KITA MAHU TENGOK PULA GAMBAR BEGINI DARI WATAK BERBEZA


KITA MAHU TENGOK PULA GAMBAR BEGINI DARI WATAK BERBEZA


Tiga ketua parti Melayu telah berjumpa secara santai sesuai dengan era Covid. Mereka Muhyiddin Yassin selaku ketua parti Bersatu, Zahid Hamidi ketua Umno dan Abdul Hadi Awang alias Tok Dor Hadi daripada parti agama se Tanah Melayu (Pam).


Menurut laporan dikeluarkan yang memetik kata Muhyiddin perjumpaan ini bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan PN khasnya gabungan MN dengan BN.


Baguslah ketiga-tiga pihak nampaknya terus mengadakan perundingan dan mencari ikhtiar untuk memperkuatkan gabungan dan memantapkan kerjasama. Tujuan itu antara tiga mereka adalah berbeza, yang semuanya kononya untuk kepentingan Melayu, walhal ia lebih kepada kepentingan peribadi. Mereka pakai topeng Melayu untuk tidak menampakkan wajah sebenarnya mereka.


Zahid masih tercari-cari jalan untuk tidak tersasar ke dalam penjara dengan kes yang sedang dibicarakan kini. Khabarnya masa untuk Zahid semakin suntuk. Beliau diberi jangka masa tiga bulan untuk menyelesaikan masalah dan membayangkan masa depannya. Jadi beliau kena menuruti buntut Muhyiddin demi selamatkan diri.


Begitu juga dengan Muhyiddin bukan sangat untuk Melayu dan Islam, beban beliau kini ialah untuk mempertahankan kerajaan dan dirinya sendiri sebagai PM. Setidak-tidaknya beliau mahu menghabisi tempoh parlimen penggal ke 14 ini, kemudian berhenti. Muhyiddin tidak ada niat untuk duduk lama, dan dia hanya PM sementara sahaja. PMTCN.


Itu yang beliau fikirkan. Soal nasib kerajaan PN selepas ini, tidak menjadi titik pemikirannya. Begitu juga dengan siapa penggantinya kalau tertakdir kerajaan PN itu bersambung. Muhyiddin tidak boleh menunjukkan siapa penggantinya, sebagai bukti beliau tidak berani melantik timbalannya. Dengan meletakkan empat atau lima orang menteri kiri kanan, ia memberi gambaran Muhyiddin mengenai kerajaanya sendiri.


Bagaimana pula dengan Tok Dor Hadi. Beliau dan partinya tidak ada political will. Apa yang beliau inginkan ialah agar DAP tidak berada dalam kerajaan. DAP yang dianggap seperti anjing tidak boleh masuk ke dalam surau atau masjid. Jadi boleh dikatakan peranan dan keberadaan Pas dalam kerajaan hanya untuk memuaskan hati sendiri khasnya sebagai balasan atau kepada bekas rakan-rakan mereka yang telah berada dalam kerajaan 22 bulan lepas. Sebelum ini Tok Dor boleh berdakapan dengan pemimpin DAP, kerana tatkala itu darurat... darurat.


Menarik dan yang kita tunggu, akan ada pula foto seperti ini tetapi ia melibatkan watak-watak lain yang saya kira sedang ditunggu dan dinanti oleh banyak orang. Itu yang saya diberi tahu.


Siapakah mereka yang diharap akan duduk seperti ini, menjadi seperti tiga tungku penjeram. Tunggu, sampai masa dan ketika kita sama-sama merisik dan mengulasnya. Trims.


- MSO



No comments: