Sunday, November 22, 2020

GELANDANGAN KAT MALAYSIA BANYAK, KENAPA TIADA KUATERS UNTUK MEREKA?

 

Putrajaya kaji wujud kuarters pekerja asing elak Covid-19

Annuar Musa berkata, kontraktor perlu memastikan pekerja asing mereka bebas Covid-19 sebelum dibawa masuk ke negara ini dan menyediakan tempat tinggal diluluskan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji langkah mewujudkan kuarters untuk pekerja asing bagi mengelakkan penularan Covid-19 di tapak pembinaan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa.

Beliau berkata, pihaknya sedang berunding dengan beberapa kementerian lain dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

“Kadangkala, ada pekerja asing duduk di bangunan yang baru siap dibina, jadi kita tidak mahu situasi ini berlaku lagi.

“Sebelum ini, berlaku penularan di tapak pembinaan Pavilion Embassy ketika gelombang ke-2 dan kini berlaku lagi sehingga wujudnya kluster tapak binaan Damanlela,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada persatuan penduduk Kuala Lumpur di bawah program Wilayah Cakna 3.0 hari ini.

Beliau berkata, keadaan itu sekaligus membuktikan tempat tinggal buruh asing yang tidak memenuhi piawaian dan syarat boleh mendatangkan bahaya sehingga membawa kepada penularan pandemik itu.

“Oleh itu, kita akan lihat apakah kaedah yang boleh dipakai, termasuk mewujudkan tempat tinggal berpusat bagi pekerja asing ini.

“Mereka (kontraktor) yang menggunakan khidmat pekerja asing perlu memastikan mereka bebas wabak itu sebelum dibawa masuk dan mempunyai tempat tinggal yang diluluskan.”

Sehingga 18 Nov lalu, seramai 3,128 pekerja di kawasan tapak pembinaan melibatkan kluster Damanlela di Kuala Lumpur dan Selangor disaring serta 1,346 kes positif dilaporkan.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, belum ada keperluan melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan kerana Kementerian Kesihatan sudah menyaring semua pekerja asing terbabit, manakala 2 tapak binaan berkaitan ditutup.


No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers