“PAS IKUT SUNNAH TRUMP”

 


Presiden Pas menyamakan lawan mereka seperti Donald Trump tanpa beliau perasan kesamaan Pas dengan Donald Trump sangat rapat.

Donald Trump yang tewas pilihanraya Presiden tetapi tetap mahu menjadi kerajaan.

Pengikut-pengikutnya yang bimbang hilang kuasa dengan semangat ‘White Supremacy’ memecah masuk Capitol Building di Washington DC sehingga menyebabkan huru hara di bangunan Parlimen US tersebut.

Selepas kekecohan oleh penyokongnya, Donald Trump meluluskan perintah darurat di Washington DC yang dilihat untuk menggangu peralihan kuasa.

Hal yang sama dilakukan oleh Pas dan sekutu sekutunya menggunakan ‘Malay Supremacy’ untuk dapatkan kuasa.

Laungan nasib Melayu dan Islam terancam bergema di pentas pentas dan media media Pas selama 22 bulan.

Ahli ahli akedemik pro mereka digunakan untuk meniupkan isu yang sama.

Islam terancam, Melayu terancam. Isu arwah Adib, LGBT, RUU 355, ICERT dan Buy Muslim First menjadi zikir harian mereka.

Tetapi hari ini sudah hampir setahun Pas menjadi kerajaan, yang berjaya mereka laksanakan ialah menaikkan cabutan khas judi sebanyak 22 kali setahun.

Lain lain isu tidak lagi kedengaran.

Inilah kelompok yang sama dengan Trump yang benar benar memperalatkan agama dan bangsa semata mata untuk peroleh kuasa.

Pas ikut sunnah Trump.

MOHAMAD SABU, Presiden Amanah

15 Januari 2021.

 


No comments: