Video-clip man worries about his safety |
K Kabilan & Steven Gan | Jan 12, 08 11:41pm |
Businessman Loh Mui Fah, 58, today claimed that he was worried for his personal safety over his role in the Lingam tape scandal. |
Video-clip man worries about his safety |
K Kabilan & Steven Gan | Jan 12, 08 11:41pm |
Businessman Loh Mui Fah, 58, today claimed that he was worried for his personal safety over his role in the Lingam tape scandal. |
Bersih akan mohon penggunaan stadium untuk perhimpunan kedua |
Anis Nazri |
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Hrkh) - Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran kali kedua bagi menuntut perjalanan pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini. |
Bersih mengenal pasti tiga tempat iaitu Dataran Merdeka, Stadium Merdeka atau Stadium Nasional Bukit Jalil - sebagai tempat perhimpunan, pada 23 Februari depan.
Perhimpunan yang bertemakan Pesta Rakyat 'Jom Bersih' itu sebagai menyahut saranan pemimpin kerajaan supaya mengadakan perhimpunan mengikut peraturan dan saluran.
Malaysiakini melaporkan, Jurucakap Bersih, Mohd Anuar Tahir berkata, sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa Bersih mengadakan perhimpunan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
"Bersih menyahut saranan tersebut. Kita akan membuat permohonan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan kelulusan menggunakan salah satu tempat tersebut.
"Dan kita menjangka perhimpunan kali ini berjaya mengumpul lebih ramai dari perhimpunan pertama 10 November lalu kerana ia perhimpunan rakyat.
"Mengikut rekod Bersih, kira-kira 130,000 orang dari seluruh negara akan berkumpul di Kuala Lumpur sebagai menyokong perhimpunan pada tarikh tersebut," katanya dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor (SCAH), semalam.
Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifli Ahmad, yang ditemui Harakahdaily berkata Bersih akan membuat permohonan permit bagi tujuan tersebut secepat mungkin.
Sebelum ini, Bersih telah menganjurkan perhimpunan rakyat pada 10 Nov lalu, yang dirancang bermula di Dataran Merdeka ke Istana Negara sebagai menuntut perubahan dalam pilihan raya di negara dengan mengemukakan empat tuntutan.
Bersih menuntut SPR membersihkan senarai daftar pemilih daripada 'pengundi hantu', penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian berulang, penghapusan undi pos dan capaian media yang lebih adil kepada semua parti politik.
Bersih dianggotai 70 badan bukan kerajaan, parti politik dan kumpulan kesatuan sekerja, yang ditubuhkan pada Julai 2005, bagi menekan kerajaan supaya membuat perubahan dalam pilihan raya umum di negara ini. - mns
IMBAS KEMBALI PEMBUNUHAN DR JOE FERNANDEZ
Di petik dari salah satu posting.
Assalamualaikum,
Saya mula mengikuti perkembangan Mujahid Agung kelahiran bumi
Malaya ini sejak Utusan Malaysia menyiarkan gambar dan berita di
muka hadapan sekitar pertengahan tahun 2001 yg lalu, mengenai apa yg dikatakan sebagai penglibatan Taufik dan rakan-rakannya dalam apa yg dikatakan sebagai kumpulan KMMM (Kumpulan Militan Mujahidin Malaysia) yg dikatakan terlibat dalam pembunuhan Dr Joe Fernandez, aktivist Kristian terulung di sebelah utara. Sejak Utusan Malaysia menyiarkan gambar bro Taufik dengan topi barretanya (seiras wajah mujahid chechnya al-syahid ibnu khattab), saya sentiasa tertunggu-tunggu berita lanjut mengenai hamba allah yg menjadi idola saya ini. Saya bukan ahli KMM dan tidak pernah kenal sesiapa antara mereka; saya hanyalah sebahagian drpd jutaan ummat Islam Malaysia yg mengikuti dengan penuh minat kisah ahli-ahli KMM ini; mungkin tulisan saya ini mampu mewakili suara hati sebahagian besar mereka-mereka yg menjadi peminat setia
'drama KMM' ini, atas tujuan itulah saya mencoretkan luahan rasa di sini
Apabila Harian Metro sekitar minggu lepas (first week of May 02)
menyiarkan laporan bahawa Taufik telah dijatuhkan hukuman mati oleh
Mahkamah Megawati yg pro-Kristian di Indonesia, dikuti dengan sinopsis
ringkas mengenai kejadian pengeboman di Pusat Membeli Belah di Plaza
Atrium, di mana Harian Metro sendiri melaporkan bahawa bom itu meletup dalammisi Taufik dan rakan-rakannya sedang menuju ke sebuah kedai di
Plaza tersebut yg dikenal pasti menjadi pejabat/pangkalan oleh puak2
aktivist Kristian untuk membantu 'tentera-tentera salib' mereka di
Maluku, maka berdetik terus di sudut hati kecil saya bahawa Taufik
terkandas ketika sedang dalam misi jihad fi sabilillah, tidak ada
sebarang keraguan mengenainnya
.
Laporan Harian Metro itu dengan sendirinya menidakkan tuduhan bahawa
Taufik dan rakan-rakannya sedang cuba membuat huru hara dengan membunuh
orang awam yg tidak berdosa. Laporan Harian Metro ini juga menjadi bukti bahawa Taufik dan rakan-rakannya memang sedang berada di jalan jihad, dalam perjalanan dari Maluku ke pengkalan puak2 kuffar berkenaan untuk menyempurnakan agenda yg
tak akan selesai di bumi Maluku selagi mana kubu/markaz utama yg menjadi nadi penggerak musuh tidak dimusnahkan
Tentunya, tiada keraguan lagi, insyaallah kematian Taufik di hujung senapang kerajaan Megawati yg pro-Kristian ini nanti akan ini akan dikira sebagai syahid di mata mereka-mereka yang berilmu. Syahid yg beliau kejar dari Moro ke Afghanistan, rupa-rupanya ditemui beliau di bumi Jakarta. Moga kematian beliau ini akan memberi inspirasi kpd anak-anak muda di seluruh nusantara; sesungguhnya suka atau tidak, janji Rasul bahawa di setiap zaman akan sentiasa lahir anak-anak muda yg akan bangun menyatakan kebenaran, bangun menegakkan agamaNya adalah benar dan nyata.
Taufik adalah bukti benar di hadapan kita!
Sayangnya diri yg menulis ini sudah dimamah usia, alangkah indahnya
jika di kala usia setara beliau, masa yg terbuang dengan segala jenis
aktiviti yg sia-sia dan lagha itu dihabiskan bersama-sama dengan orang2
seperti mereka. Mudah-mudahan putera-puteraku nanti, bila dewasa kelak
akan meneruskan jejak-jejak mereka, terus menghidupkan janji rasul seperti yg
dijanjikan.
'walatahsaban nallazi nak qutilu fi sabilillah hi amwata..bal AHYA...'
Apakah kamu ingat mereka yg gugur syahid di jalan Allah itu mereka
benar-benar mati?....tidak, bahkan mereka itu Hidup Mendapat Kurniaan
di Sisi Allah.
Ini adalah janji yang benar untukmu saudaraku Taufik!
Wassalam
RENCANA: Utusan Malaysia 12/5/2002
Bahaya militan Islam - Bagaimana Taufik Abdul Halim menjadi
manusia ganas
Oleh Najibah Hassan dan Habibah Omar
TAUFIK ABDUL HALIM yang dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah di
Indonesia baru-baru ini adalah contoh seorang anak muda Malaysia yang menjadi mangsa gerakan militan Islam.
Taufik, 27, kini kudung kaki kanannya. Dia akan ditembak mati tidak lama lagi jika rayuannya gagal.
Perbuatan jenayahnya mengebom beberapa tempat di Jakarta bagi menimbulkan masalah keselamatan di ibu kota Indonesia itu begitu serius sehingga Ketua Majlis Hakim, Panusunan Harahap menegaskan bahawa Taufik melakukan ``perbuatan jahat yang bertentangan dengan undang-undang, moral, agama dan tatasusila serta sengaja mengadu-domba sesama umat beragama di Indonesia.''
Taufik sebenarnya mempunyai kaitan secara langsung dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang kini telah ditumpaskan oleh polis Malaysia.
Di sebalik jenayah itu, tidak ramai orang tahu bahawa 15 tahun lalu Taufik ialah seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran.
Dia mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR).
Ketika itu kawan-kawan dan saudara-maranya di Kluang dan Muar, Johor percaya bahawa Taufik mempunyai masa depan yang cerah. Dia akan menjadi orang yang berjaya.
Bagaimanapun dia kecundang di tengah jalan agama yang berliku.
Pengaruh gerakan militan bertopengkan Islam telah memusnahkan orang seperti
Taufik dan beratus-ratus lagi rakannya di Malaysia dan Indonesia.
Ahmad Hashim, gurunya ketika dia menuntut di Sekolah Menengah Agama Kluang, tidak pernah melihat perubahan luar biasa pada Taufik ketika dia belajar di sekolah itu.
``Mungkin ketika saya mengajar mata pelajaran Bahasa Arab ketika itu, Taufik masih muda. Dia baru berumur 14 tahun dan saya sukar melihat kecenderungannya.
``Bagaimanapun, dia seorang pelajar yang baik, pendiam dan dikategorikan sebagai pelajar cerdik,'' kata Ahmad, 53, ketika ditemui baru-baru ini. Salehuddin Said, salah seorang rakan rapat Taufik, mengenali Taufik sebagai seorang yang cenderung berdebat mengenai agama
Sikap Taufik yang gemar menyendiri, kata Salehuddin, menyebabkan Taufik tidak mempunyai kawan rapat biarpun setelah mereka melanjutkan pelajaran ke Maahad Johor di Johor Bahru.
Hubungan mereka terputus setelah Salehuddin melanjutkan pelajaran ke Jordan dan Taufik pergi ke Pakistan.
Menurut Salehuddin, Taufik seorang yang tegas tetapi lembut ketika berbicara. Dia pernah cenderung kepada gerakan tabligh yang ketika itu menjadi ikutan pelajar senior di Maahad Johor.
``Saya rasa ada kemungkinan dia menjadi ekstrem ketika menuntut di Pakistan,'' katanya.
Hamidon Abdullah, yang pernah berjiran dengan keluarga Taufik di Kluang
menjelaskan, pemuda kurus itu adalah seorang yang tidak pernah meninggalkan
sembahyang. Dia taat kepada perintah orang tua.
Taufik akan mengikut apa yang disuruh oleh bapanya. Dia cuma pernah sekali ditampar oleh bapanya kerana menghisap rokok iaitu perbuatan yang tidak
disukai oleh bapanya.
``Taufik yang saya kenali dulu tidak pernah berlaku biadab dan sering mengucap
salam apabila bertemu dengan saya,'' katanya yang selalu mengunjungi rumah
Taufik apabila bapanya terlibat dalam kemalangan.
Guru dan rakan-rakannya mungkin tidak dapat melihat perubahan dalam diri
Taufik, tetapi sejak berusia 10 tahun, dia telah didedahkan oleh keluarganya
kepada gerakan tabligh dan ceramah-ceramah agama oleh kumpulan tertentu.
Malah banyak pihak percaya Taufik sebenarnya direkrut untuk menjadi militan
oleh abang iparnya, Zulkifli Abdul Khir yang kini dicari oleh polis Malaysia
kerana disyaki menjadi ketua sel KMM di Selangor.
Zulkifli membawa Taufik terlibat dalam ceramah-ceramah agama oleh guru agama
militan dari Indonesia seperti Abu Bakar Bashir dan Hambali yang kedua-duanya
sedang diburu oleh pihak berkuasa Malaysia.
Menurut sumber, selepas tamat tingkatan enam pada hujung tahun 1993, Taufik
telah dihantar oleh keluarganya ke Pakistan untuk belajar agama.
Di sana dia telah bertemu dengan rakan-rakan dari Malaysia, yang kebanyakannya
merupakan lulusan sekolah pondok.
Setelah berpindah dari sebuah bandar ke sebuah bandar, dia berjaya mendapat
tempat belajar di Pakistan dan di sana dia dilindungi oleh Massa-Pakindo iaitu
sebuah pertubuhan pelajar-pelajar Malaysia di Pakistan dan India.
Tetapi tidak lama selepas berada di Pakistan, Taufik jatuh sakit, dipercayai
menghidap malaria. Dia dimasukkan ke sebuah hospital tentera di Muzaffarabad.
``Ketika terlantar di hospital itu, dia melihat militan-militan Kashmir
terbunuh dan cedera. Apa yang dilihat di hospital itu menukar Taufik. Itulah titik peralihan perubahan dirinya,'' kata satu sumber.
Sejak itu Taufik menjadi nekad. Dia mula menyertai kawan-kawannya melawat kem-kem tentera di Afghanistan untuk belajar menggunakan pistol, raifal dan senjata penangkis kapal terbang.
Dalam satu kunjungan ke sana, dia diajar cara-cara membuat pelbagai jenis bom, satu kemahiran yang beberapa tahun kemudian menyebabkan kakinya kudung dan hidupnya sengsara hingga ke akhir hayat.
Taufik amat bijak kerana dia tidak perlu menulis nota ketika belajar kepakaran itu. Itulah sebabnya polis Malaysia menyifatkan dia seorang pakar membuat bom.
Setelah dua kali berlatih di kem tentera di Afghanistan, Taufik pergi sekali lagi ke Afghanistan pada tahun 1996, tetapi latihan yang diterimanya di kem itu terlalu berat.
Menurut sumber, dia lari dari kem itu tetapi dalam perjalanan ke Rawalpindi dia ditahan oleh tentera Pakistan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan. Polis Malaysia diberitahu oleh pihak berkuasa Pakistan tentang penahanan tersebut.
Selepas beberapa bulan ditahan di penjara Pakistan, Taufik dihantar pulang ke Malaysia.
Setibanya dia di lapangan terbang Kuala Lumpur, dia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), disoal siasat, dan hanya dibebaskan selepas dua bulan.
Selepas itu Taufik meneruskan pengajian di sebuah kolej swasta di Kelana Jaya dan kemudiannya memasuki Universiti Teknologi mara (UiTM), Shah Alam. Tetapi dia gagal menamatkan pelajarannya, kali ini dipercayai tertipu dengan gerakan militan KMM sel Selangor yang dianggotai oleh abang iparnya Zulkifli.
Gerakan itu berpusat di Puchung
Taufik yang mahu meneruskan `jihad' yang mula dipupuk di Pakistan pada tahun2000 telah dengan sukarela menyertai kumpulan 10 lelaki ahli KMM pergi ke Ambon. Mereka terperangkap dengan seruan Abu Bakar Bashir dan Hambali kononnya mereka perlu berjuang bersama-sama pertubuhan bernama Jemaah Islamiah bagi menyelamatkan umat Islam yang ditindas oleh orang Kristian di wilayah itu.
Mereka memasuki Ambon dengan menaiki kapal laut dari Sabah. Selepas beberapa ketika berada di Ambon, Taufik dan beberapa ahli KMM lain telah menyelinap ke Jakarta untuk meneruskan tindakan militan mereka.
Satu sumber Indonesia memberitahu, di Jakarta dia telah melakukan siri
serangan sehinggalah ditangkap ketika cuba mengebom pusat membeli-belah Plaza Atrium.
Polis Malaysia pula percaya Taufik mula terpesong ketika dia belajar dan berkawan di Pakistan, yang diburukkan lagi oleh asuhan sejak kecil, dan kemudian disemarakkan oleh orang seperti Zulkifli, Abu Bakar Bashir dan Hambali.
Nama Taufik dalam KMM muncul selepas satu kejadian rompakan di Southern Bank Petaling Jaya tahun lalu yang menyaksikan tiga anggota KMM mati ditembak. Difahamkan mereka merompak bank itu untuk mengirim wang kepada kumpulan Taufik di Ambon dan Jakarta.
Polis tidak menyangka Taufik yang pernah ditahan di bawah ISA masih berminat untuk meneruskan tindakan militannya melalui KMM selepas dibebaskan pada bulan Disember 1996. KMM merupakan kumpulan militan Malaysia yang diperalatkan oleh dua pendakwah Indonesia iaitu Abu Bakar Bashir dan Hambali untuk mencapai matlamat pembentukan Daulah Islamiah Raya di Asia Tenggara. Sebenarnya KMM tidak pernah tahu bahawa dua lelaki itu yang mempunyai taraf penduduk tetap di negara ini mempunyai hubungan dengan gerakan pengganas Al-Qaeda.
Bagaimanapun, ketika KMM mula ditumpaskan di Malaysia, dan berpuluh-puluh rakan Taufik ditangkap di Kuala Lumpur, Taufik tidak ditemui kerana dia berada di Jakarta ketika itu
.
Kesukaran pihak Malaysia mengesan Taufik juga disebabkan dia menggunakan nama samaran. Selain menggunakan nama Dany, dia juga dipanggil Abdullah. Sebelum itu di Pakistan dia dikenali dengan nama lain. Itulah Taufik, anak muda yang terlalu ghairah untuk berjuang di jalan agama dengan hasutan topeng militan yang berbahaya
Salah seorang guru sekolah Taufik, Ahmad Hashim, mengingati bekas anak
muridnya itu dengan berkata, ``Bagi saya jika kita hendak berjihad, maka lebih baik kita berjihad dengan mengembangkan agama yang lebih bagus daripada merosakkan harta benda dan nyawa manusia.''
Beliau bukannya mengkritik perjuangan Taufik, tetapi kesal dengan kekeliruan bekas anak muridnya itu dalam memahami erti jihad yang sebenar. Hukuman tembak yang bakal dijalani oleh Taufik memang berat, namun itulah takdir yang menunggu seorang anak muda bijak yang telah terpedaya.
Tiada lagi jalan untuk dia kembali.
Bersih akan mohon penggunaan stadium untuk perhimpunan kedua |
Anis Nazri |
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Hrkh) - Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran kali kedua bagi menuntut perjalanan pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini. |
Bersih mengenal pasti tiga tempat iaitu Dataran Merdeka, Stadium Merdeka atau Stadium Nasional Bukit Jalil - sebagai tempat perhimpunan, pada 23 Februari depan.
Perhimpunan yang bertemakan Pesta Rakyat 'Jom Bersih' itu sebagai menyahut saranan pemimpin kerajaan supaya mengadakan perhimpunan mengikut peraturan dan saluran.
Malaysiakini melaporkan, Jurucakap Bersih, Mohd Anuar Tahir berkata, sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa Bersih mengadakan perhimpunan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
"Bersih menyahut saranan tersebut. Kita akan membuat permohonan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan kelulusan menggunakan salah satu tempat tersebut.
"Dan kita menjangka perhimpunan kali ini berjaya mengumpul lebih ramai dari perhimpunan pertama 10 November lalu kerana ia perhimpunan rakyat.
"Mengikut rekod Bersih, kira-kira 130,000 orang dari seluruh negara akan berkumpul di Kuala Lumpur sebagai menyokong perhimpunan pada tarikh tersebut," katanya dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor (SCAH), semalam.
Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifli Ahmad, yang ditemui Harakahdaily berkata Bersih akan membuat permohonan permit bagi tujuan tersebut secepat mungkin.
Sebelum ini, Bersih telah menganjurkan perhimpunan rakyat pada 10 Nov lalu, yang dirancang bermula di Dataran Merdeka ke Istana Negara sebagai menuntut perubahan dalam pilihan raya di negara dengan mengemukakan empat tuntutan.
Bersih menuntut SPR membersihkan senarai daftar pemilih daripada 'pengundi hantu', penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian berulang, penghapusan undi pos dan capaian media yang lebih adil kepada semua parti politik.
Bersih dianggotai 70 badan bukan kerajaan, parti politik dan kumpulan kesatuan sekerja, yang ditubuhkan pada Julai 2005, bagi menekan kerajaan supaya membuat perubahan dalam pilihan raya umum di negara ini. - mns
Anak saya rakam klip video Lingam, kata ahli perniagaan |
Nash Rahman | Jan 12, 08 11:55am |
Seorang ahli perniagaan hari ini mengakui secara terbuka bahawa beliau adalah lelaki yang dilihat dalam bahagian kedua klip video Lingam yang didedahkan oleh PKR September lalu. Bagaimanapun, katanya, beliau percaya anaknya merakam video tersebut tanpa sebarang niat yang tidak baik atau memahami apa yang sedang diperkatakan. Ditanya bagaimana BPR boleh mengenalpastinya, Loh berkata: "Saya rasa mungkin Lingam teringat siapa ada di rumahnya pada masa itu...dia (juga) pernah beri kenyataan kepada BPR atau pihak penyiasat...mungkin ditanya siapa yang lainnya, dan mungkin telah mengenal pasti kita, ini orangnya. Sebelum ini, saya rasa ada orang perhatikan kami," katanya. |