Saturday, November 21, 2020

MAHATHIR TERBUKTI SEMAKIN 'SAKIT'


Walaupun Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad minggu lalu menegaskan, serangan Tun Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang tidak perlu dan tidak membantu kepada apa jua usaha menjernihkan politik negara kerana musuh sebenar semua pihak ketika ini adalah Muhyiddin Yassin, tetapi bekas Perdana Menteri itu tetap dengan kedegilan tahap gabannya.

Ternampak Tun Mahathir kini seperti seorang tua degil lagi keras kepala yang tidak lagi mahu memperdulikan nasihat daripada sesiapa.

Lebih-lebih lagi dengan membaca tulisan terbaru Tun Mahathir yang masih cuba menyalahkan Anwar, sambil meletakkan dirinya betul belaka dalam semua perkara dalam kemelut politik berkaitan dirinya, jelas beliau kini sedang mengalami “sakit” yang tiada ubatnya lagi di dunia ini.

“Sakit” itu ialah dendam dan dengki kepada Anwar dan ketakutan Presiden PKR itu sampai jua akhirnya ke kerusi Perdana Menteri.

Sebagaimana beliau memecat Anwar pada 1998 sehingga kemudian sanggup menapak ke mahkamah untuk berbaik dan menghantar Tun Daim Zainuddin ke Penjara Sungai Buloh, semuanya adalah rencana untuk menghalang bekas musuhnya daripada menjadi Perdana Menteri.

Sakitnya itu pula tidak mustahil tambah menjadi-jadi, mungkin telah mula menggangu tidur Tun Siti Hasmah Ali, lantaran melihat Anwar semakin hampir ke puncak kuasa berdasarkan perkembangan politik semasa kebelakangan ini.

Kiranya Belanjawan 2021 ditolak dan cadangan mengadakan PRU pula tidak diterima berikutan ancaman Covid19 masih melanda, tentulah pertukaran kerajaan merupakan satu-satunya pilihan yang wajar yang akan dipertimbangkan oleh Yang Dipertuan Agong.

Tidak mungkin juga usul darurat dapat dikemukakan semula oleh Muhyiddin kerana ia sudah pun ditolak Agong sebelum ini.

Lebih sakit lagi derita Tun Mahathir kerana usaha menolak Belanjawan 2021 yang boleh membawa kepada pertukaran kerajaan itu berlaku berikutan adanya persamaan perjuangan antara Anwar dengan Najib Razak, kini Pengerusi BNBBC.

Kedua-dua Anwar dan Najib dilihat senada tidak akan menyokong Belanjawan 2021 jika isu pengeluaran KWSP tidak diberi kebenaran dan moratorium pinjaman bank tidak dilanjutkan.

Dalam seluruh pembuluh darah Tun Mahathir sekarang, selain Anwar adalah musuhnya sampai mati, Najib juga sudah termasuk dalam kategori yang sama.

Sebab itu, dalam perbahasan Belanjawan, yang diserang Tun Mahathir adalah Najib, bukannya Muhyiddin yang selalu disebutnya sebelum ini telah mengkhianatinya.

Di ketika orang lain, semakin menginjak tua menjadi semakin pemaaf dan mengurangkan musuh, Tun Mahathir sebaliknya kian menambah koleksi musuhnya.

Maka, terus menyalahkan Anwar dan menghujahkan dirinya betul belaka adalah cara Tun Mahathir untuk menagih simpati bagi dirinya, sambil mengharapkan Presiden PKR sentiasa terhalang menjadi Perdana Menteri.

Tujuan menghalang Anwar itu pula tentulah dengan maksud mahu mempromosi dirinya sekali lagi, buat kali ketiga, untuk jadi Perdana Menteri.

Barangkali, boleh “gila” dibuatnya Tun Mahathir kali ini kiranya tertakdir panjang usianya dapat melihat Anwar menjadi Perdana Menteri, sambil diberi ucapan tahniah oleh Najib dan juga Zahid Hamidi kemudiannya.

Sementara Tun Mahathir semakin dimanah usia semakin sakit derita hatinya, Anwar pula tergambar bertambah tenang, ceria dan gembira dengan aktiviti harian seperti bersenam, membersihkan kawasan rumah, bermain dengan cucu, sambil tidak mengabaikan sama sekali tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dan pemimpin politik yang aktif sepanjang masa.

Kuncinya ialah Anwar tidak pernah berdendam, sentiasa berlapang dada, redha dengan ketentuan Tuhan serta tiada dengki, iri hati, jauh sekali ada melakukan khianat sesama rakan sendiri.

Sebab itu, yang meroyan dan bertambah sakit hari demi hari hanyalah Tun Mahathir, manakala Anwar – lihat saja wajahnya – sentiasa saja ceria dan gembira.

Dan akhirnya, pastilah Tun Mahathir akan bertambah-tambah sakit lagi apabila segala serangan dan kata-katanya terhadap Anwar tidak disambut walau sepatah pun oleh Ketua Pembangkang itu.

Kata-katanya tak ubah seperti “angin perut” yang busuk dan memualkan.

Kesiannya…sedih tak terhingga kalau kita ada bapa atau atuk seperti itu.


 (Shahbudindotcom 21/11/2020)



No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers