YB FAIROS BERKEMPEN DI SERATA TEMPAT





PERMATANG PAUH-4HB Bakal YB Penanti Yb Fairos giat berkempen untuk menentukan kemenangan yang pasti dengan berkempen dari satu kampung ke satu kampung dan dari markas ke satu markas bagi menerangkan tentang betapa negara dan krisis yang dihadapi kini.Beliau yang berkelulusan sarjana menghuraikan tentang peratus kenaikan harga barang dan kenaikan indeks pengguna kepada masyarakat dan kenapa BN/UMNO harus ditolak untuk mebuktikan kemenangan dan Pulau Pinang jatuh ketangan pembangkang dan logiknya menolak BN/UMNO.


Sementara itu, menurut maklumat yang didapati setiap markas UMNO yang ditubuhkan di hadapan rumah pemilik akan diberi ganjaran RM3000 dan inilah yang menjadikan markas UMNO tidak ada penghuninya.Kalau ada pun ianya boleh dibilang dengan jari.Gambar tidak dapat disiarkan kerana ingin menjaga keselamatan kerana pemuda UMNO bertindak agresif jika orang yang tidak dikenali mengambil gambar markas mereka.Inilah budaya UMNO,lagak ala-ala samseng, dan kita memuji pemuda kita kerana lebih matang,profesional dan tahu akan menghormati tetamu.

Dari segi kempen dan cara menyampaikan maklumat, selain Tv dan video , malah jika dilihat dan dilawati kebanyakkan tempat, dan markas , kebanyakkan nya menggunakan skrin untuk menyiarkan ceramah-ceramah dari pemimpin BA kerana hanya inilah caranya parti-parti pemangkang menerangkan kepada masyarakat dan agenda politik.Ianya jauh berbeza dikala semua rangkaian milik pemerintah hatta pihak astro juga turut membantu kempen bagi pihak pemerintah, pembangkang hanya menggunakan skrin besar dan ramai yang datang.







Permatang Pauh bemandikan poster, dan yang pastiya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, kedua -dua pihak giat berkempen, namun yang pasti di Permatang Pauh, ianya memihak kepada pihak BA dan dijangkakan DUN Penanti dan Sbrg Jaya khasnya bakal membuat kejutan.

















Poster yang ditujukan kepada Hishamuddin di Permatang Pauh.



UMNO/BN fobia dengan poster ini.Anwar kali ini tidak ke penjara Sungai Buloh tetapi bakal ke parlimen.InsyaAllah dengan izin Tuhan .Lihat bendera di jalan raya.

RAGAM DAN REMPAH RATUS PILIHANRAYA DI PERMATANG PAUH

Macam-macam ada..............





Pasang bendera -Terkait Wayar



Sekumpulan pemuda UMNo Permatang Pauh telah tersalah memasang bendera dan akhirnya menimbulkan kekecohan akibat terkait dan memutuskan wayar elektrik.Ini mengakibatkan bekalan elektrik di kampung sekitar Kubang Semang terputus.Kebetulan DSAI dan DSWA mengadakan lawatan sehari suntuk kesemua cawangan di Seberang Perai semalam.



Kekecohan menghakibatkan pasukan FRU yang ditempatkan berdekatan Bukit Mertajam sejauh 4 km di kejarkan ke tempat kejadian.Ahli UMNO yang bertanggungjawab tidak dibela ketua sendiri kerana ianya berasal dari mukim lain yang diupah oleh UMNO.



Naya.....naya .......







VCD fitnah untuk memburukkan pemimpin PAS dan memperlagakan DSAI dalam BA



Permatang Pauh-2HB Mac-Akibat dahagakan kemenagan Imam duit dan konco-konconya telah mengedarkan VCD fitnah yang menceritakan tentang permainan politik pemimpin pAS Kelantan dengan mengaitkan DSAI dalam menentukan corak pentadbiran PAS.



Namun VCD ini telah berjaya di kesan dan dibuang.Ianya diedarkan dan dibuat pihak tertentu dan di percayai oleh BN untuk memperngaruhi masyarakat setempat. namun untuk masa kini masyarakat Permatang Pauh tahu menilai.

Ha....ha.....ha....zaman berubah beb............nak buat macamanaaaaaaaaaaaa...............dah cerdik.


akan bersambung lagi dengan berita terkini........