PERMATANG PAUH-18 Febuari .Seperti kelaziman dalam pilihanraya di Malaysia, hanya pemerintah yang layak menggunakan kemudahan yang dibina hasil duit rakyat untuk menentang rakyat. Kemudahan bilik gerakan pilihanraya amatlah berbeza bagai "antara dua darjat". Yang satu dengan penuh kemegahan dan keselesaan, manakala yang satu lagi cuma membina dangau untuk mempertahankan kerusi di Parlimen Permatang Pauh.Inilah senario yang terdapat dalam negara hari ini.
Ini adalah antara yang turut diluahkan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ,turut hadir ialah YB Hamdan Abdul Rahman ADUN Permatang Pasir.Permatang Pauh terdiri dari 3 ADUN,Penanti,Seberang jaya dan Permatang Pasir.Pada pilihanraya yang lepas Presiden PKR mengekalkan kerusi dengan majoriti tipis iaitu 590 undi menentang Imam duit.Penanti dan Seberang Jaya menghadapi kekalahan mengejut.Jika pengundi masih tidak berubah arah, Datin Seri Wan Azizah akan kehilangan kerusinya.
Yang anihnya , dalam akhbar mendabik dada menyatakan negara ini negara maju. namun semua siaran televisyen dan media milik pemerintah digunakan pemerintah tanpa rasa malu pada rakyat. malah menurut Tn Guru Hj Hadi Awang sewaktu berceramah semalam di perkarangan Hotel An-Nahdoh di Kubang Semang,milik Ustaz Mutalib, yang diwakafkan, telah menjelaskan bahawa di Myanmar, rakyat nya telah tahu bahawa pilihanraya akan di adakan pada tahun 2010 nanti. manakala di Malaysia, Perdana Menteri masih berbohong untuk membubarkan Parlimen.Presiden PAS itu turut menyatakan bahawa ,untuk memilih pemerintah mestilah dari kalangan yang cerdik, dan bukan dari kalangan yang kaya, kerana kekayaan tidak semestinya cerdik, dan hasilnya memilih pemimpin yang bukan dari ahli yang taat kepada perintah Allah akan menjadikan pemerintahan itu kucar kacir.
"Pilihlah pemimpin yang cerdik, berani dan taat kepada perintah Allah", demikian jelasnya beliau dalam ceramah tersebut.Kepandaian , tanpa wang, akan menjadikan orang cerdik tahu mencari wang."jelasnya lagi di hadapan lebih 5000 hadirin.
Presiden PAS itu dalam lawatan sehari ke Pulau Pinang untuk melihat sendiri proses dan jentera pilihanraya negeri.Dengan kehadiran lebih daripada 5000 orang,Presiden PAS itu juga menjelaskan bahawa untuk memerintah, kita memang hampir sama dengan UMNO kalau dilihat dari mata kasar, kerana kita juga bekerjasama dengan kaum bukan Islam, namun kita bekerjasama dalam kerangka kita menentukan agar segala perbuatan yang dilakukan oleh kita sebagai Islam, tidak semestinya menurut kehendak bukan Islam, tetapi berbincang.
Dari maklumat yang beliau dapati,terdapat 1000 pengundi pos di DUN Belantik , manakala di Perak menurut Tn Guru Hj Hadi lagi terdapat 1300 nama pengundi yang diulang namanya. "Kita akan tetap mempertahankan undi yang bersih dan akan menentang selagi terdaya untuk melahirkan SPR yang benar-benar bersih dari undi pos dan undi hantu dan akan terus berjuang sebelum dan selepas pilihanraya ini".
Beliau seterusnya menceritakan sewaktu bersama kerajaan campuran, pernah Tun Abdul Razak mengadakan jamuan Perdana dengan meghidangkan arak, namun pimpinan kita menjelaskan bahawa, jika hidangan arak dihidangkan kami tidak akan hadir. Akhirnya dibuat satu sudut khas bagi kaum bukan Islam untuk minum arak dalam jamuan perdana tersebut.
Sementara itu, perang poster semakin hangat di Permatang Pauh. Setiap sudut dan kawasan lapang sudah mula di pasangkan dengan bendera. Sehingga kini bendera Barisan Alternatif telah menguasai hampir berbagai sudut dan ruang. Malah ada kenderaan yang turut di pasangkan dengan bendera untuk menunjukkan sokongan kepada mempertahankan Permatang Pauh, walau cabaran yang bakal dihadapi oleh BA Permatang Pauh makin sengit.
Analisis kekuatan BA akan dikaji dari berbagai sudut di Permatang Pauh. Adakah PKR berjaya mempertahan kerusi Parlimen nya.kajian hanya akan disiarkan menjelang pilihanraya oleh webmaster.