TIDAK PERLU LAYAN PROVOKASI MURAHAN


Aku sebenarnya tidak suka kalau rakan2 sekutu dlm PH mahu keluar dari gabungan hanya kerana berbeza pendekatan atau strategi.  Tapi aku lebih tidak suka kalau kita memaksa atau memujuk rakan-rakan yang mahu keluar kerana itu bercanggah dengan prinsip demokrasi.  


Keadilan di dalam PR dulu pernah ditinggalkan oleh rakan sebuah parti lama hampir seusia dengan Umno dan parti itu mempunyai ahli, penyokong dan jentera yg agak ramai juga, iaitu parti Pas.  Pas memilh untuk tidak bersama PR dan juga Keadilan.  Rugikah Keadilan?  Tidak, bahkan Keadilan terus kuat dan kukuh.  Sebaliknya, Pas pula semakin hilang arah dan gagal hidup bersendirian hingga memaksanya melutut kepada Umno.  


Namun aku yakin, kesemua parti di dalam PH tetap akan bersama walaupun beberapa suara nakal di bawah lakukan provok untuk mencari perbalahan.  Sudah tentu kalau mereka serius, mereka akan bawa cadangan mereka kepada pimpinan dan parti mereka.  Kalau sekadar mahu cetus perbalahan, aku berlepas diri darinya.


WFAUZDIN NS



No comments: