apa yang mereka perjuangkan selama ini sebelum 8 Mac?)
'Smeagroo' meninggalkan catatan ke-344 pada 11:59 malam ini dengan berkata, antaranya:
You guys are walking on a thin line and nothing is certain for now. All it takes is a spark to start a fire and BN will again come back into full power and if that is the case, all I can say is Let’s pack our bags and leave for greener pastures!
(Anda semua berjalan di lorong berisiko dan tiada apa yang pasti kini. Hanya satu percikan boleh memulakan api besar dan BN akan kembali berkuasa sepenuhnya dan jika itulah yang bakal terjadi, apa yang saya boleh katakan 'marilah kita bungkus semua barang dan mencari peluang di tempat lain')
Menurut perangkaan, seperti tercatat di bawah foto Lim, pembaca yang sedang melayari blog Lim berjumlah lebih 1,000 orang dan kini semakin sukar untuk diakses, dipercayai akibat kesesakan trafik.
DULU KUTUK PAK LAH KERAJAAN 3 BERANAK KINI DAP DENGAN KERAJAAN 2 BERANAK
Belum pun bermulanya pemerintahan sudah mula menunjukkan sikap yang mungkin membuatkan rakyat mula benci. Inilah keangkuhan yang sepatutnya dielakkan.Kita haruslah menjadi bijak jika tidak rakyat akan menolak.....ingat...ingat....
SIAPA YANG MEMBELA KETUANAN MELAYU???
Parti yang berusaha keras memajukan usul berhubung Ketuanan Melayu ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang menggesa agar usul itu diperjelaskan dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini perlu dibuat bagi menjelaskan negara ini milik Melayu.
Usul tersebut, kalau tidak salah ingatan saya telah dibawa oleh seorang ahli Parlimen PAS Hulu Terengganu, Haji Hassan Adli. Bagaimanapun, usul tersebut ditolak oleh Umno pada ketika itu dengan menggunakan kuasa majoriti 2/3 daripada suara ahli-ahli Parlimen.
"Jadi, bagaimana Umno boleh mendakwa mereka menegakkan Ketuanan Melayu?" soalnya.
Peristiwa dialog perbincangan antara kami dengan Dr Siddiq itu telah berlangsung dalam 8 ke 10 tahun lalu. Tetapi, ia masih tetap kekal relevan untuk didebatkan jika Hishammuddin Tun Hussein melihat dirinya sebagai wira Melayu dengan mengangkat keris Panca Warisan.
Tahun berikutnya ketika Hishammuddin tidak lagi mengangkat keris itu dalam 'Muktamar' Umno, Naib Presiden beliau, YB Khairy Jamaluddin pula bersuara dengan lagaknya: "Jangan risaukan kata orang. Keris sudah terhunus, bila lagi mahu menikam?"
Kedua-dua tokoh muda Umno itu sama saja perangainya. Buta perut dan tak belajar sirah perjuangan Melayu Islam dengan betul, cermat dan niat suci. Agak-agaknya, bagaimana mereka mahu menyanggah hujah yang dibentangkan di dalam tesis Dr Siddiq Fadhil itu? Jangan-jangan, mereka sendiri pun tidak tahu-menahu soal itu!
Bangsa lain akur Ketuanan Melayu secara tersirat
Dr Siddiq menambah, dalam hal Ketuanan Melayu ini, secara tersiratnya, bangsa lain pun sudah mengakui kewujudannya. Beliau menarik perhatian kami berasaskan perbualannya bersama seorang ahli politik DAP di Perak sebelum ini, mungkin di Kinta atau di Ipoh.
"Saya tak tahu apa pendirian kaum Cina dan ahli politik yang lain. Tetapi, yang ingin saya sampaikan di sini adalah pandangan beberapa orang pimpinan DAP di Perak sendiri.
"Mereka sendiri beritahu saya bahawa ini negeri Melayu. Walaupun mereka menang, tapi peluang untuk menjadi Menteri Besar itu mustahil. Semua ini kerana sultan akan memilih orang Melayu sebagai Menteri Besar pada akhirnya," kata beliau.
Saya renung hal itu dalam-dalam. Di India sudah tiada kuasa maharaja seperti zaman dan era yang lalu ketika raja berkuasa dengan hebatnya. Di China, melalui Revolusi Budaya 1911 oleh Dr Sun Yat Sen, sistem beraja Dinasti Manchu telah digulingkan. Semua ini berlaku dengan sebab British menjajah kedua-dua negara itu.
Tapi, hal ini berbeza di Tanah Melayu. British melalui perlembagaan dan desakan orang-orang Melayu telah memutuskan kedudukan raja-raja Melayu sebagai penaung Islam di negeri-negeri. Menurut catatan sejarah, khasnya Sulalatus Salatin, raja-raja Melayu telah pun mula mendapat kedudukan seperti itu, iaitu sebagai penyelamat dan pelindung agama.
Merah Silu dan lain-lain raja Melayu dilaporkan telah bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w dan esoknya mereka menerima kehadiran mubaligh Islam. Serentak dengan itu, apabila rajanya telah menganut Islam, maka seisi negerinya memeluk ajaran Islam.
Tapi, peristiwa istimewa dan kejadian seumpama ini jarang disebut dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain. Kedudukan raja-raja Melayu sebagai pelindung Islam tidaklah boleh disamakan dengan gambaran mengenai pembesar Melayu sebagai pembela Islam walaupun mereka menokok tambah Islam dengan lipstik kosmetik bermodalkan jenama hadhari.
Buktinya, Abdullah Ahmad Badawi sebagai pembesar Melayu tetap kecundang walaupun �kalimah toyyibah� Islam Hadhari tersebut bergema di mana-mana melalui tetuang udara dan tv. Rakyat secara jumhur telah menolak gagasan itu kerana zalimnya pembesar itu berserta angkatan-angkatannya.
Ringkasnya, berbanding pembesar, raja Melayu mempunyai kedudukan lebih jelas sebagai pelindung, penyelamat dan pembela Islam berasaskan susur galur sejarah yang diperjelaskan melalui Sulalatus Salatin.
Bahaya hijau, Hizbul Muslimin di Perak
Ketika mengenangkan kedudukan Dr Siddiq sebagai ahli Majlis Adat Istiadat Melayu Perak, saya teringat ucapan seorang pemimpin Perikatan yang lantang menyebutkan darihal ancaman 'bahaya hijau' dan 'bahaya merah' pada suatu masa dahulu.
"Bahaya merah itu komunis dan bahaya hijau itu datangnya daripada gunung. Gunung itu adalah Gunung Semanggol," kata pemimpin itu lebih kurang yang terlintas di ingatan.
Hizbul Muslimin yang diharamkan British bermuara dari desiran tiupan angin perubahan di Ehya� as-Syarif Gunung Semanggol, Perak. Masyhurnya tempat ini sehinggakan namanya pernah disebut sekilas di dalam filem P Ramlee (Nasib Do Re Mi).
Perjuangan mantan Presiden PAS Dr Burhanuddin al-Hulaimy kebanyakannya bertumpu di negeri Perak. Inilah antara imbuhan saham kredit yang menunjukkan peranan PAS di Perak hadir sebagai pergerakan menentang penindasan penjajahan British di negeri itu.
Kini, PAS telah berjuang membebaskan rakyat daripada cengkaman penjajahan Umno-BN yang terkenal sebagai anak didik British sejak dulu, kini dan mungkin buat selama-lamanya. Melihat hal ini, tidak salah jika diberi ruang kepada PAS untuk mentadbir negeri berkenaan.
Kami akhirnya pulang daripada rumah Dr Siddiq setelah lewat malam, sedangkan beliau masih rancak bercerita darihal pengalaman lalu. Sambil mengucapkan terima kasih di atas penerangan dan perkongsian ilmu, beliau berkata:
"Apa lagi yang boleh kami sebagai orang tua mahu sumbangkan kepada anak-anak muda dalam jemaah kini? Ini saja yang ada," kata beliau, sambil mengiringi kami keluar rumah.
Di luar rumah, sama keadaannya ketika kami tiba awal tadi. Iaitu ada kira-kira 6 hingga 7 ekor kucing sedang menunggu di luar pintu untuk masuk ke dalam rumahnya. Semua ini menarik perhatian.
Sempat juga dia berseloroh mengenai kucing-kucing itu. Gurauan yang penuh bermakna.
"Pintu ini terpaksa ditutup. Kalau tidak, kucing akan masuk. Kalau dibuang, rasa kasihan dan tidak adil pada perjuangan ini. Kita selalu sebut keadilan� keadilan�" ketika ini tangannya diangkat seperti gaya sedang berpidato. Lalu, dia menambah �
"Tapi, kucing kita sendiri pun tidak dapat dibela, diberikan keadilan kepadanya," kata-kata itu membuat saya ketawa sendirian dan hal itu masih melekat di ingatan sehingga kini. Adakah kita sebagai khalifah dapat melaksanakan amanah selepas mandat diberikan rakyat?
Walhal, kalau tidak salah saya, Khalifah Umar al-Khattab r.a pernah berkata, "Kalau ada seekor keldai yang mati kelaparan, maka Umarlah yang akan bertanggungjawab."
Semua inilah yang menjadi bahan renungan fikiran saya dan malah menjadi igauan mimpi ngeri tatkala mengenangkan Barisan Rakyat telah diberi mandat oleh rakyat kini.
Sekolah Pemikiran Pendang,
11:53 p.m, 12 Mac 2008.