TENGAH KALUT RAKYAT DENGAN COVID DAN HILANG PEKERJAAN....SEMPAT LAGI...

FAEZUDDIN PUAD


1. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media sebentar tadi mengesahkan bahawa projek pembinaan dewan di Pagoh bernilai RM35,435,992 adalah benar.


2. Saya sebenarnya berharap sangat surat yang tular ini palsu kerana jumlah RM35.4 juta adalah sangat besar terutamanya dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan wabak Covid-19.


3. Padangan saya, tersangatlah molek jika wang RM35.4 juta disalurkan kepada Kementerian Kesihatan sama ada menambah baik fasiliti hospital, menambah kakitangan kontrak atau menambah ubat-ubatan berkaitan supaya dapat memberi nilai tambah kepada keupayaan sedia ada dalam menguruskan pesakit-pesakit Covid-19.


4. Atau digunakan untuk membeli vaksin tambahan.


5. Atau beri tambahan wang saguhati kepada frontliners kita sebagai penghargaan kepada pengorbanan mereka berkerja siang malam 24 jam 7 hari seminggu tanpa henti.


6. Atau disalurkan untuk membeli bantuan bakul makanan kepada asnaf dan tambahan bantuan kewangan kepada peniaga-peniaga yang terkesan akibat pelaksanaan PKP 2.0.


7. Atau apa jua inisiatif yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa kita semua pada hari ini.


8. Bina dewan bukanlah satu kesalahan cuma pada waktu ini ianya sangat tidak sesuai dan bukan satu keperluan mendesak.


Wallahualam.



 

No comments: