Selepas Kartel PKR kini wujud Kartel UMNO?



NORMAN RADZUAN

MAHATHIR KACAU PH AZMIN KACAU UMNO...

UMNO kini diambang perpecahan kali kedua sama apa yg berlaku kpd PH. Modus operandi kerajaan PN terhadap UMNO sama digunakan terhadap PKR. Mari kita lihat bagaimana ia berlaku.

1. Seperti dibicarakan Husam niat buruk Mahathir ini telah dikesan seawal hari pertama lagi PH memenangi PRU14. Bagi saya seawal dia memohon bertemu Anwar di mahkamah lagi. Mahathir seperti kita ketahui modus operandi tetap sama ketika menjadi PM4 dahulu iaitu pecah dan perintah. Kedua meletakkan 'file' di atas meja.

2. Apabila memenangi PRU14, Mahathir terus menggunakan kuasa eksekutif utk menidakkan senarai MP PKR yg diserahkan kpdnya utk dilantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri. Dia melantik Menteri dari PKR yg menyokong Azmin Ali. Kemudian Mahathir melantik seberapa byk yg boleh MP Amanah menjadi Menteri dan Timbalan walaupun parti itu hanya memenangi 11 Parlimen sahaja. Untuk apa? ...Utk dikenang hingga kini.

3. Dlm beberapa bulan Mahathir mengarahkan agar LGE menyalurkan RM400 juta kpd negeri Kelantan. Akhirnya PAS tiba2 mengatakan akn membuat undi percaya kpdnya di Parlimen. Semua ini dibuat utk mengukuhkan penubuhan PN. Dlm masa yg sama beliau melemahkan PH dari dlm... akhirnya manisfesto PH dijadikan bualan manifesto janji tinggal janji.

4. Parti Mahathir juga memancing beberapa MP UMNO melalui agennya Hishamuddin. Ramailah juga MP UMNO yg beralih arah. Namun numbers masih tidak mencukupi utk membentuk kerajaan. Menutup sebelah mata Mahthir membenarkan MP2 UMNO berunding di rumah Azmin dgn alasan ia perbincangan kementerian. Tawar menawar pun berlaku. Zahid tidak tahu perbincangan tersebut umpama dlm filem P. Ramlee 'abang2 di saja nak kena jual.'

5. Akhirnya jumlah Parlimen utk 'simple majority' mencukupi apabila solid PAS, UMNO dan GPS menyokong pembentukkan PN sebagai kerajaan. Seperti dibincangkan Mahathir dan Muhyiddin dlm meeting parti Bersatu, mereka memberi segala jawatan Menteri dan Timbalan malah mewujudkan beberapa kementerian utk memenuhi nafsu 'pelacur politik' dgn jawatan dan kuasa. Akhirnya dikhabarkan sebanyak RM 7.1 billion wang rakyat terpaksa digunakan utk Kementerian2 baru tersebut.

6. Mahathir tahu rakyat Malaysia lebih 50% menolak kerajaan kleptopkrasi BN dahulu. Penubuhan PN ini tidak akn kekal lama jika PH ditinggalkan begitu sahaja kerana pastinya rakyat akn bangkit. PH mesti dihancurkan dari dlm. Mahathir memainkan peranan atas jasa2 beliau kpd pimpinan parti2 dlm PH ( terhutang budi ). Ada mengatakan ada antara pemimpin2 parti yg setia dgnnya kerana terhutang budi kerana 'file' atas meja PM 7 itu. Ada mengatakan ada pemimpin sebuah parti bersama Mahathir berunding dgn Ku Li....wallahuallam.

7. Azmin dan Hishamuddin memainkan peranan yg sama terhadap UMNO sepertimana dilakukan Mahathir terhadap PH atau PKR. Maksudnya sokongan UMNO diperlukan hanya bersifat sementara utk kuasa sepertimana Mahathir lakukan terhadap PH. Dia gunakan PH sebagai platform merampas kuasa dari Najib.

Azmin dan Hishamuddin tahu PAS mudah dipancing dgn jawatan. Ya memang benar PAS adalah King Maker samada utk Bersatu dan UMNO. PAS dipelihara seperti Ratu Cantik. Bersatu dan UMNO tahu tanpa PAS mereka tidak mampu menewaskan PH berdasarkan keputusan PRU yg lalu. Lalu PAS menjadi rebutan.

8. Jika dlm PKR muncul kartel seperti Azmin Ali, Zuraida, Saifuddin Abdullah dan ramai lagi... kini UMNO menghadapi situasi yg sama. Jika sebelum ini Azmin langgar Presidennya Anwar utk mempertahankan Mahathir... kini Hishamuddin, Annuar Musa, Shahidan Kassim yg pula mempertahankan PN dan Muhyiddin. Cakap Zahid Hamidi dan Najib sudah tidak dipedulikan lagi. Malah Najib dituduh pengkhianat jika tidak menyokong Belanjawan kerajaan PNDescription: 😂.

9. Saya merasakan UMNO cuba dihijack oleh kartel2 ini utk memudahkan kerjasama antara Bersatu, UMNO dan PAS. Cita2 Mahathir seperti umum mengetahuinya, dia mahu Bersatu mengambil alih tugas UMNO sebagai wadah baru org Melayu. UMNO akn dilemahkan perlahan lahan. Jika gagal saya meramalkan Annuar Musa, Hishamuddin, Shahidan Kassim akn menyertai Bersatu sepertimana dilakukan oleh Azmin kerana jika berlaku snap election pastinya watikah Presiden tidak akn menyenaraikan mereka lagi.

Sekadar pandangan, mereka sehingga kini kekal dlm UMNO sekadar musuh dlm selimut samada ( memecah belahkan parti ) mempengaruhi MT UMNO atau mengintip rahsia dalaman parti sepertimana dilakukan Azmin dan Zuraida dahulu.

10. UMNO tiada pilihan. Jika mereka tidak mengambil peluang utk menjatuhkan PN pada undian Belanjawan nasib Zahid Hamidi dan Najib samada dipenjara atau hanyut dari kancah politik tanahair. Perlu diingat Muhyiddin dan Azmin mahu menduduki kerusi nombor 1 dan 2 ni bukan utk 2-3 tahun kerana ia hanya kerja sia2. Mereka jika boleh mahu selama yg mungkin apatah lagi Azmin dan Hishamuddin boleh dianggap masih muda. Tiada jalan lain selain melemahkan UMNO dan pimpinan utamanya.

Belanjawan wajib ditolak oleh UMNO utk snap election. Persoalannya yg bermain di fikiran Zahid dan Najib tanpa kuasa 'Ratu Cantik' mereka tidak mungkin akn berkuasa semula. Ratu Cantik yg sudah dipinang dan menanti hari ke majlis pernikahan pasti akn menyerahkan cincin pertunangan itu kembali jika melihat perkembangan terkini.

Ia ibarat waktu dipinang dahulu UMNO adalah anak teruna bergelar jutawan. Ada harta dan kuasa tetapi kini perniagaan telah bankrap. Dlm masa sama muncul jejaka baru ( Bersatu ) muncul menjadi jutawan segera. Siapa sanggup menolak tambah Ratu Cantik tersebut mata duitan.

Pilihan yg ada UMNO terpaksa meminta kerjasama Anwar. UMNO skg terpecah 3 dan sgt lemah. MP UMNO yg setia atau bersama Zahid dan Najib hanya tinggal 20-25 MP sahaja. UMNO bersendirian tanpa PAS... ia umpama mimpi utk mereka kembali berkuasa. Sebab itulah pemimpin UMNO sampai skg tidak berani mengkritik tindak tanduk PAS akhir2 ini. Jadi apa pilihan yg ada?

Tanya saya kerajaan PN perlu dijatuhkan segera. Jika Snap election berlaku baik juga utk rakyat. Azmin kata PN mampu menang besar jika berlaku snap election...dia sengaja mahu ugut MP UMNO tu. Cakap dgn Azmin sembang dgn Zuraida boleh la....

 

No comments: